GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 31 Mei 2010

Pendapatan hasil iklan minggu ini ( penting diri )


Sedang Azman Zahari memasuki sebuah Pejabat Pos untuk urusan tertentu..beliau terserempak dengan Ahmad Zaki..lantas beliau pun bertanya berapa pendapatan hasil penajaan iklan dalam blog Ahmad Zaki untuk minggu ini..

Azman Zahari : '' Berapa aok dapat minggu ni ? ''...

Ahmad Zaki : '' RM32 sahaja ...selalu dapat RM87 tak pun RM78..merosot seket ''..

Azman Zahari : '' Jauh merosot tu..kenapa yer..kot aok tak buat blog walking dak?''...

Ahmad Zaki : ''.. Memang pun dalam 2 minggu ini koi kurang cara ke blog orang ..lantok lah ''..

Azman Zahari : '' Itu yang tak boleh nya..kena lah kita berderau untuk meningkatkan trafik blog satu sama lain..aok ni sungguh pentingkan diri ''...

Ahmad Zaki : '' Koi tak kisoh..aok cuba tengok trafik blog koi..satu hari hampir seribu pelawat..macam macam direktori koi dah masuk ..minggu ini saja mungkin pendapatan koi kurang ''...

Betul juga kata orang..bila sudah ada nama dan sudah mula terkenal adalah yang penting diri dan juga lupa daratan..dalam kes ini Blogger pun boleh jadi sedemikian..

*** Kawan tak...

Read more...

Seliaan kawasan kerja

Setelah selesai punch kad..seperti biasa aktiviti rondaan kawasan kerja bermula..berikut senarai kawasan yang menjadi pilihan hari ini..

1. Terminal bas

2. Pasar Raya

3. Pasar Tani

4. Lorong belakang bandar Lama

5. Warung belakang Pejabat Pos ( minum Tea )

6. Cyber Cafe ( online )

7. Pasar basah ( beli lauk dan sayur )

8. Kawasan Perumahan kediaman ( hantar lauk dan sayur )

9. Sekolah ( amik anak )

10. Punch kad ( balik )

*** Senangnya kerja ?..

Read more...

Ahad, 30 Mei 2010

Padah dipagi minggu

Hajat dihati encik Topik untuk melingkor sehingga melohor tidak kesampaian setelah dikejutkan oleh Puan Rodziah bertalu talu..

Puan Rodziah : '' Abohnya bangun bangun..aok tak tau ke ada Gotong Royong di Taman Perumahan kita pada hari ini ?''..

Bingkas bangun encik Topik bila mendengarkan kata kata isterinya itu..

Encik Topik : '' Tolong amik parang panjang nak buat nebas karang ''...

Dengan gulutnya Encik Topik pergi ketempat orang ramai berkumpul di balai KRT Taman Perumahan tersebut..Setelah Pengerusi KRT mengagihkan tugasan masing masing...semua kumpulan beredar untuk memulakan Gotong Royong..

Beberapa Jam Kemudian..

Puan Rodziah : '' Ngada ngada sangat..mentang dapat kumpulan Gotong Royong bersama sama Ibu tunggal dan mak mak Janda..suruh je panjat pokok kelapa aok pun panjat..haaa dapat jatuh kebawah..nasib tak patoh ''..

Rupanya encik Topik tunjuk handal tapi padah yang tiba..dan malam itu ramai lah yang datang bertandang menziarahi encik Topik yang telah bersalai kaki nya akibat terjatuh dari pokok kelapa termasuk rodong setia nya Rosli Ghani..

Rosli Ghani : '' Guana aok..Norlili yang suh aok panjat pokok kelapa tu tak dapat datang tengok aok..dia kirim salam jer..

Encik Topik : '' Psst Li.. jangan cakap ke kuat ''...

*** Patut lah orang suruh panjat pokok dia panjat..rupa rupa sudah ada resepon..

Read more...

Sabtu, 29 Mei 2010

Sepanjang Jalan kenangan ( Malam minggu yang mesra )

Satu ketika dalam suasana kepekatan malam.. kelihatan samar samar 4 pemuda harapan Kampung sedang duduk duduk di atas birai simen penghadang culvert di jalan selekoh masuk Kampung..

Salah seorang sedang bermain Gitar sambil mengalunkan lagu 4 penjuru nyanyian asal kumpulan KemBara..dengan suara yang tersekat sekat dan serak serak payau..

'' Beb..ingat aok boleh rakam lagu lah ..buat album..sore bagus main gitar pun boleh ''..kata Miki kepada Niker yang sedang menyanyi dan bermain gitar itu..

Makin tercongak Niker bila Miki berkata begitu..

'' Kapak..aok ada rokok..bak sebatang..banyak nyamok sini ''..pinta Youth..

'' Lor..kawan nghisap rokok daun je ni..aok nak gulung lah sendiri ''...jawab Kapak..

Sudah tamat lagu 4 penjuru..Niker main pula lagu '' Temple of the King ''..lagu omputih deep Purple rasanya..

'' Woh!..lagu omputih pun boleh aok main ye Niker ''..kata Miki lagi..

Boleh dikatakan semua lagu apa jua rentak semua boleh dimainkan oleh Niker..Blues Rock Pop..

'' Nanti aok masuk Talentime kat Kampung Belenggu..kome sokong aok ''..cadang Youth..

Jam hampir pukul 2 pagi..agenda asal masih belum diteruskan lagi..hanya menunggu seorang kawan bernama Bok saja..

'' Mana Bok ni..dah berakar kita nunggu dia ni..ntah mender lah agenda dia malam ni '' kata Kapak..

Setelah Bok sampai dan setelah perbincangan dibuat dengan teliti maka kelima Pemuda itu terus berlalu untuk menjalankan Operasi..

'' Gampang betul.. koi ingat benda lah punya idea Bok ni..rupa rupanya ngajok curi tebu rumoh Tok Iman Ripin '' ..kata Youth dengan nada sedikit kesal..

'' Kita ikut je lah rentak dia..jangan kena hambat sudah '' suara Niker..

Maka pagi esoknya habis lah seperdu tebu hitam kepunyaan Tok Iman Ripin..Untuk pengetahuan dan masih menjadi misteri pencuri tebu itu ialah Niker..sebab Niker adalah anak kepada tok Iman Ripin..dengan tiada rasa bersalah selamba saja mengikut mencuri tebu ayah beliau..

**** He he..ni kalau puak ni baca tentu segar semula ini story...

Read more...

1.2 juta komputer riba diagih percuma


Sambil membawa suratkhabar hari ini Ahmad Zaki terus sahaja mencari Azman Zahari untuk mengkhabarkan satu perkhabaran berita yang menarik..

Ahmad Zaki : '' Wehh..Man Kerajaan nak bagi laptop percuma kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah...'' klik ( siNi ) ..
.
Azman Zahari : '' Wuih ..ok ni..apa syarat syarat nya ?..
.
Ahmad Zaki : '' Antara syarat .. golongan yang layak untuk mendapat pakej itu adalah mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ''...
.
Azman Zahari : '' Haa ..kalau macam tu kita berdua layak sangat lah ...Gaji kita baru RM 860 sebulan ''..
.
Ahmad Zaki : '' Cantikk Man..kalau macam tu moh cepat kita mohon..jika layak koi ada idea lagi untuk menambahkan pendapatan kewangan kita ''...
.
Azman Zahari : '' Uiks..idea menambah pendapatan lagi ? ''......
.
Ahmad Zaki : '' Ia lah..kita kan ke dah ada Laptop..jika kita mohon tentu ada 2 laptop kita..maka yang baru kita pohon tu kita hantuk lah ''.. ( jual lah )..
.
Mau rasanya Azman Zahari mencekik cekik leher Ahmad Zaki dengan idea bijak itu..
.
*** Kawan layak..

Read more...

Jumaat, 28 Mei 2010

Kemana petang Jumaat ini ( berjalan jalan )

Hari ini publik Holiday sempena hari Wesak..kome semacam je kerja..tamat kerja jam 1230 tengahari..Selepas solat Jumaat ada keterlanjuran waktu lapang berpakat pakat lah kome anak beranak nak pergi berjalan jalan..

Aina : '' Aboh petang ni kita pergi berjalan jalan yer ''..

Anis : '' A'ah lah aboh lama kita tak berjalan jalan ''..

Amirul : '' Ami nak berjalan jalan juga..pagi esok lah Ami balik Kampung rumoh atuk ye aboh ''..

Aboh : '' A'ah..tunggu petang sikit kita jalan jalan..aboh nak nengok Tv cerita Filipina ni kejap lagi ''..

Emak nya : '' Betul te aboh nya..lama beno rasa aok tak bawak anak berjalan jalan..kome pun nak ngikut juga : ''..

Setelah kawan selesai tengok cerita Filipina kat Tv..maka semua nya bersiap untuk berjalan jalan..kawan pun amik kunci dan setat kereta..

Emak nya : '' Eh?..knapa dengan aboh te..setat kereta pula..kan ke kita nak berjalan jalan ''..

Aboh : '' Laa..tadi kata nak berjalan jalan ''..

Emak nya : '' A'ah lah jalan jalan ..sebenor nye bebudak te ajok aok joging bagi leper sikit perut yang semakin memboroi tu ''..

Anis : '' .. Betul lah aboh..lagi pun aboh bukan daya sangat nak berlari lari..sebab te kita ajak aboh berjalan jalan ''...

*** Aduii yai...

Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( Bola )


Lokasi sewaktu mereka mengambil Surat khabar yang baru dihantar oleh pengedar suratkhabar bermotor..

Kak Zakiah : '' Heyyy!! budak menghantar Suratkhabar ni main baling saja..nyaris tak masuk dalam longkang ''..

Rozita : ''..Ishk takper lah kak..budak tu nak cepat..banyak lagi tempat dia nak edar tu..err! tak berapa hari lagi je kak menjelang Piala Dunia ''..

Kak Zakiah : '' A'ah lah Zita..pasukan peberet akak Brazil dah tiba semalam..akak dulu memang suka Brazil..nak nak zaman Socrates dan Zico ..memang frust time tu Brazil setakat semi Final saja ''..

Rozita : '' Uihs Akak tau yer..zaman lampau tu..Zita suka England time Beckham..Zita minat sangat dia ''..

Kak Zakiah : '' Oh.. David Beckham yang kawin dengan penyanyi Spice girl tu yer ''...

Rozita : '' A'ah lah Kak..tapi sekarang tak minat dan tak suka dia ''..

Kak Zakiah : '' Kenapa pula Zita ''..

Rozita : '' Sebab Zita Frust sangat David Beckham kawin dengan penyanyi Spice Girl tu lah..benci dia benci benci ''..

Kak Zakiah : '' Laa..

*** Haa tengok..gitu lah yer..

Read more...

Khamis, 27 Mei 2010

Tak tahan tekanan sampai nak berhenti kerja

Tadi ada seorang pekerja baru mengadu bahawa beliau sering dibuli oleh pekerja lama dan beliau menyatakan juga tidak tahan dengan tekanan kerjanya sekarang..dan beliau memutuskan untuk meletak jawatan..jawatan beliau hanya sebagai pekerja rendah awam yang gaji nya boleh lah se adanya..

Setelah kawan bertemu dengan beliau..beliau masih dengan pendiriannya juga '' untuk meletakkan jawatan ''..

Kawan : '' Memang ke aok bertekad sungguh nak berhenti ni...tak rasa sukar ke untuk mencari kerja lain ''..

Pekerja : '' A'ah..koi tak tahan dah ..dengan pekerjaan yang penuh dengan tekanan dan kawan sering di buli oleh pekerja pekerja lain ''..

Kawan : '' Sekarang susah nak cari kerja dah ni..orang kat luar sana berlambak lagi nak mohon kerja ''..

Pekerja : '' Arhh...koi tak kira..kawan nak notis juga..bior lah koi tak kerja tak apa..'' Ulat dalam batu pun boleh hidup ''..

Kawan : '' Kawan tau lah '' Ulat dalam batu boleh hidup...sebab Ulat dalam batu tu tak pakai seluar Jeans tak pakai baju..tak payah bayar hutang rumah hutang kereta..tiada masalah dengan kenaikan minyak petrol dan macam macam lagi untuk menghadapi hidup ini ''...

Pekerja itu terus termangu dan kawan terus berlalu..

*** Time 2 ngetea..

Read more...

Berada dekat kedai judi

Ada satu berita dari Utara sila klik ( siNi ) ..

Setelah menyesali akan dosa dan segala bahana judi maka Rosli Ghani sudah mula bertekad untuk melupakan segala bentuk perjudian termasuk juga Judi Bola..dan beliau juga berazam untuk tidak melintas mana mana kedai yang menjual nombor..

Encik Topik : '' Macam mana dengan result semalam Li..ada naik ka ? ''..

Rosli Ghani : '' Heh heh mintok maaf yak..sekarang koi tidak lagi bermain judi malah koi juga telah mengharamkan kaki koi ini untuk melintas atau duduk berdekatan dengan kedai Judi ''..

Encik Topik : '' Bagus Li..sekarang moh kawan belanja aok minum..kita minum dekat restoran Fauzi sana..Roti Canai dia best ''...

Setelah mengorder tea tarik dan roti Canai..maka kedua duanya didatangi oleh lelaki Cina separuh umur membawa resit dan kertas berkarbon..

Lelaki Cina itu : '' Incik tarak mau beli ka..ini untuk res hari sabtu..angkat 3 pintu maa..ada diskaun ''..

Dan dengan serta merta Rosli Ghani menarik tangan Encik Topik terus sahaja meninggalkan tea tarik dan roti Canai yang baru separuh di habis makan..

Rosli Ghani : '' Ngapa aok bawok koi ke restoran ni ?''..

Encik Topik : '' Mana kawan tau Li..sekarang mana mana je ada jual nombor bergerak tanpa lesen.. Operasi lah macam mana pun..sekejap je ada semula ''..

*** Harap Rosli Ghani tidak lemah semangat..

Read more...

Rabu, 26 Mei 2010

Seketika kisah lama di satu malam Khamis

Jam 1015 malam ketika kawan serta encik Salleh Osman dan Karim Jasmy sedang menikmati sajian Tea tarik dan roti Canai di Benteng Hamdan Corner..

'' Cuba aok tengok bung Karim te..tut tet tut tet main SMS..ntah dengan sapa lah yek dia mesej ''..kata Salleh Osman berbisik kepada kawan..

Sememangnya Karim Jasmy ini suka memegang hendset dan suka juga berSMS..tidak tau lah dengan sapa dia berSMS...nak kata ada awek ntah lah..

'' Cuba aok try hantar Mesej kat dia relevan ''..bisik Salleh Osman sambil mengangkat hendset beliau..

Dan sememangnya kome suka menyakat..kawan pun hantar 2 mesej kepada Karim Jasmy..antara mesej yang kawan hantar berbunyi begini : -

Mesej 1 : Slm abg Karim ada kat mana ''..

Mesej 2 : Kalu abg keluar sila tunggu kat tempat biasa yer ''..

Selamba je dia jawab : -

Jawapan mesej 1 : Slm ..abg ada sma relevan dan Salleh ni kat koner ''..

Jawapan mesej 2 : Ok..abg tunggu ''..

Kawan dan Salleh Osman menjadi pelik..adakah beliau tidak meng save nombor kawan atau pun beliau tidak sedar yang dia telah lama minum bersama kawan..

*** Lama dah dia tak belanja kawan mengtea ni..

Read more...

Rasa nak main paintball pulak ni..


*** Membidik ( gambar ehsan gugel )
.
Tadi dapat email dari pengurusan Sumber Manusia..ada pertandingan paintball terbuka bagi ahli KRKAF ( kelab sukan tempat kome bekerja ni ).. Rasa tidak melepaskan peluang ni..dah terlalu lama tak main perang perang ni..walaupun kos untuk permainan ini tinggi tapi kawan rasa kena juga mencuba..

Semasa kecil kecil dulu adalah juga main senapang yang dibuat daripada papan ..guna peluru terong belarai letak kat hujung tarik dengan getah gelang..kena badan bintat juga..

*** Ishk2..setiap kumpulan mesti ada 2 orang wanita..siapa kome nak amik ni..

Read more...

Pengguna pula ‘sorok’ gula?


Cerita Cik Kak kat atas tu di (
siNi )

Perbualan ini telah dirakam melalui talipon mudah alih..

Aboh kawan : '' Kata tempat aok tak ader gula..hari ahad ni balik amik gula ''..

Kawan : '' Payoh tempat kome ni boh..gula kejap ada kejap tak ade..bekalan gula ke tempat kome ni tidak konsisten ''..

Aboh kawan : '' Kala gitu balik ni aok amik berapa kilo yang aok ndak ''..

Kawan : '' Aik..banyok ke stok gula ket rumoh aboh ''..

Aboh kawan : '' Banyok tu tidak lah tapi dalam 26 kilo ada ''...

Kawan pandang keatas langit..cekap juga aboh kawan ni..pandai dia meleraikan masalah gula..

*** Dah hampir 2 bulan kawan tak pernah membeli gula..amik rumah aboh kawan jerk..selamat selamat..

Read more...

Selasa, 25 Mei 2010

Hasil tajaan

Kini Ahmad Zaki mula berangan angan untuk mengunakan wang setelah hasil pendapatan iklan dalam blog beliau meningkat kepada 3 angka..

Azman Zahari : '' Baik aok tunggu lagi 2 minggu..tentu hasil aok te akan mencapai 4 angka ''..

Ahmad Zaki : '' Tak sabor nya koi nak gunakan duit hasil dari penulisan blog koi..koi nak ucapkan berbanyok banyok terima kasih yang tiada terhingga kepada Syarikat pengiklanan tersebut ''..

Azman Zahari : '' Bila cek aok sampai..jangan lupakan kawan sudohlah yerk ''..

Satu bulan 5 hari kemudian..

Azman Zahari : '' Aok mana lama ilang..blog aok kawan nengok macam dah basi jerk..bersawang dah ''..

Ahmad Zaki : '' Koi tak ada mood dah nak nulis blog ''..

Azman Zahari : '' Ngape pulok nya ''..

Ahmad Zaki : '' Setelah koi Cash Out..akaun iklan koi tidak memberangsangkan langsung..ada ketika pendapatan mingguan tidak berbaloi baloi..ilang semangat koi nak apdate ''..

Azman Zahari : '' Kala gitu aok ni menulis kerana duit lah yerk..payoh dah aok ni..dulu trafik aok dah tinggi ..sekarang merudum..oleh kerana aok jarang apdate tu yang pendapatan tajaan iklan tidak stabil ''.. Jangan banyok cerita lagi..moh belanja kawan tentu duit aok dah keluar ''..

Ahmad Zaki : '' Mintok memaaf bebanyok Man..duit cek yang koi cash te dah tinggal 80 sen je dah ni..bayar hutang sana sinun..guana nak belanja aok ''..

Azman Zahari cepat cepat melarikan diri..bagi mengelakan beliau daripada kena pow oleh Ahmad Zaki..

*** Ha ha!..

Read more...

Letih


** Nak mengetea pun tiada semangat..

Dari pagi tadi badan rasa lemah longlai sahaja..ada banyak benda yang di buat semua tidak kena..nak kata demam tidak pula..mata terasa pedih adakala berpinau pinau..


Sedari tadi macam tiada semangat untuk meneruskan aktiviti untuk hari ini..Jam 1140 pagi terus sahaja pulang kerumah dengan tekad untuk berbaring baring sambil menonton Tv..


'' Kenapa aok tak beli lauk ni ''..tanya Akak..


'' Lupa ''..jawab kawan..


'' Ni balik awal ni ngape?''..tanya Akak lagi..


'' Letih sangat hari ni dan dalam kocek ni ada RM 4.75 sahaja..bak minjam sikit ''..jawab kawan sambil tersengih..


Dan Akak terus menghulurkan RM yang merah merah..

'' Esok jangan lupa ganti yerk ''..kata Akak lagi..


*** Hehe dapat..sekarang aktiviti untuk hari ini semakin bersemangat..

Read more...

Kambing bukan punca darah tinggi


Setelah menerima rawatan daripada seorang Doktor yang menyatakan pesakit itu ada penyakit darah tinggi maka kambing juga dipersalahkan..

Pesakit : '' Saya rasa saya banyak makan daging kambing lah Doktor ''..

Doktor hanya mengangguk angguk saja..dalam hati beliau daging kambing tiada lah akan membawa apa apa kemudaratan..boleh saja dimakan pada bila bila masa..

Sebulan kemudian Pesakit tersebut telah masuk wad unit rawatan rapi..kebetulan Doktor yang merawat pesakit itu dahulu bertukar syif daripada unit rawatan pesakit luar kepada unit rawatan rapi pula..Doktor masih cam lagi kepada pesakit itu..

Doktor : '' Nurse apa kes pesakit ini ..adakah beliau masuk icu ini akibat darah tinggi ''?..

Nurse : '' Tidak doktor..pesakit ini masuk icu kerana di sondol kambing ''..

*** Klik ( siNi ) ada berita tentang daging kambing...

Read more...

Isnin, 24 Mei 2010

Hanya 123 ribu rakyat Malaysia ambil vaksin H1N1

Terkini : - Dari suratkhabar tempatan klik ( siNi )..

Dalam kampung kome dulu..ada seorang bernama Pak Teh Siwang yang memang kuat bersin nya..

Aboh kome : '' Haa dengor Pak Teh dah terbersin..petang ini gerenti hari hujan ''..

Kome adik beradik pun ternganga sahaja bila aboh kome cakap begitu..

Azman : '' Petang ni ada harapan main Hujan ''..

Zaidul : '' Boleh kita main upih dalam hujan yer''..

Nizam : '' Yeheo..seronot..abang boleh tarik adik..kita terjah tarik atas busut yang berumput tu ''..

Secara kebetulan pada petang itu hujan turun dengan lebat nya..maka ketiga tiga beradik itu dengan seronoknya bermain hujan..keesokan harinya semua mereka tidak kesekolah kerana demam selesema..aboh mereka membawa ketiga tiganya kekelinik..masa tu tiada lagi virus H1N1 macam hari ini..tak kena cucuk pun..tak macam sekarang kena amik vaksin H1N1..

Rupa nya Pak Teh Siwang pun ke Kelinik juga kerana dia menghidap selesema yang seruis..itu pasal bila dia kuat terbersin ada ka aboh kawan cakap bila Pak Teh Siwang bersin dengan kuat tanda hari nak hujan..tapi kawan tak percaya cakap aboh kawan..ada kaa macam tu ?..

*** Zaidul dan Nizam adalah adik kawan.. Zaidul seorang anggota Bomba ( Fire Briged ) di Temerloh dan Nizam seorang Oficer di Kementerian perdagangan di Limbang Sarawak..baru ni adik kawan yang di Limbang Sarawak tu balik..siap belanja belanja kawan..

Read more...

Gotong Royong dulu semalam


** Semangat bergotong Royong mesti dipupuk dikala masih kanak kanak lagi....Pemandangan ini kawan rakam semasa berada di Majlis Gotong Royong disebuah Taman Perumahan dalam kawasan perkhidmatan..

Majlis bermula pada jam 0800 pagi..ada pula acara minum minum tea.. Peratusan keluar berGotong Royong diTaman ini memuaskan..

*** Kawan saja yang datang lambat jam 1045 pagi time mengetea baru sampai.. heh heh!

Read more...

Hentikan pembelian panik, kurang ambil gula hidup sihat

Sedang encik Topik mula mengacau ( godey ) tea tarik peveret beliau..bersuaralah Rosli Ghani sambil membaca suratkhabar hari ini berkisah perihal Gula yang masih menjadi tajuk utama..klik ( siNi )..

Rosli Ghani : '' Patut lah selama ini gula kurang dipasaran..ramai pengguna membuat pembelian panik ''..

Encik Topik : '' Kawan tak gitu..membeli ikut keperluan saja..tapi Li kawan rasa peniaga peniaga dan pembekal serat pengeluar gula ni macam ada agenda lain pula ..dalam suratkhabar duduk nyalahkan pengguna membuat pembelian panik ''..

Rosli Ghani : '' Maksud aok? ''..

Encik Topik : '' Agoknya mereka nak naikkan rega gula ''..

Rosli Ghani : '' Kalau macam tu senang je..kita pakat ramai ramai boikot pembelian gula...aok ada akaun Facebook dak?..bukak isu Gerakan Anti Gula ( GAG ) tentu ramai yang ngikut aok ''..

Jauh dalam sudut hati encik Topik..mengenangkan Rosli Ghani ni kawan lama saja..kalau tidak mau dihentak hentak kepala beliau..

*** Tea tarik satu..

Read more...

Ahad, 23 Mei 2010

Di mana anak anak anda


Hari minggu adalah hari untuk berehat rehat bagi yang tidak bertugas melainkan kita mendapat kerahan tenaga dari suami atau isteri masing masing..dan bagi yang mempunyai keluarga dan yang sudah beranak pinak..tolong ambil tau dan ambil kisah dimana anak anak kita berada..peringatan ini untuk kawan juga..
.
Tentu kita tidak mau perkara perkara yang tidak di ingini berlaku..
.
*** Selamat melingkor yer..

Read more...

Sabtu, 22 Mei 2010

Kerajaan diminta kaji beri bonus dua bulan

Terkini : - Keratan dari akhbar ternama

PULAU PINANG 22 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih menaruh harapan kerajaan akan menimbang semula pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam selepas ekonomi negara
menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Presidennya, Omar Osman berkata, beliau berharap rayuan pemberian bonus itu akan dipertimbangkan tahun ini.. Sila klik ( siNi ) untuk ke berita Utama..

*** Bagi kome pekerja Swasta pula jika Syarikat mendapat keuntungan berlebihan..bukannya kome nak minta dua bulan tapi kome nak minta dua belas bulan bonus..

Read more...

Tiada Modal

Melihatkan wajah kemurungan Rosli Ghani maka Encik Topik segera bertanya kepada beliau sebaik sahaja selesai menghirup tea tarik ' kow ' disebuah Gerai dikawasan hujung Pasar dimana terdapat 2 orang anak gadis Indon yang cukup untuk Gerai itu sering dikunjungi ramai..

Encik Topik : '' Kenapa monyok saja pagi ni Li ? ''..

Rosli Ghani : '' Ada masalah lah..selalu tak macam ni..koi silap target patut hujung minggu tak jadi gini ''..

Encik Topik : '' Cuba cerita sikit..benda ke maselahnya..mana tau kawan boleh nolong ''..

Pemborakan mereka terhenti sejenak..kerana salah seorang pekerja anak Gadis Indon di Gerai tersebut menghantar air Neskopi yang dipesan oleh Rosli Ghani tadi..

Rosli Ghani : '' Tu lah payah koi nak kaborkan aok ni..koi rasa gerenti aok tak boleh nolong punya ''..

Encik Topik : '' Bagitau jelah amende nya ''..

Rosli Ghani : '' Gini..kalu aok ada modal..koi nak guna sikit duit aok te..nak membuat perlaburan petang ini dan juga untuk esok..baru malam tadi koi dapat idea yang koi sangat memerlukan modal untuk bisnes BIG dan SMall ini..mana tau menjadi kita kira 50% sama rata dari keuntungan..sebab malam tadi koi juga ada bermimpi buah kelapa telah menimpa atas kepala koi..ini bermakna angka 8 yang singgah..cuma angka ke 2 dan ke 3 serta ke 4 kita boleh buat perkiraan..Guana aok setuju ke dak bagi modal ? ''..

Encik Topik : '' Cisss ''.......

*** Untung sabut tengelam timbul..

Menarik perhatian : - Cerita diatas adalah rekaan semata mata..tiada melibatkan yang hidup atau pun yang mati atau yang sedang nak mati..tujuan memberi kesedaran diatas gejala gejala yang berbentuk perjudian..

Read more...

Jumaat, 21 Mei 2010

Menjawab Lembu tag team


1. Berterima kasih dan link orang yang memberi lembu ni. (jangan lupa copy gambar sekali)

Terima kasih yang tiada terhingga kepada beliau yang memberi kawan seekor lembu ini untuk dibuat korban pada hari raya korban tahun ini.. Lembu ini diberikan oleh unit ( manusia ini ) wakil nye berkata..Lembu ini telah didapati merayau rayau ditepi sebuah perkuburan lama berdekatan Sungai Pahang.. hehe!

2. Bagi balik wasiat ini kat 7 bloggers yang paling aktif atau 7 paling tak aktif

Sori Lembu ini tidak akan lepas kemana dah sebab wasiat sudah ditukar milik..

3. Bagi tau diorang ini yang diorang dapat wasiat daripada orang kaya kampung sepening lalat.

Jadi sesiapa atau ada orang kaya kampung Sepening lalat yang kehilangan lembu..sila lah berhubung dengan kome sebelum kedatangan hari raya korban..sila bawa wang penebusan secukup mungkin..

4. Cerita perkara apa yang anda selalu buat sambil tengok tv..

Remote Control akan berada dibawah ketiak..

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan..

1. Buah Lembe... 2. Akar letop ( bukan laptop yer ) ... 3. Biji kekabu..

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK.

2 orang sahaja.. ( tak leh ramai ramai akak marah )

7. Feveret soalan ni... camner korang jumpe spouse/pasangan korang or pakwe or makwe..

Nanti kena tanya akak dulu..

*** Heh heh..patutlah sekarang banyak Lembu hilang..

Read more...

Senyum dipagi hari Jumaat ( SRS )

Lokasi di hadapan pintu pagar rumah masing masing selepas membeli sayur dan lauk pauk dari sebuah Van.. ( pasar bergerak )

Rozita : '' Malam tadi Suami akak buat rondaan sama Abang Lockman ye kak ''?..

Kak Zakiah : '' A'ah lah Zita..AJK KRT yang susun jadual..lagi pun en Rahim Pengerusi tu nakkan Suami akak dengan Abang Lockman tu buat rondaan bersama dengan dia ''..

Rozita : '' Oh..macam tu..takper lah kak..dia orang berjaga buat rondaan untuk keselesaan kita semua penduduk setaman..dapat tidor dengan tenang ''..

Kak Zakiah : '' Betul tu Zita..sekarang ni macam macam kita dengar..pencuri ..penyamun..eii takot akak ''..

Rozita : '' Tapi kenapa abang Lockman balik awal malam tadi yer..Zita tengok jam baru pukul 0320 pagi dah ada dalam bilik ..suami akak pun balik awal juge ke kak ''?..

Kak Zakiah : '' A'ah awal..ishk2 ..dulu pernah ada group yang kena ronda dimalam jumaat semuanya balik awal ''..

Rozita : '' A'ah lak Kak..macam juga suami suami kita ..balik awal juga ''..

Kedua dua mereka bergelak sakan..

*** Tidak patut ..disyorkan penyusunan jadual tugasan rondaan untuk malam jumat hanya untuk duda atau orang orang bujang sahaja :) ...

Read more...

Khamis, 20 Mei 2010

Wajib asingkan sampah menjelang 2013

Berita terkini : - ( petikan Akhbar )


KUALA LUMPUR 20 Mei - Setiap isi rumah di negara ini akan diwajibkan mengasingkan sampah mengikut sisa organik dan bahan kitar semula menjelang 2013.


Ia bertujuan mengawal limpahan sisa pepejal yang semakin meningkat setiap tahun.
.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, rancangan untuk mewajibkan pengasingan sampah di rumah itu kelak diharap dapat memudahkan proses kitar semula plastik, kertas dan kaca di samping menjadikan sisa organik sebagai bahan kompos.

“Kita mahu mengamalkan konsep 3R iaitu kurangkan, kitar dan guna semula (reduce, reuse, recycle) di samping menjadikan sisa organik sebagai bahan kompos untuk mengurangkan pergantungan kepada tapak pelupusan sampah.. Selanjut klik ( siNi )

.




** Gambar diatas ini kawan rakam disebuah institusi yang tidak begitu berkeperihatinan terhadap kitar semula..Dah tu Guana ?.. **

.



*** Akan ada kisah paper lama dan juga botol serta besi buruk dan juga temu bual eksklusif dengan para pengutip barangan lusuh serta pendapatan beliau sebulan..

Read more...

Sangga tempat lepak Sampah ( final episod )

*** Klik ( Sini ) untuk kisah terdahulu..

Menyambung kembali alkisah Sangga tempat letak tong Sampah ( bin ).. pengguna yang kreatif dalam mencari penjimatan telah berbuat apa saja demi keselesaan letak sampah ini..

Ini sebagai Contoh yang terdapat didalam kawasan rondaan kawan..teringat pula pada pokok getah macam cawan getah yang diletakkan pada spring..


Ini pula menyalahi akta..dilihat sebatang tiang talipon menjadi mangsa..

Ini pula telah melakukan penjimatan yang melampau..ranting pepohon sanggup dijadikan Sangga..Tong Sampah tidak pula kelihatan..
.
Ini boleh ditabik.. kebersihan disekeliling dikawal rapi..sedap pula mata kejiranan kita memandang dan tidak hairan juga jika terdapat kejiranan datang melepak atas tembok itu sambil memegang Sangga..

*** Harap tiada yang tersangga dengan tersiarnya entri ini..wakaka!


Read more...

Pengikut


Ahmad Zaki hairan juga kenapa blog beliau tidak ramai pengikut..ini juga menambah kehairanan beliau lantas beliau mendapatkan penasihatnya iaitu Azman Zahari..

Ahmad Zaki : '' Nape yek..blog koi tak bertamboh tamboh pengikut..takat te lah ''..

Azman Zahari : '' Kawan rasa aok tidak banyak sangat menjadi pengikut lain lain blog dak?..

Ahmad Zaki : '' Uihs..mana boleh..koi pantang masuk je blog blogger lain mesti koi ikut punya..tak kira lah blogger tu baru ke ..blogger senior ke yang terkenal ke tidak terkenal ke ..habis koi ikut ''..
.
Azman Zahari : '' Blogger yang ternama dan terkenal payah mereka nak ikut balik..resepon mereka kurang..kawan sarankan aok buat operasi mengikut besar besaran..redah je mana mana direktori dan ikut saja mana mana blog..untuk kan masa untuk mengikut ''..
.
Ahmad Zaki : '' Baik lah koi akan buat ''..
.
Selang satu minggu kemudian..
.
Azman Zahari : '' Guana dah berjaya mendapatkan pengikut yang ramai ? '' kawan tak dan nak nengok blog aok..sibuk memanjang dengan kerja ni ''..
.
Ahmad Zaki : '' Dari 500 blog yang kawan ikut hanya 5 sahaja memberi resepon balik ''
.
Azman Zahari : '' Kawan rasa aok ada masalah ''..
.
Ahmad Zaki : ''Masalah benda pulak ''..
.
Azman Zahari : '' Mungkin aok adalah seorang blogger yang tidak peramah..sebab itu kurang blogger lain yang nak mengikut aok semula ''..
.
Tercetus dalam hati Ahmad Zaki..susah juga menjadi blogger ini..mau saja dia memberhentikan pemblogkan beliau..tapi dia bukan jenis yang suka merajuk..sikit sikit nak delete blog..kini beliau sedang mencari jawapan untuk menjadi seorang blogger yang peramah..
.
*** Ha ha tau pun...

Read more...

Rabu, 19 Mei 2010

Cenderahati sudah sampai ( Terima KaSih Tedi )

Baru baru ini..kawan telah dilantik oleh seorang blogger dari negeri Hang Tuah bernama Tedi untuk menjadi juri dalam satu Contest yang dianjurkan oleh blog pengurusan beliau..

Diam tak diam rupanya kawan telah mendapat perhatian beliau untuk menjadi juri Contest tersebut..ini menunjukan juga bahawa blog relevansokmo telah mendapat perhatian..meski pun hasil kerja kawan dalam blog relevansokmo banyak idea yang merapu..masih boleh diterima dengan gaya blog yang santai untuk bacaan ringan..

Jadi jika ada mana mana pihak yang nak mengambil kawan menjadi juri untuk mana mana Contest boleh lah yer.. Setakat ini bayaran tidak dikenakan..


Ini Cenderahati dari Tedi..terima kasih ..akan kawan simpan dengan sebaiknya



Ini kad..yang dikirim bersama keris itu..

Sekarang Tedi berada dalam kesedihan klik ( siNi )..

*** Terima kasih daun keladi yer Tedi...

Read more...

Isnin, 17 Mei 2010

Kena bawa surat nikah untuk sekilogram Gula?

Cerita Akak ini di ( siNi )

Semalam kawan balik kampung..sempat beli 2 kilo lagi kat DMART ( Felda )..pelik pula kat Felda tidak jejas..Kawasan bandar meski pun ada Pusat beli belah yang besar besar masih tiada bekalan gula..

.

Kemana perginya..rodong kawan pernah melaporkan di ( siNi )..

.

*** Seperti cerita akak diatas itu kena tunjuk surat nikah untuk beli sekilogram gula..macam mana pula dengan nasib Pak Cik Kordi dan Nerzhul sebab beliau berdua masih belum kahwin..alamat tidak bergula lah rumah mereka..

Read more...

Ahad, 16 Mei 2010

Pagi minggu yang tenang ( sembang lumat )

Bangun saja dari tidur Encik Topik deras ke dapur akibat perut dah mula mencerut cerut ( lapar ).. selak Sangai ( tudung Saji ) hanya terdapat 4 ketul cengkodok dah separuh jag air kopi yang sudah separa sejuk..

'' Mana bini koi ni..tak tau ke koi dah lapor sangat ni ..cengkodok ni agok tak cukup'' ..berkata rupanya hati Encik Topik ni..

Dengan memakai kain pelikat senget yang bersimpul besar beliau menjengah dari pintu pagar untuk memerhatikan Puan Rodziah isteri beliau kot kot ada sedang lepak lepak bersama sama ahli mesyuarat bersekutu di Taman perumahan tersebut..

'' Ami..pergi panggil emok suruh balik dan nah amik duit ni beli mee Sedaap 4 bungkus '' kata Encik Topik kepada anak beliau yang sedang leka bermain Games katak kat laptop Encik Topik..

'' Kuat aboh nak makan yerk sampai 4 bungkus '' kata Amirul sambil mengambil duit daripada Encik Topik sambil berkira kira keuntungan duit baki yang tidak akan sampai kembali kepada aboh beliau itu..

Sekembali Amirul dari kedai..

'' Mana emok aok..tak nak balik ke..aok masak air lepas te rendang me tu aboh nak makan '' Arahan Encik Topik kepada Amirul anak beliau itu..

'' Emok duk nyembang bawah pokok mempelam tepi kedai tu aboh '' jawab Amirul..

'' Laa raban betul ..tak boleh jumpa rodong mula lah nyembang..ntah benda lah tu..aok dengor ke apa Emok aok nyembang dengan rodong rodong beliau itu '' tanya Encik Topik kepada Amirul..

'' Kisoh Badminton hok Malaysia kaloh kemarin boh..dah tu ada juga masuk bab baju merah kat Thailand sana boh..lepas te kisah serbuan kat sebuah rumah urut dibandar kita ni semalam boh '' jawab Amirul dengan petah..

Dalam pada itu fikiran Encik Topik sempat melayang layang..tidak mudah lah wanita sekarang dengan isu semasa yang cepat lagi jitu memperkatakan sesuatu isu..dan beliau pelik juga dengan Amirul begitu peka sempat lagi mendengar sembang sembang Puan Rodziah bersama rodong rodong beliau itu..

*** Kini Puan Rodziah sudah memiliki laman facebook dan tweeter pula.. maka siang malam lah beliau akan bertweet twett..``

Read more...

Terima kaSih Cik gu


* Ini gambar kapor tulis..dizaman kome dulu ..silap silap Cik Gu baling dengan kapor tulis ini..pedih juga rasa bila terkena tang pipi *
.

.SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU GURU SEMUA TERMASUK JUGA KEPADA GURU MENGAJI QURAN KAWAN YANG BERNAMA USTAZ AZMAT BIN MAT NOOR..

.

.

w*** Cuba layan kisah anak murid dan guru di ( siNi ) siaran ulangan apa salahnya..

Read more...

Sabtu, 15 Mei 2010

MeSyuaraT agong piBg yang paling pelik pernah kawan hadiri


Pagi tadi kawan kesebuah sekolah Menengah dimana tempat salah seorang anak kawan belajar disini..Setiap pendaftaran disertakan minit mesyuarat bersama sekeping nombor..nombor untuk cabutan bertuah..
.
Semasa ucapan Pengetua kawan membelek belek kertas minit tersebut..dalam agenda ada program perasmian Gimik Gotong Royong Perdana oleh ADUN.. ( rupanya hanya gimik saja tiada Gotong Royong pun ).. boleh macam tu yer..
.
Setelah perasmian mesyuarat disempurnakan tiba pula masa untuk mengesahkan minit..tiba tiba bangun seseorang lalu bertanya dihadapan mikropon yang disediakan dilorong tengah..
.
'' Salam tuan pengerusi Majelis dan YDP..saya nak tanya apakah status saya sebagai AJK yang berkuat kuasa pada tahun 2009 - 2010 ditarik balik..sebab nama saya tiada dalam senarai AJK dalam minit ni '' ..kata orang itu.. Kawan tiba tiba mula berasa pelik..
.
Setelah berhempas pulas bertepis sana sini tentang status orang itu tiba tiba Setiausaha berkata..
.
'' Saya minta maaf ..tiada nama anda mungkin saya terlupa nak masuk '' kata Setiausaha yang merupakan AJK dikalangan Guru..akhirnya minit itu terpaksa disahkan juga..
.
Boleh macam tu..dan selepas itu untuk pengesahan penyata kewangan pula..bila tiba bab juruaudit tiada yang bertanda tangan..yang ada cuma t.t ( tolong tengok ).. pengesahan penyata kewangan terpaksa disahkan dalam mesyuarat agong tahun hadapan pula..setelah ramai yang tidak bersetuju dengan penyata itu..
.
Setelah itu bermula lah acara melantik AJK baru..
.
Encik Suhaimi : '' Saya melantik encik Syed untuk AJK yang baru bagi mengantikan AJK2 lama yang telah tiada anak disekolah ini..
.
Encik Syed : '' Opss! sebelum ada yang menyokong saya ingin menarik diri dari perlantikan ini sebab saya punya komitmen yang lebih mencabar iaitu..saya kena menyediakan 3 entri terbaru pada setiap hari untuk Blog saya ''..
.
Para hadirin meSyuarat berpandangan sesama sendiri..
.
*** Lunch makan nasik berlauk ayam masak lemak berlada..nasib tidak makan Be hon lagi..

Read more...

Kalah menang adat bertanding


Impian berakhir klik ( siNi )
.
Lokasi disebuah warung kopi belakang pejabat Pos Lama..sedang Rosli Ghani mebelek belek surat khabar..
.
Encik Topik : '' Aok tengok badminton semalam Li.. peras betul kawan '' ..
.
Rosli Ghani : '' Tengok..nampak pemain Malaysia kepenatan saja..nak buat macammana lagi pun kalah menang adat bertanding..kita terpaksa akur kepada kehebatan skuad negara China..
.
Encik Topik : '' Tidak dinafikan te..ialah kena tunggu dilain masa pulak yer ''..
.
Rosli Ghani : '' Aok tau..koi lagi perasnya..dah lah gitu koi kalah lagi teruk semalam ''..
.
Encik Topik : '' Lor.. Guana nye tu..aok pula yang beria kaloh ''..
.
Rosli Ghani : '' Guana taknya koi kaloh beting RM250 dengan Halimi..koi nyokong Malaysia..dia bantai nyokong China..
/
Encik Topik : '' Cissss ''.......
.
*** Sakit kalu kawan jumpa Rosli Ghani ni kang...

Read more...

Jumaat, 14 Mei 2010

Senyum dipagi hari Jumaat ( bulutangkis )


Sedang Kak Zakiah dan Rozita sibuk berjoging sempat lagi mereka berbual tentang kejohanan badminton Piala Thomas yang sedang berlangsung sekarang ini.. sila klik ( siNi ) untuk kisah terdahulu

Rozita : '' Kak tengok badminton..negara kita menang sama Denmark dulu semalam tak ''..

Kak Zakiah : '' Tengok tengok macam tu ajer..tak tengok semua ''..

Rozita : '' Geram lah kat Hafiz Hashim tu..semakin hensem..malam tu dia penyelamat maruah negara kita ''..

Kak Zakiah : '' Memang Hafiz tu hensem..tinggi lampai..suka tengok cara dia Smash bulu tangkis tu ..laju dan tajam pukulan nya ''..
.
Rozita : '' Akak reti juge main badminton yer ?..
.
Kak Zakiah : '' Boleh lah sikit sikit Zita..tapi tak ader lah terer macam suami akak tu ''..
.
Rozita : '' Uiks akak..abang Lockman terer main badminton yer kak ? ''..
.
Kak Zakiah : '' Bukan Badminton tapi BEDminton ''...
.
Rozita terhenti dari berjoging sambil pandang keatas.. beliau kurang faham apa yang dimaksudkan oleh Kak Zakiah itu..
.
*** Moga beroleh kejayaan petang ini...

Read more...

Khamis, 13 Mei 2010

Pergerakan malam jumaat ( skodeng )

Setelah tepat masa yang dijanjikan maka 4 rodong ( sahabat ) membuat pertemuan seperti yang dijanjikan..iaitu dibawah jambatan ditepi jalan ( by Pass ) untuk melihat kereta kereta rosak yang banyak terdapat di tepi tepi jalan antara simpang masuk ke sebuah estet kelapa sawit dihujung kampung mereka..

'' Nyamok banyak lah kat sini yerk '' bisik Miki kepada Bok yang sedang terhendap hendap untuk mendekati sebuah kereta ditepi semak..

'' Syyy..diam lah aok Miki..ini pasti jadi habuan mata kita ni kang.. koi rasa tentu amoi dengan Jantan dia ni ''..bisik pula Bok kepada Miki yang mengengap ngengap kerana kepenatan akibat merangkak didalam longkang tadi..

" Heh! heh! ..Ini yang kawan suka dapat tengok wayang Free..hah! hah!..layan stim ''.. bisik pula Setapo yang memang terkenal dengan kegatalan beliau dikampung..

Terdengar pergerakan dalam kereta yang mula bergoyang goyang dan ada pula batuk dan bunyi berdehem dehem kecil..

'' Syiitt ..koi nak pergi dekat lagi..tak jelas ngat dekat sini '' ..bisik pula Jasdi..

Memang ke empat empat rodong tadi kaki Skodeng kereta kereta rosak yang mana terdapat pasangan ( kapel ) yang membuat projek..Mereka semua tau ini kerja salah tapi minat serta kenakalan mereka yang sedang berjiwa remaja bergelodak dengan nafsu..

Tiba Tiba..Lari! lari!.. ke kempat empat rodong tersebut telah berlari lintang pukang..habis segala pagar dilompat mereka seluar baju carik tak kehala..

'' Hoi.. hampas punya budak budak kita berdua pun nak di skodengnya '' Jerit Ustaz Azmat kepada Lebai Derauh..

Kereta yang parking itu adalah kereta Ustaz Azmat..beliau dan Lebai Derauh adalah Pegawai Masjid yang ditauliahkan oleh Pejabat Agama sebagai Pegawai Pencegah Maksiat setempat ..tujuan beliau berada disitu adalah dengan arahan Jabatan Agama untuk meninjau ninjau kawasan tersebut yang sering dijadikan tempat maksiat oleh pasangan pasangan melepaskan hawa nafsu..

*** Ini kenangan terlalu sukar untuk dilupakan..hehe!

Read more...

Bulu Tangkis

.
Hafiz wira Malaysia klik ( siNi )
.
*** Sepanjang Jalan kenangan tahun 1974..
.
Musim bermain badminton muncul lagi pada tahun tersebut..permainan yang memerlukan reket dan bulutangkis maka tiap seorang mesti ada reket..
.
Sidek : '' Mana nak cari bola ni ''..
.
Azman Zahari : '' Bukan bola lah tapi buah Shatel ''..
.
Bakar : '' Nak beli mahal weh..haa koi ada idea moh ! ''..
.
Manaf : '' Orang nak main badmanton kita nak main badmanton..orang ander reket kita guna papan tarah je buat reket..dah tu buah pulok tak ander ''..
.
Berangkat lah 4 rodong tadi menuju reban ayam Pak Teh Siwang..maka kedengaran lah ibu ayam menjerit jerit melolong..
.
Pak Teh Siwang : '' Ini lah yang kawan tak daya..bila tiba je musim piala Tomos tentu togel ayam koi..bantai dek bebudak buat buah Shatel ( bulutangkis )..
.
*** Jika dikenang time itu sedih juga kerana aboh kawan tak mampu nak membeli reket dan buah Shatel untuk kawan main..

Read more...

Rabu, 12 Mei 2010

Kemana pergi Siti Rohaya

Ini Nurse Cap * image sumbangan google *
.
Tahun dahulu kawan pernah masuk Wad disebuah Hospital Daerah..sila semak di ( siNi ) ( siNi ) dan ( siNi ) ( siNi ) juga..
.
Kemana pula Siti Rohaya yang telah hilang tanpa khabar berita..sesekali teringat ingat juga kepada beliau..
.
* SELAMAT HARI JURURAWAT KEPADA JURURAWAT JURURAWAT YER..*

Read more...

Rondaan dipagi rabu ( keselesaan lepak untuk tong sampah didalam Sangga )

.
* Contoh kedudukan tong Sampah dengan betul siap dengan sangga besi yang masih ada *
.
Pengunaan Sangga ini sangat perlu juga :

1. Tong Sampah tidak mudah terbalik.

2. Kutipan sampah senang dibuat.

3. Keselesaan mata memandang.

Sangga adalah sebuah besi bagi tempat meletakkan sesebuah tong Sampah..terdapat juga sampah sampah hanya diletakkan didalam sangga sahaja..Ini tidak manis dipandang oleh kejiranan kita..

Perlu diingat Sangga ini juga amat digemari oleh pencari / pencuri besi besi lusuh kerana harga yang tinggi..

*** Rujukan Gambar diatas '' sila pandang tong sampah yang berwarna hitam ..besi yang menyarungkan tong sampah itu adalah Sangga..'' Sangga seolah olah bunyi satu bahasa Sanskrit..entahlah ..

Read more...

Malam sunyi tanpa bintang ( sMs )

Bunyi Cengkerik yang mula beradu begitu memekakkan telinga..sesekali terdengar juga bunyi dengkuran jiran sebelah yang begitu pekat dan tersekat sekat..Oleh kerana rumah hanya dipasang kipas siling tanpa pula alat penghawa dingin..ini yang membuat kawan berada dalam kepanasan..bahang lantai simen yang cukup panas..tanpa Mosaic..

Kipas tidak cukup untuk menyejukan kawan..akak pula telah lama tidor dalam bilik bersama adik..cuma kawan masih berkelip kelip memandang kipas yang ligat dengan meter kelajuan 5..macam nak tercabut gandar kipas..

Kawan buka peti sejuk..tengok ada lebihan air sirap petang tadi..minum manis rasa..( meski pun krisis gula mula melanda )..

Jam menunjukan pukul 1145 malam..awal lagi..pasang Tv tiada pula cerita yang best..balik balik Drama ulangan yang dah 16 kali tayang..Didapur tedengar sesekali tikus bergaduh..jerat yang kawan pasang sedia menanti mereka..

'' Abg da tdor ke lum? ''..dapat satu mesej..

'' Belum lah..abg panas ''..jawab kawan..

'' Mari tdor sama syg lah abg ''..sidia jawab kembali mesej..

Memang seronok berSMS dikala waktu waktu begini..kawan pun apa lagi layan lah..

'' Arh..tak bole lh ayg..nanti org sebelah tu ''..jawab kawan pula..

'' Biar lah org sebelah..bilik kita ada air con taw..abg kata panas tadi '' sidia kembali menjawab..

Kawan berSMS sampai terlena..sedar tak sedar waktu azan subuh baru bangun..tiba tiba Akak mencelah..

'' Orang mesej ajak masuk bilik malam tadi tak mau..lena lah aok ye sampai pagi kat ruang tamu ni yer ''..

Kawan tersengih sengih capai tuala dan terus berlalu ke bilik air..

*** Apa aok me ingat kawan mencurang ke? hehe!

Read more...

Selasa, 11 Mei 2010

Pendapatan minggu ini

Kini Ahmad Zaki boleh mendabik dada dengan pendapatan daripada banner iklan yang dipasang didada blog beliau..angka yang ditunjukan sudah melebihi paras untuk menebus..hatinya berbelah bahagi lalu beliau pergi mendapatkan Azman Zahari yang lebih arif tentang itu..

Ahmad Zaki : '' Man aku punya pendapatan sudah boleh dikeluarkan..tengok angkanya tadi telah melepasi paras penebusan ''..

Azman Zahari : '' Betul ke aok mau buat penebusan ini..tentu telah banyak yang terkumpul yer ''..

Ahmad Zaki : '' Betul Man..cadangnya begitulah..lagi pun koi memang nak guna duit..biar pun koi terpaksa menunggu sebulan untuk cek sampai ketangan koi ''..

Azman Zahari : '' Begitu nekad sekali aok yer..boleh kawan tau berapa jumlah yang ada ''

Ahmad Zaki : '' RM50.95 sen ''..

Azman Zahari : '' Ohhh ..minta maaf..tidak cukup lagi 5 sen untuk cas transaksi pengeluaran.. terpaksa lah aok tunggu minggu hadapan pula ''..

Ahmad Zaki berlalu dengan perasaan yang sedikit kecewa..dalam hati berkata '' kenapa koi tidak membaca syarat syarat pengeluaran dengan penuh teliti tadi..buat malu saja ''..

*** Heh heh kawan sudah boleh Cash Out..sudah cukup untuk 2 biji tayar..

Read more...

Cerita pada jam 0815 malam tadi

Jika tidak ke Surau macam biasa kawan akan menghadap Tv untuk tengok Warta Berita.. selalu selalunya adik ( gelaran anak kome yang bongsu ) yang masih didalam Tahun 5 akan turut serta menonton Tv bersama kome sambil membuat kerja rumah..

Kebetulan malam tadi didalam Berita disebuah setesen Tv swasta yang terkenal ada menyiarkan berita dari mahkamah kisah liwat yang paling sensasi sekarang ini..

Adik : '' Abah apa itu liwat..? kenapa dia orang suka buat benda pelik ni ''?..

Kawan pandang akak dan akak pandang kawan..terus saja ambil remote dan alih Channel 411..The Pasific meski pun kawan dah tengok 4 kali..

*** Ape nak kate..``

Read more...

Isnin, 10 Mei 2010

Cerita kedai kopi ( Mengangkung )

Ini cerita semasa kawan sedang minum minum petang bersama Rosli Ghani dan Encik Topik.. Al Kisah 4 serodong ( sekawan? ) yang begitu taksub dengan nombor nombor ramalan ( 4 digits ) atau lebih dikenali dangan 4 nombor ekor..

Sedang hebat bersembang dari segala macam hal..Akademi Fantasia pun termasuk dalam pemborakan kome..terkeluarnya mak Janda Farina dan kemasukan semula Shahir semua menjadi topi perbualan pada petang itu..dan tiba tiba Rosli Ghani mencelah dengan ceritanya bertajuk mengangkung..

Mengangkung membawa maksud = pergi menurun meminta nombor ekor dengan membawa persembahan seperti ayam golek ketempat yang boleh dikatakan keras..kiranya kawasan kawasan yang dianggap misteri seperti rumah kosong tanpa penghuni..pokok Pulai yang besar..kuburan lama dan banyak lagi.. ( Ini perbuatan syirik )

Begini Cerita Rosli Ghani :

Pada sekitar tahun 80an dulu 4 sekawan ini begitu taksub dengan nombor nombor ekor yang menjanjikan kemenangan dengan modal yang dilaburkan..setelah diperbincangankan segala masa dan tempat hanya seorang saja yang tidak sanggup pergi menurun untuk meminta nombor..

'' Kome akan kenakan mereka '' kata rodong yang tidak mau pergi bersama tadi..

Rupa nya kawan itu ada agenda lain dengan hendak mengenakan mereka yang bertiga orang itu..dia akan menjadi hantu dengan memberikan nombor untuk ditikam pada keesokan hari..

'' Pasti ada ayam Golek..kenyang lah kawan mentekedarah nanti '' kata beliau lagi dalam hati..

Pilihan kaki nombor yang bertiga itu kali ini adalah sepohon pokok Pulai yang tumbuh di simpang 3 jalan masuk kekampung mereka..kerana sering kedengaran cerita cerita yang mistik dari penduduk kampung di situ bahawa kawasan sekeliling pokok Pulai itu ada penunggu..padahal tiada apa apa pun..

Tepat jam 1159 malam ketiga tiga sekawan itu telah pergilah kebawah pokok Pulai itu..dengan penuh harapan agar mendapat kekayaan pada keesokan harinya..Selain daripada ayam golek dan buah buah untuk dijamu kepada penunggu..mereka juga membawa Colok dan keminyan untuk perasap agar si Penunggu pokok Pulai itu cepat menjengah mereka..

Rodong yang mempunyai agenda tersendiri itu talah sampai awal dari rodong yang bertiga itu..menyorok di belakang pokok Pulai yang sememangnya besar..

'' Mohon datuk nenek penunggu pohon ini..anak cucu mohon minta nombor bla bla bla bla dan bla ''..kata salah seorang daripada mereka yang memulakan serapah..

'' 6132 pasti naik esok hari ..tikam 35RM sorang tidak boleh lebih tidak boleh kurang ''..jawab rodong yang disebalik pokok Pulai itu..dalam hati beliau berkata '' padan muka deme..ingat koi ni penunggu ke ''...

Tanpa banyak bicara ketiga tiga rodong tersebut bergegas pulang dengan penuh keyakinan esok hari akan mendapat imbuhan yang lumayan..manakala rodong yang memberi nombor itu talah dangan senang hati melahap ayam golek dan buah buahan persembahan untuk penunggu pokok Pulai itu..

Dan keesokan hari mereka bertiga telah membeli nombor tersebut..maka pada petang itu juga keputusan dikeluarkan.. nombor yang konon nya dibagi oleh penunggu pokok Pulai tadi telah memenangi hadiah Utama ( First Prize )..

Keesokan harinya rodong yang menyamar menjadi penunggu pokok Pulai itu telah kelihatan berjalan tidak tentu arah kerana beliau telah memberikan nombor itu dengan tepat..dan beliau tidak membelinya..

Begitulah cerita yang diceritakan oleh Rosli Ghani..

Encik Topik : '' Berapa mereka dapat tiap seorang Li ''..

Rosli Ghani : '' 87,500RM tiap seorang ''...

Encik Topik : '' Kawan mereka yang bagi nombor tu apa jadi sekarang Li ''..

Rosli Ghani : '' Insaf dan selalu nampak berjemaah di Mesjid ''...

*** Kawan sempat mengoder lagi 1 tea tarik gelas besar..sambil menunggu Encik Topik yang nak bercerita tentang Operasi maksiat di rumah urut pula..

Read more...

Suami pukul isteri lambat masak Mi

** Hari ini hari isnin..nampak gaya tiap tiap hari ada saja kes Suami memukul isteri..apa sudah jadi ni..

KENINGAU 9 Mei - Hanya kerana lewat menyiapkan mi segera apabila diarahkan, seorang wanita telah ditumbuk, ditendang dan dipijak oleh suaminya yang berang di rumah pasangan itu di Kampung Kota Ayangan dekat sini kelmarin.

Malah, apa yang lebih menyedihkan, mangsa turut disiram dengan air panas selain pakaiannya dikerat dengan parang oleh suspek sehingga menyebabkan wanita itu berbogel.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, suspek yang berusia 38 tahun telah ditahan selepas isterinya membuat laporan polis semalam.. Selanjut Klik ( siNi )

*** Mengambil Contoh kawan jika Akak lambat buat tea atau buat Cekodok..kawan dengan diam diam sahaja terus pergi Gerai Kak Timah Janda dan order saja apa apa yang patut disana.. heh heh!..

Read more...

Ahad, 9 Mei 2010

Lepak dipetang minggu

Oleh kerana Encik Topik dan Rosli Ghani tiada apa apa aktiviti pada petang ini..maka kedua dua nya turun melepak di kedai Korner tempat biasa..Mereka pandai memilih sudut yang arahnya memandang ke Jalan raya..

Setelah mengambil Order kedua duanya pun bersembang lah..bermacam macam topik dan segala macam isu dalam negeri atau pun luar negeri..

Encik Topik : '' Li...ce aok tengok kereta yang lalu lalang tu tak habis habis..pasti ada punya..siang malam pagi petang ''..

Rosli Ghani : '' Lerr..memang lah..dah gitu gayanya mereka yang lalu lalang tu pun bukan saja saja..pasti ada urusan memasing ''..

Tiba tiba..degummm ! pelanggaran antara sebuah motorsikal dan sebuah kereta..terus saja beberapa orang mengerumun untuk melihat mau pun menolong mereka yang terlibat dalam pelanggaran tadi..mereka berdua pun tidak ketinggalan..

Encik Topik : '' Teruk juga budak bawa motor ni.. Li aok telipon ambulan..nampok gaya budak ni patah kaki..terpeliot bawah pelipat ni ''..

Setelah semua nya selesai dan budak itu telah naik ambulan..motorsikal beliau pun telah disorong oleh saudara yang kebetulan ada kat situ..Kereta yang terlibat tadi telah bergerak juga..hanya lampu sebelah kiri hadapan sahaja yang pecah..

Rosli Ghani : '' Ada benda yang kawan lupa tadi ''..

Encik Topik : '' Benda apa yang aok lupa tadi ni Li ''...?

Rosli Ghani : '' Nombor kenderaan yang terbabit dalam eksiden tadi ''..

Encik Topik : '' Cissss ! ''..

*** Mangkuk betol lah budak rosli ni..

Read more...

Fwd : Surat dari anak emak

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.... tanpa rasa mengantuk.. tanpa rasa letih.....kakak pun rasa hairan...... mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.......

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa.... mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju...
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit..
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat....
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital..
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.......
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek....
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau....
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....

Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006 ..
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann.. .kannn ...

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata...' dikk...jangan nangis...
kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya..'
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk 'anak soleh' kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak.....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas.... makk....
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan..
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi....
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi....
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak....
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak...
kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata...' tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..'
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan..

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje....
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak..
I LOVE YOU SO MUCH ..
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil..

Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2 (bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. ..Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com..

*** SeLaMat Hari Ibu.. ( panjang benor surat )

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP