GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 30 April 2010

Senyum dipagi hari Jumaat ( Sampah )

Pemandangan disebuah tapak pelupusan sampah..

Lokasi sewaktu kak Zakiah dan Rozita dihadapan rumah ketika sesama membuang sampah domestik kedalam ' bin ' masing masing..

Kak Zakiah : '' Zita tau hanya dengan kerana sampah ada orang sanggup berbunuh tau ''..

Rozita : '' Betul Kak..saya ada baca paper semalam..ada banyak kisah sampah dalam minggu ini ''..


Kak Zakiah : '' Hanya dengan meletakkan sampah dihadapan rumah jiran saja boleh bergaduh sampai pukul memukul bunuh membunuh ''..


Rozita : '' Sampah ni benda busuk..tu yang tidak sesuai sangat..patutnya sampah kita letaklah dihadapan rumah kita..ni yang pergi letak di hadapan rumah orang maka dapat lah faedah ''..


Lalu mereka berdua pun bercerita lah segala jenis sampah dan juga segala jenis bau sampah dan masuk pula kepada bab kitar semula sampah..sehingga lah lalu sebuah lori sampah yang datang tepat pada waktu kutipan untuk melupus sampah dikawasan Taman tersebut..Terus saja perbualan mereka berubah topik..


Rozita : '' Eii..kak hensem sungguh budak pemungut sampah yang lalu dihadapan kita tadi yer ''..


Kak Zakiah : '' Memang hensem Zita..boleh tergoda dibuatnya ''..tapi ye ke itu orang Malaysia ..entah entah mamat bangla..

Rozita : '' Eii Kak mamat bangla pun hensem apa..idung mancung ala Shah Rukh Khan gitu..
.
Kak Zakiah : '' Ishkk.. Kau ni Zita ''...
.
*** Kawan pun hensem juga kak..

Read more...

Khamis, 29 April 2010

Ahmad Zaki kembali ( peningkatan pendapatan )

Untuk kelancaran cerita sila klik ( sini )

Kini Ahmad Zaki boleh mendabik dada dengan pendapatan yang diperolehi daripada pemasangan iklan diblog beliau..dari sehari ke sehari pendapatan daripada iklan beliau meningkat..

Beliau semakin rajin dengan menerbikan 5 entri dalam masa 24 jam..ini yang membuatkan Azman Zahari berasa pelik dengan pencapaian Ahmad Zaki..

Azman Zahari : '' Nampak aok senyum sampai ketelinga je Menjak 2 menjak ni Mat..ada apa apa ke ''?..

Ahmad Zaki : '' Mesti lah Man..peningkatan pendapat hasil daripada iklan dalam blog koi tu semakin bertambah dari minggu ke minggu ''..

Azman Zahari : '' Huh! Lumayan lah aok yerk '' boleh koi tau dah berapa hasil RM aok yang terkumpul dalam akaun iklan tersebut..boleh lah aok buat penebusan yerk ''..

Ahmad Zaki : '' Minggu selepas koi pasang iklan tu dapat RM0.50..minggu kedua ada pertambahan sebanyak RM0.25 minggu ketiga dapat lagi RM0.75..dan minggu ini dapat lagi RM0.25..jadi jumlah pendapatan semua RM1.75.. heh heh!.. seminggu dapat RM0.25 kalau 80 tahun koi berblog tentu banyak dan lagi bertambah pendapatannya..

Terus saja Azman Zahari berlalu mengenangkan perihal rodongnya yang seorang ini dengan sungguh bersemangat dan beliau berdoa agar rodongnya itu berjaya dalam penulisan blog..

*** Kawan punya pula sudah boleh Cash Out..tapi awek cyber kawan kata '' tunggu dekat raya nanti baru keluar boleh beli kasut raya buat beliau ..

Read more...

Pasar Besar Jerantut setanding Pasar Siti Khadijah

MDJ bersama AFSB Jerantut

JERANTUT 28 April - Majlis Daerah Jerantut (MDJ) akan menaik taraf Pasar Besar Jerantut di sini setanding Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu, bagi menarik pelancong ke kawasan itu.

Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, pasar itu juga akan diberi nama baru yang lebih komersial.

"Kita akan umum nama baru Pasar Besar Jerantut tidak lama lagi yang bakal memberi perspektif baru dalam bidang pelancongan seperti Pasar Siti Khadijah dan Pasar Payang.. Berita Selanjut klik ( Sini )..


*** Tahniah untuk orang orang Jerantut ..Pasar besar ada Pasar Tani ada Pasar Raya yang besar besar lagi ada.. Cuma jalan jalan raya kena besar besar dan lubang besar besarnya kena baiki..

Read more...

Rabu, 28 April 2010

Ke Kuala Tahan ( Taman Negara )

Atas urusan kerja pagi tadi kawan ke Kuala Tahan untuk ivonteri kawasan..data untuk perkhidmatan yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan..pergi lah kawan 2 orang rakan sekerja dengan semangat yang berkobar kobar kerana bulan Mei ini adalah permulaan untuk kenaikan gaji baru :) ..

Kawasan kebun Sawit FELDA Padang Piol ..fenomena begini sangat biasa pada setiap hari..
.
Ini kawasan Jeti..di sini kesesakan kenderaan pasti berlaku pada hari hari tertentu..

Kawasan Parking ditepi tebing Jeti..

Kedai / Restoran Terapung sangat sesuai jika minum / makan bersama awek tersayang disini..
.
Kawan tidak menyeberang pun sebab arahan untuk kawan hanya di seberang sini sahaja..ada banyak Resort resort chalet chalet yang disediakan disini dengan bermacam macam pakej ada.. Layari sahaja website Taman Negara..
.
*** Sempat juga makan tengahari ikan patin masak aSam tempoyak..gerai makannya bagus..harga boleh tahan..dengan pelayan yang ramah tamah siap panggil kawan abangg lagi..alahai..

Read more...

SMS Ugutan

SMS Ugutan 1

: Bila mau belanja saya minum tea tarik..jika tidak jangan harap saya akan balas SMS awak ini..

SMS Ugutan 2

: Abang tolong beli beras..kerana beras sudah nak habis..jika tidak kita makan cengkodok dan lempeng saja..

SMS Ugutan 3
.
: Tolong awak bayar hutang saya yang Rm200 tu..jika tidak kita terpaksa putuskan hubungan ini..
SMS Ugutan 4
.
: Sila jelaskan bayaran kereta anda yang sudah tertunggak selama 4 bulan itu..jika tidak pihak kami tidak akan teragak agak untuk menarik balik kereta tersebut..
.
.
SMS Ugutan 5
.
: Helo..encik.. itu bunga juga mau bayar..pokok kira lain..nanti susah mau bikin extra loan..lu punya nama kita boleh Ctos tau..
.
*** Setiap hari ada saja SMS berbentuk ugutan begini..terutama bila berlaku pada setiap kali hari Gaji..

Read more...

Selasa, 27 April 2010

Teruja

Entah mengapa semangat Rosli Ghani begitu berkobar kobar pada petang ini..selepas cikgu Deris berkunjung kerumah beliau itu yang membuat semangat Rosli Ghani tambah lagi berkobar kobar..dan pada petang itu juga beliau terus mendapatkan Encik Topik untuk memaklumkan apa yang membuat beliau begitu teruja dengan semangatnya ini..

Encik Topik : '' Ngape Li..aok koi tengok dari tadi sengih memanjang ''..

Rosli Ghani : '' Ni tadi ada Cikgu pencen tu datang ke rumah..tu yang membuat koi gumbira sangat ni ''..

Encik Topik : '' Dia ngajak aok buat bisnes ke Li ? ''..

Rosli Ghani : '' Tak lah..Cikgu te ngajok koi pergi njerat ayam hutan kat tepi Paya Sengkuang sana nu''..

Encik Topik : '' Lor ..koi ingat ke benda lah tadi ye Li ..mboh juga Cikgu tu kelakor gitu yak ''..

Rosli Ghani : '' Dia siap bagi koi denak lagi ''..

Encik Topik : '' Koi payoh kelakor gitu..ingat kalu ander denak mau kena buat gulai dek akak kat rumah tu ''..

Rosli Ghani : '' Tu lah payoh juge yak aok ni ''..

Sekembalinya Rosli Ghani kerumah ternampak denak yang dibagi Cikgu Deris tadi telah terkulai mati akibat patah tengkuknya..dan terus sahaja isteri Rosli Ghani berkata..

Siti : '' Denak aok dah mati kene setit dak Ikhwan tadi ''..

Maka terduduklah Rosli Ghani didalam perdu mengkudu ditepi halaman rumah beliau..

*** Mengharu sudahhh...

Read more...

Istilah 'besar dan panjang' jadi bahan lawak

KUANTAN 26 April - Istilah 'besar dan panjang' menjadi bahan lawak di kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersidang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Istilah itu dibangkitkan oleh Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) yang bangun mempersoalkan mengapa jalan raya di Lipis lebih kecil berbanding Jerantut yang lebar dan besar.

''Saya dapati jalan raya di Lipis kecil tetapi apabila memasuki daerah Jerantut, jadi besar pula.

''Saya tidak kisah dari segi panjangnya tetapi apa yang menghairankan mengapa jalan raya di Lipis kecil dan di Jerantut, besar," katanya ketika mengemukakan soalan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak pada sidang dewan itu... Selanjut klik ( sini )

*** Tu dia Yb.. Cepat buat dan perbaiki Jalan ..tak kira jalan yang besar yang sempit maupun yang panjang.. :)

Read more...

Isnin, 26 April 2010

Pertemuan yang tidak disangka dalam Mesyuarat yang telah dijangka

Ini dia blogger yang kawan maksudkan..beliau rupa rupanya bekerja dibawah satu bumbung dengan kawan dalam Syarikat yang sama..cuma beliau bertugas di daerah lain saja..

Pertemuan yang tidak disangka ini berlaku ketika makan tengahari setelah mesyuarat telah pun tamat..

'' Aok ni abang relevan Sokmo ke? ''.. kata beliau..

'' Siapa pulak dah ni ..mana aok kenal kawan ..aok kerja area mana '' Soal kawan..

'' Lor..koi Nerzhul bang! kerja ket Bentong baru setahun setengah '' kata beliau..

Ini dia rupa beliau ( Gambar ini disiarkan dengan keizinan )
.

Jadi bolehlah rodong rodong melayari blog beliau yang unik ini ( bikin kasi senang ) beliau salah seorang daripada admin blog ini bersama ( Pak Cik Kordi )yang juga merupakan seorang blogger yang pelik.. hehe!..

*** Seronok juga main blog ni rupanya..


Read more...

Mesyuarat Agong KRKAF kali ke 5

Satu mesyuarat Agong Tahunan kali ke 5 ( KRKAF ) Kelab Rekreasi dan kebajikan ALAM FLORA ( Syarikat tempat kawan bekerja ) telah diadakan di dewan Glenmarie Wisma DRB Hicom pada 24hb April 2010 ( Sabtu ) kawan mewakili daerah kawan..bertolak dari Temerloh bersama 3 orang lagi rakan sekerja dari Bera Maran dan juga Temerloh..

Melalui Lebuh Raya DUKE untuk ke Lebuh Raya PLUS.. macam dekat saja dari Kuala Lumpur ke Shah Alam..
.
Suasana masih berkabus..ini menunjukan pagi lagi kome telah sampai ke Wisma ini..

Menikmati Jamuan ringan selepas perasmian mesyuarat

Macam mana kawan boleh tak sedar dengan mengunakan 2 garpu untuk makan bee hon dalam sessi minum pagi pada jam 10..

Ahli Jawatan kuasa dari Kuantan sedang menerima sijil..

Ahli Jawatan kuasa dari Temerloh sedang menerima sijil..

Barisan Ahli Jawatan kuasa yang baru dilantik di ketuai oleh En Samah Che Lamin..

Selesai mesyuarat bergambar ramai ramai sebagai kenangan..selepas itu ada pula makan tengahari..
.
Pada jam 1430 kome bertolak pulang..sempat lagi melilau ditengah tengah bandaraya Kuala Lumpur..sampai rumah jam 0100 pagi..nyaris tak tidor kat luar dah..
.
*** Masih boleh tahan lagi memandu..tunggu selepas entri ini pertemuan tak disangka dengan seorang blogger di dalam mesyuarat ini..

Read more...

Ahad, 25 April 2010

Pagi ahad yang sangat cemerlang

Selepas sahaja solat subuh macam biasa Encik Topik mula menarik selimutnya semula..aktiviti beliau bila hari minggu adalah ketiduran sampai melohor..maka datanglah Puan Rodziah mengacau ketiduran beliau..

Puan Rodziah : '' Bang ! ..bangun ..moh kita pergi ke Pekan Sehari..beli lauk dan sayur sayuran ''..

Encik Topik : '' Aok pergi seorang lah..kawan lemoh badan sangat ni..tak berapa larat.. aok amik je duit dalam pes te''..

Tanpa banyak bersoal jawab Puan Rodziah terus sahaja menyeluk saku tempat pes duit suami beliau..

Puan Rodziah : '' Lor bang.. banyok ni je duit? RM 15 .. mana cukup ni ''..

Encik Topik : '' Cukup lah tu..aok beli ikan longgok RM 5..lebih te aok beli lah sayur sayur..kuih muih..gula tepung beras dan jangan lupa aok tuang minyak kereta juga..

Lantas Encik Topik kebasahan akibat disimbah sebaldi air oleh Puan Rodziah..

*** Tu lah..bukan senang kan..

Read more...

Sabtu, 24 April 2010

Ke Shah Alam kita

Atas urusan Mesyuarat..lama juga dah kawan tak ke Wisma ini..tercari cari juga simpang mana lah untuk menuju ke rumah Finaz
.
Kalau teserempak dengan beliau ini pun ok juga erk888
.
*** Untuk makluman akak tidak boleh ikut tau..yeho0oo``

Read more...

Jumaat, 23 April 2010

Semasa dalam Akhbar

Kelihatan Encik Topik dan Rosli Ghani disebuah warung tepi koner dalam suasana yang hingar bingar bunyi kenderaan lalu dan lalang di jalan raya..

Encik Topik : '' Amboih aok yer Li..sekarang tak lekang betui dengan surat khabar ''..

Rosli Ghani : '' Mestilah kita sepatutnya tau hal ehwal semasa dalam negeri dan luar negeri melalui surat khabar ni ..sebab surat khabar adalah salah satu medium untuk pengetahuan umum ''..

Encik Topik : '' Uhww! cakap pun dah tinggi sekarang yak.. kalau betul aok dah tiap hari membaca suratkhabar..apa isu yang menarik dalam seminnggu ni ''..

Rosli Ghani : '' Ada banyak ''.. Paling hot nak berpilihan raya kecil di Hulu Selangor .. Getah sekerap ibu Halimaton kena curik.. ( jahanam punya pencurik itu ) ..Hampir seluruh Eropah diselaputi debu gunung berapi yang sangat tebal..Rampasan kretek di Temerloh .. Kes rogol rakan sekelas dalam bilik darjah..Sana sini kemalangan ngeri berlaku.. termasuk penyanyi Rock yang koi minati dulu.. dan banyak lagi.. dan berita yang koi baru terperasan.. tiada lagi keputusan nombor 4 digit dalam surak khabar ini.. maka kawan terpaksa guna sistem SMS untuk mengetahuinya ''..

Encik Topik : '' Cisss ''...

*** Lerr..

Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( resipi )

Pertemuan yang tidak sengaja antara Kak Zakiah dan Rozita disebuah pasar basah dalam bandar berhampiran kawasan perumahan mereka..

Kak Zakiah : '' Hai..Zita kepasar ye kita..beli apa? ''..

Rozita : '' Nak beli ikan tilapia nak buat masak 3 rasa ..akak pula nak masak apa hari ni?..

Kak Zakiah : '' Akak nak beli ikan baung sama pucuk paku nak masak dengan aSam eghum ( rom ).. ''

Kelihatan Rozita ternganga saja dalam hati beliau berkata '' tentu ini resipi baru ni ''..

Rozita : '' Apa bendanya aSam eghum tu kak?..

Terus saja Kak Zakiah menerangkan apa dia aSam eghum tu..aSam eghum adalah sejenis aSam yang terdapat di Kuala Tembeling Jerantut dan pesekitaran..aSam ini dibuat daripada biji buah perah dan biji buah getah ( biji getah )..

Kak Zakiah : '' Akak dapat aSam eghum ni kat Mak Saudara Akak yang tinggal di Kuala Tembeling sana nu.. aSam yang Akak ni dibuat daripada Biji Getah ''..

Rozita : '' Hebat ye Kak..mentang mentang harga getah sudah mahal waktu ni.. biji nya pun orang makan yer ''..

Kak Zakiah : '' Mau kena sepak budak ni '' ( dalam hati )..

*** Kalau korang nak tau apa itu aSam eghum..cuba godek godek kat wikipedia..kat rumah masih ada lagi aSam eghum biji getah..hari minggu ni mau masak sama ikan Keli bubuh keladi sama pucuk paku bikin kuah pekat pekat..tentu Pak Hashim Zabidi ( Pak Ngah ) akan gechor..

Read more...

Khamis, 22 April 2010

Menjawab tag encik Yassin ( akuAnakPahang )

Ndak tak ndak kawan kena juga lah menjawab tag daripada encik Yassin ni ( akuAnakPahang ) encik Yassin ni seorang blogger daripada Pahang..beliau merupakan antara blogger yang aktif dan senang didekati ..

'' Kesh senang didekati oleh rodong rodong lelaki saja yak..mengkala rodong perempuan nak dekat dekat pun boleh juge..tapi kesh risau takot kena surat tunjuk sebab oleh mak Andeh kesh ''..begitu kata encik Yassin takkala mengakhiri perbualan selepas beliau membayar segelas besar tea tarik yang kawan minum..

Antara perkara yang perlu kawan buat:

1. Go to your photo files, select the 3th photo folder.
2. Select the 3th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 3 blogging friend to do the same


*** Tulis omputih ni..kawan mboh risau dibuatnya..


Ini gambar kawan ketika demam..kawan pasti akan berkelubung selepas makan obat..tempat rehatnya pula atas pangkin..nampak jelas orang lalu lalang kat depan rumah kawan ..
Align Center

Ini ketika hendak bermain golf ..nun yang jauh kelihatan itu adalah kawan sedang menunggu KD bagi mencabut tiang bendera yang berwarna kuning tu..mana tau kan tetiba pula dapat masukan '' hole in one '' ..tercatit senarai..

Gambar ketiga ini pula kelihatan kawan sedang mendongak kelangit..biasa lah tiap ketika kawan hendak turun menoreh kenalah pastikan cuaca dahulu..nampak cerah tentu esok boleh menoreh..tapi tiadalah konfiden sangat..sebelah malam pula entahkan hujan..

Selesai sudah..dan kawan boleh pula mengeTAG 3 orang.. pulak..
..
.
Tengok kawan tag semua dikalangan Artis dan selebriti.. kalau dia orang tak jawab tag kawan ni sengaja je lah akan menjatuhkan kepopulariti dia orang..
.
Semua yang telah di tag sebelum ini ada pantun masing masing kawan pun ada..silalah menjawab dengan tenang..
.
Batang Akar Si Kayu Chengal..
Di ikat mari di Pohon Nyior..
Antara PKR dan Barisan Nasional..
Mana satu kan menjadi di Hulu Selangor?..
.
*** Heh! heh! jawab jawab..

Read more...

Rabu, 21 April 2010

Beres + lega = terbaik wokk!

Semalam semuanya berlaku dengan sempurna.. semuanya berjalan lancar..dari mula hingga akhir..banyak juga soalan soalan kepada pekerja terutama dalam polisi.. '' Bd roger! ..Opt di Jerantut semua ok selepas closing Audit '' kata encik BZO7116 ( Opt Exec ).. Legaa..

Kelihatan in Charge Area dan Encik Omar ( audit ) sedang berwawancara..tiada nampak keresahan di wajah in Charge Area kerana beliau penuh yakin bahawa kebenaran dalam menjalankan tugas dengan betul..

Encik SCL ( Hod,Qa,EMD ) dan The boss psa3 encik AZM dan juga encik Omar yang sedang mengira permarkahan barangkali..



Sedang menunggu Kompaktor untuk memastikan kerja kerja mengikut jadual serta tiada air limpahan yang sangat memberi extra bau.. Semuanya tiada masalah dikawasan ini..

*** Kawan respek kepada encik Hamdn Abd Ghani ( Pemandu ) bukan Rosli Ghani yer.. menerangkan polisi Syarikat dengan jayanya..

*** Tahun depan harap encik BZO7116 ikut sekali heh! heh!..

Read more...

Harga getah tertinggi sejak 40 tahun

HULU SELANGOR 20 April - Harga getah SMR20 meningkat bulan ini dalam lingkungan harga FOB antara RM10.50 ke RM10.60 sekilogram, harga tertinggi sejak 40 tahun lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini bermakna harga ladang getah skrap yang diperoleh oleh pekebun kecil adalah antara RM4.50 dan RM5.50 sekilogram... Selanjutnya klik ( sini )

*** Moh kita menoreh..

Read more...

Selasa, 20 April 2010

Demam

Batuk selsema membuatkan tekak jadi gatal gatal.. hidung pula berair ..bila sedut masuk dalam mulut rasa lemak lemak masin pula..

Ubat batuk dah telan hampir sebotol..kepala rasa mamai.. ada yang syorkan minum air daun ketum..paracetamol dah 12 biji telan..arh sudah lain macam rasa ni..

*** Kawan kena rehat petang ni..

Read more...

Hari Audit

Hari ini dan pagi ini..kawan akan menghadapi satu audit ( ISO 9001 surveillance Audit ) .. Segala persiapan untuk laporan telah tersusun rapi.. ini adalah juga penentuan untuk iPMS ( naik gaji la )..

Mereka akan sampai pada pukul 0945 pagi nanti.. ada jua rasa bedebar debar ( macam menghadapi malam pertama ) ..Samada turun site dulu ataupun periksa Laporan dalam pejabat itu terserah kepada pihak audit..

Tugasan kawan diawal pagi hari ini adalah menyingkatkan waktu minum tea dan membaca suratkhabar..agar semua berjalan lancar..

*** Semoga selamat para pengaudit dan yang diaudit..

Read more...

Isnin, 19 April 2010

Cawan sumbing

Sedang Rosli Ghani menghirup teh tarik '' kow '' di warung belakang pejabat Pos bersama Encik Topik tiba tiba Rosli Ghani terpandang cawan sumbing teh tarik yang diminum oleh Encik Topik ..

Rosli Ghani : '' Wehh !.. Cawan aok guna tu sumbing ..aok sedak jer minum yek? ''..

Encik Topik : '' Lor..mana koi perasan..paleh beso juga sumbingnya yek ''..

Rosli Ghani memanggil adik tokeh warung tersebut.. perempuan muda dalam 20an.. Cantik juga orang nya dan sering melemparkan senyuman kepada pelanggan pelanggan..

Rosli Ghani : '' Weh ! adik ngape aok beri rodong koi ni minum dalam Cawan yang sumbing..pergi bagi tau kakak aok te.. mintak air teh yang baru dan juga Cawan yang lain.. kome boleh report kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam kes ni tau dak ''..

Beria sungguh Rosli Ghani nampaknya.. adik tokeh warung tersebut hanya mengangguk dan senyum saja lalu pergi mendapatkan kakak beliau yang sedang menarik teh..Setelah semuanya selesai tiba saat hendak membayar minuman tersebut..

Rosli Ghani : '' Okes dik.. koi nak membayor ni..berapa semua..kira sekali kawan koi punya ni ''..

Adik tokeh Warung : '' Semua sekali 3 cawan RM3.60 ''..campur juga dengan Cawan yang sumbing tadi..

Rosli Ghani : '' Lorr..hak cawan sumbing te tadi adik kira juga ke..tak ke free dah le cawan sumbing..nasib kome tak report..bla! bla! bla! bla! dan bla!..

Encik Topik terus saja beredar mendapatkan kenderaan..beliau malas nak beria kerana kes ini hanya kes terpencil saja..

Encik Topik : '' Wuih.. tadi bukan main lagi aok marah kat adik tu ..ni siap senyum seponjot lagi ''..

Rosli Ghani : '' Tak jadi marah..adik tadi bagi koi no hendphone dia.. heh! heh! ''...

*** Ler..alah amat budak Rosli Ghani ni dengan perempuan..

Read more...

Tak semena dipagi hari ini

( Setiausaha Majlis Daerah Jerantut )

Sebagai mewakili In charge kawan yang kena ke Temerloh ( hq ) untuk taklimat audit pada esok hari ..kawan terus dipanggil untuk mengantikan tempat beliau membuat rondaan kawasan bersama Puan Setiausaha Majlis Daerah yang baru bertukar dari Majlis Daerah Kuala Lipis..

Kawan berasa begitu teruja bila kerana Setiausaha Majlis kali ini adalah seorang wanita.. dalam hati kawan berkata.. mesti orang perempuan ini cerewet dan banyak songel..tapi itu meleset sama sekali..

Terus disambut dengan senyuman setelah memperkenal kan diri..beliau yang datang dengan pemandu dan juga bersama Inspektor Kesihatan ( Tuan Haji Tajuddin )..

3 tempat strategik diberi tumpuan untuk dinaik taraf dan banyak lagi yang bakal menyusul bagi kebersihan dan keceriaan serta landskap untuk Bandar Jerantut..

*** Selamat bertugas Puan..terima kasih untuk nasi dagang dan tea tarik pagi ini :)

Read more...

Ahad, 18 April 2010

Pagi ahad yang panas

Setelah pekena nasik berlauk 2 bungkus bersama tea 'kow ..dan juga goreng keledek 4 potong ..kawan dengan gagahnya membawa pahat ( pisau penoreh getah ) lantas memasukan kedalam raga motor C70 kapcai aboh kawan..

'' Bang nak bawa bekal goreng keledek ke?.. sambil motong boleh makan '' tanya Akak..

'' Tak payoh.. nak motong laju laju ni ..lewat karang hari cepat panas ...tolong unjuk kit hendpone abang te.. jawab kawan..

Terus saja tunggang motor masuk kebun.. Menpercepatkan langkah kawan lalu membuka sampul pahat dan baru nak memulakan torehan pokok getah yang pertama ..ting! tong!.. bunyi hendpone kawan..

'' SMS sapa pula ini '' berkata kawan dalam hati..

Matahari pun terus memancar cahaya dengan panasnya.. getah tidak ditoreh walau sebatang pun..kawan telah melakukan SMS tanpa henti dengan seseorang.. nak sambung menoreh pula hari telah panas.. kawan pun menyetat motor terus berlalu pulang..

'' Banyak menoreh hari ni bang '' ? ..tanya Akak..

'' Boleh tahan ''.. jawab kawan..

*** Kiranya bahana berSMS ini tak mengira dimana tempat.. dalam kebun dalam bilik air dalam terowong dalam selimut janji ada line..nanti ada kisah hendpone dalam lipatan kain pula.. Selamat berhari Minggu yer..!!!

Read more...

Sabtu, 17 April 2010

Antara yang terselamat


*** Ini antara karya kawan dulu dulu antara yang terselamat.. tersiar dalam majalah jenama TOYOL sedikit masa dulu.. sedang berusaha membaik pulih karya karya yang pernah tersiar dalam majalah GILA GILA GELIHATI BATU API MAT JENIN KREKO dan juga majalah majalah hiburan..

Read more...

Jumaat, 16 April 2010

relevan Sokmo dalam anak pahang blogger

Salam buat Blogger-Blogger Pahang semua. Hari ini sampai masanya kita berkenalan dengan Blogger beloh Temerloh pulak. Kita ambik tiga blog dari Temerloh dulu ye.


relevan

Pakai templete webnolia dari Ourblogtemplete, ringan, tak serabut dengan widget jadi senang nak load page dia dan mesra pengunjung. Entri usah cakap la, macam-macam ada. Cerita life sendiri dengan peristiwa serta kejadian semasa. Penuh dengan cerita-cerita serta info-info yang sesuai bagi pembacaan santai. Penulisan entri yang simple tapi mudah difahami diselit pulak dengan gambo-gambo terpilih .. ( kelebet sini )


*** Terima kasih buat admin anak Pahang blogger ..

Read more...

Senyum dipagi Jumaat ( Skandal )

Lokasi disebuah Taman Perumahan kos sederhana yang mempunyai semangat kejiranan yang tinggi .. Kelihatan 2 orang wanita sedang menjemur kain di persempadanan rumah masing masing maka sempat lagi mereka bersembang sembang .. ( untuk rujukan semula klik sini )

Kak Zakiah : '' Banyak juga membasuh hari ni ye Zita ''..

Rozita : '' Boleh tahan le akak.. Errr..Akak tau tak jiran sebelah hadapan rumah kita ni.. si suami Munirah tu ada skandal dengan staff sepejabatnya ''..

Kali ini Rozita pula yang memulakan upacara gosip mengosip ini ..

Kak Zakiah : '' Oh macam tu.. patutlah sehari dua ini nampak Munirah bermurung saja.. kesian dia ..dapat suami tak punya tanggung jawab anak dah ada 7 masih nak main perempuan lagi ''..

Rozita : '' Orang lelaki ni kak tak cukupnya dengan satu..pantang tengok perempuan berdahi licin mulalah.. nak pula yang dalam satu pejabat.. yang perempuan pula bukan kira apa dah..suami orang ke apa ke semua dia sapu ''..

Kak Zakiah : '' Tu lah dalam pada itu ada Munirah bagi tau akak...bahawa suaminya itu minta izin dia nak kawin dengan perempuan tu..Kalau Akak mesti tak bagi punya ..haram lah dapat suami akak nak kawin lagi ''..

Rozita : '' Kalau Zita pun macam tu juga lah Kak ..erm mana suami akak..selalu time begini dah nak pergi kerja ''..

Kak Zakiah : '' Malam tadi kan ke malam jumaat..selalu malam jumaat suami akak balik rumah Norlili madu akak yang bongsu .. malam esok pula tidor rumah madu akak yang tua..begitulah Zita akak ni hidup bermadu ''..

Kedua duanya pun masuk kerumah setelah siap menjemur kain..

*** Ok lah kak nak gerak ni ...

Read more...

Khamis, 15 April 2010

Baik punya toilet



Baru baru ini kawan ada juga buat kisah tentang tandas awam klik sini .. dan tadi semasa dalam rondaan kawasan seliaan kerja ..kawan terjumpa sebuah tandas ( * tengok gambar ) .. yang terdapat didalam bandar tempat kawan ini .. Bandar Lama ..

Hendak kata ada pembangunan binaan baru disini tiada pula rumah kongsi pekerja..Dibelakang kawasan tandas ini adalah Jalan keretapi Pantai Timur ..

Dari pemerhatian kawan ada ramai juga pengguna yang mengunakan tandas ini .. Orang orang disekitar sini telah mengambil inisiatif dengan membuat tandas begini bagi memudahkan untuk kegunaan .. Ini kerana kawasan ini tidak mempunyai tandas awam..

Kawan rasa tandas ini khas untuk kaum lelaki sahaja .. sebab ianya mengunakan sistem berdiri ..

Bagi penduduk penduduk sekitar boleh lah mengunakan tandas ini kerana ianya tidak mengenakan bayaran ..

*** Sakit perut pulak dahh''..

Read more...

Twitter jadi sistem amaran awal wabak

VIENNA 14 April - Laman blog sosial Twitter boleh bertindak sebagai satu sistem amaran awal berhubung penularan wabak, menurut hasil kajian sekumpulan pakar dari London's City University yang diterbitkan semalam.

Menurut kajian tersebut, sejumlah tiga juta mesej atau dikenali sebagai 'tweets' dikirim dalam bahasa Inggeris melalui Twitter dari Mei hingga Disember 2009, yang mempunyai istilah flu.

Kajian tersebut diserahkan kepada Kongres Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit Eropah (ECCMID) yang sedang berlangsung di sini minggu ini.

''Jumlah 'tweets' yang kami kumpul melalui kata carian seperti 'flu' atau 'influenza' adalah mengagumkan,'' kata salah seorang pengkaji, Patty Kostkova.

''Sekarang kami sedang meneliti potensi data yang diperoleh itu bagi digunakan dalam sistem amaran awal sebab ia merupakan media masa sebenar. Ia boleh mendapat respons segera jika perlu,'' tambah beliau.

'Tweets' yang dikira oleh para pakar berkenaan mendapati, sejumlah 12,954 mesej mengandungi ungkapan 'saya menghidap selesema babi' dan 12,651 lagi dengan ungkapan 'saya menghidap selesema.' ( Selanjutnya disini ) ..

*** Sudah tau sikit sikit apa itu Twitter ..

Read more...

Macam boleh

Ahmad Zaki mula berangan angan hendak menjadi blogger seperti redmummy yang memperolehi pendapatan hasil dari iklan melebihi 10k dalam sebulan ..

'' Koi rasa koi pun boleh buat '' kata Ahmad Zaki pada satu petang kepada rakan beliau yang bernama Azman Zahari yang cukup terer dalam berFace bo0k ..

'' Kawan pun ada dengar cerita gitu juga ..dengan memasang baner baner iklan dalam blog tentu dapat hasilnya .. kata Azman Zahari ..

Ahmad Zaki mula mencongak congak .. tentu tak lama lagi Salmiah akan cuba cuba mendekati kerana telah memperolehi hasil yang lumayan ..dan juga Ahmad Zaki pasti akan kehulu hilir bersama laptopnya yang mengunakan broadband berkuasa tinggi ..

'' Masa tu tentu ramai yang kan buka mata .. baru dia orang tau sapa Ahmad Zaki .. seorang blogger ternama lagi hebat yang kaya raya .. cuma dengan berblog saja mendapati pendapatan hasil yang lumayan ..''

Tentu Ahmad Zaki akan menjadi idola kepada blogger blogger yang lain .. yang pasti Ahmad Zaki tidak lagi hidup menumpang bapanya ..

'' Koi akan buktikan ''.. kata Ahmad Zaki..

'' Aok dah ada blog ke '' ? ..Tanya Azman Zahari ..

'' Tak ada lagi ..minta aok buatkan koi blog satu '' ..kata Ahmad Zaki ..

'' Macam ni lah Mad.. petang ni cuaca elok .. tentunya malam ni tidak kan hujan .. aok balik rumah ..aok asah pisau toreh getah aok tu .. esok pagi pagi lepas subuh aok pergi lah menoreh ..getah mahei sekarang ni dah cecah RM 5.10 sekilo '' bersahaja kata kata Azman Zahari ..

Ahmad Zaki pun berlalu sambil tersengih sengih..

*** Kawan pun mau kaya ..

Read more...

Rabu, 14 April 2010

Melirik senyum

Semasa pulang dari Mesyuarat tadi ..kebetulan pergi 2 orang bersama in Charge bernama encik Shaari Yusoh ..

'' Lapor ni bang.. nak singgoh makan mana kita '' ?.. kata encik Shaari bin Yusoh ..

'' Bandar Lama ..kita pekena nasik ayam Cina .. alah yang berniaga bawah panggung Seri Temerloh sekitar tahun 70an dulu ..'' Jawab kawan.. sesiapa peraih dengan kawan dan dibesarkan di Bandar Temerloh ini pasti ingat punya kedai nasik ayam ini kecuali Pak Cik Kordi dan NerZhul sebab beliau beliau ni masih muda sunti lagi ..

'' Ishk..cari kedai lain lah ..koi risau juga nak makan dekat situ '' .. jawab encik Shaari kembali..

Kawan memandu kereta terus ke Kawasan makan Bukit Angin .. gerai yang ada jual ikan patin baung dan segala macam ikan sungai berada disitu..Kami memilih satu Gerai disudut tepi sekali .. ada awek ..lawar ..

'' Aok perasan tak rie ..awek te dari mula kita sampai tadi senyum je kat kita '' kata kawan yang adakala mudah sangat terperasan..

'' A'ah.. nampak dah tadi.. boleh minta nombor telipon gini ' .. encik Shaari berkata ..

Kawan cuba bermain mata dengan awek yang sentiasa senyum tadi.. nampak macam melawan dan dia masih sentiasa senyum lagi ..

'' Noni ambil air ni bawa kat 2 orang abang yang pakai baju putih tu '' jerit tokey Gerai..

Noni namanya.. maka dengan rasa beraninya kawan terus menanya kepada awek yang bernama Noni tadi kebetulan beliau menghantar air yang kami pesan tadi ..

'' Nama adik Noni ye.. boleh tak abang..nak minta nombor Hp dan kenapa adik senyum senyum tadi '' kata kawan dengan gagah beraninya ..

'' Senyum adalah hobi saya Pak Cik .. '' kata awek yang bernama Noni itu..

Luntur semangat kawan bila dipanggil Pak Cik ... dan sekembali bila berada dalam kereta semula encik Shaari berkata '' rupanya kita ni dah tua yak '' kata beliau ..

*** Nasib tidak di cop sebagai Pak Cik yang meronyam .. wakaka!

Read more...

Spesel Gathering


Pagi ini kawan akan berjumpa dengan rodong rodong yang bernama bz07116 dan juga Jijoe malah dengan Norul Hajar juga ..bzo dan Jijoe nama yang sering ada dalam kotak pesanan yang terdapat diblog kawan ini ..

Perjumpaan akan diadakan dalam pejabat ( hq ) tempat kawan bekerja .. biasa dalam sebulan sekali akan berjumpa dengan mereka mereka ini .. Perjumpaan yang kawan maksudkan ini adalah Mesyuarat Operasi ..Masaklah hari ini nampaknya ..

Biasanya kami akan makan kenyang kenyang terlebih dahulu sebelum masuk kebilik Mesyuarat ..kerana tentu banyak perkara perkara yang hendak dibincangkan.. itu yang membuat kami semua terlupa waktu makan tengahari .. sedar sedar dah masuk waktu zohor ..

*** Okes..kawan meting dulu .. blogwalking rodong rodong petang karang yak ..

Read more...

Selasa, 13 April 2010

Tak boleh belah

Cuaca pada malam itu sunyi sungguh .. Channel 411 masih menayangkan The Pacific S103 sedangkan kawan nak tengok siri yang ke S101 dan S102 .. bengong punya setesen Tv ni..

Sesekali bunyi Cengkerik dalam rimbunan pokok kaduk mengalunkan irama bertalu talu.. adakala buat memekak telinga kawan saja .. Kawan menuju ke peti ais lantas mencapai air kotak cap jambu kesumba yang dikatakan boleh mengubati penyakit sendi dan juga ceret beret .. Kawan minum terasa kehel sahaja..

Tilam bantal selimut dan bantal golek terhampar dihadapan Tv..

'' Nah ! aok tidor depan Tv ..tengok lah Tv sampai ke pagi ..koi nak tido dengan anak bongsu koi ni '' kata Akak ..

Jam di dinding sudah menunjukan pukul 1059 malam .. kawan mendekati bilik Akak dan anak anak tidor .. semuanya sudah berdengkur ..

'' Relevan datang segera kedai Corner kawan kawan tunggu ni ada cerita bagus ..datang seorang tau '' -- SMS dari encik Karim Jasmy ..

Capai seluar baju dan pakai..senyap senyap menyelinap hendak membuka pintu ..baru nak buka pintu tiba tiba ..

'' Nak ikuttt '' kata Akak yang telah sedia memakai blaus dan berseluar track ..

*** Hancuss ..

Read more...

Lalu sekejap diPekan Kuala Krau

Di Pekan Kuala Krau inilah tempat kawan bermain sekitar tahun 1980 - 1985 .. Tiada banyak perubahan yang terdapat didalam bandar Kuala Krau ini .. Ianya terletak antara laluan Temerloh - Jerantut ..

Hanya kira kira 8 KM dari tempat kawan tinggal ( rumah abah kawanlah ) .. Ada banyak juga Nostalgia bersama Pekan kecil ini yang senantiasa mengamit memori.. dahulu hanya terdapat sebuah kedai buku mamak ..disitu lah kedai yang pertama dituju apabila berada dipekan ini ..

Apabila berlaku cuaca yang tidak diizinkan untuk keluar menoreh terutama pada hari Isnin ..maka kawan dan rodong rodong seangkatan ketika itu akan menaiki bas Tanjong Keramat untuk ke Pekan Sehari yang diadakan pada setiap hari Isnin ..

..
Terdapat bangunan yang telah usang diPekan ini nampak semacam tiada usaha untuk dibaik pulih.. meskipun Pekan ini mempunyai kedudukan politik yang agak stabil ..


Kini baru hanya terdapat perbankan di Pekan ini.. jadi boleh lah penduduk setempat mencucuk kad mengunakan ATM dengan tidak payah lagi untuk ke Bandar Temerloh maupun Jerantut ..
.
*** Serba sedikit sahaja tentang Bandar Kuala Krau ini ..kalau hendak tau lebih lanjut boleh lah ke wikipedia .. apa pun kawan bangga dengan Bandar Kuala Krau ini kerana masih belum mempunyai lagi kedai menjual nombor 4D ...

Read more...

Program kerja sehari yang berlalu

..0700 - 0725 - Roll Call pagi..

.. 0725 - 0820 - Mengetea..

..0820 - 0920 - Lawatan ke kawasan pekerja bekerja ( Seliaan )..

..0920 - 0945 - Mengetea..

..0945 - 1059 - Naik Pejabat..

..1059 - 1120 - Mengetea..

..1120 - 1230 - Lawatan ke kawasan aduan..

..1230 - 1300 - Mengetea..

..1300 - 1328 - Ambil anak sekolah..

..1328 - 1359 - Lunch..

..1430 - 1459 - Lawatan kerja kelompok..

.. 1459 - 1520 - Mengetea.. dan Roll Cal balik..

*** Jam 1730 - 1815 ..Mengetea lagi kali ni bersama seorang kawan bernama encik Salleh bin Osman seorang bekas wartawan..

Read more...

Isnin, 12 April 2010

Minum petang bersama encik Karim Jasmy

Tetiba encik Karim Jasmy hantar SMS kat kawan .. ajak minum petang kat warung Joe yang asalnya tempat pusat kitar semula yang diubah suai ..

Sambil minum sambil bersembang ..

Encik Karim Jasmy : '' Lama tak nampok aok relevan pergi mana ''..

Relevan : '' Ada kawan bizi sikit lah bang ''..

Encik Karim Jasmy : '' Relevan ada isu untuk cerita seram ..untuk keluaran baru majalah Misteri ''..

Relevan : '' Tak ada lah bang .. Ops! ..Nanti ada masa kita pergi Kuala Krau.. ada kisah orang jumpa hantu 3 beranak kat atas Jambatan baru tu.. ''..

Encik Karim Jasmy : '' Jambatan baru rasmi tu dah ada hantu ke relevan '' ?..

Relevan : '' Ada bang ..seorang wanita sedang memandu kereta pada waktu senja.. ternampak 3 beranak sedang melalui jambatan itu.. wanita itu ingat nak menumpangkan 3 beranak itu ..tetapi tiada berani.. lalu terus saja memecut keretanya.. tiba tiba hantu 3 beranak tu muncul dalam kereta wanita itu dan sempat salah seorangnya mengusik usik telinga wanita itu ''..

Encik Karim Jasmy : '' Okeh Relevan sudah siap cerita .. nanti bulan depan adalah dalam majalah Misteri..

Relevan : ..'' Laa bang! .. senang juga menjadi penulis ni yer ''..hehe!

Encik Karim Jasmy pun membayar minuman ..selamat lah bajet Relevan pada petang itu ..

*** Kisah Hantu diJambatan baru Kuala Krau sudah masuk dalam suratkhabar ..tak silap pada minggu dulu .. Encik Karim Jasmy ini adalah seorang penulis cerita cerita berunsur seram ..

Read more...

Ke Lembah kiol ( Lata Meraung )

Bila berlaku sesuatu program didalam daerah maka ramailah yang terlibat.. Banyak agensi terlibat ..baik kerajaan maupun swasta..

Syarikat tempat kawan bekerja pun adakala terlibat juga secara langsung iaitu bahagian pelupusan sampah sarap dan kebersihan kawasan.. Pagi tadi sempat juga kawan menyibuk kekawasan tersebut.. program yang di maksudkan adalah Perkhemahan Pandu Puteri peringkat Sekolah sekolah Menengah negeri Pahang ..bermakna setiap daerah dalam negeri Pahang ini terlibat ..


Kome datang awal pagi lagi .. kebanyakan peserta belum sampai .. Canopi banyak yang telah siap dipasang dari semalam



Sempat juga kawan memandang kepada anak sungai yang terdapat disitu .. dihadapan sedikit lagi tempat bermandi manda jika mau pergi berkelah.. kawasan disini elok terjaga oleh Jabatan Hutan .. JPS dan Majlis Daerah .. Jika INTAN RH nak berkelah disini pun boleh ..

..


.
*** Esok hari akan pergi lagi..

Read more...

Bila Rosli Ghani mula membaca dan membeli surat khabar

Lokasi disebuah kedai kopi dikawasan Perindustrian Lama..

Encik Topik : '' Wah aok Li ..sejak bila pandai membaca surat khabar ni ? ''...

Rosli Ghani : .. '' Dulu koi tak berapa membaca suratkhabar ni .. alih alih kisah politik fitnah sana sinun ..konflik sana sinun dan bermacam macam lagi kita ditaburkan dengan berita berita politik negara kita ni .. ''

Encik Topik : '' Ada apa berita panas hari ini Li '' ?..

Rosli Ghani : '' Banyak ..penyamaran menjadi Tuan Muda '' ..

Encik Topik : '' Berita orang buang bayi mesti ada punya ye Li "..

Rosli Ghani : '' Ada .. manusia kejam tiada berhati perut zalim .. ikut sedap kepala ..lepas itu mula lah buang bayi tak tentu arah .. dalam suratkhabar hari ini kisah buang bayi dalam timbunan sampah pula ''..

Encik Topik : '' Lagi berita apa Li ''...

Rosli Ghani : '' Pengakuan tiga gadis ' terlanjur '' ..

Encik Topik : '' Kawan tengok aok mula membeli suratkhabar ini dari minggu dulu lagi dak ..apa yang aok tertarik untuk membeli suratkhabar ni Li ..

Rosli Ghani : '' Peraduan Teka Bola sudah kembali ..hadiah lumayan '' ..

Dalam hati Encik Topik berkata .. elok juga Rosli Ghani ni bermain Teka Bola daripada bertikam nombor ..

*** Pernah main juga teka bola tapi tak pernah menang .. teka buah betik pernah menang dapat hadiah kukur kelapa ..

Read more...

Ahad, 11 April 2010

Ulau



Orang kata kalau mimpi dipatuk ular nak berjodoh .. ini ular berkepala 5 nak kira guane ye ..
.
*** Tetiba je encik bZo bagi email gambor ular berkepala 5 .. ada berita baik ke malam ni ?..

Read more...

Sabtu, 10 April 2010

Mesyuarat PIBG lagi ( SKBJ )

Kali ini mesyuarat PIBG di SKBJ pula.. iaitu sekolah tempat dimana Aina belajar .. Dimulakan dalam jam 0900 pagi ..setelah pendaftaran dibuat maka bermulalah ucapan ucapan daripada yang dipertua PIBG diikuti Penasihat iaitu Tuan Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah ( cuma wakil ) agaknya Pegawai Pelajaran Daerah sibuk macam Yb.. kehadirah ahli ahli cukup memberangsangkan juga ..

Setelah perasmian maka mesyuarat pun dimulakan dengan mengesahkan minit mesyuarat serta Laporan kewangan .. Berkenaan dengan yuran PIBG semua berpuas hati ..Setelah perlantikan AJK peringkat atas maka perlantikan Ahli Jawatan Kuasa biasa dikalangan ibu bapa pula dilantik ..

Encik Mohd Sapingi : Saya cadangkan encik Syed Azman bin Syed Zahari sebagai AJK ..

Encik Syed Azman : Erk... Ops ops ! sebelum ada yang sokong dengan berhematnya saya menarik diri atas sebab tidak lama lagi saya akan bertukar kerja didaerah lain ..

Selamat Encik Syed Azman itu dengan alasan yang sungguh tidak logik kerana beliau tidak langsung diarahkan untuk bertukar kerja ke daerah lain.. seterusnya perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar .. setelah itu membentangkan usul pula.. tapi malangnya ada 9 usul tidak dapat diterima kerana semua pemberi pemberi usul tidak menghadiri Mesyuarat ..

Selepas ucapan penangguhan ( tamat mesyuarat ) acara yang ditunggu tunggu pun tiba.. Cabutan nombor bertuah .. tapi tuah tidak memihak kepada kawan ..lebih 45 bungkus hamper dimenangi oleh orang orang lain manakala 1 pun tidak menyinggah kepada kawan ..

Jam 0120 petang barulah menuju ke kantin .. Bee hon sama cucur udang dan air tea o' sedia terhidang diatas meja ( sepatutnya makan nasi ketika itu ) ..

*** Semua gambar tidak dapat diambil kerana kamera kawan telah kehabisan bateri ..

Read more...

Jumaat, 9 April 2010

Ingat amende lah tadi ''


Setelah hampir 2 minggu lori ini telah berada didalam bandar tempat kawan ini .. Pulak tu orang ramai siap berbari baris lagi untuk membeli apa barang yang dijual didalam lori tersebut ..
..
Pada petang tadi kawan telah memberanikan diri untuk mendekati ..Laa`... rupanya barang yang dijual didalam lori itu ada lah PIZZA .. Mentang mentanglah bandar tempat kawan ini masih tiada lagi kedai PIZZA .. jadi sewenangnya mereka datang dengan berlori ..heh heh! ..
.
Ini bermakna tidak lama lagi akan terdapat sebuah kedai PIZZA yang sungguh berjenama terkenal memulakan perniagaan disini .. maka dengan itu pasti bajet untuk keluarga yang meminati makanan ini akan meningkat ..
.
Kawan pernah rasa juga makanan PIZZA ni .. tak silap 2 tahun lepas ..itu pun adik yang belanja ..sedap juga tapi masih tak boleh lawan lempeng panas dalm kuali tanpa minyak bubuh kelapa parut cicah dengan sambal ikan bilis atau kuah kari ayam kampung yang mak buat ...
.
*** Ni kalau Aina tau pasti ajak bapa beliau berbaris tepi lori untuk membeli ..

Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( sembang selamba )

Lokasi disebuah Taman Perumahan kos sederhana yang mempunyai semangat kejiranan yang tinggi .. Kelihatan 2 orang wanita sedang menjemur kain di persempadanan rumah masing masing maka sempat lagi mereka bersembang sembang ..

Kak Zakiah : Banyak membasuh hari ni Zita ..

Rozita : Begini lah saya setiap hari kak ..bertimbun timbun cucian yang hendak dibasuh .. kita tak ada orang gaji .. semua saya urus sendiri ..

Kak Zakiah .. Oh macam tu .. errr Zita ada baca paper tak baru baru ni tentang kehidupan dunia artis tanahair kita ..

Starting bagi Kak Zakiah dengan topik Artis Tanahair kita .. sambil itu beliau mula mengiraikan rambut yang masih sedang dalam kebasahan lagi ..

Rozita : A'ah Kak ..ada juga baca paper dan dalam tv pun ada .. kehidupan artis kita yang bersangkut paut dengan moral..baru baru ni ada yang jual dadah . yang pukul isteri ... yang ugut bekas isteri pun ada .. cerai berai menjadi perkara biasa bagi mereka ..

Kak Zakiah : Memang artis kita bla! bla! bla ...!!!&6^&*())_++= /?.~+=?:;... }..<:#.. Rozita : A"ah lah Kak.. mereka mereka ini bla ! bla ! bla ! ..+_)*&^%#%!~ ?8..,<<<< =*#..

Kak Zakiah : Errr ..dah 3 bulan akak berjiran dengan Zita tapi masih tak kenal dan tak nampak lagi suami Zita.. Kerja apa ye suami Zita tu..

Rozita : Artis .. sekarang dia ada shooting kat Pulau Tioman..

*** ...................

Read more...

Khamis, 8 April 2010

Kenapa kawan tidak boleh online pada waktu malam

*** Ada rodong tanya '' kenapa kawan tidak boleh online pada waktu malam '' ..

1. Bila masuk jam 10 malam ( selepas waktu perdana ) sudah mula mengantuk ..

2. Melakukan penjimatan kos ( elektrik ) ..

3. Peristiwa lama akan berulang kembali ( selimut bantal dan tilam akan berada diluar bilik ) ..

4. Dari segi kesihatan bila sudah berumur .. tidak boleh berjaga malam macam orang orang muda ..

5. Broadband punya line jadi slow bila malam hari ..

*** 6. Jika kes malam ini adalah malam jumaat .. :)

Read more...

Trafik meningkat juga


Heh heh! Memula kawan berblog dulu ..entah berapa orang je yang datang masuk ke blog kawan ni.. mengikut Caunter hitz yang lama dulu adalah dalam 4 hingga 7 orang saja dalam sehari.. tapi sekarang dah cukup kuat kemasukan rodong rodong yang memeriahkan relevan Sokmo ini..
.
Dulu dulu kawan tak tau apa itu Daily trafik .. page loads ..page rank ..hitz kaunters .. ping! .. pong! ..dan juga apa itu Unik visitors serta Returning visitors dan bermacam macam segala benda widgets lagi .. tapi sekarang jangan main main .. sedikit demi sedikit kawan dah mempelajari .. kalau ada apa apa kemusykilan apa yang kawan tidak faham kawan merujuk kepada seorang rodong dari Shah Alam itu ( klik sini ) ..
.
Samada percaya atau tidak kawan sekolah tidak setinggi mana ..sebagai bukti tengok sajalah hasil garapan tulisan kawan dalam blog ini .. Tiada lah sehebat mana pun..tapi boleh juga diterima agaknya..
.
Ini yang nak mengucapkan Terima kaSih sangat sangat kepada rodong rodong belaka semua .. termasuk yang di Amerika ..Vietnam ..Loas .. Libya .. Mesir .. dan yang terbaru mengikut daily route kawan te ada yang datang dari kepulauan Mauritus ..
.
*** Tq nuffnang :)

Read more...

Pohon kuini ditebang


Baru baru ini sekitar Pekan Kuala Krau dilanda ribut 2 kali dalam 2 minggu ... Abah kawan telah mengambil daya inisiatif untuk menebang pohon kuini yang berada dibelakang rumah beliau dan sudah dianggap bahaya jika berlaku lagi angin kuat..

Usia pohon kuini ini telah menjangkau belasan tahun.. tiap musim pasti mengeluarkan buah.. buahnya pula sungguh enak jika dibuat sambal.. Sambal kuini ..

*** Hanya berita pokok kuini saja pagi ini he he he!

Read more...

Rabu, 7 April 2010

Rondaan dipetang Rabu

Sedang melewati sebuah lorong belakang disebuah Bandar Lama.. ternampak orang orang muda dan orang orang tua bersidai macam sibuk mentelaah sesuatu..

Kelihatan juga Rosli Ghani dan Encik Topik sedang minum petang disebuah Restoran mamak ditepi sebelah birai Lorong belakang tersebut..jelas sekali kedudukan mereka berdua untuk memandang orang orang yang sedang sibuk mentelaah itu..

Encik Topik : '' Sibuk benor dia orang menkaji selidik tentang nombor nombor yang bakal keluar esok ye Li ''..

Rosli Ghani : '' Hish ..yang ramainya orang bangsa kita.. duk membeli benda haram yang tak kehala dapatnya lagi ''..

Encik Topik : '' Payah tu..ada pula orang kita ni percaya akan benda benda lama serta minta nombor pada pokok besar ( menurun ) .. mengharap nombor yang ditikam akan naik ''..

Rosli Ghani : '' Minta selisih .. orang orang begini tidak takut kepada Tuhan ''..

Encik Topik : '' Koi nak tanya aok ni Li.. andai koi nikam dan menang dengan jumlah wang yang banyak ..separuh wang te koi bagi kat aok..adakah aok akan guna wang tersebut? ''..

Rosli Ghani : '' Kawan guna dan kawan beli macam macam ..juga kawan bawa keluarga membeli belah apa yang mereka mahu ''..

Encik topik : '' Cisss .....

*** Ini dia jenis yang bila tak mengena menikam nombor maka Haram lah..jika mengena apa pun jadi ..

Read more...

15,000 pekerja pos naik gaji

KUALA LUMPUR 6 April - Seramai 15,000 kakitangan Pos Malaysia Berhad termasuk 1,880 posmen dan kerani pos bakal menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai ini.

Kenaikan pada kadar antara 11 hingga 19 peratus itu bakal menjadikan gaji dan elaun-elaun berkaitan kakitangan pos setara dengan gaji dan elaun semasa kakitangan kerajaan.
.
Penstrukturan semula gaji kakitangan Pos Malaysia yang seiring dengan aspirasi Model Ekonomi Baru (MEB) itu, akan dilaksanakan serentak dengan kenaikan harga surat domestik.
.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semasa mengumumkan kenaikan itu berkata, gaji posmen dan kerani Pos Malaysia pada masa ini berada di tahap yang tidak sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.
.
Menurutnya, gaji pokok posmen sekarang ialah RM610 manakala kerani pos RM710 iaitu di bawah garis kemiskinan.
.
"Gaji dan elaun permulaan posmen adalah 19 peratus lebih rendah daripada gaji kakitangan sektor awam yang setara... selanjut ( klik sini ) ...
,
*** Tahniah en Posmen ...kome ni bila lah pulak nak naik gajinya?.. Hendaknya Syarikat tempat kawan bekerja ni ngikut jejak langkah POS Malaysia jugalah .. ( gambar diatas ehsan google lah )

Read more...

Selasa, 6 April 2010

Dulu kawan kartunis


Sedang dilanda kebosanan sempat juga kawan pegang maker pen dan menconteng atas kertas A4.. maka terhasil lah apa yang diconteng seperti diatas.. pernah dulu kawan buat entri kisah kawan pernah berjumpa dengan kartunis aZa ( klik sini )..
.
Ini antara petikan komen rodong rodong ..
.
14 Merujuk kepada perkara diatas:
,
sI tEDI, 2009 Oktober 15 18:04
kartunis aza ye..yg selalu buat kartun tanpa dialog tu ke??aku ingat2 lupa lah.. tahun2 yg kamu sebut tu aku budak2 hingusan lagi
.
Cikgu Jang .., 2009 Oktober 15 18:46
aok ter nanti dah glamor, jngn lupa kat koi dah le...manalah tahu, dah ramei peminat......lupa lah pulak rodong2 berblog ni hah...
.
Muhammad faiz mahayudin, 2009 Oktober 15 19:41
jumpe kartunis aza kat ner weh? wah kirenye aok nih kartunis la juge yek? bleh la tunjuk hasil lukisan kat blog ni.. name glamour ape weh?
.
a kl citizen, 2009 Oktober 15 20:21
assalammualaikumboleh lah berkartun semula...sekarang kan banyak isunya
.
lipislady, 2009 Oktober 15 21:38
Sallam, betol juga kata Aza tu, bakat tu jangan dibiokan berkarat..asah bio tajam,,,komeh sedia menunggu hasil karya aok...
.
pOnstan, 2009 Oktober 15 21:41
mcm pnh bc je entry ni brO..tp dh tlupa d mna n bila...
.
maiyah, 2009 Oktober 15 22:50
wah.. sy suker tgk katun.. krim slm kat dia yerk :)
.
mazru(9m2mzr), 2009 Oktober 16 01:50
ape kata aok lukis katun aok dan buat kan satu entry...bole?koi pun minat kat kartunis AZA ni
.
zai, 2009 Oktober 16 16:51
Patutla otak relevan pun macam otak kartun..hehehe
.

Webmaster@Echam, 2009 Oktober 19 11:42
Haaaa apa lagi wehhhh.. Jomlah bekarya kat kopitiam...
.
Kawan terai juga scan karya karya lama kawan tu..tapi nampak gelap ada juga karya kawan yang dah koyak rabak.. kawan akan cuba juga untuk pemuliharaan karya karya kawan ketika itu..
.
*** Tapi jika nak berkarya lagi kena menghisap rokok juga ishkkkkk```...

Read more...

Pergerakan dipagi Selasa ( sembang dikedai kopi )

Lokasi disebuah warung belakang Pejabat Pos.. Kelihatan encik Rosli Ghani sedang menghembuskan asap rokok setelah menghirup setengah cawan air tea beliau..

Encik Topik : '' Sedap rokok ye Li.. jenama apa yang aok hisap?..

Rosli Ghani : '' Jenama XXXX ni..murah masih mampu koi membeli lagi ''..

Encik Topik : '' Lor ..Li aok tak takut ke jenama rokok yang murah gini.. rokok tiruan ni sangat merbahaya untuk kesihatan..

Lalu encik Topik menghulurkan sebatang rokok yang berjenama terkenal yang harga mencecah hampir RM10 sekotak kepada Rosli Ghani..

Rosli Ghani : '' Sedap rokok jenama mahal ni ye Topik.. tapi koi tak mampu nak membeli ''..

Encik Topik : '' Memang sedap Li..sebab itu harganya mahal ''..

Berterusan lagi sembang mereka sehingga bab menyimpan duit dan menyentuh mana mana rakan rakan mereka yang tidak merokok.. ( mengumpat sikit sikit )

Encik Topik : '' Kawan rasa lah Li.. tentu Mail rodong kita tu banyok simpan duit sebab dia tidak merokok ''..

Rosli Ghani : '' Tak ada ke banyok lah Topik..semalam baru dia minjam duit koi RM20 untuk beli beras 10% hancur.. koi bagi lah sebab ia kata dah 2 hari makan lempeng ''..

Encik Topik : '' Herh..! sesak weh Mail te.. dulu dia ada ngata kawan ngisap rokok ni tak boleh simpan duit ''...

Setelah siap pekena tea dan habis 3 batang rokok seorang maka keduanya pun beredar.. untuk memulakan tugas masing masing..

*** Tahun 1983 - 1998 kawan menjadi perokok selama 15 tahun boleh simpan duit.. tapi sekarang sudah berhenti merokok macam tidak boleh saja nak menyimpan duit ..ishk2.. nak kena isap rokok semula gamaknya..

Read more...

Isnin, 5 April 2010

Surat untuk sambung Cuti tahun

*** ( Kawan rasa kena klik untuk pembesaran imej dibawah )..

Bila sudah hendak bercuti dengan keadaan terdesak bermacam macam alasan ada guna telipon ada yang mesej dan ini yang guna pesan dengan surat dengan cara mengirim kepada rakan sekerja yang lain..

*** Surat ini telah berjaya menambat hati Jabatan Pentadbiran dan sumber manusia dengan permohonan Cuti yang sangat berkesan..

Read more...

Kemana pagi ini

0700 - 0730 : Roll Call kerja pagi..

0730 - 0845 : Minum tea ( mengetea )..

0845 - 0930 : Baca surat khabar..

0930 - 1030 : Rondaan kawasan ( pusing sana sini )..

1030 - 1120 : SMS dengan buah hati..

1120 - 1240 : Masuk pejabat buat kerja laporan dan macam macam main Games dan internet..

1240 - 1330 : Amik anak anak sekolah

1330 - 1415 : Rehat..

1415 - 1500 : Masuk pejabat dan Roll Call balik..

*** Wah sibuk sungguh kerja hari ini ..

Read more...

Ahad, 4 April 2010

Sembang sumbing dipagi minggu

Macam kebiasaan encik Topik akan kembali ketiduran selepas solat subuh.. jika tiada apa apa aktiviti sudah tentu encik Topik akan bangun tidor melohor ( tidor sampai tinggi hari ) ..

Rodziah : '' Bang! bangun lah abang .. kata nak tolong tebas rumput yang dah panjang menjela dibelakang rumah tu.. jika anak gajah duduk kat dalam semak tu pun dah tak nampak..''

Encik Topik : '' Alah.. susah nak tebas nya.. nak senang kita bubuh racun je kat rumput rampai tu..''

Rodziah : '' Mana ada racun rumpai kat rumah kita ni.. racun tikus yang kaler pink tu adalah..''

Encik Topik : '' Haaa!.. kita guna racun tikus kaler pink tu.. sebelum tu buat kan kopi o kow'' untuk abang dulu ''..

Rodziah : ..................''

Ketika hendak bersarapan kelihatan Rodziah sedang mengikis bontot kuali lalu memasukan habuk habuk yang sudah dikikis itu kedalam cawan..

Encik Topik : '' erk?.. yang ! buat apa habuk bontot kuali tu masuk dalam cawan..''?

Rodziah : '' Oleh kerana kopi dah habis ini sahaja alternatif yang ada untuk kopi o kow' abang tu ''..

Encik Topik : ..........................''

*** Moral of da story adalah .. Jangan sangka kita sudah bijak dengan kata kata yang belum nampak tetapi ada lagi yang lebih bijak dengan mengadakan terus barangan yang nampak..

Read more...

Sabtu, 3 April 2010

Pesalah seks dilarang guna komputer selama 30 tahun

*** Ini berita dari luar negeri

WASHINGTON 3 April - Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman akibat kesalahan seks yang tidak sepatutnya dilarang mengguna atau memiliki komputer selama 30 tahun selepas dia dibebaskan dari penjara, perintah mahkamah rayuan persekutuan semalam.

Panel tiga hakim bersetuju dengan pendakwa dan peguam lelaki itu bahawa larangan berkenaan terlalu keras kerana ia tidak boleh dilakukan dalam tiga dekad.

Mark Wayne Russell dari Columbia, Maryland ditahan pada 2006 bagi kesalahan cubaan merangsang seks apabila ingin menemui seorang gadis dikatakan berusia 13 tahun yang dikenalinya melalui Internet... ( klik sini ) ..

*** Kome kalau tak tengok komputer selama 2 jam saja sudah rasa lain macam.. ntah ngape..

Read more...

Jadi peminat

Sedang kawan tak ada arah nak meronda pada sebelah petang tadi.. Tetiba kawan terbuka sangat hati nak membuka Fesbok kawan.. Sudah berkapang juga akibat lama tidak dibuka..

Ler.. ada pulak yang suruh kawan jadi peminat benda ni ( tengok gambor dalam bulatan penjong tu ) .. kalau kawan tekan je Jadi peminat tu maka kawan menjadi lah peminat benda itu ..

*** Biar lah kawan jadi peminat air tebu .. air kabung .. air lengkong ataupun air serbat sahaja.. dan yang pasti peberet air tea tarik..

Read more...

Jumaat, 2 April 2010

Rondaan dipagi Jumaat

Sedang membuat rondaan kawasan untuk skodeng pekerja pagi tadi ternampaklah kawan satu banner yang sungguh menarik hati.. Kawan pun sempat mengambil gambar tapi premis perniagaan ini masih belum dibuka lagi.. Selalunya jam 9 pagi baru premis ini memulakan operasi nya..

Kedudukan premis ini dalam kawasan yang amat startegik didalam bandar tempat kawan bekerja.. Samada orang ramai sedar atau tidak maupun pihak PBT juga akan kewujudan banner ini tiada lah siapa yang mengambil kira ..atau pun banner ini dipasang pada tahun lalu..

Jadi tidak akan menjadi kehairanan untuk promosi perayaan yang jauh lagi musimnya..

*** Selamat berhujung minggu..

Read more...

Khamis, 1 April 2010

Hadiah sudah sampai


Dulu pernah kawan menang satu rancangan kuiz di RMPFM dalam slot zon akses.. ( klik disini ) yang di hos kan oleh dj Sh0ows ... Baru tadi hadiah sudah sampai melalui pos laju..

Kawan sangka Tv Plasma 39 inci atau pun Besikal gunung.. tapi CD lagu Indon 3 kotak keping dan sebiji mug hitz PahangFM.. jadilah..

Terima kasih ye Sh0ows dan lain lain dj.. termasuk juga dj Anuar .....

*** En Anuar mana pergi.. aok punya blog sudah banyak sawang ..siap dengan ibu spider pun ada..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP