GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 29 Oktober 2011

LGM hasilkan mesin bantu penoreh getah


* DR. Salmiah Ahmad (kanan) melihat mesin menoreh getah ARTS sambil diberi penerangan oleh Ketua Unit Reka Bentuk Produk, Dr. Nazirah Ahmad (kiri) dan pegawai penyelidik Lee Jiang Joon (tengah) di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Lembaga Getah Malaysia (LGM) melakar sejarah apabila berjaya menghasilkan mesin Sistem Toreh Getah Automatik (ARTS) yang pertama di dunia bagi memudahkan dan menjimatkan masa menoreh.

Ketua Pengarah LGM, Datuk Dr. Salmiah Ahmad berkata, ARTS bakal meningkatkan produktiviti industri getah negara dengan memudahkan proses penorehan dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

"Dengan ARTS, pekebun kecil boleh menentukan pukul berapa pokok getah perlu ditoreh, dikumpulkan dan terus dihantar ke pusat pengumpulan getah berhampiran.

"Bagi penyelenggaraan, pekebun kecil hanya perlu mengecas bateri dan pisau torehan setiap enam bulan sekali," katanya pada Persidangan dan Pameran Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS 2011) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, biasanya seseorang penoreh akan mengusahakan empat hektar kebun getah dengan kekerapan menoreh dua hari sekali.Bagaimanapun, dengan ARTS, pekebun boleh menoreh setiap hari dengan hanya menetapkan masanya.

Salmiah berkata, kelebihan ARTS ialah mampu menghasilkan susu getah tulen tanpa sebarang pencemaran kerana sistem automatik yang tertutup.

Selain itu, katanya, ARTS amat sesuai digunakan di kebun getah di kawasan berbukit kerana pengumpulan susu getah akan lebih mudah mengikut aliran graviti.

ARTS dihasilkan menerusi kerjasama antara LGM dengan syarikat inovasi terkenal, Zull Design Autotronic dan telah pun dipatenkan serta sedang diuji di ladang LGM Sungai Buloh.

Salmiah berharap ARTS akan digunakan bukan sahaja oleh pekebun kecil tempatan bahkan di negara pengeluar getah lain seperti Indonesia dan Thailand.

* Sumber



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Nizam 29 Oktober 2011 pada 8:27 PTG  

Berape la kos kene ter nanti.Koi riso pokok cepat jahanam je...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP