GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 19 November 2010

NUBE desak bayar bonus 80 bulan

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) hari ini mendesak bonus sebanyak 80 bulan dibayar kepada 5,000 anggotanya di Maybank, sebagai tunggakan bagi tempoh sepuluh tahun lepas.

Setiausaha Agungnya, J. Solomon berkata, desakan itu dibuat atas dasar bonus serupa telah dibayar kepada kakitangan eksekutif bank berkenaan bagi tempoh yang sama.

Beliau berkata, walaupun NUBE berbangga dengan pencapaian cemerlang perbadanan di Malaysia, namun pengiktirafan serta ganjaran perlu diagihkan secara sama rata kepada semua kategori pekerja.

"Bagi suku pertama tahun ini, keuntungan Maybank melebihi paras RM1 bilion dan anggota NUBE turut menyumbang kepada situasi ini, maka mereka perlu diberikan ganjaran sewajarnya," katanya kepada Bernama hari ini.

Soloman berkata, kesatuan itu telah menulis kepada bank tersebut pada 14 Oktober lepas berhubung perkara tersebut, namun belum menerima sebarang jawapan.

"Ini jelas menunjukkan rasa tidak hormat syarikat berkaitan kerajaan kepada pekerjanya sendiri, yang merupakan warga negara Malaysia.

"Malah, ini bertentangan dengan aspirasi gagasan 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi yang bermatlamat mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi.

"Bagaimanapun, ia perlu memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya segelintir yang merampas kemakmuran yang diperoleh serta dicipta oleh semua rakyat Malaysia," katanya. - Bernama

*** Huh!..jika mendapat tuntutan ini alangkah bahagianya pekerja bank ini.. Ingat Union kome pun nak pakat pakat tuntut 100 bulan bonus..

4 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 19 November 2010 pada 9:24 PTG  

Syarikat kome sebulan pun tak laju nok bayor huhuhu :(

zulkbo 20 November 2010 pada 12:07 PG  

salam..
ermmm..pade dah..
jenuh la gini..

Yunus Badawi 20 November 2010 pada 12:56 PG  

8 bulan bonus tu pun dah kencang.

Saya setakat bonus kacang soya aje huhuhu

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP