GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 31 Ogos 2010

Mari mengemaskini entri yang akhir untuk bulan Ogos ini

Bulan 8 sudah ke penghujung... ini bermakna semakin hampir kita untuk meninggalkan bulan Puasa..tidak lama lagi kita akan menyambut Raya..

Ini yang membuatkan Ahmad Zaki semakin teruja untuk menerima imbuhan pertama melalui penajaan iklan dalam blog beliau..

Macam biasa Ahmad Zaki menemui rodong akrabnya iaitu Azman Zahari..

'' Ngapa cek tak tiba tiba lagi ni..agak tidak sempat juga koi nak buat belanja Raya ''..kata Ahmad Zaki..

'' Sabor lah aok sikit..ingat minggu depan sampai lah ter ''..kata Azman Zahari yang sekarang ini semakin sibuk dengan Facebook nya..di katakan telah punya ramai kawan terutama kawan kawan perempuan..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah beberapa kali mencuba maka menjadi juga kuih tart nenas yang dibuat oleh Rozita..itu pun setelah berkali kali di ajar oleh Kak Zakiah..

'' Akhirnya menjadi juga kak..kuih tart nenas yang Akak ajar dulu ''..kata Rozita..

'' Bagus lah tu..rasa macam mana pula ''..kata Kak Zakiah..

'' Sedikit keras..tapi sedap ''..jawab Rozita..

'' Erh? Zita tak puasa hari ini? siap boleh rasa kuih lagi ''..tanya Kak Zakiah..

'' Uzur kak..tak boleh nak buat apa kan ''..jawab Rozita..

'' Oh ..kalu macam tu kansel lah ..Akak ingat nak bagi Zita ikan patin masak tempoyak buka nanti..tapi Zita tak Puasa tak ada lah ''..jawab Kak Zakiah..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah puas Rosli Ghani kehulu hilir seperti mencari sesuatu..

'' Aok ada nampak tak visor helmet koi tercicir di jalan ni tadi ''..tanya Rosli Ghani kepada encik Topik..

'' laa..kalu ander pun tentu dah lumat kena langgar..benda tu lembut yang amat..aok beli yang baru je lah Li ''..kata encik Topik..

'' A'ah..betul kata aok..bak koi pinjam 20 ringgit dulu..dapat bonus nanti koi bayor balik ''..kata Rosli Ghani..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Semasa bapa Aina masih di pejabat sempat juga Aina ber SMS sama bapa beliau..

Mesej Aina : Nnt aboh belikan drawing blok dan buku tulis single line..

Mesej Aboh : Okes..

Mesej Aina : Nnt aboh beli kan juga mama asam jeruk kulit limau yang mama suka itu juga..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Misi malam 27 ..

'' Guane malam ni weh..'' tanya Bok..

'' Kome ok jer ''..jawab Niker..

Begitu lah kelima rodong tersebut akan menyempurnakan misi malam 27 dengan mencuri semua pelita pelita di malam 7 likor untuk di jual semula pada keesokan hari nya pada orang orang kampung..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

*** InsyaAllah gambar gambar mereka semua ini akan muncul di relevan Sokmo pada hari raya ini..boleh saja berkenalan nanti jika sesiapa berkenan..

Read more...

Salam Merdeka ( Aina dan bapa beliau )


Oleh kerana bapa Aina tidak memasang Jalur Gemilang di kereta pada sambutan hari kemerdekaan tahun ini..Aina mula merasa pelik..

'' Aboh..kenapa tidak pasang bendera untuk kereta Aboh pada tahun ini ..tidak macam tahun lepas ada 8 bendera yang Aboh pasang ''..tanya Aina..

'' Tahun ini aboh tidak dapat bendera percuma..pasal tiada bajet dari Kompeni tempat Aboh kerja tu ''..jawab Bapa Aina..

'' Oh..macam tu..Aboh ni tiada semangat patriotik langsung..kenapa tidak beli di kedai ada banyak jual bendera ''..kata Aina lagi..

'' Bendera yang jual di kedai tu tidak berkualiti..mudah tercabut ''..kata Bapa Aina..

'' Aboh ni ..tapi kenapa Aina tengok kereta cikgu Hanim tu elok saja di pasang bendera ''..kata Aina..

'' Mungkin cikgu tu beli bendera kat Supermarket ''..jawab Aboh Aina..

'' Kalu macam tu jom lah Aboh kita beli bendera kat Supermarket ''..ajak Aina..

Dalam perjalanan ke Supermarket Aina sempat lagi berbual tentang Jalur Gemilang dengan Bapa beliau..

'' Aboh..cikgu kata kita kena hormat bendera..tidak boleh di pijak pijak ...betul ke Aboh ''..tanya Aina ..

'' Betul sangat kata cik gu Aina tu ''..jawab Aboh Aina..

'' Habis tu Aboh kenapa orang Seberang sana suka sangat pijak bendera dan bakar bendera..langsung tidak hormat bendera ''..kata Aina..

Aboh Aina senyum sahaja tanpa menjawab apa apa dengan keletahan anaknya itu..harapan Aboh Aina semoga generasi semuda Aina ini yang harus di pupuk dari awal lagi untuk mengekalkan kemerdekaan ini..biar pun baru bersembang hanya tentang bendera..

*** Salam Merdeka daripada pihak pengurusan relevan Sokmo..

Read more...

Malam merdeka 1998

Seperti yang di janjikan 5 rodong geng dari kampong Bukit Kelulut terdiri dari Kapok..Bok..Niker..Usop RXZ dan Aduk telah bersiap siap untuk menyaksikan persembahan di ambang Merdeka di Bandar berhampiran kampung mereka itu..

Sebenarnya mereka lebih berminat untuk menyaksikan mat mat racing ketika itu ( sekarang mat rempit ) beraksi di jalan hadapan Temerloh Supermarket..

'' Malam merdeka ni mesti ada punya..paling tidak pun dia orang test power ''..kata Niker dengan bersemangat sambil membetulkan mudguard motor kapcai C70 nya..

'' Koi nak try RXS ni join dengan mereka..mana tau jadi perhatian ''..kata Kapok pula..

'' Jangan buat pasei lah..mesti ada operasi besar malam ni ''..kata Bok pula..

Setelah tepat jam 1200 tengahmalam..boleh di katakan tumpuan kepada aksi jalanan daripada mat mat racing..menarik sekali dengan kibaran Jalur Gemilang..

Ini yang membuat 5 rodong tadi semakin membara untuk beraksi bersama sama mat mat racing tadi..orang ramai yang menonton cukup ramai..masing masing kaki motor hendak menunjukan 'skill '...

'' Sumpah koi serik dah kata Niker ''...sambil menolak kapcai C70 nya menghala ke balai polis..

'' Aok diam lah Niker..koi dah lah jatuh tadi..dapat pulak kena macam ni ''..kata Kapok terhencot hencot sambil menolak RXS nya..

'' Dah kata tadi..koi pun terikut sama ''..kata Usop RXZ..

'' Mampos gini ''..kata Aduk sambil menolak Gipang 125 nya..

Dan yang selamat hanya Bok sahaja..sempat dia celah ke Jambatan Kampung Sungai Rabit lantas menyembunyikan Gipang 100 beliau ke dalam paya berdekatan..

Nasib semua di benarkan pulang selepas itu..cuma motor sahaja kena ambil pada ke esokan paginya..

*** Serik serik..

Read more...

Isnin, 30 Ogos 2010

Air dan Ais ( EFFECTS OF COLD WATER )


Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda..

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....


Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan.... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita .

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.


Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.....

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!

*** Macam surat berantai lah pulekkk !..

Read more...

Bekalan ayam, daging cukup - Ismail Sabri

BERA 29 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan bekalan ayam dan daging bagi keperluan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi.



Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persatuan penternak dan pembekal ayam telah memberi jaminan mampu menyediakan bekalan yang diperlukan oleh pengguna.



Menurutnya, kerajaan juga telah menetapkan harga siling bagi ayam bersih antara RM7.20 hingga RM7.80 sekilogram.. selanjut klik ( siNi )



'' Jangan lah buat kalut Li..bekalan daging cukup punya untuk sambut raya tahun ni..Menteri dah beri jaminan tu ''..kata Encik Topik kepada Rosli Ghani yang semacam risau je tadi..



'' Laa..koi bukan risau pun bekalan daging cukup ke tak cukup ke..koi risau kat Company koi ni..ada ke tak dia bagi Bonus untuk raya ni...kalau tak ada macam ner nak koi beli daging ..alamat habis lah ayam ayam yang koi bela di belakang rumah tu ''..jawab Rosli Ghani..



*** Sabar Li sabar..ada punya..


Read more...

relevan Sokmo dalam segmen kenali blogger Sharinginfoz

Semalam jam 10 pagi blog kawan telah di siarkan dalam segmen kenali blogger dalam blog Sharinginfoz




*** Terima kaSih :)

Read more...

Kalau Suami dan Jika Suami ( untuk para isteri )

*** Ini email kawan dapat dari encik BZO..kawan pun tepek je lah kat dalam sini..dia pun tak tau dapat dari mana sumber ini *..

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia



Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..



JIKA SUAMI


Jika suami sayangkan isteri


Dapat gaji semua diberi



Jika suami sayangkan isteri


Kerja rumah rela dikongsi



Jika suami sayangkan isteri


Kereta diberi suami naik LRT



Jika suami sayangkan isteri


Duit poket diberi setiap hari



Jika suami sayangkan isteri


SMS dikirim tanda rindu dihati



Jika suami sayangkan isteri


Kongsi masalah nasihat dikasi



Jika suami sayangkan isteri


Diberi ciuman setiap pagi



Jika suami sayangkan isteri


I love U, I miss U katanya setiap hari



Jika suami sayangkan isteri


Isteri gemuk, dikatakan seksi



Jika suami sayangkan isteri


Sakit sikit selongkar laci ubat dicari



Jika suami sayangkan isteri


Kemana sahaja dibawa pergi



Jika suami sayangkan isteri


Sentiasa jujur perihal diri



Jika suami sayangkan isteri


Status berkahwin bangga sekali



Jika suami sayangkan isteri


Cintanya suci hingga ke mati



PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ?

JIKA SUAMI .. lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI ....
KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. ...
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia
NERAKA ?????

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH
BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA
OLEH TUHAN YG MAHA ESA....



*** Untuk renungan

Read more...

Ahad, 29 Ogos 2010

Ini yang buat kawan serik membeli kuih di Bazar Ramadan

Petang semalam entah macam mana kawan turun sorang sorang ke Bazar Ramadan tempat kawan ni..sambil berjalan jalan sambil pula mencuci cuci mata..

Oleh kerana nampak segala benda baik kata lauk maupun kuih muih akan menaikan semangat nafsu makan kawan untuk berbuka nanti..

Oleh itu kawan pun membeli lah 3 jenis makanan seperti di bawah ni..kawan bukan lah seorang yang cerewet tentang makanan..tapi ini mungkin juga kawan tersilap pilih gerai untuk membeli..sebab utama kawan jarang ke Bazar Ramadan ini.. 3 jenis makanan yang kawan beli adalah..

1. Sata

2. Pengat pisang

3. Kuih Sagu

Bukan kawan nak kondem akan rasa kualiti ketiga makanan yang kawan beli semalam ni.. Sata liat rasa pula macam kelapa di lumur garam.. Pengat pisang pula kuah cair macam air hujan dan kuih Sagu memang cantik tapi macam tak bubuh gula saja..( akibat gula naik agaknya )

Lepas berbuka semalam sedap je Akak sound kawan..

'' Aok kalu ndak makan Sata ..moh kita pergi ke Kemaman nanti..nak makan pengat aok beli pisang dan jika aok nak makan kuih sagu nanti beli lah sagu..koi buat nanti lagi sedap dari orang berniaga kat Bazar Ramadan te ''..kata Akak..

*** Dah tu Guana..ada sekali pulok te kawan ternampak tukang tebar Murtabak sedap je selak kaki seluar mengaru betis..lepas tu siap menebar semula..

Read more...

Projek malam minggu ( Moreh khas )

* Sedapnya nasi beriyani sehingga boleh menjilat pinggan ( bagi pengemar )

Ini kenangan sewaktu dulu dulu.. pada setiap malam di bulan puasa mesti ada Moreh..untuk jamuan kepada jemaah yang bersolat terawih..

Ada ketika Moreh istimewa yang di anjurkan oleh badan badan tertentu..bila istimewa sudah tentunya makanan yang sedap...dan pada malam itu ada Moreh yang di anjurkan oleh persatuan peniaga peniaga India Muslim ..sudah tentu Moreh adalah nasi Beriyani..

Ini yang membuat 4 rodong yang bernama Kapok..Bok..Aduk dan Stapo mengatur startegi untuk mendapat lebih lauk ayam nasi beriyani tu..ketika jemaah lain sedang bersolat terawih 4 rodong ini sudah ada plan tertentu..setelah rancangan tersusun rapi..masing masing ada punya tugasan..

Tugasan : -

Kapok : - Tukang tengok jemaah yang sedang bersolat agar tiada yang nampak operasi ini..jika nampak itu tanda jemaah tidak khusyuk..

Bok : - Tukang cedok lauk ayam dan nasi dari dalam periuk..

Aduk : - Tukang tadah bekas plastik ( jabir ) untuk lauk ayam dan nasi tersebut..

Stapo : - Berkawal dari pekarangan Surau..

Setelah semua clear mereka pun cabut ke satu tempat dan makan sepuas puas hati..

'' Pelik juga kali ni yer..persatuan yang anjur Moreh ini bagi nasi lebih pulak sedangkan ayam nya tidak cukup untuk jemaah ''..kata Bilal Mat Kassim..

'' A'aa..tak tau lah ngapa..kot dia suruh 1 ketul ayam bagi 2 dak ? ''..jawab Tok Imam nombor 2 Surau itu..

Dan misteri kehilangan lauk lauk ayam nasi beriyani itu tidak dapat terungkai..hanya 4 orang rodong tadi sahaja yang boleh memberi jawapan..

*** Bila ada moreh nasi beriyani maka adalah teringat akan peristiwa misteri ini..

Read more...

Sabtu, 28 Ogos 2010

Sakit

Pagi tadi Azman Zahari ke Klinik Swasta akibat sakit kaki yang telah di alaminya..beliau di temani rodong baiknya iaitu Ahmad Zaki..

Sampai di Klinik Azman Zahari di sambut mesra oleh pembantu klinik yang manis orangnya..ini membuatkan kakinya yang sakit tadi telah mula beransur ansur baik..

Tiba giliran Azman Zahari yang masih terhencot hencot terus saja di pimpin oleh Ahmad Zaki untuk masuk ke bilik Doktor..Oleh kerana Doktor asal klinik itu bercuti balik negeri..ia di gantikan oleh Doktor part time dari Hospital berdekatan barangkali..seorang Doktor wanita yang muda..

'' Encik Azman sakit apa ni ''...tanya Doktor wanita itu..

'' Sakit kaki ..malam tadi makan udang banyak sangat..kawan ada sakit Gaot doktor..tak boleh tahan ni Doktor..mesti perlukan injection ''...kata Azman Zahari..

Lalu Doktor wanita itu mengarahkan pembantu untuk mengambil pincagari dan ubatan cecair tahan sakit untuk menyuntik Azman Zahari..

'' Nak kena buka seluar ke Doktor ''..tanya Azman Zahari sambil mula hendak membuka zip seluar..

'' Tak perlu encik..suntik kat lengan saja dah ok ''..jawab Doktor wanita itu..

Setelah kata nasihat di berikan oleh Doktor wanita itu maka mereka berdua keluar lah..Ahmad Zaki memimpin Azman Zahari keluar terus ke kuanter ubat..setelah membayar dan menuju ke kereta maka merungut lah Azman Zahari..

'' Naper yak..Doktor tadi tak mboh cucuk kat Bontot bagi cepat ubat jalan '' tanya Azman Zahari..

'' Weyy ! aok ingat Doktor wanita tu nak tengok ke Bontot aok yang mungkin ada panau dan kurap tu..wakakaka! ''..gelak besar Ahmad Zaki..

*** Ha ha heh..``

Read more...

Jumaat, 27 Ogos 2010

Kini boleh bayar zakat guna SMS saja dah

Kini sudah boleh membayar zakat fitrah guna SMS sahaja..nampak begitu canggih dah.. berita ada di ( sini )..

Tanpa cas tersembunyi dari Syarikat pengeluar laluan SMS ini..hanya petik sahaja di hujung jari..

Ini yang Encik Topik begitu teruja sekali untuk mengunakan khidmat semacam ini..

'' Eh Li..aok tau dak..Zakat Fitrah boleh di bayar melalui sistem pesanan ringkas saja dah ''..kata Encik Topik..

'' Tau..tapi koi tak ndak gunakan ''..jawab Rosli Ghani..

'' Lor..knapa pulok..kan senang ikut je peraturan dan tekan sahaja..untuk hendphone Pra Bayar mau pun Pasca bayar semua boleh ''..kata Encik Topik..

'' Koi tak ndok guna sebab ..tentunya dengan khidmat ini komisyen Amil yang mengutip bayaran zakat Fitrah akan merosot..fikirlah sikit aok..bior bayar secara manual janji dapat bagi kepada kedua dua belah pihak ''..jawab Rosli Ghani selamba saja..

*** Belum bayar lagi ni..tunggu lagi 2 hari sebelum raya selalunya..

Read more...

Senyum di pagi hari Jumaat ( biskut raya batang buruk )

* Ini gambar sebahagian daripada biskut Raya

Hari ini ada negeri yang bercuti am Nuzul Quran..begitu juga dengan negeri Kak Zakiah dan Rozita..kesempatan ini telah di ambil oleh mereka bagi memanjangkan lagi pemborakan dalam ahli mesyuarat kawasan Taman setempat mereka..

Berbagai cerita dan isu telah di keluarkan hingga lah kepada '' biskut raya ''..

'' Dah banyak ke Akak buat biskut raya..dan jika ada resipi terkini tolong bagi Zita yer kak ''..kata Rozita...

'' Ada le sikit Zita..26 jenis biskut dah siap..nak kena tunggu bajet suami bagi kat Akak lagi..nak buat biskut dengan resipi terkini..kurang kurang ada 13 jenis lagi ''..jawab Kak Zakiah

'' Uiks banyak nye kak..Zita baru siap 6 jenis saja..suami Zita tak bagi buat banyak banyak...sebab dia lebih mengutamakan kuih tradisional lagi '' ..kata Rozita..

'' Menyentuh tentang kuih tradisional ni..kuih apa yang Zita suka ''..tanya Kak Zakiah..

'' Tentunya kuih ' batang buruk ''..nampak saja buruk tapi rasanya sungguh enak lah kak ''..jawab Rozita..

'' A'ah lah Zita ..Akak pun suka dengan kuih batang buruk ni..nampak buruk tapi sedap ''...jawab Kak Zakiah..

'' Aaa..Devi pun suka kuih batang buruk ini '' ..sampuk Devi yang sedari tadi diam menyepi..

Dan mereka terus bergelak ketawa dengan kisah kuih batang buruk ini..sehingga lah Devi menyapa..

'' Aiks..you 2 orang tada baik gelak kuat kuat..ini posa punya bulan ''..tegur Devi..


*** Sedap batang buruk ini..

Read more...

Khamis, 26 Ogos 2010

Sudah mula ajak membeli belah

Bila balik kerja tadi Akak mula tersenyum simpol..ini mesti ada apa apa punya..selalu tak macam ni..

'' Dengar cerita aok dah dapat gaji yer ''..kata Akak..

'' Tak adalah..ada masalah di Payroll department..gaji akan keluar pada pukul 9 malam ni ''..jawab kawan..

'' Lor..ingatkan nak ajak membeli belah ''..kata Akak lagi..

'' Ishk..tunggu lagi 2 hari dekat raya baru kita membeli belah untuk raya ''..jawab kawan..

Terus sahaja akak diam dek kerana saban tahun begini lah kome selalu membeli belah pada saat akhir..baru terasa keseronokan nak beraya..

*** Siapkan duit sahaja..

Read more...

Merdeka dan Rumah terbuka

Tadi semasa membuat rondaan kawasan bersama sama rodong sekerja sempat juga bersembang sembang dengan beberapa orang yang di temui..

Sembang berkisar tentang sambutan Merdeka dan sambutan hari Raya juga..

'' Kenapa ye..orang kurang mengibarkan jalur gemilang sekarang..ada kah semangat kemerdekaan telah luntur masa kini ''..tanya seorang rodong

'' Entah lah..lebih kurang macam tu lah gamoknya ''..jawab kawan ( padahal nak bendera percuma sahaja baru nak kibar )...

'' Encik nanti bila raya buat ke rumah terbuka ke? ''..tanya rodong itu lagi..

'' Macam biasa tiap tiap tahun mesti ada rumah terbuka..datang lah raya pertama kedua dan ketiga ''..jawab kawan..

Ini yang masalah..bila raya je siap tanya tentang rumah terbuka ke atau tak..rumah kena sentiasa terbuka kecuali di malam hari waktu nak tidor atau pun waktu balik Kampung..bila ada bunyi telivisyen atau anak anak menjerit maupun bergaduh laki bini..itu pun dah kira ada dalam rumah..walau pun pintu tidak terbuka..beri salam tentu pintu akan terbuka..itu di kira rumah terbuka juga..

*** merapek dah di kala tengahari begini..

Read more...

RM 500 jer?

Setelah menjalani ibadah puasa selama 16 hari..dan disertakan pula dengan bayaran saguhati yang akan dibayar sebelum menjelang Syawal sebanyak RM 500..ada yang sudah mula berkira kira untuk membelanjakan wang tersebut..

Bagi yang berpendapatan rendah wang yang bernilai sedemikian sangat bernilai untuk menampung keperluan sambutan hari raya..banyak perkara boleh di laksanakan dengan wang sebanyak itu..seperti membeli pakaian dan juga kuih muih..

Bagi yang punya kemewahan dan yang berpendapatan tinggi ..mungkin wang bernilai sedemikian adalah sebaliknya..

Ini cerita pagi tadi.. seorang rodong sekerja kawan yang isterinya pekerja sebuah bank terkenal..

'' Incas malam tadi isteri koi dapat panggilan talipon...ada ke tanya isteri kawan wang RM 500 itu sudah di masukkan dalam bank ''..kata rodong sekerja..

'' Lor..isteri aok kenal ke orang tu..mana dia dapat nombor talipon isteri aok ''.. tanya kawan..

'' Dia ada simpan bisnes kad isteri kawan..lepas je berita semalam dia talipon ''..kata rodong sekerja

Tengok seperti cerita di atas..begitu teruja dengan RM 500 itu..

Ini kisah orang senang dan kaya raya pula tentang RM 500 itu..

'' Aok nak buat benda dengan RM 500 tu nanti ''..tanya kawan..

'' Buat duit raya sahaja bagi bebudak campur pula dengan duit klim mailage koi yang RM 700 tu...tentu banyak juga pahala yang koi dapat ..apa lah sangat dengan RM 500 tu''..jawab orang senang itu..

*** Kome nak 3 bulan Bonus..

Read more...

Rabu, 25 Ogos 2010

RM 500 untuk orang Gomen sahaja

Selepas sahaja selesai solat sunat terawih dan juga menyelesaikan moreh yang sedia terhidang ..berkata lah Rosli Ghani kepada Encik Topik..

'' Tadi dalam berita terkini menyatakan kakitangan awam akan dapat bonus RM500 yer..''..tanya Rosli Ghani..

'' Macam tu lah..Syukur..lepas juga buat tambah belanja raya ''..kata Encik Topik..

'' Kiranya kerajaan sungguh prihatin terhadap kakitangan awam ni yer ''..kata Rosli Ghani..

'' Macam tu lah..lor aok..tak kan tak dapat apa apa raya ni Li? ''..tanya Encik Topik..

'' Kome kerja dengan Syarikat..harap harap dapat lah..dulu ada dengar dengar nak bagi 3 bulan gaji bonus..sekarang senyap pulak dah ''..kata Rosli Ghani..

'' Itu lah untung juga kerja dengan Swasta ni..dapat mesti lebih dari kakitangan awam punya ''..kata Encik Topik..

'' Kalu Syarikat untung banyak adalah..kalu tidak bagi duit pinjam saja '' ..kata Rosli Ghani..

Pemborakan mereka terhenti seketika apabila terdengar bunyi meriam kabait berhampiran dengan surau..dan dalam hati Rosli Ghani mula berkira kira..jika tiada bonus raya ni..elok juga buat bisnes kabait dan buluh bagi menampung keperluan raya..

*** Ada kaa..?

Read more...

10 tanda Raya semakin hampir

1. Bila kakitangan awam dan Swasta sibuk berbicara tentang Bonus..

2. Merosot nya bilangan jemaah sunat Terawih..

3. Kemeriahan bunyi mercun dan meriam kabait di sana sini..

4. Jalan raya semakin sesak..

5. Taukeh perabot sentiasa senyum sampai ke telinga..

6. Di dalam kawasan bandar sudah mula di pasang kelongsong ketupat bercahaya..

7. Kedai menjual CD / Kaset sudah mula memainkan lagu Dendang Perantau..

8. Dalam pejabat sudah ada Cik Kak yang mengambil tempahan biskut..

9. Anak anak sudah mula berkata ''..baju tahun dulu punya sudah sedat ''..

10. Ayam.. lembu.. kerbau.. kambing.. Angsa dan itek serati mula tidak senang duduk..

*** Rasa macam badan kawan ni dah mula susut..he he!

Read more...

Selasa, 24 Ogos 2010

Sesekali ke Bazar Ramadan


* Suka tengok adik dan Makcik ini menjual kuih muih

Entah macam mana petang tadi sempat juga kawan singgah ke Bazar Ramadan..hendak juga rasa membeli kuih muih ni..meski pun terlalu banyak pilihan..yang kawan berkenan hanya lah Cekodok Kurma..

Puas juga mencari kesana sini tapi tiada peniaga peniaga yang menjual Cekodok Kurma..langsung kawan tidak membeli apa apa di Bazar Ramadan tersebut kerana tidak menjual Cekodok kurma peberet kawan..

Lalu kawan singgah di sebuah kedai terus membeli sekilo tepung gandum..stok kurma kat rumah masih banyak lagi..suruh saja akak mengoreng..

'' Balik balik kome juga mengoreng Cekodok kurma kegemaran aok ni..tak ada jual ke kat Bazar Ramadan tadi ''..tanya Akak..

'' Tak ada ''..jawab kawan sambil menghulur tepung gandum kepada Akak..

*** Cekodok kurma memang besh pada kawan..tapi kenapa tiada peniaga yang menjual di Bazar Ramadan..

Read more...

Aktiviti di tengahari ini


*** ZzZz..

Read more...

Mari kita menjual mercun

* Contoh gambar menjual mercun

Sana dan sini ada mercun..begitulah bila tiba musim perayaan..meski pun tangkapan di buat namun masih tidak serik serik..

Ini yang membuat Ahmad Zaki begitu teruja untuk menjual mercun bagi menambah pendapatan sampingan menjelang raya..

'' Lebih baik aok batalkan sahaja hasrat aok tu nak menjual mercun ni ''..kata Azman Zahari

'' Koi nak teruskan juga..orang kata besor untungnya..sangat lumayan '' ..kata Ahmad Zaki..

'' Mana aok nak dapatkan modal..mana aok nak dapatkan pembekal?..jangan pula kerana aok jual mercun ada kanak kanak tempat kita ni terbunuh..aok ingat sikit mercun tu ada banyak kategori...nak pula jika yang tidak di sahkan..yang seludup pula bahan bahan buatan mercun tu tidak di iktiraf..ada yang kuat bunyi macam bom..jika aok tertangkap siapa yang pergi jamin..jika aok masuk lock up..tentu aok tidak boleh update blog..bila aok tak update blog sudah tentunya pendapatan dari tajaan iklan aok akan berkurangan..semua tu aok kena ingat..jadi kawan syorkan aok buat bisnes menjual butang baju melayu dan kerongsang untuk tambah pendapatan sampingan menjelang raya ini ''..demikian kata Azman Zahari

'' Betul juga kata aok ni ''..kata Ahmad Zaki..

Ahmad Zaki terpaksa membatalkan hasrat beliau untuk menjual mercun..

*** Tu diaa..

Read more...

Isnin, 23 Ogos 2010

Bapa kanak-kanak mangsa letupan stor mercun serah diri

23/08/2010 4:40pm

KUALA TERENGGANU 23 Ogos – Bapa kepada kanak-kanak yang terkorban akibat kejadian letupan di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan mercun dan bunga api di Kampung Makam Lama, Cabang Tiga di sini semalam, menyerah diri kepada polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsuddin berkata, Ayub Abd Rahman, 28, menyerah diri di tempat kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari.

“Dia menyerah diri atas nasihat polis dan juga Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung,” katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini selepas melawat dua lelaki yang parah akibat kejadian itu.

Zamri berkata, bagaimanapun, polis memberi peluang kepada lelaki tersebut untuk menguruskan pengkebumian jenazah anaknya yang masih belum dituntut di hospital itu.

Sejam setengah sebelum itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan membuat sidang media khas bagi memaklumkan tentang usaha polis untuk mengesan bapa Khairul Arif Ayob, 6, yang maut dalam kejadian semalam.

Katanya, ia bagi membantu siasatan polis selain urusan menuntut jenazah anaknya di HSNZ di sini.

"Sebaik kejadian itu berlaku semalam, suspek dan isterinya Kamariah Sufian, 25, telah menghilangkan diri. Polis telah pergi ke rumahnya, namun gagal menemuinya,” kata beliau.

Mohd. Shukri berkata, bapa kanak-kanak itu sebelum ini pernah ditahan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 pada tahun lepas atas kesalahan penjualan mercun. – Bernama

*** Ini sumber dari Bernama melalui berita terkini Utusan Malaysia.. Patut lah kejadian ini semalam tidak menyebut kemana ibu dan bapa kanak kanak yang terkorban ini..rupa rupanya mereka adalah taukeh mercun.. ''..

Read more...

Tengahari tadi di sebuah pasar raya

Jam 1345 tadi kawan sempat masuk ke sebuah paSar raya..untuk membeli dan belah bagi bahan bahan buat berbuka pada petang ini..yang utama Akak sudah pesan beli bawang besar..

Setelah mencapai sebijik bakul kawan pun mula lah mengambil barangan keperluan..siap dengan lauk pauk dan sayur sayuran..dan juga Sardin cap ayam peberet kawan untuk di buat Tom Yam..

Bila tiba time nak membayar..punya lah panjang barisan..ini yang membuat kawan menjadi lemah untuk beratur..biasa semua kuanter buka..tapi hanya 2 kuanter saja yang di buka..macam ada masalah kat komputer kuanter bayaran..

Oleh kerana kawan ni jenis orang yang tidak suka berbaris maka kawan tinggalkan je bakul yang penuh dengan sayur sayuran dan lauk pauk tadi..terus sahaja menyelit dan keluar dari pasar raya tadi..jawab nya esok hari pula lah dapat makan Tom yam sardin..

Sampai di rumah Akak tanya.. '' Mana bahan nak masak buka ni ''...

'' Kita guna lauk semalam sahaja ''..jawab kawan..

*** Kiranya kawan ni tidak lah berapa teruk sangat orang nya yer.. he he!

Read more...

Komputer 1 Malaysia

* Gambar di atas hanya hiasan..kira macam Net Book lah ni..

Hari ini 4 orang pekerja di tempat Syarikat kome bercuti kerana anak anak mereka menerima Komputer percuma ( Net book )..

Ini sungguh tidak memberi kepuasan hati kepada Encik Topik kerana anak beliau seorang pun tidak layak menerima komputer percuma itu..macam biasa beliau pagi pagi lagi sudah bertemu dengan Rosli Ghani sambil meluahkan ketidak puasan hati beliau..

'' Kawan rasa Kerajaan sungguh tidak adil dalam penagihan Net book 1 Malaysia ni Li..anok kawan 3 orang di sekolah menengah tu sorang pun tak dapat..sedangkan pembelajaran mereka di kategorikan baik juga ''..luah Encik Topik..

'' ..Lor?.. ngapa aok kata begitu..jika tak dapat anggap je lah itu bulan rezeki aok ''..jawab Rosli Ghani..

'' Meski pun kawan ni penyokong kuat Kerajaan..untuk akan datang jangan harap lah kawan nak menyokong ''..kata Encik Topik begitu kesal bunyi nya..

'' Ishkk..komputer 1 Malaysia ni di beri percuma kepada keluarga yang isi rumahnya berpendapatan rendah.. koi nak tau berapa pendapatan aok sebulan ''?..tanya Rosli Ghani..

'' 5k sebulan Li ''..jawab Encik Topik..

'' Padan lah tak dapat..itu belum kira aok buat bisnes Direk seling lagi ''..kata Rosli Ghani..

*** Gitu yak..?

Read more...

Sabtu, 21 Ogos 2010

Bila aduan tidak secukup raSa

Sedang kawan membuat kerja kerja kutipan sisa pepejal ( Sampah ) tiba tiba satu panggilan talipon dari in Charge kawan..

'' Weh?..tmn Tunjang Laksana sampah tidak diambil sudah satu bulan..nanti aok buat kutipan sana tengok betul ke aduan ini..kalu betul parah ni..''...kata in Charge kawan..

'' Orait boss..apa pun koi lapur kat boss nanti ''..jawab kawan..




Begitu lah manusia..jika ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan yang diberi..boleh bercakap dengan sesuka hati..Memang sekarang Laluan kutipan sampah di kawsan kome ni mengalami sedikit gangguan..serentak pula dengan musim buah buahan maka kuantiti sampah akan meningkat berganda ganda..

Tapi kerja kerja tetap diteruskan..Sampah sarap di dalam kawasan perkhidmatan tetap di angkat juga untuk di lupuskan..

Ada segelintir pengguna yang tidak mengetahui bahawa di daerah tempat kawasan kome bekerja ini tiada tapak Pelupusan ( LandFill )..akibat telah di tutup kerana telah tidak dapat menampung sampah lagi..Jadi terpaksa menghantar lupus sampah ke satu Lokasi yang jauh yang berjarak 42 km sehala..Sekarang pihak berkuasa tempatan sedang bertungkus lumus untuk mencari tapak baru yang sesuai




* Ini ada lah sampah Domestik yang di katakan tidak di ambil selama satu bulan..


Sesampai sahaja di hadapan rumah yang membuat aduan tadi..kawan pun merakam gambar untuk di MMS kepada boss kawan..

'' Lor..Man ni yang dikatakan sampah tidak di ambil satu bulan ''..tanya in Charge kawan..

'' A'ah boss..ni lah dia nya..dah lah guna tong sampah yang tidak mengikut Standart '' ..kata kawan..

'' Ada tuan rumah tak masa aok ambil sampah ni ''..tanya in Charge kawan lagi..

'' Tidak ada..pintu hadapan berkunci semua tingkap bertutup rapat..balik kampung agaknya '' ..kata kawan lagi..

'' Orait Man..tq ..koi nak lapur pada pihak atasan nak tutup aduan ini ''..kata in Charge kawan lagi..

*** Kawan sudah 24 tahun bergelumang dengan sampah sarap ini..Alhamdullilah..

Read more...

Jumaat, 20 Ogos 2010

Senyum dipagi hari jumaat ( Buah Melaka )


* Onde onde

Bila tiba bulan Puasa Semangat kejiranan di kawasan Taman Perumahan Kak Zakiah dan Rozita bertambah tambah erat..dengan melakukan aktiviti bertukar tukar juadah untuk berbuka puasa seperti kuih muih dan juga lauk pauk..

Begitu juga untuk kaum lain seperti Cina dan India turut sama merasa juadah serta resipi resipi terbaru keluaran Kak Zakiah dan Rozita..

'' Semalam Devi jiran kita hendak cuba buat kuih buah Melaka..jadi Akak bagi lah resipinya '' kata Kak Zakiah..

'' Uihs..menjadi ke Buah Melaka Devi tu Kak ''..tanya Rozita..

'' Boleh lah..cuma lembik..patut nya buah Melaka tu kenyal sedikit baru sedap di kunyah ''..kata Kak Zakiah..

'' Mungkin Devi silap gentel tu kak..sebab tu tak keras dan kenyal ''..kata Rozita..

'' Hmm betul lah tu..patut nya beliau kena gentel gentel lama sedikit baru naik keras dan kenyal tu ''..kata Kak Zakiah..

'' Oiiiii..kau orang ingat sikit..ini bulan puasa..apa yang gentel apa yang keras dan kenyal tu? ''..sampuk Suami Kak Zakiah dari muka pintu yang sedari tadi mendengar perbualan mereka berdua..

*** La la la

Read more...

Khamis, 19 Ogos 2010

Cerita seram di malam jumaat

Biasa malam jumaat di kaitkan dengan malam yang penuh dengan keseraman..tapi harap tidak di malam bulan puasa begini..

'' Bagi kome habiskan dia..jangan tinggalkan saki baki pun ''..kata Niker..

'' Yeer..kita mesti tamatkan riwayat yang ini '' ..jawab Bok pula yang memang terkenal dengan ganas orangnya..

''..Nanti koi amik pisau yang Jasdi baru asah tajam tadi ''..kata Miki..

'' Arhh..dah lama tidak rasa begini..akan kawan siat siat paha beliau ''..kata Azman dengan geram..

'' Tak perlu pisau lah Miki..kita rentap je bagi putus ''..kata Burn yang sedari tadi memerahati dengan lahapnya..

Begitulah gelagat 5 orang rodong yang sedari tadi telah kecorr air liur untuk makan ayam Golek ( putar ) yang di beli di Bazar Ramadan petang tadi..

*** Huh..memang enak ayam putar..

Read more...

Tak boleh tahan betul


Gambar ehsan dari *Akak `Rodziah

Dah tengahari rupanya..biasa time begini sedang makan tengahari..kena pulak makan nasi berlauk ikan merah masak lemak berlada macam di atas..pasti bertambah..

Lauk di atas mungkin tidak sesuai untuk orang yang sedang berdiet dalam usaha untuk menguruskan badan..

'' Bang aok tak balik makan tengahari ke? ''.. kata Akak Rodziah dalam talipon..

'' Dok..kan ke ini bulan Puasa ''..jawab kawan..

'' Lor lupa lupa..ingatkan abang tidak posa hari ni ''..kata Akak Rodziah lagi..

Kawan terus letak talipon..tengah macam ni sempat lagi nak bergurau..

*** Haa ..tadi lalu kat Restoran Nasi Ayam Hainan..tapi yang tapau nampak ramai orang macam Melayu..

Read more...

Sedap nya air tebu


Pemandangan biasa Tebu di Bazar Ramadan..

Macam mana dengan pemerosesan air tebu yang dilepak begini..adakah terjamin kebersihanya..

Gambar diatas ini kawan rakam sekitar jam 1045 pagi semalam..

Bila keadaan begini bukan anjing,kucing dan tikus sahaja boleh kencing..malah manusia pun boleh kencing disini..

*** Itu belum rasa keenakan murtabak lagi..minum pula bersama air tebu..perghhh!

Read more...

Rabu, 18 Ogos 2010

70 peratus bufet Ramadan campur arak - Jakim

70 peratus bufet Ramadan campur arak - Jakim

'' Aboh bila aboh nak bawa Aina..Along..Angah dan Mama berbuka kat Hotel ''..tanya Aina ..

'' A'ah la Abohnya..sesekali bawok lah kome buka kat Hotel..sedak makanan ''..kata Mama Aina pula..

'' Betul Aboh..bufet Ramadan bes..kawan Angah cakap..lauk semua sedap sedap ''..sokong Angah..

'' Orait..malam ini Aboh bawa korang berbuka di Gerai Pak Cik Hamdan Corner..semua aneka masakan Pak Cik Hamdan Corner pun sedak sedak belaka ''..kata Aboh Aina..

*** Pilihan bijak..buka kat rumah lagi best..kat Surau pun best juge..

Read more...

Selasa, 17 Ogos 2010

Hanya 50 sen setem untuk kad raya 50g

Ketika Azman Zahari dan Ahmad Zaki sedang sibuk membeli belah kuih muih di Bazar Ramadan sempat lagi mereka berdua bersembang sembang tentang kad Raya dan Harga Setem..

'' Tadi dalam berita terkini ..harga setem untuk kad raya ialah 50sen ''..kata Ahmad Zaki..

'' Ishkk..ok lagi murah lah tu ''..kata Azman Zahari..

'' Erh..lantok lah yer..kita guna kad raya elektronik..hantar ikut email atau pun SMS ''..kata Ahmad Zaki pula..

'' Koi kena beli kad raya juga dan kena pos..awek koi tak mboh yang guna email atau pun SMS ''..jawab Azman Zahari pula..

'' Ngapa pulok macam tu..lebih kurang sama jer dak ''..tanya Ahmad Zaki..

'' Entah lah awek koi tu..dia kata guna kad raya email atau pun SMS tak boleh pegang dan usik usik''..kata Azman Zahari pula..

'' Ohhho..tu lah agok nya dia rindu sangat kat aok tu ''..kata Ahmad Zaki pula..

'' Rindu benda pulak? ''..tanya Azman Zahari..

'' Rindu lah tu..tak dapat pegang dan usik usik aok..tu yang dia nak pegang dan usik usik kad raya yang aok kirim tu nanti ''..kata Ahmad Zaki..

*** Ahhh.. raban budak ni petang hari gini..

Read more...

Hormati Azan bila berkumandang


Ini adalah 2 kisah benar yang terjadi kepada 2 orang pekerja binaan..

Kisah 1.

Seorang Hamba Allah sedang membuat kerja kerja pertukangan kayu membaiki disebuah sekolah.. pada waktu itu beliau sedang mengergaji kayu untuk membaiki pintu sebuah bilik darjah..waktu asyar sudah masuk bila kedengaran bilal melaungkan azan di sebuah masjid berdekatan..tapi Hamba Allah ini terus sahaja mengergaji kayu tanpa memperdulikan azan yang sedang berkumandang..

Tiba tiba entah macam mana beliau telah mengangkat gergaji itu melebihi paras pemotongan kayu dan..terus sahaja mengena ibu jari tangan beliau..akibat dari itu beliau dikenakan 4 jahitan di ibu jari tangannya..

Kisah 2.

Sekitar tahun 1990an..disebuah Taman Perumahan..seorang Hamba Allah ini membuat kerja part time dengan mengambil upah mengikat bata dan juga plaster simen..bersama kawan kawan yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan..kewangan tidak mencukupi untuk menampung keluarga kerana bergaji rendah..bekerja tanpa mengira waktu selepas waktu kerja normal tamat..bermula jam 0400 petang - 1000 malam..

Apabila untuk menyambung rumahan bahagian dapur..mesti ada dinding yang kena pecah..dinding simen dengan batu bata yang begitu kuat terpaksa dipecahkan juga..

Satu petang hampir waktu senja..kerja pecah simen dimulakan..dengan mengunakan penukul seberat 8 paun Hamba Allah ini memulakan kerja memecah batu..sekali hayun maka pecah berderai lah simen yang bercampur batu batu itu..

'' Weh..aok..berhenti dulu..dah Azan maghrib tu ''..kata rodong seorang lagi..

'' Tak per eh..koi nak teruskan pecah ni..bagi cepat sikit ''..jawab beliau..

Dengan tak semena mena..beberapa ketulan batu bata terus sahaja jatuh menghempap kaki Hamba Allah yang degil tadi..akibat dari itu beliau tidak dapat bekerja selama 1 minggu..Syukur tulang tidak patah..

*** Kisah 2 adalah kisah yang terjadi kepada kawan..selepas peritiwa itu ia sangat mengisafkan kawan..

Read more...

Isnin, 16 Ogos 2010

Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat

Dapat melalui email yg bertajuk : Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.

Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.

Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat “Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu.

Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi…

Read more...

Kelat

Entah macam mana hari ini rasa kelat sahaja..mungkin juga disebabkan hari ini adalah hari isnin..tengah bulan pula..tentu tambah kelat lagi..

Hari ini juga telah masuk hari yang ke 6 berpuasa..

Semestinya rodong kita mau tamat puasa penuh sebulan..

'' Biasa bila masuk seminggu berpuasa aok selalu je ngajok kawan cari nasik ayam bila masuk makan tengahari '' tanya Encik Topik..

'' Mintok maaf yek..tahun ni koi nak tamat posa..tak nak jadi macam tahun lepas lepas..hanyut senalor ''..jawab Rosli Ghani..

Petang itu di Bazar Ramadan..jam 0245 petang..kebetulan Encik Topik ada tugasan disitu lalu teserempak dengan Rosli Ghani yang sedang membeli air dan Murtabak serta nasik ayam..di gerai awal yang dibuka..

'' Awal aok membeli nasik ayam ni Li ''..tanya Encik Topik..

'' A'ah..ni untuk anak anak kawan ''..jawab Rosli Ghani ..

Encik Topik kehairanan kerana anak anak Rosli Ghani baru berumur 1/2 tahun dan 2 tahun ..boleh makan nasik ayam dan murtabak dah..

*** Memang kelat ni..

Read more...

Sabtu, 14 Ogos 2010

Al Fatihah untuk Pak Chu ( Tok4 Mahmud )

Pagi jumaat 13hb Ogos 2010 adik kawan Syed Zaidulhar menalipon kawan pada jam 0400 pagi..'' Chu dah tak ada ''..katanya ringkas..

''Innalillahiwainaillahirojiun''...kawan terkedu seketika..

Sememangnya Pak Chu kawan ni telah seminggu dimasukan ke HOSAS Temerloh akibat sering mengah..pada jumaat minggu lalu kawan berkesempatan menziarahi beliau..

'' Kapok ..moh ngetea kat Cafe..'' kata beliau kepada kawan..

'' Moh la..apa barang minum sini tak besh ''..kata kawan yang sememangnya sering bergurau dengan beliau..

Pak Chu masuk ke bilik air seketika..selepas keluar dari bilik air beliau menyatakan tidak larat untuk mengikut kawan minum di Cafe..

'' Tak larat lah Kapok..badan bergoyang lagi ni ..aok ajok Mak Chu je lah ''..kata beliau..

Itu kenangan terakhir kawan bersama Pak Chu..

Beliau telah lama menjadi Pengerusi JKKK Kampung Bukit Kelulut Temerloh Pahang..Beliau masih lagi bekerja sebagai Setia Usaha kerja UMNO Bahagian Kuala Krau..

Pemergian beliau sangat dirasakan terutama penduduk Kampung dan juga sanak saudara..
Kawan adalah salah seorang daripada anak Saudara beliau..sebab Pak Chu adalah adik bongsu kepada ibu kawan..

Beliau meninggalkan isteri dan 4 orang anak..

Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di tanah pekuburan Kampung Bukit Kelulut tersebut..

*** Semoga Pak Chu aman dan tenang disana ''... Al Fatihah..

Read more...

Khamis, 12 Ogos 2010

Sibuk nak berbuka

Jam 3 petang kebanyakan suri suri rumah telah sibuk didapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa.. Ini terlalu awal bagi kak Rodziah untuk turun kedapur..

Selalunya kak Rodziah membuat persiapan berbuka pada pukul 0630 petang..ada banyak waktu untuk beliau bersenang lenang..

Suami beliau tidak suka untuk membeli juadah berbuka di Bazar Ramadan..tak sedap katanya..

Petang itu macam biasa kak Rodziah telah menyediakan juadah untuk berbuka pada pukul 0645 petang..terlewat sedikit kerana menonton siaran drama Tv di setesen 701 kegemaran beliau..

Dengan tergesa gesa Kak Rodziah telah berjaya menyiapkan segala lauk pauk dan juga kuih Onde Onde kegemaran suami beliau..

'' Time to berbuka..diminta Aina membacakan doa '' kata Kak Rodziah

Selesai sahaja Aina membaca doa..terus minum dan makan kuih dahulu..kecuali suami Kak Rodziah setelah minum air suam dan sebiji kurma pasti akan makan nasik..kebiasaan suami beliau sememangnya begitu..

'' Lor..mana nasiknya?..ni beras berendam sahaja nak bagi kome makan??''..kata Suami kak Rodziah..

'' Lor..sori bang !..tak petik suis ''..jawab kak Rodziah selamba..

Dan untuk berbuka hari itu suami kak Rodziah terpaksa makan nasik selepas beliau selesai solat terawih di Surau berdekatan..

*** Gigit telinga kak Rodziah baru tau..

Read more...

Harga ayam naik mendadak

Ayam segar dari ladang

Menjadi juga startegi Rosli Ghani dalam kendalian ternakan ayam kampungnya..dia berjaya menternak kira kira 30 ekor untuk kegunaan pada bulan puasa dan juga Hari Raya..

Seolah Rosli Ghani sudah dapat menjangkakan kenaikan harga ayam pasti akan naik mendadak pada bulan puasa ini..dan kenaikan ini sudah pun berlaku -- klik ( siNi )

Dengan hanya menternak di kawasan Taman perumahan mengunakan jaring pukat yang dipasang sekeliling reban dibelakang rumah beliau..Rosli Ghani berjaya juga menternak ayam kampung dengan sempurna ..meski pun telah bergaduh dengan jiran sebelah dengan bauan yang tidak menyenangkan dari ayam ayam beliau..

'' Banyok ayam aok bela ye Li ''..tanya encik Topik

'' Ada lah 30 ekor ayam kampung ..aok ndak nanti koi semelihkan''..jawab Rosli Ghani ..

Terdetik juga dalam hati encik Topik..kalu macam ni baik kawan bela juga ayam macam Rosli Ghani tu..tapi isteri kawan geli lah pulok dengan taik ayam ..heee... ``

*** Suka ayam putar..suka tengok ayam tu berpusing saja bila kena panggang..

Read more...

Rabu, 11 Ogos 2010

Puasa pertama ( mencari gerai dan restoran )

Selepas solat subuh kawan terus sahaja bersiap siap untuk pergi kerja..jarak rumah antara tempat kerja kira kira 3 km saja..

Sampai di pejabat terus punch card..pekerja pekerja lain tidak banyak bercakap dan ada yang menguap guap lagi..setelah roll call pagi dan arahan kerja diberikan semua bergegas ke lokasi masing masing untuk memulakan Operasi..

Jam telah pukul 0815 pagi..waktu untuk megetea..kebetulan kawan sekerja pejabat ada urusan kerja ditempat lain maka tidak dapat bersama untuk turun mengetea..

Kawan mula memasuki kawasan bandar..sambil menjeling jeling pekerja yang membuat kerja dengan tekunnya..kawan terus sahaja membeli 2 naskah suratkhabar di sebuah gerai ditepi jalan Utama..

Tempat biasa untuk mengetea adalah di belakang pejabat Pos..di situ juga ada nasik berlauk kegemaran kawan..yang sedap lauk masak lemak ikan tongkol sama timun.. dan juga ayam masak lemak nogori yang begitu menyelerakan kawan..kena pula dengan tea tarik gelas besar..

Kawan memasuki kawasan parkir dan..kenapa pula gerai belakang pejabat Pos tutup..tiada orang dekat situ..tiada kelibat encik Topik mau pun Rosli Ghani..

Terus sahaja kawan ke kawasan bandar baru..di situ ada sebuah restoran mamak yang boleh tahan juga roti telurnya..kena pula cicah dengan kari daging kambing..tiada orang juga..restoren mamak itu pun tutup..

'' Tak nak berniaga dah ke dia orang ni ''..cetus kawan dalam hati..

Lantas kawan memandu ke arah satu lagi kawasan bandar..di mana situ terdapat banyak gerai gerai yang menjual beraneka kuih muih serta nasik beraneka nasik untuk sarapan pagi..semua nampak lengang..semua tak berniaga..kenapa yer..

'' Mizi..aok tau kenapa semua gerai makan dan restoren tutup hari ini..nak mengetea pun payoh ni ''..tanya kawan kepada seorang pekerja bernama Tarmizi yang bertugas di kawasan itu..

'' Lor..incik tak tau ka hari ni puasa ''..jawab Tarmizi..

*** Adeh ! adeh !..tak logik sungguh boleh lupa hari ini umat islam diseluruh dunia telah berpuasa ..

Read more...

Isnin, 9 Ogos 2010

Waktu kerja bagi bulan Ramadan

Petang tadi dapat Memo dari Hq..waktu kerja bagi bulan Ramadan untuk Kompeni tempat dimana kawan bekerja ini..

Waktu masuk kerja : 0630 pagi..

Waktu balik kerja : 0230 petang..

Awal balik..selepas tamat waktu kerja kome boleh buat banyak aktiviti seperti ..tidor..hehe!

*** Sedang berfikir..kena buat ( tempah ) ke tak baju melayu yang sudah 3 kali raya pakai?..

Read more...

Tanda puasa hampir tiba


** Ini gambar buah Kurma..sedap juga jika digoreng bersama tepung dibuat Cekodok..

Satu petang Aina bertanya kepada bapa beliau..

'' Aboh..tak lama lagi kita nak berpuasa yer ''..tanya Aina

'' Aina tau apa tanda bulan puasa hampir tiba ''..soal Aboh Aina..

'' Tau...tu iklan Kurma Yusof Taiyob sudah ada dalam Tv ''...jawab Aina..

*** Bukan itu iklan kurma saja..malah segala macam iklan tentang Puasa dan Raya sudah lama muncul dalam Tv..

Read more...

Kibarkan Jalur Gemilang


*** Ni Jalur Gemilang pejabat kome..dah berkibor..jangan ambil yer..nak beli sendiri..


KUALA LUMPUR 8 Ogos – Masyarakat diseru mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang Bulan Kemerdekaan bagi menghangatkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 pada 31 Ogos ini..

** Selanjutnya klik ( siNi )

*** Selamat mengibar yer..

Read more...

Ahad, 8 Ogos 2010

Cash Out

Sempat atau tidak untuk buat belanja raya ni ..Ahmad Zaki bertekad jua untuk mengeluarkan semua wang hasil daripada pendapatan daripada penajaan iklan dari blog beliau..hasil daripada 8 bulan mesti dikeluarkan untuk belanja raya..yang penting kuih siput kegemaran ibu beliau mesti dibeli..

Seperti biasa beliau terus mendapatkan penasihatnya iaitu Azman Zahari..

''..Koi nak keluarkan juga duit hasil iklan kat blog koi tu ''..kata Ahmad Zaki..

'' Ishk..kawan ingat biar dulu lah..bukan banyak mana pun hasil pendapatan aok te ''..kata Azman Zahari..

'' Lor..aok tak tau ke..koi dah 8 bulan letak benda iklan tu..rasnya dah patut sangat koi keluarkan semuanya ''..kata Ahmad Zaki ..

'' Paling tinggi pendapatan yang aok nak keluarkan ni adalah RM145.00 sahaja ''..teka Azman Zahari..

'' Laa sedeynya aok yerk..kawan nak tebus pendapatan koi yang bernilai RM1450.00 tu jer ''..kata Ahmad Zaki..

'' A'aa ?..'' kata Azman Zahari..

Azman Zahari mula menyesali setelah sekian lama dia tidak mengapdate blog beliau..sebab sibuk dengan FaceBook dan Tweeternya..

*** Hepi Cash Out..!

Read more...

Kisah nak sambut puasa ( Gastrik )

Kini penyakit lama encik Topik menyerang kembali..apa yang menjadi kepelikan kepada Rosli Ghani adalah apabila setiap kedatangan Ramadan pasti penyakit encik Topik akan menyerang..

'' Pelik juga koi ni..dah 5 tahun penyakit aok ni akan menyerang pada tiap kali bulan Ramadan pulok tu''..tanya Rosli Ghani..

'' Tu lah senalor bila hampir bulan Ramadan macam ni lah..mula lah senak sana senak sini..''..kata encik Topik..

'' Kala gitu berat juge penyakit aok ni yerk..'' kata Rosli Ghani..

'' Gitulah Li..doktor tidak mengalakan sangat kawan ni berpuasa..takut mudarat kan perut dan usus ''..kata encik Topik pula..

'' Tapi ada benda yang koi pelik sangat ni..penyakit ini datang tiap kali Ramadan sahaja ye ''..tanya Rosli Ghani..

'' A'aa..tu lah dia ..memangnya kawan selalu dapat penyakit ini dalam bulan Ramadan jer ''..balas encik Topik..

'' Penyakit ni memang kerap menyerang pada orang lain..tapi tak kira bulan..cuma aok je yang kena serang oleh penyakit ni pada bula Ramadan yer '' ..kata Rosli Ghani..

'' Mungkin kawan orang terpilih sahaja yang diserang penyakit ini pada tiap kali Ramadan ''..kata encik Topik..

'' Kepala otok betul lah encik Topik ni ''...kata Rosli Ghani dalam hati beliau..

*** Jangan cuba amik kesempatan dengan penyakit yang ada untuk alasan tidak berpuasa..heh heh !..

Read more...

Sabtu, 7 Ogos 2010

Sendal Malam minggu

Tuah si Perompak Malang si Wanita.

.........Seorang wanita telah kerugian wang tunai dan barangan kemas sebanyak RM 700,000.00 dimana peti besi nya telah dilarikan oleh 4 orang perompak malam tadi.Si wanita telah bernasib baik menyelamatkan diri dengan berkurung didalam bilek air ....

Alkisah sebenarnya kejadian adalah dimana si wanita ini adalah seorang Pengurus Estate Agen yang memegang saham (termasuk wangtunai) dari beberapa orang Broker saham ladang.Beliau telah membeli sebuah peti besi baru baru ini.

Syarikat tersebut telah menghantar peti tersebut kerumah beliau tetapi setakat letak dibawah rumah saja.Beliau bercadang meletakkan nya diatas dalam bilek tidurnya.Syarikat menyuruh beliau mencari dan mengupah orang mengangkat peti tersebut diatas rumah dua tingkatnya.

Si wanita telah mengupah 4 orang pekerja bangsa asing mengangkatnya.Wanita tersebut memang sombong ,cerewet dan kedekut orangnya dan setelah kerja mengangkat petibesi diupahkanya mereka sebanyak Rm20.00 saja.4 orang pekerja tidak bersetuju dengan gajaran upah sebanyak itu.

Mereka mencari jalan untuk mengenakan si wanita yang sombong itu balik Pada sebelahmalamnya keempat mereka telah datang merompak wanita tersebut dengan melarikan petibesi itu tanpa menyangka didalam nya terkandung hasil rompakan sebanyak itu (RM700,000.00).Sungguh kesian malang buat wanita tersebut dan tuah pula si perompak tadi.

Sekian


Moral cerita ini: Jangan sesekali menyimpan wang dan barang kemas yang banyak di dalam rumah,bawah tilam ke ,dalam bantal ke, semuanya tak selamat bayangkan le sedangkan yang dalam peti besi pun boleh di kebas so simpan le di dalam BANK...Selamatttttt.....

*** Cerita ini di Copy paste 200%.. Selamat malam

Read more...

Tadi ke Majelis penyampaian Jalur Gemilang

Ini gambar semasa menyanyikan lagu Jalur Gemilang yang kawan rakam..kawan duduk sebelah untie itu.. 1 Malaysia

Tadi kawan berada di Majelis penyerahan Jalur Gemilang kepada setiap Jabatan awam mau pun swaSta.. Tok Penghulu dan juga PengeruSi JKK..sebagai mewakili Jabatan maka kawan menerima lah Jalur Gemilang tersebut..untuk dikibarkan di Pejabat..

Sempena sambutan bulan kemerdekaan juga..dengan rasa bangganya kawan terima Jalur Gemilang itu daripada dato DO.. ( Pegawai Daerah )

*** MERDEKA !!! ( bila isteri balik Kampung )

Read more...

Jumaat, 6 Ogos 2010

Mari kita mencari Tekek

Ada orang panggil Tekek..Tokek ..Pok kek ( Gekko gecko )..Semalam tengok berita dalam Tv..ada lagi cerita Tekek ini..

Di khabarkan harga boleh mencecah ribuan malah jutaan ringgit..maka ramai lah orang yang cuba mencari..di khabarkan lagi haiwan ini untuk tujuan perubatan..


Paleh besor macam buaya..tentu harga berjuta juta ni.. Boleh jadi Jutawan Tekek ni .. * gambar google *



Spesis yang bermata merah ini punya harga yang tinggi

Ini juga membuatkan Rosli Ghani sedang berusaha untuk mencari haiwan ini..

'' Koi ingat nak masuk hutan Taman Negara nak cari Tekek ni..mana tau menjadi Jutawan koi ''.. kata Rosli Ghani..

'' Pulok dah..'' kata Encik Topik..

'' Koi nak ngambil cuti tanpa gaji 3 bulan '...kat Rosli Ghani lagi..

'' Tak payah susoh susoh Li..dalam rumoh kawan banyak ..setit saja ''..kata Encik Topik..

'' Dalam rumoh aok te cicak syiling..cicak syiling nak buat mende..buat umpan tajor pun ikan bercat tak nok makan ''..jawab Rosli Ghani pantas..

*** Malam tadi ada dengar bunyi Tekek ni kat tepi dapor rumoh kawan ..heh heh!

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP