GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 31 Oktober 2010

Lambat sedikit nak ucap pada Kelantan Juara Piala Malaysia


Lambat sedikit nak ucap pada Kelantan Juara Piala Malaysia '' tak apa dak? ''.. Tahniah buat pasukan negeri Kelantan..

Tahniah juga buat Azman Zahari -- semak entri ini Kelantan atau Negeri Sembilan

*** Tahun hadapan Pahang pula.. hehe!

Read more...

JPJ masih kesan pemilik bas nahas Genting Sempah

JERANTUT 31 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih mengesan pemilik syarikat bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan tujuh penumpang di Kilometer 38 Genting Sempah, berhampiran susur ke Genting Highlands, Jumaat lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, sehingga hari ini, JPJ masih gagal mengesan pemilik terbabit, walaupun lokasi syarikat bas berkenaan berjaya ditemui.

Beliau berkata, maklumat dan kenyataan pemilik syarikat bas berkenaan amat penting untuk melengkapkan siasatan kes itu, justeru, JPJ bekerja keras bagi menjejaki individu atau pihak terbabit.

"Kita mahu dapatkan maklumat lanjut daripada pemilik syarikat bagaimana dia boleh menggaji seorang pemandu, yang mengikut rekod kita, tidak memiliki lesen memandu yang sah, untuk membawa penumpang dari Baling hingga ke Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas menutup program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Lepar Utara hari ini. - Bernama.

*** Pemandu tak punyai lesen memandu..Syarikat bas pun tak tau sapa punya..ini nama nya '' meharu ''

Read more...

Bersenang lenang di hari minggu

Hari ini hari minggu..hari orang berehat dan bersenang lenang ( bagi orang yang senang )..bawa anak serta isteri makan angin..

Begitu juga halnya dengan Rosli Ghani..biar pun masih kecewa di atas kekalahan pasukan pilihannya dalam bolasepak Piala Malaysia malam tadi.. ( kalah bertaruh sebenarnya )..tetap juga Rosli Ghani akan membawa anak serta isterinya makan angin..

'' Kita nak pergi makan angin kemana ni bang?''..berkata isteri Rosli Ghani..

'' Ikut saja lah ''..jawab Rosli Ghani sambil menghembuskan asap rokoknya walau pun anaknya telah memberikan isyarat jari supaya jangan hembus asap rokok kearahnya..

Setelah sampai..

'' Sini ke bang..nak makan angin? ..ini Taman permainan kanak kanak..dekat kawasan Perumahan kita pun ada ''..berkata lagi isteri Rosli Ghani..

'' Sini ok lah..bajet lemah ni ''..Jawab Rosli Ghani sambil memasang lagi sebatang rokok..

'' Ingatkan tadi ajak pergi Kuantan ke atau Gambang atau KLCC..kedekut punya laki ''..protes isteri Rosli Ghani dalam hati..



*** Lama dah tak bermakan angin ni..

Read more...

Sabtu, 30 Oktober 2010

Sedang tengok bola

Ramai yang tengok bola malam ni..ada yang sambil hembus hembus asap rokok..ada yang ketuk ketuk meja..ada yang jerit sana sinun.. ( kat rumah tak boleh begini )

'' Kelantan ! Kelantan ! ''..jerit penyokong Kelantan..

'' Negeri sembilan ! ''..jerit penyokong Negeri Sembilan..

'' Pahang ! Pahang ! ''..jerit seorang penyokong Pahang..

Semua penyokong Kelantan dan penyokong Negeri Sembilan..mengerling ke arah penyokong Pahang itu..

Lokasi kejadian ini berlaku di sebuah Gerai Benteng di Sudut skrin tv besar ''..

*** Mengong !

Read more...

Kelantan atau Negeri Sembilan


Malam ini Sabtu 30hb Okt Bolasepak Piala Malaysia 2010 akhir antara Kelantan dan Negeri Sembilan akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada pukul 08.45 malam.


* Piala Malaysia


Ini antara 3 faktor yang menyebabkan Azman Zahari menyokong pasukan Kelantan walaupun beliau orang Pahang yang sekian lama telah tidak menjulang Piala yang sangat berprestij ini..

1. Beliau sangat meminati makanan seperti Nasik berlauk dan kuih Cik Mek Molek..

2. Beliau kerap pergi membeli belah di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur..

3. Kenalan terbaru beliau dalam Facebook adalah seorang guru wanita di Kelantan :)

*** Pernah frust sama orang Kuala Kelawang Jelebu Negeri Sembilan..

Read more...

Jatuh ke laut lagi


ANSARI Abdullah ditarik oleh seorang penyokongnya setelah terjatuh apabila titi yang dinaikinya runtuh ketika berkempen di Kampung Gas, Sandakan, semalam.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah sekali lagi terjatuh ke dalam laut selepas laluan kayu menghubungkan ke sebuah rumah penduduk yang dilaluinya roboh.. Berita selanjut di ( siNi )

'' Adakah ini pertanda bahawa beliau akan menang..yang pasti jika kemenangan memihak kepada beliau..sudah pasti titi ini akan di perbaiki terlebih dulu ''..

*** Sokong partai cap kunci atau cap payung sahaja..

Read more...

Jumaat, 29 Oktober 2010

Malam Combat

1976 masih ingat lagi setiap malam sabtu jam 1130 malam..siri Tv yang di nanti nanti kan ketika itu..meski pun Tv kaler hitam dan putih..


LinkCOMBAT TV Show Intro ..ketik ( siNi ) dan ( siNi )


Oleh kerana prodak ini buatan Amerika..maka setiap kali peperangan Amerika lah yang menang..kasihan German..

*** Suka main bedil peluru buah Cenerai..

Read more...

Kematian akibat merokok di New York turun 17 peratus


NEW YORK 29 Okt. – Kematian berpunca daripada tabiat merokok di New York menurun 17 peratus dalam tempoh lapan tahun lalu, menurut jabatan kesihatan bandar raya itu.

Sementara itu, jumlah perokok juga dilaporkan menurun hampir satu pertiga untuk tempoh yang sama.

Menurut jabatan itu, angka kematian akibat penyakit disebabkan merokok jatuh kepada kira-kira 7,200 pada 2009 dari 8,700 pada 2002, ketika Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg meningkatkan kempen anti-merokok.

Bloomberg melaksanakan peraturan larangan merokok di bar-bar dan restoran pada 2003 dan baru-baru ini mencadangkan supaya larangan itu diperluaskan ke taman, pantai, tempat pejalan kaki dan beberapa kawasan awam lain. – Reuters

*** Nampaknya orang New York dah mula kurang merokok``..

Read more...

Senyum dipagi hari jumaat ( Maruku Puan Devi )

* Maruku

Deepavali hanya tinggal seminggu saja lagi..tentunya rakyat beragama Hindu sibuk dengan segala persiapan..

Begitu juga Puan Devi dan keluarga..

'' Nanti you dua orang tolong saya buat kuih maruku..saya boleh ajar sama you dua orang ''..kata Puan Devi..

'' Ini sudah bagus Devi..nanti kita orang datang ''..kata Rozita..

'' Senang ke buat kuih maruku ni Devi..ada nak kena gentel gentel ke? ''..tanya Kak Zakiah..

'' Kena uli uli macam tu ''..jawab Puan Devi.

'' Ohh! Uli uli,ramas ramas..picit picit lah juga kan? ''..kata Kak Zakiah..

'' Ishk! Akak ni ''.. kata Rozita

*** '' Apa lah dia orang ni ''..sebenarnya macam ni je.. Tepung dan segala bahan bahan Gaul dan uli sebati,tekan dengan acuan maruku dan goreng garing..

Read more...

Orang muda buta sejarah!


* Berita penuh di ( siNi )


Setelah membaca berita penuh kandungan hadapan Utusan Malaysia hari ini..Ahmad Zaki sudah bertekad untuk menyoal rakan nya iaitu Azman Zahari..


'' Mengharukan sungguh..dengan berita hari ini..Orang muda ramai yang buta Sejarah.sekarang koi nak test aok dengan satu soalan yang bersangkutan dengan Sejarah juga ''..kata Ahmad Zaki..

'' Soal saja kawan..ingat kawan buta Sejarah ke? ''..kata Azman Zahari..

'' Senang sahaja..Siapa orang pertama yang membuka Kampung kita ini ''..Soal Ahmad Zaki..

'' Lorr..erkkk err...Tok 4 kot.. Entah tak tau hehe! ''..jawab Azman Zahari..

'' Haa..sah sangat aok ni..Soalah Sejarah Kampung pun dah tak tau..macam mana pula dengan Sejarah Tanah Melayu dulu dulu..hiss!..kata Ahmad Zaki..

*** Tea tarik gelas besar satuu..

Read more...

Khamis, 28 Oktober 2010

Lain di mulut lain di hati

Pernah jumpa dengan orang orang yang se begini..tentu sekali jawapannya pernah..jika tidak,tentunya sesekali pasti ada..

Cuma kadang kadang kita tidak dapat meneka apa yang tersirat dan tersurat..

Ada beberapa contoh di sini berserta Lokasi..

1. Bila kereta kehabisan minyak..

Kata Mulut : '' Sebab meter fuel kereta koi ni rosak..tu yang kehabisan minyak ''..

Kata Hati : '' Sebenarnya memang tak ada duit untuk menuang minyak ''..

2. Pinjaman peribadi..

Kata Mulut : '' Bank tu yang Offer koi buat pinjaman..koi bukan hendak sangat pun ''..

Kata Hati : '' Sebenarnya memang sesak dan sangat sangat perlu untuk membuat pinjaman peribadi..

3. Pertunangan..

Kata Mulut : '' Koi pada mulanya bukan hendak sangat bertunang dengan Rozita tu..tapi dia yang terhegeh hegeh terhadap koi ''..

Kata Hati : '' Fuhh..nasib koi cepat bertunang dengan Rozita..sapa tak nak..gebu solid molid pulak tu..tentu ramai yang akan makan hati ''..

4. Pekerjaan..

Kata Mulut : '' Koi tak tak minat sangat dengan kerja ni dulu..dah lah teruk..gaji pula ciput ''..

Kata Hati : '' Ini lah sesatunya kerja yang layak dengan koi..dah 14 tahun kerja sini,boleh sara anak dan isteri isteri..

5. Kehabisan stok rokok..

Kata Mulut : '' Boleh koi try nak berhenti merokok ''..

Kata Hati : '' Gampitttt! punya tokey kedai runcit ni..patut nya order lah stok rokok bebanyok..dah mengeletor dah ni.. !@#~$*&^%*__)+XX~!@##%^+~~~..''

*** Order tadi tea tarik..tapi di bagi nya kopi o`...nasib pelayan ni lawor comel lote..jika tidak tentu kena maki dah..``

Read more...

Patin tempoyak dan patin kicap

* Ini patin masak tempoyak

Sudah tengahari rupanya..begitu pantas masa berlalu..

'' Balik rumah makan tengahari ada lauk ikan patin masak sama tempoyak ''..mesej dari Akak..

Tanpa banyak berkata kawan terus sahaja bergegas balik kerumah..

Sampai di meja makan..

'' Lor..ini kenapa ada patin masak kicap ni ''..tanya kawan kepada Akak

'' Encik Amirul...tak gemar patin tempoyak ..jadi koi buat lah masak 2 versi untuk ikan patin ni ''..jawab Akak

'' Payah juga encik Amirul ni yer ''..kata kawan sambil rasa ikan patin masak kicap..sedap juga..

* Ini patin masak kicap..

Bermula dari itu juga kawan pun telah mula mengemari ikan patin masak kicap..

'' Kicap! kicap! kicap! ''..kata pula Aina yang sudah mula terasa lali dengan kicap..

* Ini kicap

* Muka kicap sama dak dengan muka sardin?..

Read more...

Rondaan setempat

Cuaca hari ini redup lagi..ini menampakan musim pejor ( tengkujuh ) akan berlaku walaupun belum lagi sampai ke hujung tahun..

'' Helo Tan..Aboh tak dapat menoreh 4 hari dah ''..kata Aboh kawan dalam talipon jam 0745 pagi tadi..

'' Tak per lah Aboh..jika kehabisan beras kawan boleh hantar ''..kata kawan pula..

Punya lah ketawa Aboh kawan..sebab dia masih tidak konfiden dengan kawan..

Hari ini pula meski pun sibuk dengan segala simulasi..tetap juga kawan membuat rondaan..tapi rondaan setempat..

'' Kita nak meronda kemana hari ni ''..tanya rakan sekerja kawan..

'' Kita ronda kat warung makan tepi Maybank sana je..lepas mengetea kita balik semula ke sarang ''..jawab kawan ringkas..

*** Suka juga dengan kerja kawan ni meski pun adakala teramat sibuk..

Read more...

Rabu, 27 Oktober 2010

Nasik ayam

* Kredit gambar Dett

Ronda ronda dalam pesembook ( Facebook ) petang tadi..nampak sebuah restoran nasik ayam..

Tak tau Signboard ni pada zaman bila.. Ayam nasi ke atau Nasi Ayam..seperti juga Ayam telur atau telur ayam..

*** Bahasa jiwa bangsa..hehe!

Read more...

Keadaan Cuaca setempat


* Cuaca kelihatan mendung..

Hari ini kawan pergi meronda seorang diri..di sebabkan kawan sekerja ada hal arah lain..Malam tadi pula hujan turun dengan mencurah curahnya..ini menyebabkan aliran aliran longkang banyak yang tersumbat..bila aliran aliran longkang tersumbat sudah tentu banyak juga aduan yang di terima..

Aduan yang diterima melalui talipon..

Aduan 1 : '' Encik..longkang belakang rumah saya sudah sumbat..air tak boleh laju ''..

Penerima aduan : '' Baik lah nanti pihak kami akan siasat ''..

Aduan 2 : '' Encik..banjir kilat sampai sudah punya dapur ''..

Penerima aduan : '' Baik lah nanti pihak kami akan siasat ''..

Aduan 3 : '' Encik..bila lagi mau hujan..mau test longkang baru depan kami punya rumah ''..

Penerima aduan : '' Baik lah pihak kami akan siasat ''..

Begitulah serba sedikit aduan yang di terima..sekarang cuaca di tempat kami ni semakin gelap.. ini menampakkan hari nak hujan..dan kawan bergegas untuk ke lokasi aduan no. 3 itu..



* Ini longkang yang telah bersih siap di cuci

* Sejuk````

Read more...

Peningkatan kos hidup tidak dapat dielak

Peningkatan kos hidup tidak dapat dielak

Terasa sungguh sekarang ini..kos sara hidup semakin meningkat..ini yang membuat Rosli Ghani bertambah ligat untuk membuat kerja kerja ' part time '..selepas waktu kerja normal beliau..

Beliau mula menerima nasihat daripada kawan beliau iaitu encik Topik seorang penjawat awam yang boleh tahan juga pendapatannya..

'' Li..guane aok..kawan nengok siang malam aok kerja..tak penat ke..badan kita nak pakai lama lagi ''..kata encik Topik..

'' Koi kalu tak membuat kerja 'part time ' lagi parah..memang tidak cukup punya gaji..aok tengok lah kos sara hidup sekarang..makin tinggi..ni pulak kerajaan dah cakap jangan terlalu bergantung harap pada subsidi lagi ''..kata Rosli Ghani..

'' Bagus lah gitu..sekurang kurang aok boleh tambah pendapatan..tapi aok larat ke..kerja utama aok masuk jam 0700 pagi hingga 0300 petang..lepas tu sambung pulak kerja jadi guard ni dari pukul 0400 petang hingga 1200 malam ''..tanya encik Topik..

'' Apa susah..koi kerja guard ni..boleh celah waktu...dapat juga koi tidur..pagi esok kerja biasa koi buat..kerja dalam 2 jam lepas tu koi cari belukar..dapat juga koi rehat ''..jawab Rosli Ghani..

'' Cisss ''..kata encik Topik..

*** Gampitt betul Rosli Ghani ni..

Read more...

Ketua juruwang sebuah bank ditahan cuba larikan RM1.5 juta

GEORGETOWN: Tindakan licik seorang ketua juruwang sebuah bank di Lebuh Bishop di sini melarikan RM1.5 juta dari bilik kebal bank berkenaan akhirnya terbongkar apabila ditahan polis pada Rabu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaacob berkata, lelaki berusia 46 tahun itu bagaimanapun hanya sempat membelanjakan RM50,000 daripada RM860,000 yang sempat dibawa keluar lelaki itu dari bank berkenaan.

Manakala baki selebihnya iaitu kira-kira RM600,000 ditemui masih disorokkan di dalam beg bola bowling di pejabatnya. Difahamkan ketua juruwang berkenaan sebelum itu tidak memasukkan wang yang dipungut bank ke dalam bilik kebal, sebalikya hanya memasukkan data dalam komputer.. sumber ini dari ( harian metro )

Ini nak kira guana dengan ketua Juruwang ini '' Ada kah boleh diklasfikasikan sebagai '' Harap kan pagar pagar yang makan padi ''.. atau apa?..

Sempat juga dia membelanjakan 50K..

*** Kadang kadang risau juga dengan peti Cash depan mata ni..tapi paling banyak ada RM65 saja..hehe!

Read more...

Selasa, 26 Oktober 2010

Sotong `ajaib’ Paul mati


* Ini sotong bernama paul yang pernah mengemparkan sedikit masa dahulu..

BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan. - AFP

*** Sudah sampai umur mati lah ia..

Read more...

kelapa sawit dan hari gaji encik Tarmizi


* Ini gambar kebun sawit yang dipinjam..bukan kebun encik Tarmizi tau..


Hari ini 26hb Okt 2010..hari ini juga adalah hari gaji bagi encik Tarmizi..beliau ada lah seorang pekerja yang berpendapatan sederhana..gaji pokok beliau adalah RM650 sebulan..tiada sebarang elaun..kerja lebih masa kadang kadang mengikut keperluan Syarikat..Gaji begini sememangnya tidak mencukupi langsung untuk orang yang sudah berumah tangga..begitu juga untuk orang bujang macam encik Tarmizi..

Encik Tarmizi menggunakan kereta proton Wira untuk berulang alik pergi kerja..Ini yang menjadi sedikit kehairanan daripada pekerja pekerja lama..macam mana encik Tarmizi mampu berkereta..sepatut nya orang bujang yang bergaji kecil bermotosikal sudah memadai..belanja pun jimat..encik Tarmizi tidak lokek..beliau sering menolong kepada kawan kawan yang mengadu sesak..

Ini yang membuat salah seorang daripada pekerja begitu teruja untuk bertanya kepada encik Tarmizi..

'' Hari ini hari gaji..macam mana aok buat bajet..cukup ke aok bayar kereta dan membuat segala perbelanjaan seharian aok ''..kata pekerja itu..

'' Cukup..InsyaAllah..kita selepas tamat waktu bekerja jangan lah duduk diam saja kat rumah tanpa berbuat apa ''..kata encik Tarmizi..

'' Aok ada projek apa selain daripada kerja makan gaji ni ''..kata pekerja itu..

'' Adalah mengusahakan kebun kelapa sawit yang koi tanam 7 tahun yang lalu..sekarang sudah menikmati hasilnya ''..jawab encik Tarmizi..

*** Patutlah tadi encik Tarmizi lawa kawan ajak makan tengahari..

Read more...

Rozita nafi kahwin 2011


MENGAKUI masih berkawan dengan lelaki yang digosip bercinta dengannya, Rozita bagaimanapun sangat berhati-hati dalam memilih calon suami.. Berita di ( siNi )

'' Tengok pelakon pujaan hati aok ni sudah menafikan perkahwinan pada 2011 tahun hadapan '' ..kat Rosli Ghani..

'' Tahun depan dia nak berhenti berlakun tu..nak bagi konsentrasi terhadap perniagaan ''.. kata encik Topik yang sememangnya meminati pelakun ini..

'' Aok tak ada rasa apa apa ke kalau Rozita ni nak kawin ''..tanya Rosli Ghani..

'' Rasa apa ''..kata encik Topik..

'' Mana tau rasa cemburu ke..bukan ke aok ni peminat dia yang sangat bersungguh ''..kata Rosli Ghani..

'' Mangkuk betul lah aok ni Li..peminat mana boleh cemburu cemburu..'' kata Rosli Ghani..

'' Tapi kalau Rozita anak Makcik Leha yang warung di belakang pejabat Pos tu berkahwin macam mana? ''..tanya Rosli Ghani..

'' yang itu kawan cemburu ''..kata encik Topik ringkas..

'' Ciss !..ada hati lagi orang tua ni ''...berkata dalam hati Rosli Ghani..

*** Hari ini Gaji.. yahheei!..


Read more...

Isnin, 25 Oktober 2010

Menantu pilihan hati

Encik Zainon mempunyai 3 orang menantu..semua menantu beliau adalah perempuan sebab anak encik Zainon semuanya lelaki..ketiga tiga anak lelaki beliau semua menjadi panjawat awam yang berkaliber..

Menantu pertama encik Zainon bekerja sebagai Guru..menantu kedua encik Zainon ada lah seorang penjawat awam yang berpangkat..dan yang seorang lagi menantu ketiga tidak ada apa apa pekerjaan..hanya lah seorang suri rumah biasa saja..

Di sini berlaku sedikit ketidakadilan antara encik Zainon bersama isterinya dengan menantu menantu beliau..

Encik Zainon dan isterinya melebihi kepada menantu yang bekerjaya..sementara menantu ketiga semacam di pinggirkan..maklum saja lah menantu yang berkerjaya mertua pun sayang..

Dibawah ini kisah menantu ketiga encik Zainon pula..

Menantu ketiga encik Zainon ini seorang yang berpelajaran juga..tapi tidak berpeluang untuk bekerja..

'' Saya rasa aboh dan emok abang macam tak suka kepada saya..mentang mentang lah menantu menantu yang lain tu berkerjaya ''..luah menantu ketiga encik Zainon kepada suaminya..

'' Takper lah..buat tidak tau saja sama emok dan ayoh tu..mereka nak cakap apa..cakap saja lah '' kata suami menantu ketiga..

Satu hari menantu ketiga encik Zainon sedang sibuk melayari internet..lalu beliau pun menjelajahi blog..menantu ketiga encik Zainon cuba untuk membina laman blog sendiri..setelah membaca satu blog yang dikatakan boleh menjana wang serta menjadi kaya raya..

Setelah bertungkus lumus..membina blog..dengan bersungguh sungguh dan juga beliau sering memasuki halaman sembang sosial dan macam macam website..

Kini setelah hampir 12 bulan..segala usaha menantu ketiga encik Zainon sudah menampak kan hasil..beliau berjaya meraih pendapatan hampir RM2,500 sebulan..daripada pemasangan iklan dalam blog dan juga menjadi orang tengah untuk menjual Domain..

'' Awak tak rasa kerja awak melayari internet ini melebihi paras kerja normal ke? '' kata suami menantu ketiga encik Zainon..

'' Tak juga malah saya enjoy dengan kerjaya baru saya ini..meskipun lebih 8 jam bekerja ''..jawab menantu ketiga..

Dan kini encik Zainon mula tabik kepada menantu ketiga beliau itu...

'' Main internet pun boleh buat duit ''..kata encik Zainon dalam hati dan kini encik Zainon mula berjinak jinak dengan laptop cucu beliau..

*** Nampak sangat kan...

Read more...

Serius ni tentang '' nasi lemak lima puluh sen ''

Kalau tadi ada menceritakan tentang nasik..tengahari ni pun ada lagi tentang cerita nasik..tapi kali ni nasik lemak lima puluh sen..

Tapi ini melibatkan satu iklan ( gezet atau Skla atau juga promo ) tentang sebuah filem keluaran dari Malaysia..

Ada dialog antara pelakun perempuan dan pelakun lelaki berbunyi begini lebih kurang..

Pelakun perempuan : U kata muka I tak cantik?

Pelakun Lelaki : Dahi jendol.. dagu leper..tu apa tu?..

Pelakun perempuan : Haa..?

Pelakun Lelaki : Nasi lemak 50 sen..( sambil menunjuk ke arah buah dada pelakun perempuan )

Pelakun perempuan: Aikks!!!..

Secara tidak langsung ada pula dialog selepas iklan itu sewaktu satu keluarga menonton Tv berbunyi begini..

'' Abah pun nampak macam nasik lemak lima puluh sen juga ''..kata anak kepada emaknya..

*** Suka nasik Lemak daun pisang..

Read more...

Budak 11 tahun tidak pernah makan nasi

ROHANA memberi Muhamad Helmi biskut kerana dia didakwa enggan makan nasi sejak 10 tahun lalu ketika ditemui di Jerteh, Besut semalam.. Selak ( siNi ) untuk berita penuh..

Setiap pagi encik Azman akan makan nasik berlauk bersama tea tarik..makan tengahari pula sudah tentu encik Azman akan makan nasik.. dan pada sebelah petang adakala encik Azman makan nasik goreng pula..Makan malam sudah tentu encik Azman makan nasik..

Setelah membaca berita tentang adik Muhamad Helmi ini..encik Azman bertekad untuk tidak makan nasik..

Dan beliau memasuki sebuah restoran untuk bersarapan pagi bersama rakan sekerjanya..

'' Man aok nak order apa? ''..tanya kawan encik Azman..

'' Sini bes nasik kerabu yer..bagi nasik kerabu lauk ikan lebih ''..order encik Azman..

'' Eh..tadi sudah bertekad tidak mau makan nasik..ishkk..takper kot nasik kerabu ''..kata encik Azman dalam hati..

*** Suka tosey..

Read more...

Ahad, 24 Oktober 2010

Hujan sudah turun ( ampaian )


* Contoh ampai kain jemuran..gambar ini dipinjam..tidak tau kain siapa..

'' Hujan sudahhh turun angkat kain di jemuran ''.. Ini dialog Pak Mustarjo dalam filem Pendekar Bujang Lapok..

'' Angkat kain wehhh...hujan dah turun..nanti basah kain jadi hapak ''.. Ini dialog Mak Minah yang menyuruh anak beliau mengangkat kain ..ampaian jauh dari rumah..

'' Abang pergi angkat kain cepat..hujan dah turun,nanti kalau basah ..aarr.. abang kena keringkan semula ''..Ini dialog seorang isteri yang suka membuli suaminya..

'' Adik ..hujan dah turun..angkat kain di jemuran..nanti abang upah seposen ''..Ini dialog budak bujang yang malas mengangkat kain lalu disuruhnya anak jiran..

Ada rumah yang tidak mempunyai ampai kain..mungkin guna mesin basuh serba kering..

*** Tak suka angkat kain..angkat getah suka...

Read more...

Sejarah subjek wajib lulus SPM

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini di peringkat sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.

"Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM,'' katanya ( sumber dari akhbar koSmo )

'' Ini ada satu soalan berkenaan Sejarah..aok perlu tau ''...Soal Ahmad Zaki kepada kawannya Azman Zahari yang sedang sibuk hendak mula menimbang getah..

'' Bagi je apa jua Soalan Sejarah..tentu kawan boleh jawab punya ''..jawab Azman Zahari sedikit angkuh..

'' Siapa yang membawa biji Getah ke Tanah Melayu? ''..Soal Ahmad Zaki

'' Erkk..tak tau ''..jawab Azman Zahari..

'' Kalu macam tu yang aok tau cuma toreh,jual dan terima hasil sajalah yer ''..kata Ahmad Zaki..

*** Ada sumber tentang getah di ( siNi )

Read more...

Sabtu, 23 Oktober 2010

Liat dan remote Tv


Selepas solat subuh terus tertidur semula..bila hendak pergi kerja mula liat nak bangun pagi..apa lagi pada hari sabtu macam ini..

'' Abohnya bangun..pergi kerja..dah dekat pukul 7 ni ''..kata Akak Rodziah..

'' Rasa liat je nak bangun ni..takper lah koi nak amik MC je hari ni ''..kata Suami Akak Rodziah..

'' Buat lah kelakor gitu..karang duduk rumah bantainya berebut remote tv dengan anak anak ''..kata Akak Rodziah..

Suami Akak Rodziah bangun terus membuka Tv..cerita macam bagus..lama menonton..anak bongsu Akak Rodziah mula nak tengok Channel kegemaran nya pula..

'' Amik remote kat Aboh tu ''..kata Akak Rodziah dari dapur..

'' Tak nak lah emok..aboh letak remote Tv kat bawah ketiak dia ''..kata Anak Bongsu mereka..

Suami Akak Rodziah dengan senang hati menonton Tv pada hari itu..

*** Bapak yang jahat..

Read more...

Jumaat, 22 Oktober 2010

Senak perut dengan pengguna yang tak faham faham

'' Syed..cuba aok tengok dekat d Kilau Courts sana..apa sudah jadi ''..kata Tuan Haji Din dalam talipon nya.. ( Tuan Haji Din adalah seorang Inspektor Kesihatan )

'' Okes roger Haji kejap lagi koi pergi ''..kata orang bernama Syed itu..


Hampes..ini yang terjadi..sepatutnya tong ini bukan untuk sampah Domestik..memang pengguna di kawasan ini tak reti dan sungguh tidak faham apa itu kitar semula..Ingat nampak sahaja tong terus nak letak sampah..mungkin juga terjadinya begini kurang daya pemahaman dari pemikiran..atau juga kempen dari pihak tertentu kurang berkesan..


Tong kaler Coklat sepatutnya untuk kaca..



Tong kaler biru sepatutnya untuk kertas



Tong kaler jingga sepatutnya untuk tin aluminium dan plastik


Sila merujuk di ( siNi ) untuk keterangan lanjut berkenaan tong kitar semula..

*** Ha ha ..selalu juga jual kertas dan plastik..timbang dekat kedai besi buruk dapat juga RM buat tambah bajet..kekadang lepas untuk mengetea sehari dua..

Read more...

Pak cik Kayoo !


Ce tengok e mail ni..adakah kawan akan jadi kaya raya atau apa..

*** Selamat solat jumaat..

Read more...

Senyum dipagi hari jumaat ( berjerebu )


* Ini keadaan jerebu negara jiran kita ..berita di ( siNi )

Sewaktu sedang menyidai kain di garaj masing masing..

'' Sekarang musim jerebu ..kena berhati hati yer kak..kurangkan aktiviti luar..banyak kan minum air..kata Rozita..

'' Betul lah Zita..jika terasa sakit tekak dan demam cepat cepat pergi ke Klinik ambil rawatan ''..kata Kak Zakiah..

'' Abang Lockman ajak joging petang ni..tapi cuaca tak sihat ''..kata Rozita..

'' Hah ! itu aktiviti luar..kena kurangkan..hish..ajak je abang Lockman kau tu buat aktiviti dalam rumah ''..kata Kak Zakiah..

'' Hehe! tentu abang Lockman suka dengan aktiviti dalam rumah ni ye Kak ''..kata Rozita..

'' Hisshh.. suami Akak pun suka buat aktiviti dalam rumah ni..ingat petang ni Akak pun nak ajak dia buat aktiviti dalam rumah juga ''..kata Kak Zakiah..

Mereka berdua pun bergelak ketawa dengan suka hati..

*** Haa..jangan pesong ke arah lain yer..aktiviti dalam rumah seperti mengemas bilik,membersihkan dapur,melipat kain,membuat gubahan,mengalihkan almari dan banyak lagi..

Read more...

Khamis, 21 Oktober 2010

'' Cemas sangat dah ''

Malam ini kita ada lagi beberapa contoh ayat.. kali ini Contoh ayat dari kata '' Cemas sangat dah ''..

Ayat 1 : '' Kira nasib betul lah anak Pak Tarmizi itu tidak mengalami sebarang kecederaan daripada kemalangan antara bas ekspres dan beca kelmarin ''..

Jawapan : '' Memang '' Cemas sangat dah ''..kalau tidak pasti icu ''..

Ayat 2 : '' Bertuah betul budak itu..selalu saja dapat menang cabutan hamper..ingat dalam mesyuarat PIBG akan datang ni kita hapuskan saja cabutan cabutan bertuah ni ''..

Jawapan : '' Tu lah..selalu je budak tu yang kena..kita ni pula '' Cemas sangat dah ''..

Ayat 3 : '' Kenapa aok ni nampak cemas sahaja ''...

Jawapan : '' Mau tak nya '' Cemas sangat dah '' nak mengena ni mis semata sahaja..

*** Malam jumaat ni kenapa ye rasa cemas saja ''.....

Read more...

Orang Ramai Dinasihat Kurangkan Aktiviti Luar Ketika Jerebu

Baca ( siNi )

'' Kawan ingat esok kawan nak beli penutup hidung ''..kata Azman Zahari

'' Bagus aok..sekarang ni dah tiba musim jerebu..akibat kebakaran hutan dari negara sana nu ''.. kata Ahmad Zaki..

'' Tapi kat daerah kita ni..indeks pencemaran ok lagi ..udara sihat ''..kata Azman Zahari..

'' Habis tu buat apa aok nak beli penutup hidung ''..kata Ahmad Zaki..

'' Hari minggu ni nak timbang getah sekerap..kawan tak tahan bau..tu yang nak beli penutup hidung tu '' ..kata Azman Zahari..

'' Ciss..getah sekerap busuk tapi duit tidak pula..mentang mentang harga getah naik ''...kata Ahmad Zaki dalam hati..


*** Hari ahad hari yang suka sebab menimbang..

Read more...

Jerebu mula bertandang lagi

Jerebu datang lagi..puas dah kawan godek godek tapi masih tidak berjumpa rantau mana indeks jerebu..yang kawan jumpa hanyalah indeks pencemaran udara sahaja..

Kita tengok beberapa gambar..

Ini hala jalan masuk Bandar kome..nampak macam ok lagi..


Ini pula bahagian atas pejabat dimana tempat kawan bekerja ..nampak ok cuma terdapat sedikit jerebu..dari jauh hanya nampak macam kabus sahaja..


Ini sebuah sekolah di Melaka..

Sejumlah 2,220 murid pelbagai sekolah di daerah berkenaan diberikan topeng percuma apabila Indeks Pencemaran Udara Melaka meningkat daripada 51 kepada 91 sejak tiga hari lalu.


Ini tak tau sekolah mana..

Sila gunakan penutup hidung yang sesuai untuk keselesaan demi menghadapi musim Jerebu ini..

*** Mata nampak macam kelabu je ni..adakah mata sudah berjerebu..untuk gambar pertama dan kedua..terima kasih untuk RedZ..

Read more...

Gigi palsu tertuduh kes dadah, terpelanting keluar

MELAKA 20 Okt. – Mungkin kerana terlalu gelabah ketika menjawab soalan jurubahasa Mahkamah Sesyen di sini hari ini membuatkan gigi palsu yang dipakai seorang lelaki terpelanting keluar dari mulutnya.

Kejadian lucu itu berlaku ketika Rosli Md. Isa, 43, sedang berdiri di kandang tertuduh cuba menjawab soalan jurubahasa yang membacakan pertuduhan kes dadah terhadapnya.

Ketika tertuduh ingin berkata sesuatu, secara tiba-tiba gigi palsu yang dipakainya terpelanting keluar lalu jatuh di kakinya.

Kejadian tersebut hanya disedari beberapa orang awam, seorang wartawan dan anggota polis mahkamah kerana ketika itu sebahagian daripada 20 ahli keluarga tertuduh asyik menangis sepanjang prosiding.

Seorang lelaki yang menyedari kejadian itu, dipercayai ahli keluarga tertuduh telah mengambil gigi palsu itu lalu memasukkannya ke dalam bekas plastik untuk diserahkan kepada anggota polis.. berita penuh di ( siNi )

Ini ada sedikit cerita tentang gigi palsu juga..

'' Aok hairan tak kalu koi kata..koi boleh mengosok gigi sambil meniup trompet ''...

'' Hairan lah..mana boleh..sungguh tidak logik dek akal ''....

'' Lorr..koi gosok gigi palsu lah..cabut dan gosok..sambil tu boleh lah tiup trompet..

Kawan itu angguk tanda setuju..

*** Gigi patah kat depan terhantuk setering lori..

Read more...

Rabu, 20 Oktober 2010

Tidak dapat menahan

Bila di tanya beberapa perkara tentu ada juga jawapan dengan perkataan '' tidak dapat menahan ''..untuk meringkaskan kita baca contoh ayat di bawah ini..

Loghat sesetengah kawasan di negeri Pahang berbunyi begini '' goner koi nahan nya ''..

Beberapa Contoh ayat :

Ayat 1 : '' Ngapa aok biorkan mat Rempit tu memekak malam tadi..patutnya aok baling jer dengan kapak bila lalu depan rumoh aok ni ''..

Jawapan : '' Isshkk ..Goner koi nak nahan nya..bapok laju laju belaka motor ''..

Ayat 2 ''..Sampai hati aok..membiarkan Leha pergi..patutnya bior lah dia duduk sini lagi ''..

Jawapan: '' Goner koi nak nahan nya ..orang dah nak berambus ''..

Ayat 3 : '' Ngape lah aok boleh tercabul kehormatan awek aok ni ''..

Jawapan '' Tidak dapat menahan ''..

Ada banyak lagi..harap faham dengan dialek Pahang yang agak keras ini..ini berikutan semakin deras air sungai Pahang semakin keras dan laju sebutan nya..

*** Sekian Terima kasih..mata ngantuk ni tak dapat ditahan tahan lagi.. ``` nguapp ~~~

Read more...

Tumbuk teman wanita kerana cemburu

KUANTAN — Seorang lelaki yang dipercayai cemburu telah bertindak menumbuk teman wanitanya sampai retak hidung wanita berkenaan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur malam tadi.

Wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk menerima rawatan pada 8.30 pagi tadi sementara lelaki tersebut menyerah diri kepada polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha berkata, sebelum itu berlaku pertengkaran antara remaja perempuan berumur 18 tahun itu dengan teman lelakinya yang berumur 24 tahun.

"Mangsa yang tinggal di Jengka 19 dekat Maran baru sahaja sampai dengan sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur pada 9 malam. Ketika bas berhenti di R&R Temerloh, mangsa menghubungi teman lelakinya dari Jengka 18 untuk mengambilnya di situ.

"Setelah teman lelakinya datang menjemputnya, berlaku satu pertelingkahan yang dipercayai berpunca daripada cemburu.

"Lelaki berkenaan yang naik berang telah bertindak menumbuk muka mangsa menyebabkan hidung mangsa retak sebelum teman lelakinya itu meninggalkannya di situ,” katanya kepada pemberita. — Bernama


'' Ini kes cemburu..lelaki ini mungkin seorang yang melampau dan tidak pandai mengambil hati teman wanitanya ''..kata Ahmad Zaki..

'' Memang betul..tak guna punya lelaki ini..salah sikit tumbuk silap sikit pelempang..sepatutnya kita kena melindungi bukan untuk di tumbuk tumbuk ''..kata Azman Zahari..

'' Harap harap tidaklah cemburu dia orang ni kerana akaun Facebook ''..kata Ahmad Zaki..

'' Apa pulak kena mengena dengan akaun Facebook ni? ''..tanya Azman Zahari..

*** '' Laa..Facebook lagi? ''..

Read more...

Mesej dari blogger.com



Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th. Learn more

* Oleh kerana kawan tidak lah berapa faham bahasa orang putih ni..tolong lah terenselet kan untuk kawan apa benda yang blogger.com mesej kat atas ni..

***Ada sijil darjah enam dari sekolah rendah jenis kebangsaan ( Inggeris ) Jalan Bahagia Temerloh..tapi tak dan juga tamat belajar..sebab suka kerat pagar sekolah..

Read more...

Badan langsing jadi umpan


KUALA LUMPUR – Taktik pemasaran licik yang dijalankan oleh pusat-pusat pelangsingan badan menjadi punca ramai wanita mudah terjerat untuk melanggan pakej menguruskan badan yang ditawarkan walaupun hasilnya belum tentu terjamin.

Keadaan itu dikuatkan lagi dengan pelbagai kisah menarik individu-individu termasuk golongan artis yang berjaya menurunkan berat badan dalam masa yang singkat sehingga menimbulkan keinginan individu lain untuk turut mencuba.. untuk selanjut sila ke ( siNi )

'' Ini yang membuat saya menjadi lemah untuk cuba menglangsingkan badan saya '' ..kata Kak Zakiah..

'' Tak per lah Kak..kita cuba cara tradisional..makan jamu serta mengamalkan petua petua orang dahulu kala ''..kata Rozita..

'' Kau takper lah Zita..badan dah langsing..tentu suami kau pandang sedap jer ''..kata Kak Zakiah..

'' Tapi risau juga lah kak...abang Lockman dah ada akaun Facebook '' kata Rozita..

'' Apa pula kena mengena akaun Facebook dengan menglangsingkan badan ni ''..kata Kak Zakiah dalam hati..

*** A'ah yer..apa kena mengena..?

Read more...

Selasa, 19 Oktober 2010

Kelas tuisyen part 2 ( Aina dan bapa beliau )

Selepas mengambil Aina dari kelas tuisyen..

' Aboh tak singgah mana mana ke? '..tanya Aina

' Aboh nak isi minyak dulu ' jawab Bapa Aina..

' Horey ! Aboh isi minyak tentu dah boleh beli burger dan Sate untuk Aina '..kata Aina..

' Boleh '..jawab bapa Aina dalam hati..

' Aboh kata boleh .horey !.. kata Aina..

' Macamana pula anok koi ni boleh tau apa yang koi cakap walaupun dalam hati '..kata bapa Aina dalam hati lagi..

Ini adalah salah satu dari keistimewaan Aina..

*** Huh~`...

Read more...

Kadar dividen KWSP tidak terjejas


UEM memberi jaminan bahawa tahap perkhidmatan dan penyelenggaraan di lebuh raya PLUS akan diutamakan selepas transaksi pengambilalihan.. berita klik ( siNi)



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan bahawa kadar dividen kepada para pencarumnya tidak akan terjejas dalam masa terdekat ini.

Ia berikutan cadangan pengambilalihan kesemua perniagaan termasuk kesemua aset dan tanggungan PLUS Expressway Bhd. (PLUS) dengan nilai sebanyak RM23 bilion oleh KWSP dan UEM Group Bhd. (UEM)..

Harapan begitulah jangan terjejas dividen tahunan itu..malah jika keuntungan sudah berlipat lipat ganda pencarum juga berhak akan mendapat dividen keuntungan yang berlipat lipat ganda..



*** Masih mencarum lagi..transaksi pengambilalihan dijangka setahun..kita tunggu.. dan bagi yang menoreh getah pula kawan rasa boleh juga jadi pencarum KWSP ini..

Read more...

Aboh disengat Tebuan


* Gambar ini hiasan semata..bukan gambar Aboh kawan..

Semalam adalah hari yang sedikit saspen buat kawan..


'' Tan balik..amik Aboh..Aboh kena sengat Tebuan ..rasa sakit seluruh badan ni..balik cepat bawa Aboh ke Sepital ''..talipon Aboh kawan..

Arhh ..sudah..ni mesti nebas kebun getah..mentang mentang harga getah mahal..kawan bergegas balik kampong semalam..dalam hati kawan tiada lain..berdoa kepada Tuhan..semoga Aboh kawan selamat..

Sesampai dikampung..


'' Lor Tan dah sampai apa yak laju benor bawa kete ''..tanya Aboh kawan yang tersengih saja bila kawan sampai..


'' Kata tadi teruk ngat..moh cepat ke Sepital ''..kata kawan..


'' Pelan pelan lah..tangan Aboh sampai lagi nak nyuap kemulut ni ''..jawab Aboh kawan sambil laju je mengunyah roti dan minum air tea kegemaran beliau..

Memang Aboh kawan tak minat pergi ke Sepital Kerajaan..lantas kawan bawa ke Klinik Swasta..selepas kena satu jarum ..dia pun berborak lama dengan Doktor..rupanya Doktor tu pulak orang kampung lama beliau..kesian ramai pesakit lain yang sedang menunggu kat luar..

'' Moh kita mengetea Tan..'' Ajak Aboh kawan..


Sempat lagi nak ajak mengetea..di sebuah restoran kome sempat juga berborak..dari hal politik dan juga hal bajet..


Aboh kawan tidak dapat mempastikan Tebuan apa yang menyengat beliau..Tebuan tanah atau tebuan tebu..penyengat juga boleh jadi..

'' Nah Tan.. RM50 buat beli minyak karang dan buat aok belanja mengetea esok ''..kata Aboh kawan selepas menghantar beliau sampai kerumah..

Kawan pun sambut RM50 itu dengan hati terbuka..

*** Bertuah punya anak hehehe!

Read more...

Isnin, 18 Oktober 2010

Pengurus rumah tangga

KUALA TERENGGANU 17 Okt. - Kepada mereka yang memerlukan khidmat pembantu rumah namun enggan mengambil pembantu rumah warga asing, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mempunyai jalan penyelesaiannya.



Felda bersedia menyediakan golongan pembantu rumah berkemahiran yang diistilah sebagai Pengurus Rumah Tangga dari kalangan lelaki dan wanita pada sebarang peringkat umur.

selanjutnya sila baca di ( siNi )


Malam tadi pun ada berita ini kat Tv3..sempat juga kawan nengok..gaji minimum RM700 - RM1,000.. Ini ada lah berita baik bagi mana mana yang berminat terutama remaja yang tercicir dalam pembelajaran iaitu tidak mendapat keputusan yang baik.. Jawatan nya pula adalah sebagai Pengurus rumah tangga bukan pembantu rumah..

*** Guane Echam..boleh ke kita jadi Pengurus rumah tangga ni?..

Read more...

Ahad, 17 Oktober 2010

Kubur lain lain

Dua orang yang dulunya kawan karib kini telah bergaduh..puncanya sedikit sahaja setelah berlaku salah faham tentang salah seorang kawan tu menasihati agar tidak melakukan perkara perkara yang boleh menjejaskan hukum..

'' Lantak lah koi nak buat benda pun..kita mati esok kubur lain lain..aok kubur aok..koi pula kubur koi..'' kata kawan yang degil itu..

'' Kome tau lah kubur kita lain lain..tapi kot mane tau..ditakdirkan kubur kita sebelah menyebelah..koi tak daya aok baham memekok menjerit kuat kena siksa ''..kata kawan yang menasihati itu..

Kawan yang degil terus terdiam..

*** Haa..berat ni..

Read more...

Sabtu, 16 Oktober 2010

Malam minggu yang mesra ( 1985 )


Penduduk sekitar Mentakab yang umur sealiran kawan pasti dapat mengingati pawagam ReX yang terletak berdekatan Kampong Rakit Jalan menghala Kampung Tanjong Kerayong..

Malam minggu biasa mesti ada tayangan tengah malam ( midnight show ) bermula jam 1130 malam..

Kebiasaan untuk midnight show adalah filem yang baru keluar dari pasaran..tiket kalau lambat pasti sold out..

'' Kita kena cepat nanti lambat tiket habis...'' kata Niker..

Kelima lima rodong bergerak dengan motorsikal masing masing..laju.. Sampai di panggung memang orang terlalu ramai..filem baru lakonan Slyverster Stallone bertajuk Rocky..

'' Habis kita tak dapat tengok..buat lah lambat lagi ''..kata Kapak dengan nada geram..

'' Tak per..bagi sini duit tiket ''..kata Bok..

Setelah duit tiket terkumpul..

'' Mari kita pergi kat Benteng sebelah panggung ni..kita pekena apa yang patut..koi belanja ..'' kata Bok..

'' A'ah pandai lah aok ''..kata Miki..

Bok memang pandai dengan bajet begini..dia membelanja rodongnya itu dengan duit kos tiket..

*** Bok kini adalah seorang kontraktor yang berjaya..tapi belum kawin lagi.pernah putus tunang sebanyak 3 kali..

Read more...

Gaji minimum sektor swasta dilaksana Jun/Julai 2011

SUNGAI PETANI 16 Okt. – Gaji minimum sektor swasta akan dilaksanakan seawal-awalnya pada Jun atau Julai tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.



Beliau berkata, bagaimanapun tahap minimum gaji berkenaan hanya akan diputuskan semasa pembentangan cadangan di Kabinet pada Mac tahun depan.



"Sebelum itu kita akan tubuhkan Majlis Penetapan Gaji Kebangsaan dan sebelum majlis itu ditubuh satu akta akan digubal dan dibentang dalam sesi Parlimen akan datang.



"Setelah majlis itu dibentuk, ia akan diberi tanggungjawab untuk tentukan cara mana nak tetapkan gaji minimum itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-3 Universiti AIMST, di sini hari ini.



Subramaniam berkata, penetapan gaji berkenaan akan berdasarkan kepada sama ada di peringkat kebangsaan, wilayah atau sektor. – Bernama



*** Bagus..

Read more...

RM500 untuk kakitangan awam

Pembentangan bajet 2011 telah selesai dilakukan oleh PM semalam.. berita yang dinantikan oleh penjawat awam ia lah pengumuman imbuhan hujung tahun..

Dengan ini Bajet 2011 telah meringankan beban penjawat awam untuk menampung persediaan persekolahan anak-anak, sejumlah RM500 diberikan kepada gred 54 dan ke bawah..

'' Hanya RM500 saja?.. haduii..ini kawan rasa tidak mencukupi untuk perbelanjaan persekolahan anak anak kawan tu ''..luah encik Topik kepada Rosli Ghani sewaktu mereka sedang bersenang lenang sambil minum tea di sebuah gerai ..

'' Lor..cukup lah tu..aok patut bersyukur lah..yang koi ni pekerja swasta harap kepada ehsan Syarikat je..ni pun tak tau ada ke tidak bonus '' kata Rosli Ghani sambil menjeling jeling tubuh gadis manis pekerja gerai tersebut..

'' Anak kawan 3 orang sekoloh menengah..2 orang di sekoloh rendah..yang sekoloh menengah tu banyak pakai duit..haru ni..kena meminjam juga lah kawan hujung tahun ni ''..kata encik Topik..

'' Ni lah aok..aok sepatutnya prepare dari awal tahun lagi untuk kos sekoloh anak anak ni..kalu aok simpan RM100 sebulan untuk tabungan persekolahan koi rasa dah cukup ''..kata Rosli Ghani dengan buah fikirannya..

'' Aok boleh cakap lah Li..anak semua tak sekoloh lagi..pekerja swasta macam aok ni kalau Syarikat untung ..paling tidak dapat juga sebulan gaji bonus ''..jawab encik Topik sedikit panas..

Rosli Ghani terus sahaja memotong cakap dengan membawa isu yang lain setelah melihatkan ensik Topik berada dalam sedikit kepanasan..di sudut hati Rosli Ghani memperlihatkan kegembiraan kerana Syarikat dimana Rosli Ghani bekerja berjanji akan memberi 2 bulan bonus pada hujung tahun ini..

*** Kekadang untung juga pekerja Swasta ni..kekadang saja !

Read more...

Jumaat, 15 Oktober 2010

Bila Bajet sudah lari

Kes 1

Encik Topik mula mengaru kepala ..bila bajet keewangan untuk bulan ini telah melebihi paras pendapatan gaji beliau sebulan..Beliau mula mencari alternatif lain seperti menjual surat khabar lama yang telah sedia ada bertimbun timbun di rumah beliau..

Kes 2

Azman Zahari telah bersedia untuk turun menoreh pada sebelah petang selepas tamat bekerja..kerana bajet beliau untuk bulan ini telah di lajakkan bagi membayar bil letrik yang tertunggak selama 3 bulan berturut turut..

Kes 3

Bagi menjaga bajet Rosli Ghani telah mula menghisap rokok murah cap buah Labu bagi menggantikan rokok Denkail jenama terkenal itu yang telah mencecah harga puluhan ringgit untuk sekotak..

Kes 4

Abdul Karim Jasmy telah mengurangkan bajet mengetea untuk bulan ini kerana cek bagi hasil penulisan dalam majalah Misteri beliau telah di reject..kerana kesilapan nama bapa beliau..

Kes 5

Pengurus sebuah Syarikat Pengurusan Sisa pepejal terpaksa membajetkan kerja lebih masa untuk semua pekerja di bawah naungan Syarikat kerana keadaan keewangan Syarikat yang tidak menentu..

*** Ada banyak kes lagi berkenaan bajet ini..cukup lah 5 kes..yang penting bonus untuk kakitangan awam adalah 2 bulan gaji??..

Read more...

Senyum dipagi hari jumaat ( main kutu )


Setelah berjaya mendapatkan ahli seramai 12 orang terdiri daripada rakan jiran mereka..maka hari cabutan undi pun dijalankan..

Begitu lah usaha Kak Zakiah dan Rozita untuk meningkatkan prestasi keewangan jiran jiran mereka..skim kutu yang mereka mainkan ini sangat bersih dan telus..ahli hanya perlu menyediakan wang sebanyak RM100 pada setiap bulan selama 1 tahun..

Macam biasa sebilangan ahli yang main kutu anjuran Kak Zakiah dan Rozita ini tidak mau menjadi yang pertama untuk cabutan..dengan alasan terlalu awal..

'' Kita buat cabutan untuk bulan pertama ni..siapa yang mengena dan tidak mau boleh dibahagikan kepada ahli yang lain ''..kata Kak Zakiah

'' Kalau semua ahli tidak mau..biar saya yang ambil dahulu ''..kata Nyonya Swee Lian..

Cabutan di jalankan..pemenang kutu untuk bulan ini adalah Puan Salmah..dia pun menolak dan dibahagikan kepada Nyonya Swee Lian..

'' Kenapa ye nyonya mau guna wang ke? awal awal sudah sanggup terima ini wang kutu ''..tanya Rozita..

'' Aiyaa..ini wang kutu jadi orang pertama dapat bagus tau..serupa kita pinjam wang tanpa itu faedah oo..ini wang kita mau bikin modal buat bisnes aaa..'' jawab Puan Swee Lian..

Semua ahli pemain kutu mengangguk tanda setuju dengan Swee Lian..nampak kesal sedikit Puan Salmah..

*** Kawan pun nak yang pertama jika main kutu ni.. ( betul kata Puan Swee Lian..main kutu ni ibarat membuat pinjaman tanpa faedah )..

Read more...

Harga getah cecah RM11.90 sekilogram di pasaran


* Ehsan gambar dari encik Amirul

TEMERLOH 14 Okt. – Seramai 380,000 pekebun kecil di seluruh negara bakal menikmati pendapatan lumayan berikutan kenaikan harga getah di pasaran mencecah RM11.90 sekilogram hari ini iaitu yang tertinggi dalam tempoh 57 tahun.



Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, dengan kenaikan harga komoditii tersebut, pengeluaran getah di negara ini dijangka meningkat lebih sekali ganda berbanding masa kini iaitu kira-kira 1 tan sehektar.



Selaras dengan itu juga kata beliau, pendapatan pekebun kecil yang selama ini antara RM2,000 hingga RM3,000 dijangka bertambah berikutan kenaikan harga komoditi di pasaran. – Utusan




*** Rasa mula nak turun menoreh.. ''nanti Aboh asah pisau getah untuk kawan ''..

Ada cerita lama tentang getah sekerap ini.. ( siNi )

Read more...

Khamis, 14 Oktober 2010

Akuan bersumpah

Setelah mengalami situasi yang agak rakus..dengan masalah yang tidak pernah selesai..tuduh menuduh yang tiada berkesudahan akhirnya timbul idea Deris untuk membuat akuan bersumpah..

Puncanya Kambing Pak Mahad telah hilang..Pak Mahad menuduh Deris yang mencurinya..

Lantas kedua duanya menuju ke rumah Tok 4 Mehmood..

'' Koi nak buat akuan bersumpah..memang bukan koi yang mencuri Kambing Pak Mahad ni ''..kata Deris..

'' Mana boleh gitu..aok kena ke pejabat Loyor nak buat akuan bersumpah..mana boleh buat dengan Tok 4 ''..kata Pak Mahad..

Sampai saja di rumah Tok 4 Mehmood..

'' Masalah gini..koi ingat aok selesai dengan cara baik je lah..tak payoh lah nak buat akuan bersumpah gini ''..kata Tok 4 Mehmood..

'' Koi nak membersihkan nama koi je..ada ke pulak Pak Mahad ni senang senang je tuduh koi curi kambing dia ''..kata Deris..

'' Mengkala gitu..Tok 4 buat je akuan bersumpah Deris ni..'' kata Pak Mahad..

'' Koi setuju..Tok 4 saksi kepada akuan bersumpah koi ni ''..kata Deris..

'' Pening koi dengan aok me ni..mana lah koi reti nak buat akuan bersumpah ni ''..kata Tok 4 Mehmood..

'' Tulis je Tok 4..lepas tu kita mati setem..habis cerita ''..kata Deris..

Sehingga lah masuk waktu maghrib..surat akuan bersumpah tidak di siapkan dan tidak dapat dibuat kerana mereka tidak tau nak mula dari mana..yang pelik nya Pak Mahad tidak pun report kepada polis tentang kehilangan kambing beliau itu..

Deris pula mati mati suruh juga buat surat akuan bersumpah..

'' Tengok orang dalam berita suratkhabar tu senang je buat surat akuan bersumpah..siap dapat duit lagi ''..kata Deris dalam hati..

*** Akuan sesumpah..

Read more...

Dua juta tikus di George Town


* Banyaknya tikus di George Town berita selanjut di ( siNi )

'' Paleh..banyaknya tikus di George Town ''..kata encik Topik sambil membaca suratkhabar hari ini..sedang juga menghembuskan asap rokok berkepul kepul ke udara..

'' Hiss..kat mana mana je banyak tikus..kat tempat kita ni pun banyak juga ''..jawab Rosli Ghani yang sambil mengunyah kuih hati pari labu..

'' Semalam kawan dapat 2 ekor..mengena jerat masuk dalam kucing pekak kawan..leper ''..kata encik Topik..

'' Banyak tikus kat rumah aok yer?'' tanya Rosli Ghani..

'' Banyak juga..tikus mondok ada..tikus padi ada..tikus hemster ada..tikus tilam ada..dan juga tikus komputer ''...kata encik Topik..

'' Tikus komputer? ''.. tanya Rosli Ghani

'' Tetikus lah ''..jawab encik Topik..

Sesudah itu mereka pun membayar minum pagi masing masing..tak boleh tunggu lagi..kerja melambak lambak kat pejabat sedang menanti..sementara Rosli Ghani pergi ke Lokasi yang ditetapkan..

*** Sedang pegang tetikus..

Read more...

Rabu, 13 Oktober 2010

Ada kelibat wanita kendong anak

PEMANDU bas mendakwa pernah ternampak kelibat wanita mengendong anak dekat plaza tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.. berita di ( siNi )

'' Susulan kemalangan ngeri baru baru ni ada pemandu yang nampak kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka..ternyata tempat itu memang keras '' kata Ahmad Zaki yang sedang mebelek belek akhbar setelah sedap makan tengahari..

'' Pulak dah..mesti ada timbul punya cerita cerita Mistik sebegini setelah kemalangan berlaku ''..Sampuk Azman Zahari..

'' Tu..dekat pokok ara jalan masuk tempat kita ni pun keras juga..selalu dengar suara merengek rengek '..kata Ahmad Zaki..

'' Biar betul..koi rasa bila dengar suara merengek rengek tu kita kena buat report ''..kata Azman Zahari..

'' Report kat siapa? Polis ke atau Tok Bomoh hantu? ''..kata Ahmad Zaki..

'' Report kat Pejabat Agama..sebab itu suara merengek rengek bukan hantu mungkin juga suara orang bercanda '' kata Azman Zahari..

*** Tak per..malam ni kita skodeng dulu..''

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP