GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 24 Mei 2011

Topi Puteri Beatrice dilelong RM400,313


LONDON: Topi yang agak luar biasa dipakai Puteri Beatrice pada majlis perkahwinan diraja Britain bulan lalu dijual melalui satu lelongan di laman internet, eBay hujung minggu lalu dengan harga £81,100 (RM400,313).

Hasil jualan daripada topi direka Philip Treacy berkenaan akan dibahagikan dua antara Tabung Kanak-Kanak PBB, UNICEF dan Children in Crisis, sebuah badan kebajikan Britain.
Puteri terbabit, anak perempuan sulung Putera Andrew dan cucu kepada Ratu Elizabeth II memberikan saat paling dikenang pada hari dramatik itu apabila beliau mengenakan topi berbentuk seakan pretzel gergasi.

Malah ada yang membandingkan hasil rekaan topi itu seperti tempat duduk tandas dan ia mencetuskan penghasilan laman Facebook ‘topi perkahwinan diraja terburuk Puteri Beatrice’ yang mempunyai lebih 143,000 pengikut.

Puteri berkenaan berkata beliau sendiri ‘tidak percaya tindak balas yang mengagumkan kepada topi terbabit,” dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh UNICEF UK.

“Ia memiliki personaliti tersendiri dan saya sendiri gembira bahawa kita memungut sejumlah wang dan boleh membuat satu perubahan besar dalam kehidupan kebanyakan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia,” katanya. – AFP

3 Merujuk kepada perkara diatas :

Granny Hani 24 Mei 2011 pada 6:58 PTG  

kasi free pun tak nak lah saya.

ozzy 24 Mei 2011 pada 8:23 PTG  

macam2 la diaorg ni..duit terlebih-lebih

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP