GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 24 Disember 2010

Hujan, ribut petir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor


* Ini gambar kilat memancar mancar ( gambar hiasan )

KUALA LUMPUR, 24 Dis. - Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang serta Kulai Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun serta Kemaman) mulai Isnin malam hingga Khamis pagi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan terletak berhampiran tebing sungai.

Selain Kelantan dan Terengganu, Pahang (Kuantan, Maran, Temerloh, Pekan serta Rompin) dan Johor (Mersing) juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang serupa.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter yang dijangka berlaku di perairan Codore Reef North, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Sarawak (Miri), Labuan, Sabah (Pantai Barat, Pedalaman serta Kudat), selatan Samui, Pulau Tioman, Pulau Layang-Layang dan Palawan mulai Ahad ini hingga Jumaat.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, kegiatan rekreasi dan sukan laut. - Bernama

*** Sentiasa berhati hati bila nak ke laut atau pun sedang memandu apa jua..

6 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  24 Disember 2010 pada 11:36 PTG  

jgn main hujan

Aku Anak Pahang 24 Disember 2010 pada 11:56 PTG  

Boleh sakit pinggang kawan kalau cuaca macam nie :(

Nizam Awang Brahim 25 Disember 2010 pada 5:29 PG  

Terengganu koi dengor dah banjir sesetengoh kawasan.

eelobor 25 Disember 2010 pada 8:34 PG  

alamak...kawan dah nak gerak ke kuantan pagi nie

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP