GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 14 Ogos 2011

Penyerang Muhammad Ashraf Haziq didakwa


* PAPARAN YouTube menunjukkan seorang perusuh mencuri barang daripada beg sandang Ashraf (kanan) sambil diperhatikan rakan-rakan mereka dalam rusuhan di London pada 8 Ogos lalu.

LONDON – Polis Britain mendakwa seorang lelaki kerana merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli di sini dalam insiden yang ditonton oleh berjuta-juta orang menerusi klip video di Internet, kata agensi polis Scotland Yard semalam

Dalam klip video berkenaan, Ashraf yang mengalami patah tulang rahang dalam kekacauan di Barking, timur bandar raya ini, dilihat sedang dibantu untuk berdiri oleh beberapa lelaki sebelum mereka sebaliknya meragut barang-barang di dalam beg sandangnya.

Susulan kejadian itu, polis Britain mendakwa Reece Donovan yang berusia dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Romford, di sini, kerana merompak Ashraf.

Seorang jurucakap polis berkata, Donovan dihadapkan ke mahkamah lewat semalam.

Dia ditangkap pada Khamis lalu berikutan kemarahan orang ramai berhubung serangan yang berlaku ke atas pelajar Malaysia berusia 20 tahun itu.

Ashraf menjalani pembedahan kerana patah tulang rahang pada Rabu lepas susulan serangan tersebut dan dibenarkan keluar dari hospital pada keesokan harinya. Klip video serangan tersebut ditonton hampir tiga juta kali di laman perkongsian video YouTube dengan insiden itu dikecam Perdana Menteri David Cameron yang menganggapnya sebagai ‘menjijikkan’.

Polis Britain telah menangkap lebih 1,600 orang semasa rusuhan empat hari yang menggemparkan bandar raya ini dan beberapa bandar utama lain di Britain pada minggu ini. – Agensi

* Sumber kosmo! Online

3 Merujuk kepada perkara diatas :

Hans Hanis 14 Ogos 2011 pada 12:20 PTG  

bagus
dakwa siapa yang jahat tu

eelobor 14 Ogos 2011 pada 12:22 PTG  

elok sangat la sebab isu nie melibatkan negara lain. malu la negara sekutu polis sedunia yang dok kecoh kat negara orang lain, tapi penjenayah di negara sendiri di lepaskan

FadhDeela 14 Ogos 2011 pada 2:47 PTG  

glamor asyraf nie..huhu bgs la perompak tu dah di dakwa

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP