GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 30 September 2010

Bila suara katak membelah malam


Malam ini malam jumaat..hujan pula turun renyai renyai..mata tidak lagi masih mau tidur..
kedengaran pula suara katak sahut menyahut..ada bunyi yang parau..ada pula yang bunyi tersekat sekat..mungkin kesejukan barangkali..

Bila mata hendak lelap saja semakin kuat pula bunyi katak..

'' Cilaka punya katak..memekak! ''..getus hati kawan..

Buka pintu rumah terus memasang telinga...nak tau arah mana bunyi katak yang paling kuat tadi..kedengaran di arah perdu serai yang sedang merimbun..capai cangkul..

Tiba tiba.. '' Tap ! ...lampu hadapan terpasang..

'' Lor..aok buat benda pegang cangkul malam malam gini ''..kata Akak..

'' Saja nak libas katak ni..mekak je..nak tido pun tak senang ''..jawab kawan..

'' Laa..tak ada kerja lain dah ke aok ni..bila orang suruh menyangkul buat batas ke atau cangkul rumput aok malas..''..kata Akak dengan suara meninggi sedikit..

Kawan terus sahaja membiarkan katak yang sedang bersahut sahutan semacam memperli kawan..

*** Nanti lah..tentu kena buat Operasi tangkap katak satu hari nanti..

Read more...

Pedih


Kenapa dengan tiba tiba mata menjadi pedih ni..cuba pejam celik pejam celik kan mata..tapi masih pedih..Adakah terlalu lama menghadap komputer?..

Masuk bilik air..basuh mata lagi tambah pedih juga..

Tengok jam..rupa nya dah pukul 0100 tengahari..tidak sepatutnya mata menjadi pedih..time begini perut sepatutnya pedih..

'' Moh kita pergi makan nasik ..pekena lauk ikan baung masak asam rom..koi belanja oak hari ni ''..ajak rodong kawan..

'' Moh ''..jawab kawan dengan senang hati..

Selepas makan mata kawan tidak lagi menjadi pedih...ishk2..

*** Sori Akak..hari ni makan luar..

Read more...

Say NO to click Fraud.

Mesej ini dari nuffnang..

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

*** Sila jana pendapatan dengan berhemah.

Read more...

Satu malam kisah lampau ( 1983 )

Kejadian pada tahun 1983..Lokasi di Simpang 3 Jengka - Temerloh.. menghadapi Road block Polis..

Polis : '' Bagi tengok lesen motor ''..

Kawan : '' Tiada ''..

Polis : '' Dah tau lesen tiada naik pula berdua..nak pergi mana pula malam malam gini?''..

Kawan : '' Nak ke Hospital Mentakab..tengok orang sakit disana ''..

Dengan baik hati Polis itu telah membenarkan untuk terus ke hospital. ( alasan sungguh logik sebab semestinya di mana mana Hospital pun ada orang sakit )..

Sampai di Kg Awah ada lagi satu Road block..

Rodong : '' Aiks..polis ni ok je tak tahan kita yer ''..

Kawan : ''.. Lorr aok ni..polis ni memang tak tahan pun..dia cuma angkat tangan saja..sebab yang ni FELSCO '' ( polis FELDA)..

*** Selamat kawan untuk malam itu..

Read more...

Rabu, 29 September 2010

Ketat


* Nampak saja macam pancit..tapi kurang angin ni..


Kalau dulu masuk dalam kereta rasa panas tapi hari ini masuk dan terus pandu kereta rasa ketat pula..apa lagi masalah ni..

Pulas stering kiri rasa ketat..hala ke kanan pula ketat lagi..tekan minyak macam ketat juga..

Semakin berumur kereta ini semakin pula banyak penyakitnya..

'' Cuba aok isi angin kat tayar kereta aok ni ''..kata encik Shaari..

Dan kawan pun pergi lah ke setesen minyak berhampiran lalu mengepam angin kedalam tayar..

Selepas itu..

'' Laa..elok dah..rasa ringan je tayar ni..hilang sudah rasa ketat tadi ''..kata kawan dengan gembira kerana hanya angin tayar saja yang berkurangan..

*** Jadi selalu selalu lah mengepam tayar kereta anda..

Read more...

Antara pengikut,pembaca senyap dan pengomen

Kini Ahmad Zaki sudah dapat merasakan antara pengikut,pembaca senyap dan pengomen mana satu yang lebih utama menjuruskan kepada peningkatan trafik blog beliau..

Lantas dengan secara langsungnya beliau mendapatkan pendangan penasihat peribadinya iaitu Azman Zahari..

'' Koi nak minta pendapat aok..antara pengikut,pembaca senyap dan pengomen mana satu yang penting dalam menyumbangkan kenaikan trafik blog koi ini ''..kata Ahmad Zaki..

'' Kawan rasa penting belaka..semua menyumbang kearah peningkatan trafik blog aok tu ''..jawab Azman Zahari..

'' Bagi koi pengikut bukan semua yang masuk..pengomen pula yang tegar sahaja..itu pun cuma dapat meningkatkan trafik paparan sahaja..pembaca senyap pula hanya sekadar membaca sahaja..'' ..kata Ahmad Zaki..

'' Aok ni tak boleh lah berpendapat begitu..bagi kawan semua mempunyai peranan tersendiri..meskipun ada yang cuma klik tengok tajuk tapi tak baca pun ada..itu pun punya peranan juga ''..kata Azman Zahari..

'' Tapi sejak kebelakangan ini koi pelik...komen semakin kurang tapi trafik semakin meningkat kat blog koi tu ''..kata Ahmad Zaki..

'' Tak ada yang pelik..mungkin tajuk entri aok tu yang membuat tarikan kepada pembaca..ni yang aok pagi pagi bertanya hal blog ni ngapa? ''..tanya Azman Zahari..

'' Saja je..lagi pun koi nak belanja aok sebab koi dah dapat duit dari Syarikat iklan penajaan ''..kata Ahmad Zaki..

'' Uihs..patut lah..banyak ke ?''..tanya lagi Azman Zahari..

'' Tak banyak..adalah dalam RM 785.25 hasil penulisan koi selama 3 bulan''..jawab Ahmad Zaki..

'' Cis ngada ngada..nyesal pula kawan tidak rajin mengapdate blog..semakin berusaha rodong kawan ni.. '' ..kata Azman Zahari dalam hati..

*** Selamat pagi dan selamat mengetea..

Read more...

Selasa, 28 September 2010

Lawak sengal hari selasa malam rabu

Satu malam kedengaran seorang bapa yang memarahi anaknya yang telah kantoi kerana menghisap rokok..umur anak itu baru 13 tahun..

Bapa : '' Buat apa lah kamu menghisap rokok ..usia kamu masih muda..baru 13 tahun..''

Anak : '' Abah tu usia belum 13 tahun dulu pun sudah pun menghisap rokok ''..

Bapa : '' Abah dulu lain..sudah pandai mencari duit ketika itu ''..

Anak : '' Saya pun sudah pandai mencari duit sekarang ini ''..

Bapa : '' Apa kerja yang kamu buat..sedangkan kamu masih belajar lagi ''..

Anak : '' Tadi dan semalam ..saya seluk dompet Abah..amik duit tanpa pengetahuan Abah..itu kan kerja juga namanya..

Bapa diam tiada terkata..

*** Itu kerja mencuri namanya..

Read more...

Soalan soalan yang bisa juga di jawab dengan penampar

Ada ketika..malah seringkali juga kita diajukan dengan soalan/pertanyaan yang pemberi soalan itu sudah tau jawapannya..

Sebagai Contoh beberapa Soalan dan juga jawapan untuk beberapa situasi dibawah ini..

Ketika sedang menjemur kain baju..

Soalan : '' Sedang jemur kain ke?''..
Jawapan : '' Tak..sedang membaca akhbar ni ''..

Ketika menolak motorsikal yang pancit tayar..



Soalan : '' Tolak motor ke..kenapa dibiarkan motor tu pancit ''?..
Jawapan : '' Tak lah..sedang membuat senaman regangan kaki ni..mana ada pancit tu cuma kurang angin sahaja ''..

Ketika membeli beli belah di pasar basar..

Soalan : '' Beli lauk ke encik Azman? ''..
Jawapan : '' Tak..saja jalan jalan makan angin ''..

*** Ketika berbaris kat ATM sedang ambil gaji ..'' keluar duit ke ? ''.. tak lah nak test kad ATM baru je ni ''..

Read more...

Dimana kawan mendapat Header blog baru kawan ini


Jawapannya di sini..di blog saudara kita ini bighandesign blog beliau menarik dengan segala macam info.. Jadi mari kita terjah ramai ramai ke blog beliau ini..


Ini Header baru blog kawan..kiranya kawan ni suka mendapatkan benda percuma saja.. hehe!

*** Selamat menerjah ke bighandesign

Read more...

Isnin, 27 September 2010

Bonus tiga bulan setengah

IPOH 27 Sept. - Lembaga Air Perak (LAP) akan membayar bonus sebanyak tiga bulan setengah kepada kakitangannya tahun ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini.

Beliau berkata, pembayaran bonus itu akan melibatkan 1,100 kakitangan LAP dengan perbelanjaan RM6.6 juta.

"Bayaran pertama satu setengah bulan gaji telah dibayar awal bulan puasa manakala selebihnya akan dibayar pada akhir tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata, pembayaran bonus tahun ini adalah yang tertinggi dan ia dibuat ekoran prestasi cemerlang LAP secara keseluruhan.

Tahun lepas LAP membayar bonus dua bulan gaji. - Bernama

*** Wooooooo...Tahniah.. tahniah.. kepada Lembaga Air Perak ( LAP )..kalu lah kompeni tempat kome ni begini alangkah terasa bahagianya..

Read more...

Rasa panas saja hari ini

Entah kenapa hari ini rasa panas..turun dari pejabat..masuk kereta rasa panas..selepas keluar dari Kompaktor ..masuk semula dalam kereta rasa panas kembali..

Selepas keluar dari sebuah Gerai makan..masuk pula dalam kereta rasa panas lagi..Selepas membuat rondaan kawasan penyeliaan daripada lokasi ke lokasi dengan berjalan kaki..masuk pula dalam kereta rasa panas kembali..

Selepas menghadiri sebuah rumah terbuka..masuk dalam kereta pun panas lagi..Singgah pula ke pejabat TNB..masuk ke kereta masih panas lagiii..

'' Koi rasa air Con kereta aok ni nak kena pergi servis ''..kata encik Shaari yang turut bersama sama kawan..

'' Kawan rasa begitu juga ''..jawab kawan..

*** Sejuk lah dompet duit nampaknya..

Read more...

Ada lagi rumah terbuka

Ketika membaca suratkhabar pagi ini..berbual bual lah dua orang rodong yang telah sekian lama akrab ini..isu banyak menjuruskan pasal sambutan Hari Raya iaitu rumah terbuka..

'' Hari ini mana kita nak pergi rumah terbuka lagi ye Li ''..kata encik Topik..

'' Minggu dulu aok pergi rumah terbuka Bank rakyat dan Sekolah Tunas bakti tak ngajak lalu koi yer ''..kata Rosli Ghani pula..

'' Laa..ia ke..lupa ke aok..ni hari ini tu kawan nak tanya aok ..mana lagi ada rumah terbuka ''..kata encik Topik..

'' Koi pelik juga dengan aok ni..minat ngat pergi rumah terbuka..tiap tiap Jabatan kerajaan atau pun swasta aok tak lepas peluang ''..kata Rosli Ghani..

'' Mesti lah..hari raya..lagi pun menghadiri rumah terbuka ini boleh mengsavekan bajet..'' kata encik Topik..

'' A'ahh..koi dah agok..! hari ni jam sebelas kat aSrama Jururawat Desa ada buat rumah terbuka ''..kata Rosli Ghani..

'' Haa..yang ni kawan mesti pergi punya..aok kawan rasa tak payah pergi lah Li..sebab jam sebelas tu time aok tengah bekerja ''..kata encuk Topik..

'' Lor..aok boleh pula..time pukul sebelas tu time aok bekerja juga..kata Rosli Ghani..

'' Kawan tak per agaknya ''..tegas encik Topik..

*** Cis.. he he!

Read more...

Ahad, 26 September 2010

XPDC - Hentian Ini

Tiada kemana mana hari ini..ini post pertama kawan dengan menggunakan video ..lagu ini memang sungguh merangsangkan sedikit masa dahulu... ( saja nak test sebab kawan sudah punya Jalur Lebar berkuasa laju )



*** He he!

Read more...

Sabtu, 25 September 2010

Cadangan Gathering untuk blogger


Ini blog saudara Echam kita.. Echam.com kawan memanjangkan apa yang sedang beliau usahakan..bertujuan untuk mendekatkan dan mengeratkan lagi Silaturahim antara blogger..

Sebarang komen tentang Lokasi sangat sangat diperlukan..jika mendapat sambutan satu AJK kecil akan ditubuhkan..

Mengikut kira ramai yang setuju diadakan dinegeri Pahang..tapi bagi kawan seeloknya buat di Kuala Lumpur..cadangan kawan Lokasi seperti Taman Tasik Titiwangsa atau pun KLCC..

*** Sekian Terima Kasih..

Read more...

Tabung Haji ( Aina dan bapa beliau )


Aina mula bertanya tentang duit raya yang berjumlah kira kira Rm 250 itu kepada Ibunya..


'' Emak..Aina nak tengok buku Tabung Haji Aina..adakah Aboh telah memasukan duit Raya Aina kat buku itu ''...kata Aina kepada Ibunya..

Bergegas Ibu Aina masuk kebilik untuk mendapatkan Bapa Aina..

'' Aboh belum masukan lagi lah Aina..Aboh kata dia tak ada masa lagi untuk pergi ke Tabung Haji ''..kata Ibu Aina

'' Lor Aboh ni tak ada masa benda lagi..kan ke Pejabat Aboh dekat je dengan Tabung Haji ..'' kata Aina..

Puas juga ibu Aina memberi kawapan yang logik kepada anaknya itu..Sementara Bapa Aina tidak keluar bilik sehingga lah menjelang subuh..

*** Ha ha..dapat gaji sila ganti...

Read more...

Jumaat, 24 September 2010

‘Dektektif Lim’ terlepas hukuman penjara, denda


24/09/2010 3:52pm

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah yang memegang watak ‘Detektif Lim’ mampu menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan hukuman dua bulan penjara dan denda RM2,000 yang dijatuhkan terhadapnya tahun lepas, bagi kesalahan mencuri dua buah buku di Mid Valley Megamall, di sini.



Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Farid Amirul, 44, berhubung sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini pada 17 Disember lalu.



Dalam penghakimannya, Mohd. Sofian berkata terdapat kelemahan dalam barang kes iaitu dua buah buku yang didakwa telah dicuri oleh tertuduh.



"Tiada bukti menunjukkan kedua-dua buah buku itu dicuri oleh tertuduh kerana tiada penandaan barang kes yang dibuat oleh pegawai penyiasat. Identiti barang kes itu adalah diragui sama ada barang kes (buku) yang dikemukakan di mahkamah adalah barang kes yang ditemui di tempat kejadian,” katanya. - Bernama

*** Nanti boleh tengok Sarjen dalam Gerak khas lagi la..

Read more...

Ronda


* Sempat lagi kawan rakam gambar semasa membuat rondaan bersama Tuan Haji Din


Ada ketika kerja kawan ini..kena membuat rondaan bersama sama pihak Majlis..dan bermacam macam isu yang akan timbul..

Pastinya isu kebersihan yang paling utama..seperti pembersihan jalan..longkang dan juga pemotongan rumput..ada juga isu isu yang kurang melibatkan kawasan kerja..ataupun lencongan kepada kawasan kerja menjadi kepada topik yang lain..

''..Syed..ni nampak semak je ni..macam dah lama tak potong rumput ''..tegur Haji Din..

'' Unit kontraktor mesin rumput tu ..cuti raya 3 hari..tak sempat nak ikut jadual..jadi terpaksa di injak kepada minggu yang lain ''..kata kawan..


'' Bagi tau kontraktor..cepat potong..nanti Gajah lalu pun tak nampak ''..kata Haji Din..

'' Betul juge yer Haji..Gajah lalu tak nampak..nanti boleh kita masuk tengok kot kot ada pelanduk ke rusa ke kancil ke ''..kata kawan..

'' A'ah betul kata aok Syed..aok tentu minat berburu..nanti kita boleh ajak 2 atau 3 orang lagi masuk situ..tantu boleh dapat sekor 2 punya ''..kata Haji Din..

'' Masalah Haji..kawan tak ada senapang..''.jawab kawan..

'' Alah ..aok pinjam je senapang sama encik Hashim pegawai RELA jiran aok te ..tentu dia bagi punya ''..kata Haji Din..

Begitu lah agak jauh tersasar perbincangan daripada hal rumput yang tidak dipotong tadi..

*** Jangan lupa Haji minggu depan kita mengetea lagi..

Read more...

Senyum dipagi hari jumaat ( Rumah terbuka )

Suasana masih lagi beraya..begitu juga perihalnya dengan Kak Zakiah dan Rozita..mereka mempunyai perancangan untuk membuat rumah terbuka bersama..dengan maksud berkongsi ..

Perbincangan telah dibuat tapi masih lagi belum mendapat kata putus..hingga jiran tetangga mereka yang bernama Devi turut campur..

''.. Biar Akak buat nasik impit..Zita buat kuah sate..Akak buat rendang ayam dan daging..Zita pula buat Lemang ''..kata Kak Zakiah..

'' Mana boleh kak..ada ka macam tu..patutnya Akak dan abg Lock lah yang buat Lemang..Suami Zita mana pandai buat Lemang ''..kata Rozita..

'' Ishkk..tak pandai tu lah kena belajar..persediaan tempat pula..biar lah kat porch rumah Akak saja ''..kata Kak Zakiah..

'' Lagi tak boleh kak..rumah Zita pun boleh juga untuk persediaan tempat ni ''..tegas Rozita..

Pertikaian masih lagi berlaku..sehingga Devi mencelah..

'' Apa lah korang nei..jangan bikin serabut..kongsi sama itu wang dan order sama Cathering saja..senang pasang khemah depan ini jalan..saya maruku juga boleh kasi sponser..itu pun susa mau pikir ka.. '..kata Devi..

Kedua mereka angguk tanda setuju..tiada terfikir kearah itu..

'' Kalu macam itu Devi pun boleh bantu juga ''..kata Kak Zakiah..

'' Mau bantu apa lagi..tadi suda sponser maruku ''..jawabDevi..

'' Bantu bagi duit lah..untuk buat rumah terbuka ini ''..kata Kak Zakiah..

'' Adeii..! ..'' jawab Devi..

*** Tak pasai pasai ..

Read more...

Khamis, 23 September 2010

Tengah malam jumaat ( episod skodeng )


Kini kelima lima rodong telah bersiap sedia untuk memulakan Operasi mereka..kali ini ke sebuah rumah yang di hujung Tanjung sana..rumah tersebut jauh dari masyarakat kawasan kampung mereka itu..

Setelah semua tersusun rapi..maka bergerak lah kelima lima rodong itu..

'' Jauh lah rumah yang kita nak pergi ni ''..kata Bok..

'' Arghh !.. jalan saja lah..kata tadi ndak ikut..ikut saja ''..kata Kapok dengan suara yang tinggi sedikit..

Setelah sampai berhampiran kawasan rumah tersebut..kelihatan semua mereka mula merangkak rangkak..

''..Wuih..apa kerja orang yang kita nak skodeng ni ''..tanya Niker..

'' Jabatan Perhilitan atau pun Mergastua..bahagian unit penyelamat Gajah ''..kata Miki..

'' Ohh..baik kita batalkan saja Operasi kita malam ni..'' kata Kapok pula..

Lalu kelima lima rodong itu pun beransur pulang dalam kedinginan sejuk malam..

*** Gila..nak kena senapang Gajah try lah..!

Read more...

Jalan baru ke Cameron Highlands


Rombongan agensi kerajaan negeri yang mengiringi Datuk Seri Adnan Yaakob meninjau keadaan Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands, Kuala Lipis, baru-baru ini.. berita di ( siNi )


Di waktu petang begini sedap pula lepak lepak dibawah pohon ketapang bantut..ada pula pangkin..angin bertiup sempoi bahasa..sambil menunggu matahari jatuh sedikit..untuk berjoging..

Maka berkata lah Encik Topik kepada rakan sejogingnya iaitu Rosli Ghani..

'' Li..aok pernoh lantas ke Cameron Highlands..tempat sejuk ada pula buah strawberi ''..kata Encik Topik..

'' Tak perenoh pun..koi bukan ada sedara mara sana ''..jawab Rosli Ghani..

'' Lor..tak payoh ada sedara mara..Cameron Highlands tu tempat peranginan..sejuk pula..sesuai sangat untuk pergi berbulan madu nanti..sekarang jalan pun sudah dekat dengan tempat kita ni..tak payah lagi nak masuk ikut negeri Perak maupun Kelantan..'' kata encik Topik..

''..Aok cakap tadi tempat te sesuai sangat untuk pergi berbulan madu..aok nak pasang lagi satu ke?''..tanya Rosli Ghani..

'' Laa..eh?..ada ke kawan cakap gitu tadi ''..kata encik Topik..

*** Laa..berbulan madu sama akak lagi sekali pun boleh..hishh !

Read more...

Pereksa Doktor


Hari ini terbangun kerja lewat..sedar sedar sahaja hari sudah cerah..subuh Gajah..badan pula terasa sakit sakit.. '' mesti banyak makan lemang ''..

Terus ke pejabat meski pun sudah terlewat sedikit..sedikit saja lewat..

Selepas turun semula dari pejabat..terus pula menghala kesebuah Klinik..unjuk kad panel..

'' Mau jumpa Doktor ke encik? ''..kata gadis penjaga kaunter


''..ye ..pak cik nak pereksa Doktor ''..kata kawan..

'' Haa..apa nak pereksa Doktor ''..kata gadis itu semacam sedikit terkejut..

'' ya lah..nak pereksa Doktor ''..jawab kawan lagi..


Setelah menunggu hampir 15 minit..kawan pun masuk lah..


'' Apa khabar encik Syed..sakit apa ? '' tanya Doktor..

'' Saya nak pereksa doktor sahaja ''..tanya kawan..


'' Ohh..betul betul..dalam kad rekod ni pun pekerja saya ada tulis..encik Syed nak pereksa saya..'' jawab Doktor..

*** Kawan rasa pelik juga dengan apa yang kawan cakap.. ' nak pereksa Doktor '..macam betul dan macam ada yang tak kena..tapi takkan lah pesakit nak pereksa Doktor..
pereksa Doktor bermaksud adalah ''..hendak membuat pemeriksaan kesihatan keatas badan kita ''..ada juga yang kata '' hendak Check Doktor ''..

Read more...

Rabu, 22 September 2010

Sendat ( Aina dan Bapa beliau )

Sewaktu menonton Tv..bertanya lah Aina kepada Bapa nya yang sedang leka sangat menonton Channel 413..

'' Aboh nengok citer omputih yer ''..tanya Aina..

'' A'ah..bes ni..ada perang perang ''..jawab Bapa Aina..

Aina meluru kedalam bilik lantas mendapatkan Ibunya..dan Ibu Aina terus mendapatkan Bapa Aina yang sememangnya sedang leka menonton Tv..

'' ..Oii Abohnya..naper tengok Channel 413 filem omputih ni..tunggulah tengah malam sikit ''..kata Ibu Aina..

'' Ngape pulok..cite bes ni..'' kata Bapa Aina..

'' Dok la...Aina tanya tadi..dia kata Aboh terbeliok biji mata nengok pelakon pempuan seksi dalam filem tu..pakai sendat sendat..'' kata Ibu Aina..

*** Hati hati dengan talivesyen sekarang..

Read more...

Bunuh Syafiah Humaira: Fazli dihukum gantung sampai mati




SHAH ALAM 22 Sept. – Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari.



Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.



Mohd. Fazli, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira, 3, di sebuah padang bola sepak di Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini pada 25 Februari lalu. – Utusan



*** Sudah dapat balasan untuk pembunuh adik Syafiah Humaira.. Al fatihah untuk adik Syafiah Humaira..

Read more...

Sembang Broker

Semasa minum pagi tadi pekena pula tea tarik gelas besar sama nasik berlauk ayam sempat juga kawan dengar perbualan dari orang meja sebelah..kawan pasang telinga sambil membaca suratkhabar.. Rodong kawan sibuk layan SMS mungkin dari awek beliau..

Apa yang kawan dengar ini sembang berbunyi hal tanah lombong bijih besi..menarik minat juga kawan untuk mencuri dengar..

'' Kat Jerangsang koi dah survey..situ ada 8 hektar..tanah tersebut dipercayai ada mengandungi bijih besi ''..kata seorang dari mereka..

'' Kalu macam tu kita jangan tunggu lagi..moh deras kita tengok..jika betul ada kita cari tokey cepat cepat ''..kata seorang lagi..

'' Nanti bagi tau Mamat..suh dia bawok Kembara dia..kita 4 orang pergi tengok..air dan makanan ni aok bayor dulu yerk ''..kata seorang yang lagi satu..

'' Aok bayor dulu lah air ni..nanti dapat projek te tentu juta juta punya ..kome kira kendian ''..kata yang mula mula tadi..

'' Lorr..ngape payah ngat aok semer ni..kita bayor hak masing masing jer ''..kata seorang yang lagi satu..

'' Minyak kereta kembara tu nanti kita suruh Mamat je yang isi dulu..jam 1000 karang kita boleh bergerak ke Jerangsang ''..kata yang mula mula tadi..

Kawan mendengar sambil tersengih..rodong kawan yang sedari tadi melayan SMS pun tersengih juga..sama ada tersengih ke sembang broker broker tadi atau pun tersengih ke SMS awek ..tiada lah kawan mengetahui..

*** Pernah juga rasa nak jadi Broker ni..tapi Broker kebun Pisang sahaja..

Read more...

Selasa, 21 September 2010

SeNdal dimalam SelaSa ( memaku )



Duduk berjiran dikawasan taman perumahan teres...adakala kita sering terdengar bunyi tukul..terutama jika jiran yang baru samada juga penyewa baru yang pindah disebelah rumah..

Dang! dang ! kuk ! kuk !..begitu lah bunyi ketika hendak memaku paku simen bagi tujuan mengantung frem gambar..

'' Bang..pesal orang sebelah tu duk lentung lentang malam malam gini ''..tanya isteri

''..Biarlah dia orang memaku tu..agaknya nak gantong frem..kan ke dia orang baru pindah ''..jawab suami..

'' Tapi dia orang memaku tu bunyi dari arah bilik dia orang lah bang ''..kata isteri..

'' Biarkan dia orang..kita pun boleh memaku juga dalam bilik kita ni ''..jawab suami..

Si isteri diam tidak berkata..jika di layan tentu si suami semakin meraban sembangnya..

*** Jangan mudah salah taksiran dengan kisah di atas.. he he!

Read more...

Mimpi sekali lagi ( Panglima Kapak )


Keganasan Man Karai dan kuncu kuncunya tidak dapat dibendung lagi..sehingga muncul seorang pahlawan bernama Panglima Kapak untuk melerai keadaan..

Panglima Kapak adalah salah seorang Pahlawan yang akan bersama kumpulan pendekar Sakti..

'' Kini masanya dah tiba..tuan hamba akan dihapuskan wahai Man Karai '' ..kata Panglima Kapak..

'' Maaf hamba tidak mungkin dapat ditewaskan..kecuali oleh Arjuna sahaja ''..jawab Man Karai..

'' Aerhh..tidak..mari kita menghunus pedang..mari kita bertikam..''..kata Panglima Kapak..

'' Sejahtera keatas tuan hamba '' kata Man Karai sambil menghunus kan pedang beliau..

Klang! klang! kling! klang! klung! .. ( bunyi pedang berlaga )..

" Bangun bangun Solat Subuh..kejap lagi dah nak kerja "..jerit Akak dari ruang dapur..

Kawan ternganga dan terkebil sambil mengosok mata..apa punya mimpi kali ini masuk dalam slot Arjuna pula..

*** Bunyi Klang! klang! kling! klang! klung! tu tadi rupanya bunyi Akak sedang mengoreng mee goreng..

Read more...

Isnin, 20 September 2010

Cerita dimalam selasa ( terkeluar malam )

Setelah semua ok ..bermaksud line Clear..kawan pun mula bersiap siap..kawan dengar dalam bilik sudah ada bunyi dengkuran..

Setelah sekian lama tidak keluar malam..dapat pula mesej daripada encik Karim Jasmy yang akan menunggu kawan di kedai Korner..

Kereta kawan park diluar pagar..seberang jalan ''..tentu tidak bunyi bila start nanti ''..mengharap tiada siapa yang akan terjaga..

Jam pula sudah menunjukan pukul 2315..sempat lagi kawan menyapu Gel rambut untuk memacak kan rambut kawan ni..Gel tersebut kepunyaan encik Amirul yang berharga RM16..

Dengan perlahan kawan membuka pintu..kreekkkk!..

Tiba tiba.. tap !..lampu ruang tamu terpasang..

'' Haa...aboh nak mana?..tanya encik Amirul..

'' Syhh..aboh nak buang bangkai tikus yang kena jerat tadi ''..jawab kawan..

'' Ok..janji duit belanja sekoloh naik ye Aboh ''..kata encik Amirul lagi..

*** Seronok juga pekena tea tarik malam malam gini..

Read more...

Sampai hati ( hilang sudah kesedaran )


*** Nasib sebuah SignBoard yang telah digantungkan oleh 2 plastik berisi sampah sarap..


Sampai hati..begitulah bila sudah hilang kesedaran..seperti apa yang menimpa kepada signboard diatas..

Disini undang undang telah dicabar oleh orang / pengguna yang tiada bertanggung jawab..tidak mampu untuk berkata apa apa lagi..hanya boleh kita kongsi sahaja gambar diatas ini..

*** Bukan salah mak bapak yang mengandung..

Read more...

Kembali bertugas setelah sekian lama bercuti raya


*** Kelihatan encik ini untuk memulakan tugasan..

Ramai yang telah kembali bertugas seperti biasa..setelah sekian lama bercuti raya..ada yang menyambung kepada cuti tahunan..itu yang menjadikan dan membolehkan bercuti panjang di atas kebenaran majikan masing masing..

Meski pun bila bermula kerja pada hari isnin.. ( hari yang lemau untuk memulakan kerja ) ..tapi tanggung jawab kepada keluarga agama dan negara tetap diteruskan..

Hendak tidak hendak kena juga demi untuk saraan hidup..

'' Lama aok bercuti ye Li? ''..kata en Topik sambil menghirup tea tarik yang telah sekian lama tidak di minum nya..

'' Koi amik cuti seminggu sambung terus dari cuti am raya ''..jawab Rosli Ghani..

'' Lama cuti..aok beraya sungguh sungguh tahun ni ye Li? ''..tanya lagi en Topik..

'' Tak juga..koi bantai melingkor jer depan Tv ''..jawab Rosli Ghani..

*** Laa..

Read more...

Sabtu, 18 September 2010

Menurap Jalan



* Kelihatan sebuah mesin dan beberapa orang pekerja sedang bertungkus lumus menurap jalan
..

Sewaktu pulang dari bekerja petang semalam..sempat kawan masuk cepat cepat untuk parking kereta..kerana dihadapan rumah kawan ada orang orang sedang bekerja menurap jalan..

Sedangkan jalan dihadapan dan kawasan perumahan itu boleh dikira masih elok..berbanding dengan tempat lain yang sangat memerlukan turapan jalan yang baru..

Setelah siap semua jalan dengan turapan yang baru maka..tiada lagi ban atau batas penghadang jalan tujuan untuk memperlahankan kenderaan..dan dengan ini semakin melaju lah mereka mereka yang bermotosikal..

Mungkin juga ini pertanda bahawa Pilihanraya sudah semakin hampir..

*** Terima kaSih yaa..Datuk yB.. '' patut lah 2 minggu sebelum raya ada lawat kawasan..''..

Read more...

Jumaat, 17 September 2010

15 maut hari ke-14 Ops Sikap Ke-22, jumlah 226

17/09/2010 12:31pm dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Lima belas lagi kematian dicatat pada hari ke-14 Ops Sikap Ke-22 semalam, melonjakkan angka korban jalan raya sejak operasi bermula pada 4 September lepas kepada 226 orang.



Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal mencatat angka tertinggi dengan lapan kematian, diikuti enam pengguna kereta dan seorang pejalan kaki.



Jumlah kematian yang dicatat pada hari ke-13 kempen itu ialah 15 orang.



Statistik tersebut turut merekodkan 869 kemalangan iaitu jumlah tertinggi dilapor di jalan bandaran dengan 384 kemalangan, 235 di jalan persekutuan, 131 di jalan negeri, 79 di lebuh raya dan 40 di lain-lain jalan.



Sebanyak 10,556 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.



Ops Sikap sempena sambutan Aidilfitri itu berakhir hari ini. – Bernama




*** Asal dapat saja pegang Stering maupun tarik throttle..rasa macam seronok saja..itu pasal gamaknya ramai tidak serik serik..ada pula yang kata '' Saman boleh bayar beb ''..memang lah boleh bayar tapi kenapa saman ekor pula jadi ber ekor ekor..



A'ah..Selamat Solat Jumaat yer..

Read more...

Senyum dipagi hari jumaat ( Serdak )


Sudah satu minggu beraya..biskut dan kuih muih sudah tinggal serdak..

'' Banyak lagi ke beskut raya kat rumah kamu Zita ''..tanya Kak Zakiah yang sedang sibuk menyiram pokok bunga..

'' Tinggal serdak je Kak..ramai tetamu sedara sebelah abang Lock yang datang ''..jawab Rozita..

'' Tu lah..Beskut raya Akak pun dah tinggal serdak juga..tetamu waris sebelah akak yang ramai datang..siap bungkus lagi..dah tu amik tak berambi langsung..sampai elmond London yang Akak tempah tu pun tak sempat Akak rasa..ishk2..kata Kak Zakiah..

'' Alahai Kak..tak baik mengungkit tau..yang amik tu pun sedara Akak juga ''..kata Rozita..

'' Baik tak baik lah..beskut tu akak tempah mahal tau..ingat tahun depan Akak nak sorok dulu elmond London tu dulu..bawa keluar kuih siput je nanti ''..kata Kak Zakiah..

''..Ishk teruk juga perangai orang tua ni rupanya ''..kata Rozita dalam hati..

*** Serdak kuih raya sedap kak !..

Read more...

Khamis, 16 September 2010

Masih beraya sakan ( Selamat makan tengahari )

Oleh kerana Raya pada tahun ini bajet tersangat nipis maka langkah kaki tidak lah begitu jauh..hanya kerumah sedara mara yang dekat sahaja..

Sehingga ke hari ini kawan masih lagi beraya..yang seronoknya bila pergi beraya waktu orang makan tengahari..antara jam 1230 - 0130ptg..

'' Hello..koi nak beraya rumoh aok kejap lagi ni ''... ( ini perbualan melalui talipon )

''..A'ah datang lah..aok bawa lah seme sekali..anok isteri ''...

'' Ok..nanti koi bagitau keluarga koi ''..

'' Pukul berapa aok nak datang ''..

'' Jam 0100 tengahari karang koi datang lah ''..

'' Ok..ok..elok tu time makan tengahari..kome siap kan aok sekeluarga makan tengahari..tadi kome baru beli ikan patin..aok datang betul yerk..''..

'' ye ye ..kome datang ..aok tunggu je lah..

*** Heh heh! Selamat makan tengahari membawa maksud selamat bajet untuk makan tengahari hari ini..

Read more...

Kerja pada 16 September perlu dibayar

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Pekerja yang bekerja pada 16 September perlu diberi cuti umum berbayar.



Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu tertakluk di bawah Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955.



"Oleh itu, pekerja yang bekerja pada hari tersebut patut diberi cuti umum berbayar,'' katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.



Tambah beliau, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa bermula tahun ini, tarikh 16 September adalah cuti umum sempena Hari Malaysia.


"Penetapan itu telah diwartakan pada 9 November 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951,'' jelasnya.. *** sumber Utusan Malaysia



*** Selamat Menyambut Hari Malaysia..kawan kerja kena bayar hehe!..


Read more...

Isnin, 13 September 2010

Ada nak tanya lagi

Pertanyaan :
'' Buat rumah terbuka ke tahun ini..?''

Jawapan
'' Rumah kawan sentiasa terbuka ( pintu hadapan ) ''

Pertanyaan :
'' Angpow raya ada ke?''

Jawapan :
'' Ingat ini Tahun Baru Cina ke''..

Pertanyaan :
'' Banyak lagi kuih raya ?''

Jawapan :
'' Banyak adalah dalam 89 jenis ''..

Pertanyaan :
'' Buat lemang ke tahun ni?''..

Jawapan :
'' Buat juga sebatang''..

*** He he..Selamat hari raya ke4..yang dah mula bekerja tu Selamat bekerja..kawan Cuti lagi..

Read more...

Ahad, 12 September 2010

Lemau

Badan masih lagi rasa lemau lemau..ini akibat terlalu banyak makan lemang sama rendang agaknya..

'' Mana program kita hari ini ''..tanya Akak..

'' Duduk kat rumah saja..tunggu tetamu ''..jawab kawan..

'' Lor..ngikut kata jadual hari te..aok nak ngajok kome semua ke Kuantan pagi ini ''..kata Akak lagi..

'' Pembatalan di saat saat akhir akibat badan rasa lemau lemau..macam nak demam dah ni ''..kata kawan..

'' Alasan sungguh tidak logik ''..jawab Akak..

*** Sebenarnya kocek yang rasa lemau lemau tu..

Read more...

Sabtu, 11 September 2010

Salam Aidil Fitri dari geng 5 rodong


Kami 5 rodong ..Kapok,Bok,Niker,Miki dan Aduk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431 hijrah kepada pengikut,pembaca blog relevan Sokmo dan juga untuk semua penduduk Kampung Bukit Kelulut.. serta rodong rodong lama seperti ..Ba'a,yuk,Karte,Kutan,Sitek,Growin,Chop,Jay kokeh,Cheram,Uli,Kendok,Mazola,Are`,Pyan anak semantan dan ramai lagi.. MAAF ZAHIR BATIN


*** Mana mana rodong yang dah lama tak jumpa tu..InsyaAllah kawan akan balik kampung..rindu sama port lama di bawah pohon bangkung..

Read more...

Salam Aidil Fitri dari Azman Zahari dan Ahmad Zaki

'' Dengar cerita aok dah dapat cek pertama nuffnang ..berapa jumlahnya..kiranya dapat lah aok membelanja kawan nanti yer ''..kata Azman Zahari..

'' Dah dapat..lepas juga buat tampung belanja Raya kali ni..nak membelanja aok..sori yer..koi dengor aok dapat bonus 1 bulan gaji..aok buat senyap jer ''..kata Ahmad Zaki..

'' Kome Azman Zahari dan Ahmad Zaki mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf Zahir Batin untuk pengikut dan pembaca blog relevan Sokmo ini..''



*** Yer..kome pun maaf zahir batin juge..

Read more...

Jumaat, 10 September 2010

Salam Aidil Fitri dari Aina dan Bapa beliau


Oleh kerana Aina dan bapa beliau ini telah tidak membuat persiapan untuk ucapan ini..maka beliau telah mewakilkan kawan untuk membuat ucapan..

Aina dan Bapa beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin..kepada semua pengikut dan pembaca blog relevan Sokmo ini..

Aina berkata lagi jika ada yang ingin beraya kerumah beliau..sila lah bawa angpau yang kaler hijau tu dengan isi nya pun hijau juga paling kurang..kalau isi nya merah merah lagi ok..''

*** Molek tu Aina...

Read more...

Salam Aidil Fitri dari Kak Zakiah dan Rozita




'' Hari baik bulan baik ni Kak nak minta maaf kat Zita..mana mana yang tersalah silap..maaf zahir batin yer Zita ''..kata Kak Zakiah

'' Begitu juga saya Kak..mana yang terumpat di belakang belakang tu..Zita mohon ampun dan maaf ye Kak ''..kata Rozita..

'' Ishk ishk..ada juga rupa nya budak ni kata aku kat belakang belakang ''..kata Kak Zakiah dalam hati..

*** Hehe..biasa tu Kak.. Selamat Hari raya ye kak dan Zita.. '' nanti jemput datang rumah yer''..

Read more...

Khamis, 9 September 2010

Salam Aidil Fitri dari encik Topik dan Rosli Ghani


'' Kawan mengucapkan Selamat hari Raya Aidil Fitri..maaf zahir batin untuk semua pengikut serta pembaca senyap blog relevan Sokmo ''..kata encik Topik..


'' Koi pun begitu juge..maaf zahir batin dan kepada semua pengguna jalan raya hati hati di jalan raya..jangan biarkan keluarga anda menanti dalam tangisan..untuk mak we koi yang di Kuantan tu..abang mis aok ''..ucap Rosli Ghani..


*** Ada pula yang nak kena baling periuk di pagi raya nanti..

Read more...

Aidilfitri disambut esok

Beritanya di ( sini )

Jadi aktiviti kawan pada hari ini adalah seperti dibawah..


1. Masuk pasar belia ayam 2 ekor dan juga daging 4 kilo serta bawang rempah ratus..


2. Masuk Pasaraya beli Selipar..


3. Pada sebelah petang pergi membakar lemang sama pembakar lemang di tepi jalan..

*** Bila beraya ingat ingat lah sikit pada yang telah tiada.. maaf zahir batin..

Read more...

Rabu, 8 September 2010

Anak bulan


Ini adalah pemborakan antara Ahmad Zaki dan Azman Zahari tentang anak bulan..

'' Aok rasa anak bulan kelihatan tak petang ini ''..tanya Azman Zahari..

'' Entah lah..buat nya nampak baru haru..koi tak prepare apa pun..lauk pauk tak beli pun ''..kata Ahmad Zaki..

'' Sama lah macam kawan..cuma beli ikan sardin saja 4 tin ..buat nya Raya esok maka kome buat rendang Sardin saja lah ''..kata Azman Zahari..

'' Rendang Sardin makan sama apa nanti ''..tanya Ahmad Zaki..

'' Kukus pulut je..nak membuat lemang memang tak ngedan dah ''..kata Azman Zahari..

'' Huh..harap betul biar lah anak bulan tidak nampak..boleh lah kita beraya pada hari lusa ''..kata Ahmad Zaki..

Setelah pengumuman dibuat oleh penyimpan mohor di Raja maka anak bulan telah kelihatan ..Raya pada esok hari ..dan ada lah yang makan rendang sardin pada keesokan harinya..

*** Agak pernah jadi macam ni sedikit masa dulu kan?..

Read more...

Sila parking dengan betul


* Gambar contoh kesalahan parking melebihi garisan..

Tadi semasa berkelam kabut membuat permantauan pekerja pekerja unit di tengah bandar..dalam keadaan jalan yang trafik jem..kawan tengok beberapa polis trafik telah menyaman mana mana pemandu yang berdegil..

Ada banyak kesalahan yang di lakukan oleh pengguna jalanraya di tengah bandar..salah satunya ialah suka sangat memberhentikan kenderaan di bahu jalan sambil menunggu penumpang atau pun keluarga untuk membeli belah..ada juga yang masuk parking di kawasan larangan dan bermacam macam lagi kesalahan..Ini sangat sangat lah menganggu kelancaran trafik..apatah lagi di musim perayaan begini..

Kawan pun pernah berkeadaan begini..sambil menunggu Akak untuk membeli belah..tapi kawan masuk ke lorong lorong belakang kedai atau pun di bawah pokok yang jauh sedikit dari kawasan kesibukan dan terus lena..tiada siapa yang akan kisah..

*** Ada 1 saman ekor yang sudah berusia 3 tahun tapi masih belum kawan jelaskan..sempat lagi ke tahun depan..

Read more...

Bayi ditemui di tepi tong sampah


NORHAIDAH Abu Hamad menunjukkan lokasi menemui bayi lelaki di tepi tong sampah di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.. selanjut di ( siNi)



Kenapa lah di buang di tepi tong sampah..kawan memang cukup sensitif dengan tong sampah ini..sebab boleh di katakan tiap tiap hari kawan akan memeriksa tong sampah dalam bandar tempat kawan ini..

Setakat ini belum lagi kawan bertemu dengan keadaan seperti Puan Norhaidah di atas..

*** Buat pandai jaga tak pandai..

Read more...

Selasa, 7 September 2010

Sejenak bersama pembakar Lemang

Sudah 3 tahun kebelakangan ini kawan tidak lagi membakar Lemang ( membuat lemang @ memasak Lemang ).. Jadi untuk meringkaskan keadaan kawan mengorder saja kepada pembuat Lemang yang berniaga di tepi jalan menuju hala Laluan ke Kampung kawan..

Rasa lemang beliau enak..kiranya sedap juga..

Sampai di tepi jalan kawasan perniagaan beliau..

'' Weh..aok tak ngambil order Lemang untuk Raya tahun ni ''..tanya kawan

'' Dak lah..aok kalu nak datang je pada 9hb nanti ..kalu ada ada lah ''..jawab pembuat lemang itu..

'' Ngape gitu pulok yerk ? ''..tanya kawan lagi..

'' Gini..koi dah kerap kena..ramai yang ngoder..bila time nak ngambilnya..haram tak datang..nak koi jual pada orang lain..takut pula dia ada ngambil ..kerap ngat koi kena gitu..jadi untuk tahun ini..koi bakar sini je..mana yang sempat ada lah ''..kata pembuat lemang itu lagi..

Ni lah masalah yang timbul..main order guna talipon..deposit tak bayar...semuanya amat menyukarkan kepada banyak pihak..harap pembakar pembakar lemang dapat mengatasi masalah ini..

*** Lemang colek sambal Sutun pun sedap..

Read more...

Mimpi ngeri semalam ( naik beskal ajaib )

Ketika tersedar dari tidur setelah di kejutkan untuk bangun sahur maka terjagalah kawan..sebelum itu dalam ketiduran kawan sempat lagi bermimpi..

Mimpi ini lain macam sedikit..rasa ngeri..

Dalam mimpi tersebut kawan telah di bawa menaiki beskal roda 3 berkaler merah..ada banyak pula sinaran cahaya cahaya se akan kunang kunang di sana sini..siap dengan se orang lelaki tua berketayap putih dan juga berjanggut putih yang menjadi pemandu beskal ajaib itu..

Sampai di satu tempat orang tua itu mengambil lagi 2 orang penumpang..2 orang anak gadis yang lawa..seorang duduk sebelah kiri seorang lagi sebelah kanan..ni yang tak boleh tahan berhimpit himpit ni..

Kami di bawa ke angkasa..kawan sempat juga menjengok meski pun gayat..nampak Jembatan Pulau Pinang..menara condong..menara berkembar petronas..dan juga melalui 1 kawasan negara lain barangkali..ada banyak lampu lampu..

Anak gadis yang duduk di kiri dan kanan kawan itu selalu sahaja mencondongkan badan mereka mengikut pergerakan beskal ajaib itu..rasa seronok juga bila di himpit begitu..kawan nampak lelaki tua pemandu beskal ajaib itu menjeling jeling kawan..jeles barangkali..

Seterusnya perjalanan kami nampak orang ramai sedang sibuk mengacau dodol dan berlari lari kesana kemari..untuk membuat persiapan raya yang bakal tiba..semasa lelaki tua itu hendak mencari parking yang sesuai kawan sempat lagi mengambil no.hendphone kedua anak gadis tersebut..

Sambil melambai lambai kan tangan kearah mereka..tiba tiba tangan kawan di sentap..

'' Arghh..adusss..ngape ni? ''..tanya kawan..

'' Tangan aok tu melambai ke benda weh..moh bangun cepat orang nak sahur dah ni..tinggal 15 minit lagi...ter lambai lambai tangan te ''..kata Akak..

Kawan mula terasa ngeri dengan mimpi kawan ini..dan mula mencari hendphone kawan yang terjatuh ke bawah katil.. '' huh selamat selamat sambil memadamkan semua mesej mesej malam tadi ''..

*** Kini masih ngeri lagi..

Read more...

Isnin, 6 September 2010

Ketupat ( Aina dan Bapa beliau )


Sewaktu sedang sibuk ibu Aina membuat biskut raya..tiba tiba Aina mencelah..

'' Emak..tahun ini raya Aboh buat ketupat tak? ''..tanya Aina..

'' Entoh lah..pergi lah tanya Aboh tu ''..jawab Ibu Aina..

Aina pun segera mendapatkan Abohnya yang sedang sibuk ketiduran sehingga meng'tuskan air liur basi yang semacam nampak masih lehet ..

'' Aboh tahun ni kita buat ketupat tak? ''..tanya Aina..

'' Buat agaknya..pucuk kelapa semakin tinggi..Aboh tak daya nak memanjat dah..ce cuba tanya Emak kat dapur tu..'' kata Bapa Aina..

'' Emak..Aboh tak terdaya nak manjat pokok kelapa..nak amik pucuk untuk buat kelongsong ''..kata Aina..

'' Abis tu..nak buat guane..kat pasar entoh ada tidak orang menjual ''..kata Ibu Aina..

'' Entoh lah emak..tadi Aboh ada juga pesan..dia suruh emak je panjat pokok kelapa tu ''..kata Aina..

Dalam hati Ibu Aina mula berkata.. '' Ada yang nak ke lontar dengan Oven ni karang ''..

*** Ketupat daun palas pun besh juge..

Read more...

Mula sibuk dan menyibuk

* Nak parking kena betul betul..silap sikit polis trafik saman

Hari ini sudah 27 Ramadan..di dalam bandar kome ni kenderaan dah mula sibuk..trafik sudah mula menyenak..parking bukan main payah lagi..orang ramai sudah mula sibuk..sibuk kesana sini untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Syawal...

Kawasan gerai / ekspo jualan kuih kering atau biskut raya..orang ramai sudah mula berpusu pusu..ramai yang suka membeli kuih/biskut tunjuk ini..senang dan ringkas beli bayar dan bungkus..

Dan yang paling menarik..terutama kawasan lorong lorong belakang menjadi ' port ' untuk orang yang tidak berpuasa..tanpa segan silu lagi..mungkin dengan alasan Raya dah hampir..pihak Jabatan Agama mungkin tidak membuat Operasi lagi..

Dalam rumah sudah mula terbau biskut raya..sedikit sebanyak juadah untuk berbuka puasa mula tidak di hiraukan lagi..makan sahaja apa yang ada..

'' Aok.. malam ni kita berbuka makan mee segera 'slurpp ' saja ''.. kata Akak..

'' Lor..knapa gitu..tak masak ke?''..tanya kawan..

'' Bz lah aok dengan biskut raya ni..tak dan lah nak masak ''..jawab Akak..

'' Tak per lah macam tu..kawan berbuka kat luar saja..ingat nak ajak semua berbuka kat luar..tapi dah aok kata tak dan..maka kawan berbuka seorang saja lah kat luar ''..kata kawan..

*** Tu dia sibuk lagi..

Read more...

RISDA agih RM31.8 juta

BENTONG 5 Sept. - Seramai 8,697 pekebun kecil getah di Pahang yang menjadi peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) menerima agihan dividen sebanyak RM31.8 juta daripada RISDA.



Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, dividen tersebut akan membuatkan peserta bekerja lebih keras bagi meningkatkan pendapatan mereka dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menambah pendapatan hasil daripada getah.. selanjutnya klik ( siNi )



*** Ha ha..aboh kawan salah seorang peserta ni.. '' Selamat Hari Raya Aboh..tak ada apa apa ke Aboh? ''..

Read more...

Ahad, 5 September 2010

Sepagi minggu di bulan puasa

Setelah mengeliat ke kiri dan kanan bila terasa kehangatan suhu badan maka bangun lah Encik Topik dari ketiduran beliau..

Dengan tidak semena semena bermula lah leteran Puan Rodziah dengan Volume tahap 4..

'' Bangun lah cepat abohnya..nak pergi pekan sehari..lewat karang sesok jalan..musim dekat nak raya pulok ni ''..kata Puan Rodziah..

'' Moh cepat..se eloknya kita naik motor Amirul sahaja..senang nak parking nanti ''..kata Encik Topik..

'' Lor..malas naik motor..duduk jongkei ( hujung )..nanti aok masuk gear tak pasei koi jatuh..dah tu pula bukan nak dapat peluk pinggang aok tu ''..kata Puan Rodziah..

'' Ishkk ..tak kurus juga lah kawan ni lagi ''..kata encik Topik dalam hatinya..

Dan mereka berdua bergegas pergi ke pekan Sehari dengan menaiki kereta..

*** Nak kurus kan badan di bulan puasa bukan hanya duduk lepak..aktiviti kena ada..paling tidak pun buat pumping 60 kali dalam sehari..

Read more...

Sabtu, 4 September 2010

Cerita di tengah malam minggu ( 1982 )

Kedengaran di sana sini dentuman meriam buluh..dan kelihatan juga 5 rodong yang sedang lepak lepak di satu sudut arah persimpangan jalan masuk ke kampung mereka..

'' Ingat malam esok kita kena buat juga meriam buluh ni..lawan kampung sebelah..rasa sakit je dengar bunyi meriam buluh dia orang ''..cetus Niker yang sedia mempunyai banyak idea..

Keesokan segala persiapan rapi di buat..semua punyai tugasan masing masing..

'' Ler..kan ke koi suruh aok beli kabait..mananye ''..tanya Niker kepada Bok..

'' Koi..puas cari kabait kat kedai seluruh bandor..tapi tak jumpa ''..jawab Bok..

'' Aok..cari kabait kat kedai mana? ''..tanya Miki..

'' Kedai basikal ''..jawab Bok ringkas..

*** A'ah lah..kabait ada jual di kedai mana yer?..

Read more...

Rambut raya


'' Ini sahaja fesyen rambut raya kawan ''..demikian kata Armannizam selepas keluar daripada sebuah kedai gunting..gunting pun murah hanya RM8 sahaja..

'' Bila mandi sejuk sahaja kulit kepala..kelimumur pun susah nak hinggap..bila ada masalah rasa seronok saja mengusap kepala..boleh mengabaikan penjagaan rambut..dan di larang tidor dalam kelambu,boleh mengakibat kain kelambu akan berbolot sama kepala..melekat susah nak di tanggalkan ''..kata beliau lagi..

'' Huih..takper kawan akan mencuba fesyen rambut macam aok ni ''..kata kawan..

*** Biar pendek rambut jangan pendak akal..

Read more...

Berita hari semalam

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Felcra Berhad (Felcra) mengumumkan dividen RM107 juta kepada lebih 80,000 peserta agensi itu yang akan diagihkan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, jumlah berkenaan merupakan peningkatan 33.58 peratus berbanding tahun lalu.

Menurutnya, purata agihan bagi setiap peserta ialah RM1,902.33, bagaimanapun di sesetengah projek ada peserta mendapat lebih daripada jumlah yang ditetapkan itu.. selanjutnya di ( siNi )

Pernah juga cuba mohon untuk menjadi peserta Felcra ini..tapi dia orang kata kawan tidak layak.. yang kawan pelik tu..orang orang yang telah sedia kaya raya layak pula menjadi peserta..

Semasa pergi temuduga kawan bawa lah motor buruk kapcai aboh kawan..tengok bakal bakal peserta lain bawa kereta yang menjalar jalar besarnya..dan ada pula bakal peserta yang kawan kenal..beliau ada lah seorang GPK di sebuah sekolah..dan juga ramai pula kakitangan kakitangan kerajaan yang berpangkat besar yang memohon..

*** He he..apa punya kawan meraban pagi ni.. '' bergembira dan berjimat cermat lah untuk peserta FELCRA dengan dividen masing masing.. ''

Read more...

Adakala sering kita dengar

Pertanyaan begini selalu kedengaran dan juga jawapan begini selalu juga kita dengar pada sebelum hari raya..

Pertanyaan : - ''..banyak ke aok buat kuih raya tahun ni? ''..
Jawapan : - '' Tak ader weh..kome tak membuat benda pun raya ni ''..
Padahal : - Kiuh raya melambak lambak kat rumah..

Pertanyaan : - '' Aok tak balik kampung nyambut raya ni?''
Jawapan : - '' Dok rasanya sebab tidak dapat bonus ''..
Padahal : - Maunya tak balik kampung..lagi seminggu nak raya dah bercuti untuk balik kampung..

Pertanyaan : - '' Aok tak nempah baju raya baru ke weh?''..
Jawapan : - '' Entah lah..jika bajet ok ..kome buat juga ''..
Padahal : - Dah ada 16 pasang baju Raya..

Pertanyaan : - '' Dah cari buluh lemang ke?''..
Jawapan : - '' Entah le lagi..macam kome tak membuat lemang je tahun ni..tukang bakarnya tahun ni raya ikut beraya kat kampung bininya pula ''..
Padahal : - Dah menempah 20 batang lemang kat peniaga lemang di tepi jalan..

Pertanyaan : - '' Tidak tukar langsir raya rahun ni? ''..
Jawapan : - '' Tidak nampaknya..guna langsir 2 tahun lepas punya ''..
Padahal : - Gerenti langsir baru akan di pasang pada malam raya nanti..siap 8 tingkat ropol ropol..

Pertanyaan : - '' Dengar cerita aok tukar kereta baru raya ni? ''..
Jawapan : - '' Ishkk..! dak lah..mana ada..kereta lama juga lah kome ''..
Padahal : - Memang tukar tapi ..kesilapan teknik tentang order..kereta tak sempat untuk on the road..frust memang frust sangat..

*** Ini hanya sebahagian..ada banyak lagi.. Selamat bersahur..

Read more...

Jumaat, 3 September 2010

Senyum dipagi hari jumaat ( Langsir )


Sesekali menjengah menghala rumah Kak Zakiah..ternampak lah Rozita kepada kain langsir baru yang telah di pasang ..berwarna ungu bijik kundang yang sangat menarik hati Rozita..

Sewaktu membeli lauk pauk dan sayuran dari penjaja bergerak..maka bertanya lah Rozita kepada Kak Zakiah tentang langsir baru tersebut..

'' Amboi yek Kak..lawa sangat langsir baru Akak tu..kaler ungu sesuai dengan kaler rumah Akak ''..kata Rozita

'' Mesti lah..Suami Akak beli kat Nilai '' jawab Kak Zakiah sambil kembang kincup hidung beliau..

'' Nampaknya kami guna langsir lama je kak untuk tahun ini..abang Lockman buat senyap je ..bila saya tanya tanya..bertuah Akak..'' kata Rozita..

'' Tu lah Zita..raya setahun sekali..tiap tahun kena ada perubahan..bukan langsir saja nak kena tukar..perabot barangan letrik dan segala macam lagi ''...kata Kak Zakiah..

'' Tidak ke itu mambazir namanya Kak..langsir kalu betul di jaga boleh tahan sampai 8 kali raya Kak ''..kata Rozita..

'' Ishk..jangan lah buat kedekut sangat ni Zita..takat kain langsir ni berapa lah sangat ''..kata Kak Zakiah..

'' Bukan gitu kak..saya baru je tuka Tv plasma 49 inci..mikromave kukus keliling..peti sejuk besar model terkini..set Sofa kayu jati ..kira punya kira hanya bajet langsir saja tidak mencukupi ''..jawab Rozita dengan senang hati..

*** Beraya sakan..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP