GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 28 Mei 2011

Bunuh haiwan diet baru pengasas Facebook


SAN FRANCISCO: Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg hanya makan daging dari haiwan dibunuhnya dalam usaha menghargai kematian haiwan itu bagi membolehkan jutawan itu terus hidup.

Jutawan berusia 27 tahun itu mengamalkan diet itu sebagai siri cabaran peribadi terbarunya bagi menghabiskan masa terluang jika tidak berkerja mengendalikan Facebook, lapor majalah Fortune, kelmarin.

“Saya makan banyak makanan berkhasiat,” kata Zuckerberg yang dipetik Fortune ketika berbual mengenai langkah menukar pemakanan ternakan disembelih dalam menunya.

“Saya juga belajar banyak mengenai pertanian mapan dan cara menternak haiwan. Ia mudah untuk makan apa saja dihidangkan apabila kita boleh makan makanan bagus setiap hari,” tambahnya.

Seorang chef di Lembah Silikon yang tinggal tidak jauh dari kediaman Zuckerberg di utara California, Palo Alto turut memperkenalkan beliau kepada petani tempatan dan mengajarnya membunuh ayam, babi dan kambing pertamanya, kata Fortune. – AFP





1 Merujuk kepada perkara diatas :

Ateh Nour 28 Mei 2011 pada 1:01 PTG  

Sallam,

Lah, makan daging bersembelih pulak dah,
mintak2 terbuka hati pulaklah kearah Islam.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP