GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 31 Januari 2010

SeNdal pagi Minggu ( 18 Tahun )

Alkisah...ada seorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni namanya Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi.

Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai. Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat.

Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn.Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat.

"Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

' Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang.

Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat." kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda.

Amat mulanya merasakan itu hanyalah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin.Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat.

"Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa pulak???" tanya Usin bingung. "Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!" . " Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"

** Sumber daripada lawak orang kampung..

Read more...

Sabtu, 30 Januari 2010

Bermalam dikebun Getah

LEBAK SEBERANG – Sejak dua bulan lalu, penduduk kampung yang bergantung pendapatan dengan hasil menoreh getah terpaksa membina pondok dalam kebun untuk mengelak getah mereka dicuri.
.
Mereka terpaksa bermalam di pondok dalam kebun getah sekurang-kurang nya dua kali seminggu bagi menunggu getah mereka bimbang dicuri. Senario ini sudah biasa dalam kalangan penduduk setempat.
.
Malah ada yang bergilir-gilir bersama rakan dan ahli keluarga menunggu di kebun getah sebaik ditoreh pada sebelah pagi. Seorang penoreh Ismail Othman, 55, dari Kampung Paya Pulai berkata, sejak dua bulan lalu, harga getah melambung hingga mencecah RM4.80 sekilogram.. ( Selanjutnya klik disini )
.
*** En Ismail Othman ni rodong kawan sama bekerja dalam satu Syarikat ..beliau telah bersara dan menumpukan perhatian kepada kebun beliau ini..
.
Getah sekerap dicuri pernah juga berlaku kepada kawan dahulu..ikut hati mau sembelih saja jika dapat pencuri berkenaan..kita penat penat toreh sipencuri senang senang pergi tatin..
.
( Tatin atau natin membawa maksud yang sama bagi mengangkat getah..pernah terjadi satu kes di zaman dulukala yang mana seorang Pengurus estet berbangsa Ingeris pernah cuba untuk memberhentikan seorang pekerja kerana beliau tidak faham apa itu NATIN )
.
'' En Abu awak apa bikin kerja sekarang '' Kata Pengurus Ingeris itu..
.
'' NATIN Sir '' Jawab Pak Abu
.
'' What? Nothing ?...awak boleh balik rumah kerana tidak membuat apa apa kerja sekarang '' marah Pengurus Ingeris itu..
.
Dalam hati Pak Abu berkata..'' Mau aku sepak saja Mat Salleh ini..orang dah lah penat natin ni...

Read more...

Khamis, 28 Januari 2010

Iklan

Berikut pengaruh kuat iklan yang masih lagi berleluasa dengan sebutan jenama..

1. Colgate

Contoh ayat : - '' Saya hendak kekedai membeli Colgate '' ..Tak boleh kah kita sebut '' Saya hendak kekedai membeli ubat gigi..

2. Kodak

Contoh ayat : - ''Alamak! Guana nak amik gambar ni...kodak dah habis ''..Tak boleh kah kita sebut '' Alamak! Guana nak amik gambar ni.. gelung filem dah habis..

3. Pampers

Contoh ayat : - '' Agaknya pampers baby kita tu dah basah lecun tu pasal dia nangis ''..Tak boleh kah kita sebut '' Agaknya lampin pakai buang baby kita tu dah basah lecun tu pasal dia nangis ''

** Sekadar beberapa barangan sahaja disini..mungkin ada banyak lagi..

Read more...

Rabu, 27 Januari 2010

Sibuk

Semalam gaji..oleh itu kawan sibuk sikit..sibuk menghabiskan duit..

Read more...

Selasa, 26 Januari 2010

en Amirul dan labunye

Kini en Amirul boleh juga berbangga kerana tanaman labu beliau telah mengeluarkan hasil..
Tanaman tersebut ditapak tanam semula getah dikampung atok beliau..harga yang ditawarkan en Amirul untuk labu labunye adalah sekitar 1.50 sekilo..

Beliau berkata lagi labu ini sedap dibuat pengat..masak lemak bersama tulang ikan talam kering pun sedap juga..keenakan rasa labu ini lebih terserlah jika dibuat cekodok atau jemput jemput labu..dengan hasil jualan labu ini dapatlah beliau membeli minyak 2T untuk motor kesayangan beliau..


En Amirul sempat bergambar dengan labunya dengan pakaian sekolah lagi..apatah lagi beliau kini telah bergelar Ketua Pengawas pusat sumber..
.
.
Mengakhiri perbualan beliau berkata '' Biar lah saya menjadi tokeh labu daripada saya menjadi tokeh Syabu ''

Read more...

Isnin, 25 Januari 2010

25 tahun beb

Berikut diperturunkan senarai rokok berjenama yang mendampingi kawan selama 25 tahun sebagai perokok tegar.. ** Segala jenama rokok dibawah tiada bertujuan untuk kawan mengiklankannya..

1. Gudang Garam 1985 - 1987 ( manis manis rasa cengkih )

2. Gold Flake 1987 - 1989 ( pahit payau kos pun rendah )

3. Dunhill 1989 - 2008 ( paling sedap )

4. Saat 2008 - pertengahan 2009 ( pahit janji letak kat bibir sahaja harga boleh tahan lagi )

5. Rokok pucuk pertengahan 2009 hingga semalam ( tak mampu dengan rokok berjenama hebat guna tembakau yang disira gula..gula pun dah naik harga )

6. Hari ini cuba berhenti terus setelah fatwa dikeluarkan..

*** Ada orang kata menghisap rokok tak boleh kumpul duit..dan orang yang tak hisap rokok pun tak boleh juga kumpul duit..macam mana ni?...

Read more...

Ahad, 24 Januari 2010

SeNdaL pagi minggu ( kisah burung dan Kapal terbang )

Pada suatu petang sepasang teruna dan dara duduk di bawah sepohon pokok sambil menikmati suasana indah di tepi sebuah pantai..

Niner : Abang aok sayang tak kek koi..??

Jantan : Lor ..dah tentulah kawan sayang..ngape hal eh Niner tanya gini..?

Niner : Saje jerr... abangggg. .koi ander satu teka teki nih..??

Jantan : Teka teki mender ??

Niner : Kalau abang sayang koi..kena jawab dengan betui tau... .

Jantan : Kawan cubalah.. guaner bunyi nyer..?

Niner : Kalau abang betul pandai..cuba sebutkan beza antara burung dan kapal terbang ?

Jantan : Lorr... Senang weh... .burung benda idup,kapal terbang tidak, betul dok ?

Niner : Salah... cuba lagi..abang!

Jantan : Burung kenit dan kapal terbang beso dok... ... .

Niner : Salahhhhhhhhhh. . cuba lagi..ni peluang terakhir tau abang..

Jantan : Burung ringan... kapal terbang berat amat... .

Niner: Semer salah... !! ngape la punyo lembab abang koi ni..hahahahah.

Jantan : Mender nih..semer salah..apa jawapan nye Niner..??

Niner : Dengar betul yak..Kapal terbang bila naik..makin lama makin kenit... 'BURUNG' pulok makin naik makin memBESORRRRRRRRRRRR ... ..!!hwah..hwah.. hwah..tak gitu weh abang..

*** Abang Jantan sekarang sangat bahagia menjalani kehidupan bersama Niner isteri kesayangan beliau dan dikurniakan 9 orang anak..

Read more...

Jumaat, 22 Januari 2010

Mencuri Pasir

RODONG : Kawan risau juga ni..Sekarang ramai yang kena tangkap kerana mencuri pasir..

KOME : Lorrr..aok! Nak risau ke benda?..aok terlibat dengan dia orang juge ke mencuri pasir?..

RODONG : Tak weh!..Cuma kawan risau sebab petang kelmarin kawan ada ngambil pasir hok tepi simpang sana nu...adalah dalam 3 guni jalur..kawan nak buat nampal lantai bilik air kawan yang pecah tu..kawan rasa nak pulangkan balik pasir hok kawan ambil ter..

KOME : Koi rasa lah tak benda nye..lagi pun pasir tu hok lebih kontrek membuat birai 'culvert'..projek tu dah siap.. tak nya ambil pasir tu semula dah..

*** Bila timbul kes besar..kes yang kecil kecil juga turut terasa kegerunannya..

Read more...

Khamis, 21 Januari 2010

SeNdal ( Kisah temuduga )

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini" Soalannya adalah:

"Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata, "FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ....."

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan..

** Sumber ehsan lawak orang kampung

Read more...

Rabu, 20 Januari 2010

Naik Lori ada air Con

Dua hari dah kawan naik lori kerana atas urusan membetulkan laluan harian perjalanan bersama pemandu dan krew..Perkara ini biasa bila ada kawasan perumahan yang baru dibuka dan juga setiap laluan kena update pada setiap masa yang ditentukan agar trafik berjalan lancar..dengan ketetapan masa yang standart juga akan menyenangkan penghuni bila hendak melupuskan sisa pepejal domestik dari rumah mereka..

Disini juga pihak atasan akan tau betapa seksanya kerja kerja orang bawahan yang berjemur dibawah panahan mentari..pemandu boleh tahan kerana lori lori yang dibekalkan dengan alat penghawa dingin..tapi dalam masa yang tertentu pemandu perlu turun untuk membantu krew dibawah untuk meloading jika kawasan itu adalah pusat tong..

Pemandangan dari arah kiri kepala lori yang sempat kawan rakam..Taman perumahan yang baru dibuka..


Sempat juga kawan rakam disatu lorong belakang yang berkeadaan pelik..Objek objek begini boleh menganggu perjalanan sebuah lori..

Adakala kawan rasa nak terlelap kerana kesejukan didalam lori..dibuai pula oleh lagu lagu yang dimainkan dari cd player..tapi tak boleh leka kerana setiap bilangan premis kawan kena catit..begitu juga dengan odometer dan juga masa..Tujuan sebenar rekod laluan perjalanan ini dibuat untuk tidak membolehkan pemandu pemandu dan krew krew mencilok kerja..meski pun setiap lori telah dibekalkan alat pengesan AVLS..

.

** Bersama kita menjaga persekitaran kita kerana ''Kebersihan asas kesempurnaan Iman ''..

Read more...

Isnin, 18 Januari 2010

Bila kotak email yahoo ku penuh

** Dah lama kawan tak membuka email jenama yahoo kawan..buka punya buka adalah seorang kawan mengirimkan cerita ini..sama ada rodong pernah membaca atau tidak kawan kongsikan juga..tq bd..

.

Terkedu...!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

"Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu"

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan 'jiwa' Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..

Read more...

Sabtu, 16 Januari 2010

Borak pasal beras hancur 15%

'' Susah juga dah nak dapatkan beras hancur 15% sekarang ini..dah 8 supermerket kawan masuk semua tiada..bekalan tak sampai lah ..habis stok lah..kome tak larat nak membeli beras mahal yang 5% hancur tu '' ..Luah Deraman kepada kawan kawan sekopinya diwarung Leha Janda.

'' Ishk..elok lah macam tu..buat apa nak makan beras murah gitu..tengok koi beli beras harga 46rm untuk 10kg..nasiknya sedap bila basuh beras sekali dah cukup terus tanak..koman lah aok Deraman makan beras 15% hancur..'' kata Molok yang 3 orang anaknye masih berkursus di Pusat serenti Sungai Ruan dengan angkuh..

'' Aok lain lah Molok duit banyak mampu lah aok beli beras mahal ''jawab pula Deraman yang 2 orang anak nya masih belajar diUniversiti tempatan dan seorang lagi diUniversiti luar negara..

Read more...

Jumaat, 15 Januari 2010

Mengecat pejabat

Hari ini dengan arahan HQ dengan serta merta kena mengecat pejabat..maka berselerak lah bilik kawan segala fail berterabur atas dan bawah..

Menghidu bau cat ni adakala rasa macam best saja..dengan pekerja 3 orang termasuk kawan kerja semestinya dapat disiapkan sebelum jam 12..akibat keganasan seorang pekerja roller brush telah patah chasis..kerana terlalu kuat menekan lantas span brush menghempap kepala beliau.. ( Gambar tidak sempat dirakam kerana beliau telah pantas berlari kebilik air )

Mengimbau kembali kenangan silam ketika kawan berada selepas dialam persekolahan..kawan pernah juga bekerja sebagai penyapu cat ini dengan gaji 8rm satu hari..Demikian kawan tau betapa payahnye mencari duit..kena pula part mengunakan tangga atau pun sigai..terasa serun ( gayat ) bila berada ditempat yang tinggi..

Paling seronok bila sub mendapat tender daripada kementerian kesihatan dikawasan asrama jururawat maupun dalam wad bersalin..tempat yang menjadi kawasan larangan pekerja pekerja mengecat ini boleh keluar dan masuk..

Read more...

Khamis, 14 Januari 2010

Tengok Tv lebih 4 jam pendek umur

Kajian oleh pakar dari Australia mendapati mereka yang menonton TV lebih empat jam sehari berisiko tinggi untuk mati cepat..

Kajian Jurnal Persatuan Pencinta Jantung Australia itu mendapati televisyen juga adalah penyebab masalah jantung..

** Sumber dipetik dari suratkhabar ternama pada 13hb Jan 2010..

** Macam mana pula ye bagi orang orang yang menghadapi komputer mau pun yang leka ber SMS adakala melebihi empat jam sehari?..

Read more...

Selasa, 12 Januari 2010

Tidak sedap badan

'' Maaf lah yak kawan tak dapat nak bersama aok hari ini..kawan rasa tak sedap badan ni ''..kata rodong yang memang terkenal dengan kemalasannya terutama bila ada majlis gotong royong pembersihan sekitar..

'' Arhh..sapa pula yang hendak makan engkau di Majlis gotong royong tu nanti..dia orang dah sediakan karipap dan behon goreng..ishh engkau ni '' jawab Ideris ketua blok 3 sambil mengandar cangkul...

Read more...

Isnin, 11 Januari 2010

40 minit didalam konti Radio Malaysia PahangFM

Kawan sampai ke bangunan Radio Malaysia PahangFM Kuantan pada pukul 1045pg.. Setelah mengambil pas kawan mula mencari pintu masuk untuk mencari konti..kenapa lah pintu bangunan berkunci..hari minggu kakitangan ramai yang tidak bertugas..Rupanya untuk membuka pintu adalah dengan cara mengeselkan pas masuk tadi..begitu canggih sistem..

Kawan begitu teruja untuk segera masuk kedalam konti walaupun segmen yang kawan hadiri lambat lagi..setelah naik lif turun naik sebanyak 4 kali akhirnya kawan jumpa juga laluan kekonti tapi dengan disambut mesra oleh Dj A.A @ Anuar Aziz..terus sahaja kawan diajak masuk kedalam konti..Uihh! terasa kawan seorang yang bertuah kerana dapat tembus kesini dan hati kawan mula berkata ''nasib lah kawan join Sahabat radio ni dapat juga masuk kesini dan tengok dia orang bekerja ..''...


Konti adalah tempat yang dilarang untuk mengambil gambar.. kawan cuma sempat mengambil gambar mikrofon sahaja itu pun dengan kebenaran Dj..oleh kerana kulit Dj A.A tidak berapa cerah maka kesan kegelapan terjadi kepada gambar ini..

Saat yang ditunggu akhirnya tiba juga..kawan telah ditemubual oleh Dj A.A..Tajuk hanya sekadar keberkesanan menjadi sahabat radio Malaysia PahangFM..dan juga karenah sahabat sahabat yang lain..Pada mula nya kawan cuba untuk membawa isu yang panas sekarang ini iaitu kenaikan harga gula dan rokok dan juga poligami tapi siang siang lagi Dj A.A telah bagi warning..

Sempat juga Dj A.A memutarkan lagu kegemaran kawan dan ada juga sahabat sahabat lain yang menalipon tapi Dj A.A tidak ke udara untuk talian..kiranya tujuan murni segmen ini untuk mendekatkan pendengar pendengar kepada Radio Malaysia PahangFM..Pujian harus diberi kepada Dj2 dan semua unit pertugas radio ini terutama kepada Dj A.A..
.
.
** Sempat juga kawan mengetea bersama rodong blooger dan kawan terima panggilan misteri semasa didalam konti daripada seorang yang mengelarkan diri ''teman tapi mesra'' seorang wanita ..dan akak yang turut serta menjeling tajam ketika itu..Dj A.A sempat cover line untuk kawan..yang kawan risau ketika itu takut alas mikrofon naik atas kepala kawan..

Read more...

Sabtu, 9 Januari 2010

Masuk konti radio Malaysia PahangFM

..Salam en Relevan..aok boleh ke datang berkonti.."..Kawan nak jemput aok sebagai otai pembuka tirai SAHABAT DIKONTI pada hari ahad ni..bunyi sms daripada seorang Dj radio Malaysia PahangFM yang populer en A.A @ Anuar Aziz..

Hah!..jadi kawan setuju je.. dengarkan nanti en Relevan berkonti pada hari ahad 10hb Jan 2010 pada jam 11 pagi dalam segmen SAHABAT DIKONTI..

Berikut senarai Frekuensi radio Malaysia PahangFM..

BERA (107.5Mhz)
RAUB (107.5Mhz)
PEKAN (104.1Mhz)
MARAN (92.0Mhz)
KUANTAN (104.1Mhz)
BENTONG (107.5Mhz)
TEMERLOH (107.5Mhz)
KUALA LIPIS (107.5Mhz)
KUALA ROMPIN (91.9Mhz)
MUADZAM SHAH (88.0Mhz)
BANDAR JERANTUT (92.7Mhz)
CAMERON HIGHLANDS (100.3Mhz)
SELANGOR & KUALA LUMPUR (107.5Mhz)

Read more...

Jumaat, 8 Januari 2010

Mesyuarat operasi

Semalam 07hb Jan 2010 permulaan mesyuarat operasi di Syarikat tempat kawan bekerja.. Setelah membuat pemanduan berhemah jarak 130km dua hala dengan membawa kereta sendiri membolehkan kawan membuat klim perjalanan sebanyak 65rm maka kawan sampai ke ibu pejabat pengurusan didaerah Temerloh..

Awal tahun mesti banyak perkara dan isu yang berbangkit daripada pihak penyeliaan operasi maupun daripada pihak penyelarasan kenderaan..Macam biasa sebelum mesyuarat dimulakan kawan bertemu kawan rapat bernama Kama pening..pening adalah gelaran bagi kami kepada beliau kerana beliau sememang nya selalu pening dalam setiap urusan..terutama dalam urusan kerja..

'' Sori yak koi tak dapat mesyuarat sama aok semer kerana kawan terpaksa memberi ceramah tentang pengurusan membungkus suratkhabar dan botol dengan sempurna hari ini ''..kata Kama pening dengan senang hati kerana berjaya melepaskan diri dalam mesyuarat kali ini...

Seperti biasa dalam kebiasaan mesyuarat yang lepas lepas ''boss'' pengurusan akan memberi segala amanat dan juga tidak ketinggalan ceramah motivasinya kearah kecemerlangan dalam bekerja..beliau seorang yang bijak dalam berkata ..sinis tapi memikat ..Setelah selesai bahagian beliau dan berundur diri ..acara mengetea pula tiba..hanya tea o dan kuih apam pisang,pulut panggang dan bingka jagung..alhamdullilah boleh lah..

Setelah siap mengetea.. pengerusi mengambil alih iaitu seorang eksekutif yang baru dalam jawatan beliau..sebelum ini beliau seorang penyelia operasi..oleh kerana beliau seorang yang berwibawa dalam kerja maka Syarikat melantik beliau sebagai eksekutif operasi..

Punya lah seronok bermesyurat dan ada yang mula menguap nguap dan ada juga yang berSMS..segala isu dibentang dari skrew kepada kepala lori maka tamatlah mesyuarat pada petang itu..

**Untuk pengetahuan ..kami semua bermesyuarat hingga lupa untuk makan tengahari..jam 4ptg sebelum waktu asyar barulah kome semua makan tengahari..

Read more...

Rabu, 6 Januari 2010

Tidor awal bangun lewat

'' Berborak borak lah aok orang dulu yek..koi nak tidor awal malam ni sebab esok hari koi nak bangun lewat ''.. demikian kata Malek lurus bendul kepada sepupu sepapatnya yang datang bertandang kerumah beliau..kerana urusan keluarga..

Maka tercengang cengang lah sepupu belah mak Malek lurus bendul tadi dengan kata kata Malek..

'' Nak tidor awal tapi bangun lewat pada esok harinye? ''..demikian pula kata sepupu sebelah ayah Malek pula..

'' Ini mesti ada mesej tertentu nak disampaikan kepada kita agaknye '' kata pula Pak sedara Malek sebelah ayah..

'' Kalau nak menoreh mesti lah kena bangun awal pagi..ini nak tidor awal tapi bangunnye lewat ''..kata pula anak sedara Malek dari Pak sedaranya yang tua..

Maka semua sepupu sepapat Malek lurus bendul tidak dapat memikirkan dari logik akal akan kata kata si Malek tadi..hingga kesemuanye tidak dapat tidor menjelang pagi..

Read more...

Selasa, 5 Januari 2010

Mesej pagi ini

Setelah berhempas pulas menjawab SMS daripada seseorang dan berbagai alasan kawan beri menyatakan kesibukan kawan ini jawapan yang kawan terima..

.. Lor orang sayang kat abang pun tak leh ke?..Rindu lak rasanya bila tak nampak perut boroi abang tu..hehe..Love u..

Read more...

Isnin, 4 Januari 2010

Catatan perjalanan ( Kuala Lumpur )

Cuti tahun baru 2010 hari jumaat lalu membawa kesempatan kawan dan anak anak serta akak berjalan jalan makan angin dengan menaiki kereta ke Bandar raya Kuala Lumpur..Dalam kesempatan yang ada juga kami menjengah sahabat yang lama di Rawang selangor..

Highway Karak sewaktu pagi

Align LeftAda yang best bila masuk tol sebab akak telah meng top up kan kad sesentuh tol dengan 100rm..yang tak best pula kawan tak dapat lah lalu depan tol manual dan jeling jeling awek jurutol terbabit..taktik ini telah lama akak praktikkan..

Target kami adalah untuk ke KLCC bagi memenuhi permintaan angah untuk ke PetroSains..kawan pula berkesempatan juga menunaikan fardhu jumaat di Mesejid KLCC..terasa kawan berada dinegara Morroco sebab kawan dikelilingi jemaah berkulit hitam..
Ramai nye orang..terasa diri kawan berada dinegara asing sebab orang orang yang datang kesini bila berlaku cuti umum majoritinya adalah warga warga asing..sukar untuk kawan memahami percakapan dia orang..ada yang putih ada yang hitam legam yang berkilat dan yang berwarna cokelat..


Menara berkembar mercu tanah air nampak tersergam gagah..tapi telah berjaya juga dipanjat oleh pemanjat bangunan ( SpiderMan dari Peranchis )


Pemandangan dari dalam pusat membeli belah..ramai juga orang..suka kawan nyatakan kawan cukup suka naik tangga bergerak..

Jam 10 malam kami pulang setelah kawan terasa begitu tak larat lagi untuk berjalan kaki..Sesampai plaza tol Gombak kawan cuba menghala kereta ke tol manual tapi akak dengan lantang berkata.. '' Lor kan ke tadi dah masuk duit kat kad Touch n go ''?...

Read more...

Ahad, 3 Januari 2010

Anugerah yang ke3 dari yang pertama ( hari jadi )

Sharifah Aina Syafina

01.01.2010 genap berumur 10 tahun..beliau dilahirkan pada 01.01.2000..

Read more...

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun baru masihi 2010 maaf zahir batin..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP