GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 30 Mac 2011

'Spiderman' panjat bangunan tertinggi




* ROBERT memanjat bangunan tertinggi di dunia, di Dubai, semalam.


DUBAI: Seorang lelaki Perancis yang terkenal kerana gemar memanjat bangunan tinggi berjaya memanjat struktur tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa di Dubai setinggi 828 meter, walaupun angin kencang menyebabkannya menangguhkan usaha itu selama beberapa jam.

Alain Robert, 48, yang juga dikenali sebagai ‘Spiderman’ Perancis, mengambil masa enam jam untuk memanjat bangunan setinggi lebih 160 tingkat itu, menggunakan tali dan ‘harness’ seperti ditetapkan penganjur.
Robert mengakui, penggunaan peralatan keselamatan terbabit dan kehadiran ramai orang yang berhimpun untuk menyaksikan cubaannya menjadikannya berasa lebih gemuruh.

“Sebenarnya saya rasa lebih banyak tekanan kerana saya tahu bahawa mereka menyiapkan semuanya untuk saya. Mereka juga memasang skrin gergasi setinggi 50 meter dan sepanjang 30 meter.

“Saya tahu semua orang melihat ke arah saya, jadi saya berasa sedikit tertekan,” kata Robert sebelum memulakan aktiviti berbahaya terbabit.

Sebuah ambulans dan pengusung ada di tepi bangunan bersama kenderaan bantuan lain sebagai persediaan kejadian tidak diingini berlaku.
Robert pernah ditangkap beberapa kali di beberapa negara kerana pihak berkuasa tidak memberikan kebenaran untuk beliau memanjat bangunan yang disifatkan bahaya.

Robert mula memanjat sebuah bangunan ketika berusia 12 tahun ketika terperangkap di apartmen dan kemudian memutuskan untuk memanjat bangunan setinggi lapan tingkat bagi membuka tingkap untuk keluar.

Sejak itu beliau memanjat lebih 80 bangunan di seluruh dunia termasuk Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Sears Tower di Chicago dan Taipei 101 di Taiwan. – AP/Agensi

* Sumber





*** Negara kita pun ada banyak Spiderman / Superman yang suka meniarap atas motor..


12 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 30 Mac 2011 pada 3:43 PTG  

Mmg seram nengok mamat nie memanjat bangunan :O

Sharinginfoz 30 Mac 2011 pada 4:24 PTG  

Suka betul spiderman ni panjat bangunan tinggi

hC 30 Mac 2011 pada 5:09 PTG  

wooo , power laa . cume dy x pakai baju spiderman jea . klo x . mesti dy teros dpt blakon spiderman 4 .


but ayat last tuu best ! LIKE :D

Sham 30 Mac 2011 pada 9:42 PTG  

giler betoi mat saleh ni ye...ari tu panjat KLCC kan...?

abadi romeo 30 Mac 2011 pada 9:46 PTG  

aku pokok jambu dan rambutan belakang rumah berani lah aku panjat...gayat weeeeh...

eelobor 30 Mac 2011 pada 10:37 PTG  

spiderman & superman kita lagi hebat kan?

zulkbo 31 Mac 2011 pada 1:22 PG  

salam..
mamat ni bbelum jumpa
istilah melayu....
"sepandai2 tupai melompat
akhirnya jatuh ke tanah jua"
bila dah jatuh tak guna dah..

Siti Noor Aminah 31 Mac 2011 pada 9:42 PG  

tak hensem la spiderman ni.. huhu

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP