GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 27 Disember 2010

Sinaran laser lemah tidak jejaskan pandangan mata - Pakar


KUALA LUMPUR 27 Dis. – Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang, Dr Zahimi Chik berkata, sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti “laser pointer” yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia.

Beliau berkata, sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna. – Bernama

*** Kalu Ultraman yang Fire baru habis segala..

4 Merujuk kepada perkara diatas :

eelobor 27 Disember 2010 pada 6:03 PTG  

kawan cuma tersengih bila ada yang nak memboikot perlawanan. dalam hati, kalau pengecut sangat pun, janganlah di jadikan alasan macam gitu. nampak sangat rendahnya IQ nya. hehehehhe....sorry yer. kawan nie mudah emo sket

Aku Anak Pahang 27 Disember 2010 pada 6:53 PTG  

Mmg kaco lampu laser tu.. tangkap leser ke dia pulok ramei2 :)

Tanpa Nama ,  27 Disember 2010 pada 8:03 PTG  

alasan sbb kalah...tpi tetap xsetuju gak ngan org yg laser melaser nih..cam org bermulut laser gak huh

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP