GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 24 Jun 2011

Pelawat seksi dilarang jumpa banduan elak kecoh

NEW YORK: Pelawat berpakaian seksi hanya dibenarkan bertemu banduan penjara New York jika mengenakan kemeja- T hijau besar disediakan pihak berkenaan sebagai sebahagian daripada peraturan baru dilaksanakan di situ.

Menurut kenyataan Jabatan Penjara, peraturan di Penjara Pulau Rikers itu dilaksanakan untuk mengekalkan persekitaran “mesra keluarga” di pusat tahanan berkenaan.

Untuk melaksanakan kod berpakaian itu, penjara terbabit membeli kira-kira 750 baju hijau terang - semuanya bersaiz XXL - bagi mengelak bentuk tubuh pemakainya dilihat banduan.

Jurucakap penjara berkata, mereka cuba mengelak pelawat datang dengan pakaian merangsang banduan.

“Jika mereka muncul secara provokatif, ia mungkin mencetuskan kekecohan di kalangan tahanan,” katanya. Pada masa sama, penjara itu juga melarang pelawat datang dengan pakaian keterlaluan kerana ia mungkin digunakan untuk menyeludup barang berbahaya. - Reuters

* Sumber myMetro



5 Merujuk kepada perkara diatas :

eelobor 24 Jun 2011 pada 2:10 PTG  

yang mana muka jambu pun jadi adik kalau kat dalam penjara tuh.... huhuhuhu

Guru 24 Jun 2011 pada 2:17 PTG  

serba salah pihak penguatkuasa kan...

::FAIZ:: 24 Jun 2011 pada 2:59 PTG  

bagus, patut mana2pun buat mcm ni

Siti Hajar Masri 24 Jun 2011 pada 4:10 PTG  

negara bukan islam buat mcm tu..negara islam?

CekWa 24 Jun 2011 pada 8:12 PTG  

susah juga nak jaga banduan ni!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP