GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 28 November 2010

Ismail nafi RON95 punca kebakaran


BERA 28 Nov. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menafikan penggunaan minyak petrol RON95 menjadi punca kebakaran kenderaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Tegasnya, kenderaan yang terbakar dalam beberapa kemalangan berpunca daripada kesan hentakan atau hentaman yang kuat sehingga menyebabkan berlaku percikan api yang menyebabkan minyak terbakar.

"Minyak petrol RON95 telah diuji dalam semua peringkat ujian oleh jurutera syarikat-syarikat minyak dan pembuat enjin kenderaan termasuk ujian kemalangan yang ekstrem seperti hentaman serta hentakan, hasilnya ia didapati selamat.

"Saya harap orang ramai tidak bimbang untuk menggunakan petrol berkenaan kerana bahan bakar itu turut digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuk Eropah, benua Amerika dan Jepun,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Keselamatan sempena program Juara Rakyat Parlimen Bera di Taman Kerayong Makmur di sini.

Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak sebelum ini kononnya kejadian kebakaran kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan berpunca daripada penggunaan minyak petrol RON95. - Utusan

*** Mengambil masa lama juga Pak Menteri ini untuk buat rumusan berkenaan minyak RON95 ini yer..

14 Merujuk kepada perkara diatas :

abu muaz 28 November 2010 pada 6:54 PTG  

betulke !!!!
kenyataan menteri boleh pakai ke?

Aku Anak Pahang 28 November 2010 pada 6:54 PTG  

Agaknya minyak semakin mahal tu pasal mudah terbakar. Masa minyak murah dulu tak de pun :)

Maiyah 28 November 2010 pada 6:58 PTG  

pakai minyak zaiton ngeeeeee :D

Mohamadazhan.com 28 November 2010 pada 6:59 PTG  

minyak xda kualiti ni..ish2.naya punya kes

Fahmi JB ,  28 November 2010 pada 7:39 PTG  

- Eropah, benua Amerika dan Jepun ni average suhu berapa? kat malaysia ni lain...kalau parking 10minit masa lunch time cuba rasa bonet depan? panas giler! -

Cik SHiNJU 28 November 2010 pada 8:12 PTG  

Dah muroh ade la kelemahannye pulok...

Sharinginfoz 28 November 2010 pada 10:31 PTG  

harap2 macam tu le sebab ramai yang guna ron95

Relevan 29 November 2010 pada 7:34 PG  

* Kemana pergi minyak gas ( tanah )

eelobor 29 November 2010 pada 8:21 PG  

entri lama saya pun ada berkenaan ron95 mudah terbakar...

Nerzhul 29 November 2010 pada 9:18 PG  

aritu koi tengok myth buster kat tivi deme tembak tangki minyak kereta tapi tak terbakor pon!! mesti masaloh lain ni..hehe

baca ni Teori Konspirasi Ron95

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP