GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 14 Ogos 2011

Pil khayal ketagihan Hollywood


* FERGIE pernah mengambil pil khayal.


Dadah bermutu rendah boleh rosakkan otak

LOS ANGELES: Penggunaan 'crystal methaphetamine' atau pil khayal kini menjadi dadah terbaru mendapat pilihan di Hollywood selepas kokain. “Dadah itu mula diedarkan dan semakin mendapat sambutan,” kata pakar ketagihan dan penulis Younger (Sexier) You, Dr Eric Braverman.

“Lagipun, ia tidak perlu diimport dan mungkin boleh dibuat di rumah. Oleh itu, ia antara yang sukar untuk dikesan oleh polis atau dikawal,” katanya.

Beberapa selebriti mengakui mereka mula menggunakan dadah terbabit. Di sebalik kejayaannya, Fergie, penyanyi ‘Black Eyed Peas’, mengakui sudah ketagih dengan dadah berkenaan.

Tidak lama selepas itu, anak lelaki Farrah Fawcett dan Ryan O’Neal, Redmond turut mengambil bahan berkenaan selepas pihak berkuasa menemui dadah itu di rumahnya di Malibu.


* PERUBAHAN ketara pada wajah dan fizikal selepas pengambilan pil khayal.

Kesan kepada ketagihan dadah khayal ini adalah ia boleh menjejaskan kesihatan dengan dahsyat. Dadah itu boleh menjejaskan keupayaan otak untuk mengawal bahagian yang mengeluarkan isyarat keseronokan dan ia boleh mengakibatkan kerosakan otak, kata Braverman. Penggunanya juga akan mendapat tenaga fizikal berterusan sekiranya terus menggunakannya. Biarpun diketahui mempunyai kesan kemusnahan yang menakutkan, ‘cyrstal meth’ masih terus mendapat tempat dalam industri hiburan.

 “Sering kali banyak tekanan untuk mempertahankan hubungan Hollywood dan ‘crystal meth’ meningkatkan prestasi seksual seseorang,” kata Braverman.

Alasan lain yang menjadikan dadah ini semakin popular dalam industri perfileman disebabkan ‘meth’ yang biasanya dirujuk sebagai kokain bermutu rendah disebabkan ia lebih murah berbanding dadah lain.

 “Dadah ini amat murah dan dibuat daripada bahan kimia yang boleh anda dapati dari kedai ubat,” kata pengasas dan pengarah pusat rawatan alkohol dan dadah Passages Malibu, Pax Prentiss.

 “Dadah paling mahal adalah heroin dan ia tidak biasa di kalangan seseorang selebriti yang mempunyai ketagihan heroin untuk membayar sejumlah AS$500 (RM1,500) sehari atau AS$200,000 (RM600,000) setahun.

 “Tetapi bagi dadah jenis ini, ia hanya membabitkan kos antara AS$20 (RM60) hingga AS$40 (RM120) sehari menyebabkan meth semakin diminat,” katanya. – Agensi

* Sumber berita harian Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP