GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 28 Februari 2011

PRK N28 Kerdau : Senja di Simpang 4

Petang semalam kome balik Kampung..entah macam mana Aboh kawan ngajak berjalan jalan ke Kerdau..nak mengetea katanya.. '' dont wori aboh tuang minyak ''..jarak dari pekan Kuala Krau ke Kerdau tidak jauh..pecut laju laju 8 minit boleh sampai..jika membuat pemanduan dalam kewarasan kira kira 15 minit perjalanan..

Meski pun aboh kome tinggal dalam kawasan DUN Jenderak..dia berminat untuk berjalan jalan ke Kerdau.. nak nengok kemeriahan katanya..



'' Betul kata aboh kawan..sememangnya sunguh meriah..segalanya sudah bersimpang siur dengan kenderaan dan juga bendera bendera..



Ini Pekan Kerdau..sempat juga kawan bertugas disini selama 2 tahun


Melalui Pekan Kerdau terus menghala kejalan keluar melalui kawasan PAKR Paya Taram..tidak dapat dipastikan kenapa perumahan ini jadi begini..yang pasti tentu ada perubahan selepas PRK ini..



Melintasi Simpang 4 Kerdau.. ''..kita berhenti kawasan ini cari tempat untuk megetea ( minum tea ) ''..ajak aboh kawan..



Dengan senang hati kawan menghalakan kereta dan berhenti di Simpang 4 ini..nampak yang punyai khemah besar itu adalah pos kawalan Polis sempena PRK ini..




'' Aboh kawan masih segak bergaya lagi



'' Lantas ke sebuah gerai minuman dan mengoder tea tarik gelas besar punya..pekena pula roti canai 2 keping seorang...Aboh kawan bayor..hahaha!

Setelah selesai terus pulang : .. '' Nanti ada time kita ronda lagi kesini ''..kata Aboh kawan

*** PRK memang meriah..cuba tinjau tinjau juga di mana port usop ( Al Manqaraki ) ..tapi tidak ketemui..mungkin hari jumaat ni bertemu beliau..


Read more...

Pelacur iklankan perkhidmatan di Facebook


* LAMAN seorang pelacur yang dikenali sebagai Molly Ravish di laman sosial Facebook.

NEW YORK - Pelacur-pelacur di sini mengiklan perkhidmatan mereka di laman sosial Facebook, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang ahli sosialogi Universiti Colombia, Sudhir Venkatesh yang melakukan satu kajian terhadap 290 pekerja seks.

Menurutnya, 83 peratus daripada pekerja itu didapati bergantung kepada Facebook untuk menggoda lelaki bagi menjadi pelanggan mereka.

Salah seorang pelacur yang mengiklankan perkhidmatan mereka di laman tersebut dikenali sebagai Molly Ravish.

Ravish menyatakan dalam laman itu bahawa dia merupakan seorang teman wanita yang berpengalaman.

Dalam laman itu, dia meminta pengguna Facebook untuk mengunjungi laman webnya untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkannya.

Dalam laman webnya, dia menawarkan perkhidmatan selama satu jam dengan kadar bayaran AS$200 (RM610) dan AS$150 (RM458) untuk seks oral. - Agensi

* Sumber koSmo! Online

*** Bermacam macam kaedah yang boleh di buat dengan akaun Facebook ini yer..segala bentuk perniagaan boleh di lakukan..

'' Li ...aok ada akaun Facebook tak? ''..kata encik Topik kepada Rosli Ghani..

Sememang nya encik Topik tau yang Rosli Ghani ini buta it..tapi dek kerana mengada encik Topik yang mempunyai 3 akaun Facebook ini bersahaja tanya kepada rosli Ghani..

'' Minta maaf..koi akaun facebook tak der..tapi Twitter ada..ni dah siap set kat Hendphone lagi ''..kata Rosli Ghani sambil menayang nayangkan hendphone yang baru dibelinya..

*** Hah ! ..Selamat pagi iSnin `...



Read more...

Ahad, 27 Februari 2011

PRK : N28 DUN KERDAU ( Lalu di Kerdau )


Satu petang ketika bergerak ke bandar Mentakab..

'' Kenapa banyak sangat bendera di kiri kanan jalan ni Aboh?''..tanya Aina..

'' Itu orang nak kempen untuk mengundi ''..kata Bapa Aina..

'' Kena kempen untuk mengundi yer ..untung ke orang buat begini Aboh? ..tanya Aina lagi..

'' Kempen ini sangat penting dalam menentukan kemenangan..kemenangan nanti akan menentukan kerajaan mana yang memerintah..yang untung kepada penduduk jika berlaku pilihanraya kecil..boleh mohon nak minta apa saja..parti bertanding pula boleh membuat bermacam janji ''..kata Bapa Aina..

'' Macam tu ye Aboh..tapi bulan dulu Aboh ada janji untuk belikan Aina hendphone..tunggu sampai sekarang masih tiada lagi..Aboh jangan berjanji macam dalam kempen pilihanraya yer..bila menang janji tak ditunai..tentu kena sumpah oleh masyarakat ''..kata Aina dengan petahnya..



Bapa Aina tersengih sambil memandang kepada bendera bendera parti yang megah berkibar di tiup angin..

*** Ada kenangan terbaik kome di Kampung Lipat Kajang Kerdau..



Read more...

Sabtu, 26 Februari 2011

Bloglist Anastasyea bulan Mac 2011


Jadi sesiapa yang nak menyertai bloglist beliau ini sila ke ( siNi ) Cepat ye rodong semua kerana tarikh tutup pada 3hb Mac 2011..

Kome menyertai untuk menempel didalam bloglist beliau ini kerana kome suka blog beliau..ada informasi terkini dan macam macam lagi..penulisan beliau sangat mudah difahami..

*** Manis orang nya..haha!


Read more...

Pejabat pos buka esok untuk pengguna bayar saman

Berita tentang Pejabat Pos..terkini : Utusan Online


KUALA LUMPUR 26 Feb. — Semua pejabat pos di seluruh negara dibuka esok untuk memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman trafik mereka pada hujung minggu.

Pengarah Pengurusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar berkata, waktu operasi adalah seperti hari biasa.

"Kami faham ada pelanggan yang sukar menjelaskan bayaran saman mereka pada hari bekerja, justeru kami berusaha membantu dengan membuka pejabat pos terpilih untuk sebarang urusan pada hari Ahad.

"Kami harap pelanggan akan menggunakan peluang ini untuk menjelaskan bayaran saman mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian Posline di 1-300-300-300 atau layari laman web www.pos.com.my. — Bernama

*** Tadi baru lepas baharui rod tex di Pejabat Pos..selamat tiada saman..



Read more...

Nina Montok jadi rebutan


* Penangan getah mahal



* Kredit MyMetro

Apa cerita tentang Nina Montok ini sampai ada yang beratur panjang?

SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.. langsung berita sila ketik ( siNi )

*** Mona Gersang dan Nina Montok macam serupa jer !


Read more...

Jumaat, 25 Februari 2011

Filem : Khurafat ( aStro first )


'' Aboh.. filem seram '' Khurafat ''..dah masok aStro first ''..kata Aina..

Nak tak nak dan sememangnya bapa Aina minat juga dengan filem seram begini..maka bapa Aini pun memesan juga melalui SMS untuk filem ''Khurafat '' ini..Filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusof terbitan Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios sdn Bhd

Sinopsis Khurafat:-

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh..



* Liyana Jasmy dan Syamsul Yusof

Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…

Iklan : -



* Sabrina Ali


Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.



* Liyana Jasmy dan Fauziah Nawi

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung..

Trailer : -



Ada ketika terkejut juga..ada ketika rasa macam nak tergelak..boleh lah untuk menonton se isi keluarga..ada ketika Aina berselubung dengan kain selimut..terkejut nampak mata hantu kaler merah katanya ..

*** Kredit untuk pelakon Sabrina Ali yang masuk dalam peti sejuk bilik mayat dan juga dimandikan serta dikafankan..


Read more...

Kereta kebal diparkir di tepi jalan


* KERETA kebal milik Nicholas Kravchenko diletakkan di tepi sebatang jalan raya dekat rumahnya di Wolvercote, Britain baru-baru ini.


WOLVERCOTE, Britain - Sebuah kereta kebal milik seorang penduduk diparkir di tepi jalan di luar rumahnya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan pemilik kereta kebal itu meletakkan kereta kebal tersebut di tepi jalan telah menyebabkan jiran-jirannya marah.

Jiran-jirannya itu mengadu kereta kebal itu 'menyakitkan mata' mereka kerana ia menjejaskan pemandangan yang indah di kawasan berkenaan.

Namun, pemilik kereta kebal seberat empat tan itu, Nicholas Kravchenko menegaskan, tidak ada undang-undang yang melarang beliau meletakkan kereta kebal tersebut di tepi jalan.

Beliau yang merupakan bekas jurutera tentera membeli kereta kebal era tahun 1960-an itu daripada Kementerian Pertahanan pada harga lebih £10,000 (RM49,545).

Menurutnya, kereta kebal itu mempunyai kelajuan 32.10 kilometer sejam. - Agensi

* Sumber koSmo

*** Ada sebijik kat rumah baru gempak ni..pusing mata jiran jiran tengok..



Read more...

Senyum dipagi hari jumaat ( satu badan gatal gatal )

Bercerita tentang prodak langsing yang mendatangkan mudarat kepada si pemakai..

'' Naya..ibu kepada 4 anak di Johor Bahru tu..sudah lah rugi RM10,000 dapat pula penyakit gatal gatal badan ''..kata Kak Zakiah..

'' Kenapa Kak? ''..tanya Rozita..

'' Hendak langsingkan badan..dapat lain penyakit..duit habis ''..kata Kak Zakiah..

'' Agaknya prodak tu tidak sesuai..langsung yang jadi macam tu ''..kata Rozita..

'' Lebih naya akibat dari gatal gatal badan..suami wanita tersebut sampai hati mula menjauhkan diri ''..kata Kak Zakiah..



'' Hah !..tu lah orang lelaki..bila keadaan isteri jadi macam gini mula lah menjauhkan diri..bukan nak dorong bagi kerjasama untuk pulihkan isteri tu..bila time elok sedap je pakai..bila tak elok mula lah jauh ''..kata Rozita dengan suara yang sedikit tinggi..

'' Tapi suami dia yang dorong bagi RM10,000 untuk prodak pelangsingan badan tu ''..kata Kak Zakiah..

'' Hmmm ''..jawab Rozita ringkas..

* Sumber ( siNi )

*** Moh.. minum pagi ..



Read more...

Khamis, 24 Februari 2011

Wanita cekup suami khalwat


ALOR SETAR: Seorang isteri yang tidak tahan melihat kecurangan suaminya kerana kerap pulang lewat dan bermalam di rumah teman wanitanya sejak beberapa bulan lalu nekad mencekup suaminya di sebuah rumah sewa di Kampung Didik, Kuah, Langkawi, pagi semalam.

Wanita berusia 30 tahun itu berang melihat suaminya yang berusia 34 tahun hanya berseluar dalam dan tidur di atas katil ketika anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) membuat pemeriksaan di sebuah bilik utama di rumah berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi.

Dia yang gagal mengawal perasaan marahnya memaki-hamun wanita berusia 29 tahun yang dicekup bersama suaminya itu sebaik pintu bilik dibuka..

sumber terkini myMetro

*** Ini maut punya kes !


Read more...

Bayar sekarang!


PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.

Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ..

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan..selanjutnya di Utusan Online

" Laju saja pagi ni nak kemana bang? ''..tanya Puan Rodziah isteri encik Topik..

'' Nak ke Pejabat Pos bayar saman tertunggak trafik sudah hampir satu tahun..nanti tak boleh hidup rod tex ''..jawab encik Topik..

'' Tapi bang belum dapat gaji lagikan ''..tanya lagi Puan Rodziah

'' Alamak terlajur dah ni..jika lebih 28hb ni tidak dapat membayar nama abang kena di senaraikan hitamkan ''..kata encik Topik..

'' Habis tu nak buat guane bang? ''..tanya Puan Rodziah..

'' Pinjam lah duit aok dulu..nanti gaji 28hb ni ganti ''..minta encik Topik..

'' Ishkkk...kena juga kome ''..berkata dalam hati Puan Rodziah..

*** Kome pun kena membayar juga satu saman..rod tex kereta luput pada 28hb ni ha..ha ha!


Read more...

Rabu, 23 Februari 2011

PRK N28 Kerdau : Mimpi tentang bulan


Bagi yang meminati politik pastikan mengambil tahu tentang situasi sekarang.. ada dua pilihanraya kecil akan berlangsung serentak berikutan permergian ADUN iaitu di Kerdau Pahang dan Merlimau Melaka..

Begitu juga dengan encik Topik yang mengikuti perkembangan ini..cuma Rosli Ghani sahaja bersikap sedang cuba mengambil tahu..

Pertemuan mereka di Gerai belakang pejabat Pos sewaktu sedang minum minum petang..

'' Pilihanraya kecil ini pastinya sungguh meriah Li ..ingat petang esok kita jalan jalan kat pekan Kerdau nak? ''.. kata encik Topik..

Jarak daerah mereka dengan pekan Kerdau cukup dekat..kira kira 30 minit perjalanan..

'' Koi ndak juga ngikut aok tu ..tapi petang esok koi cenderung kearah memikat burung lagi ''..kata Rosli Ghani..

'' Lorr..aok rasa parti mana menang ''..tanya encik Topik..

'' Koi rasa bulan..sebab akhir akhir ni koi kerap sangat mimpi tentang bulan..bulan sangat penting dalam kehidupan yang selalu melingkari hidup kita ''..jawab encik Topik..

'' Sampai terbawak ke dalam mimpi ye Li?..apa yang penting sangat tentang bulan ni Li "..tanya encik Topik..

'' Lorr...tak kan aok tak tau.. pentingnya bulan dalam hidup kita 1. kita tunggu gaji hujung bulan 2. Nak bayar hutang dan segala bil kena tunggu cukup bulan 3. perjalanan kehidupan kita dan segala macam ketetapan bergantung pada haribulan..pendek kata pentingnya bulan..dan yang ke 4. salah satu pentingnya kesihatan wanita adalah '' datang bulan ''... kata Rosli Ghani..

Tu yang encik Topik sering berfikir tentang Rosli Ghani ini..nampak macam orang selenge' ( sengal ) tapi sesekali mengeluarkan pendapat penuh dengan kiasan..

*** Sedang tunggu gaji dihujung bulan .. '' tadi dapat pangggilan telipon dari blogger Usop (Al Mankaraqi) ajak kempen di Kerdau..



Read more...

Pesta kaut beras di lebuh raya


* Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam.

KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.

Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.

Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing..

* Sumber koSmo

*** Ini dulu berita tentang orang ramai kutip duit syiling ketik ( siNi )





Read more...

Syed Ibrahim diumum sebagai calon BN DUN Kerdau



* Ini dia Calon daripada Barisan Nasional untuk PRK N28 DUN Kerdau yang baru di umumkan tadi..

Beliau adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini..

*** Nengku tak ngundi Pok Engku sebab Nengku mengundi di DUN Semantan..DUN Semantan pun sekarang waris Nengku ..Hahahaha!



Read more...

Selasa, 22 Februari 2011

Acara tumbuk sambal belacan serentak Ahad ini


* Gambar ini dari google


KANGAR - Sebanyak 1,000 peserta disasarkan menyertai acara tumbuk sambal belacan secara serentak sempena ”Pesta Angin Timur Perlis di Bendang” yang akan berlangsung di kampung Banir Tembus, Simpang Empat dekat sini Ahad ini.

Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis, Mohd. Rizal Ismail berkata, penyertaan masih dibuka kepada orang ramai yang berumur lebih 13 tahun untuk menyertai acara yang akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records itu.

Penyertaan dibuka sehingga 5.30 petang 24 Februari ini untuk memberi ruang lebih ramai peserta menyertai acara yang menarik itu.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis dengan menelefon Faizal Fuad 017-4152884 atau Lee-Yau a/p Chun di Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia, Perlis melalui telefon 012-5683756. - Bernama

* Sumber koSmo! Online

*** Sangat menarik ini..ternyata yang pasti pengemar pengemar belacan akan menyertai acara ini..



Read more...

Menyibuk lagi


Hari ini ada orang sibuk dengan kerja ..

1. Ronda kawasan

2. Tangkap gambar

3. Buat report

4. Ambil anak Sekolah

5. Makan tengahari

6. Ronda kawasan

7. Tangkap gambar

8. Buat report

9. Ronda kawasan

10. Tangkap gambar

*** Betapa sibuknya orang itu..

Read more...

Isnin, 21 Februari 2011

Calon pilihan raya yang hilang di temui semula

Ini Calon pilihan raya Universiti Malaya ( UM ) yang hilang telah ditemui semula..ikuti berita di bawah * Sumber ( mstar Online )


* Masturah Abu Bakar, Calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu lalu kini kembali ke rumah keluarganya di Sungai Buloh


KUALA LUMPUR: Calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu lalu kini kembali ke rumah keluarganya di Sungai Buloh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, Masturah sampai di rumahnya kira-kira pukul 1.30 pagi Isnin.

"Keluarga gadis berkenaan belum memberikan sebarang kerjasama, namun kami berharap untuk merekodkan kenyataannya segera," katanya.

Masturah, pro-Mahasiswa dikatakan telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ancaman dari orang tak dikenali sebelum dilaporkan hilang.

Sementara itu, Zulkifli turut menasihati calon yang bertanding supaya membuat laporan polis sekiranya menerima sebarang ugutan.

"Kami tak boleh ambil tindakan sekiranya pihak yang berkenaan tidak membuat laporan polis dan bekerjasama dengan kami," katanya.

Masturah dilaporkan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu.

Kehilangan pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam itu disedari oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd. Mansor sejak pukul 5 petang Sabtu sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Pantai..

*** Harap Calon calon PRK tidak hilang dikawasan DUN masing masing nanti..



Read more...

Seks oral: Pemain bola sepak Perlis mengaku tak bersalah

SUNGAI PETANI - Seorang pemain bola sepak pasukan Perlis hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan salah laku seks oral dan mencederakan seorang gadis di sini, baru-baru ini.

Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, pemain pertahanan Perlis meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mahkamah Sungai Petani, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Pemain bola sepak Perlis itu dari Flat Paya Nahu, Sungai Petani menghadapi dua kes membabitkan tiga pertuduhan manakala mangsanya dari Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani.

Dalam kes pertama, dia dituduh pada 13 Februari lepas antara pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang di rumah kosong nombor 533, Jalan Taman Batik, Sungai Petani, mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang gadis berusia 17 tahun, dan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam kes kedua, dua pertuduhan dikenakan terhadap Muhammad Munawwar iaitu dituduh mencabul kehormatan gadis tersebut dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa, satu kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - Bernama

* Sumber terkini koSmo

*** Ngapa pulak pemain bola ni jadi gini?..


Read more...

Menjelang PRK N28 Kerdau


Semua Hotel telah habis di tempah

TEMERLOH 20 Feb. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini telah mengubah landskap ekonomi di kawasan itu berikutan permintaan terhadap hotel terkenal dan hotel bajet serta rumah sewa mendapat permintaan luar biasa berbanding sebelumnya.

Bagi yang belum mempunyai penginapan untuk berkempen pada PRK DUN Kerdau, mereka pasti kecewa kerana kerana semua hotel yang ada di daerah ini telah pun ditempah sejak lima hari lalu.

Pengurus Hotel Seri Malaysia cawangan Temerloh, Rosli Yusoff berkata, semua 50 bilik yang ada di hotel tersebut sudah penuh sejak tiga hari lalu..berita penuh Klik ( siNi )

Kotakan janji

TEMERLOH 20 Feb. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melaksanakan pembangunan dan prasarana di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau seperti yang janjikan oleh Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim kepada penduduk di kawasan berkenaan sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan akan meneliti dan memberikan keutamaan projek yang benar-benar memberikan manfaat kepada mereka.

Katanya, BN tidak membuat janji kosong dan akan mengotakan kesemua janji itu yang dibuat secara berperingkat.. berita penuh klik ( siNi )

PRK ini diadakan serentak DUN Kerdau dan DUN Merlimau

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac hari pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, sama tarikh dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media di Hotel Hilton, malam tadi.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan diadakan bersama pegawai SPR selama sejam bermula jam 9 malam tadi.

“Bagi tujuan menjalankan pilihan raya kecil N28 Kerdau, Pahang, SPR yang bermesyuarat pada hari ini (semalam) bersetuju melantik seorang pegawai pengurus pilihan raya dan tiga penolong pegawai pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan.. berita penuh klik ( siNi )

*** Seronok juga mengundi ni..



Read more...

Ahad, 20 Februari 2011

KWSP umum dividen 5.8 peratus


KUALA LUMPUR, 20 Feb — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.

"Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya.— Bernama

* Sumber Utusan Online

*** Lagi 3 tahun lagi 3 tahun hahaha!


Read more...

Lelaki mabuk untuk ujian memandu


BUCHAREST: Seorang pemandu yang disenarai hitam terlepas peluang untuk mendapatkan lesennya semula apabila muncul untuk menduduki semula ujian teori memandu dalam keadaan terlalu mabuk.

Lelaki itu, Florin I, dari kawasan Adjud di daerah Vrancea, Romania, hilang hak untuk memandu apabila ditahan memandu dalam keadaan mabuk, dua tahun lalu.

Dia datang untuk menduduki ujian itu sekali lagi, namun berkata terlalu gementar dan memerlukan ‘sesuatu untuk menambah keyakinannya.’
Cristina Tanasa, seorang jurucakap polis tempatan berkata: “Calon itu diuji dengan alat pernafasan dan keputusannya dia mencatat 1.11 miligram alkohol.

“Pemeriksa menyedari calon berjalan terhuyung hayang dan membuat keputusan melakukan ujian alkohol. Dia disuruh pulang.”

Lelaki 42 tahun itu diberitahu dia dibenarkan menduduki ujian sekali lagi jika berkeadaan waras. – Agensi

* Sumber berita harian online

*** Hebat..orang ini test lesen dalam keadaan mabuk..



Read more...

Sabtu, 19 Februari 2011

Meliwati 1000 posting


Diam tak diam rupa nya blog relevan Sokmo ini telah pun melewati 1,000 posting.. ada posting asli ada yang kopi dan paste..janji entri..


Pageviews yang tertinggi masih lagi berkisar tentang kambing..apa lah punya istimewa kambing ini ketik (
siNi )



Ini pula jumlah pelawat dalam sesuatu masa..pelik juga..selalu paling tinggi 9 pelawat dalam sesuatu masa..auto trafik gamaknya..tu pun hanya sekali dalam tempoh 3 tahun blog ini di buka..



Ini jumlah pengikut seramai 752 orang dan jumlah posts yang sudah melewati angka 1,000..




Ini pula Relevan Sokmo on Facebook.. jika berkenan ketik ( enjut ) like saja..





Semenjak 2 menjak ini selalu saja pelawat dari Amerika Syarikat yang masuk blog ini..

*** Ucapan terima kaSih kepada rodong rodong yang banyok menyapot blog relevan Sokmo ini..



Read more...

Graduan rakam gambar raksasa


* GAMBAR raksasa di Tasik Windermere, Britain dirakamkan oleh seorang graduan, Tom Pickles pada minggu lalu.


TASIK WINDERMERE, Britain - Seorang graduan teknologi maklumat, Tom Pickles merakamkan gambar seekor raksasa di sini pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar raksasa yang diberi nama Bownessie oleh penduduk tempatan itu dirakamkan menerusi telefon berkamera.

Nama itu diberikan kerana makhluk tersebut berada di dalam tasik di bandar Bowness.

Menurut pemuda berusia 24 tahun itu, raksasa itu mungkin sebesar tiga padang bola sepak.

"Saya boleh memberitahu bahawa ia lebih besar jika makhluk itu berada di dasar laut," katanya yang melihat raksasa tersebut selama 20 saat.

Semasa gambar itu dirakamkan, Pickels sedang berkayak di tasik tersebut bersama dengan teman wanitanya kerana mereka mengikuti kursus bina semangat syarikat tempat dia bekerja.

Gambar yang dirakamkan graduan itu menunjukkan beberapa bonggol di badan raksasa tersebut.

Menurut Pickles, raksasa itu berenang dengan pantas.

Teman wanitanya, Sarah Harrington, 23, berkata: "Ia (makhluk itu) seperti seekor ular yang besar. Saya melihatnya selama beberapa saat tetapi apa yang saya fikirkan ketika itu ialah saya perlu keluar dari tasik tersebut." - Agensi

* Sumber KoSmo

*** Raksasa pulak dahh..kejap lagi Ultraman sampai..





Read more...

Kenaikan harga barangan, fenomena global, kata Najib

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, bahawa kenaikan harga barangan dan petrol merupakan satu fenomena global di mana tiada satu negara pun terlepas daripada kesan kenaikan itu.

Malah kata Perdana Menteri, ada setengah negara seperti Iran di mana harga minyak naik sampai mencecah 200 peratus manakala di China harga gandum turut meningkat.

Katanya, kebanyakan kenaikan berlaku pada bulan Oktober tahun lepas dan berlanjutan sehingga sekarang.

Najib berkata, dalam pertemuannya dengan Menteri Perdagangan dan Industri India, Anand Sharma hari ini, menteri berkenaan memberitahu bahawa negara itu turut menghadapi tekanan harga makanan yang sudah melambung.

"(Jadi) saya nak beritahu ini (kenaikan) bukan kerana (kerajaan) BN... ini merupakan fenomena global... jadi tak boleh kita persalahkan (kerajaan),” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenaikan harga barangan dan petrol yang semakin meningkat. - Bernama

* Sumber terkini Utusan..

*** Barang sentiasa naik harga..kecuali tambang teksi turun.. ( bila turun kena bayar )



Read more...

Jumaat, 18 Februari 2011

Senyum dipagi hari jumaat ( kejam )


'' Sekarang terlalu banyak perbuatan kejam oleh manusia manusia yang tidak berhati perut ''.. kata Kak Zakiah..

'' Betul tu kak..bunuh sana sini..buang bayi..rogol..bertindak kejam pada isteri dan macam macam penderaan lagi..manusia yang sanggup melakukan begini sudah tidak punya rasa belas ''..kata Rozita..

'' Akal manusia begini sudah rosak.... ehh? itu yang merah merah lebam kat bawah leher Zita tu kenapa..tanya kak Zakiah


'' Ini perbuatan kejam suami Zita malam tadi ''..kata Rozita..

'' Cis..mentang mentang lah suami Zita bertindak kejam ye ''..kata kak Zakiah..

Lantas mereka berdua pun ketawa ..

*** Selamat pagi jumaat..

Read more...

Khamis, 17 Februari 2011

Jadual Lakonan Rozita Padat Gara-Gara Tak Jadi Bersara


* Rozita Che Wan
* kredit mStar

'' Akibat dari Jadual yang padat dengan lakonan tu yang buat pelakon pujaan hati koi iaitu Rozita Che Wan tak jadi bersara ''..kata encik Topik

Encik Topik dan Rosli Ghani amat bersenang lenang pada petang ini kerana boss masing masing out station.. tu yang mereka berdua belum habis waktu kerja sudah terpacak dekat warung belakang pejabat pos untuk minum petang..

'' Alasan saja Rozita Che Wan tu..ini semua hanya untuk publisiti ''..kata Rosli Ghani..

'' Aok jangan gitu Li..mungkin dia sibuk benor sekarang ni..maklum lah tawaran berlakon semakin banyak ..demi untuk peminat tu yang beliau tidak jadi bersara ''..jawab encik topik dengan nada yang membela..

'' Ishkk..mana ke sibuk Rozita tu.. semalam nampak naik bas pergi bandar..beli lauk pauk kat pasar..pas te tolong mak dia berniaga..asyik main SMS pulak tu..kekadang mak dia jerit dia buat tak tau saja ''..kata Rosli Ghani..

'' Woii..Rozita mana pula yang aok maksudkan ni Li?.. tanya encik Topik..

'' Rozita anak Mak Cik Leha warung hujung kampung sana ''..jawab Rosli Ghani..

'' Raban dah aok ni Li ''..kata encik Topik...

*** Raban sungguh ! ..



Read more...

Rakyat kita beli telefon bimbit RM4.5b


KAJIAN syarikat penyelidik pasaran, GfK Malaysia mendapati lebih 7.5 juta telefon bimbit bernilai lebih RM4.5 bilion terjual di Malaysia pada tahun lalu.

Pelanggan membeli 24 peratus lebih banyak unit telefon bimbit yang meningkatkan nilai keseluruhan industri sebanyak 30 peratus berbanding 2009. Dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam, syarikat itu berkata telefon pintar adalah penyumbang utama prestasi baik industri itu.

Sejak awal 2010, nilai jualan telefon pintar sudah meningkat secara tekal setiap bulan dan menguasai 72 peratus daripada keseluruhan jualan telefon menjelang Disember.

Pengurus Besar GfK Malaysia, Jennifer Chan berkata, pergerakan yang lebih meluas dan keperluan untuk berhubung bagi melaksanakan kerja dan tujuan lain adalah sebab peningkatan trend pemilikan telefon pintar.

Pengguna juga terkeliru untuk memilih pelbagai sistem operasi (OS) yang ditawarkan oleh pengeluar telefon. Di segi sumbangan jualan keseluruhan, telefon pintar berada dalam kumpulan harga antara RM500 dan RM1499 dengan penguasaan 64 peratus dengan 38 peratus daripadanya bernilai lebih RM1000.

*** Hendphone sudah semacam satu keperluan sekarang ini..



Read more...

Kereta baru PM Britain kalis bom


* CIRI-CIRI istimewa kereta rasmi Perdana Menteri Britain, David Cameron.


LONDON - Kereta Jaguar XJ X351 yang digunakan sebagai kenderaan rasmi Perdana Menteri Britain, David Cameron, dilengkapi pelbagai ciri istimewa bagi menghalang serangan pengganas, lapor sebuah akhbar semalam.

Banyak ciri tersebut dirahsiakan tetapi kereta mewah berharga £200,000 (RM977,309) itu dilaporkan memiliki perisai kalis bom, tayar masih boleh bergerak walaupun pancit, tingkap kalis peluru dan bekalan oksigen untuk digunakan dalam serangan kimia atau biologi.

Kereta itu juga dipercayai dilengkapi senjata yang boleh digunakan petugas keselamatan untuk membalas tembakan sekiranya mereka diserang.

Kereta XJ X351 itu mampu memecut selaju 264 kilometer sejam kerana ia dijana enjin petrol berkuasa tinggi dengan kapasiti 5.0 liter yang berupaya mengeluarkan 503 kuasa kuda (hp).

Kenderaan itu jauh lebih berkuasa berbanding Jaguar XJ standard yang cuma mengeluarkan 385 hp.

Satu kelemahan kereta tersebut adalah ia menggunakan banyak petrol iaitu 3.78 liter petrol untuk jarak 36.8 kilometer manakala pengisian tangki penuh memerlukan belanja sebanyak £104 (RM507).

- Agensi

* Sumber koSmo

*** James Bond



Read more...

Rabu, 16 Februari 2011

Guna Facebook cari keldai dadah


Sindiket dadah antarabangsa dan tempatan kini menggunakan laman sosial Facebook untuk merekrut rakyat tempatan menjadi kaldai dadah.

Taktik itu terbongkar ekoran penahanan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun, yang membawa dadah jenis kokain di Lapangan Terbang Ezeiza Buenos Aires, Argentina, akhir bulan lalu.

Hasil soal siasat, suspek yang berasal dari Sungai Cincin, Gombak, mengaku dibayar RM7,000 bagi membawa masuk bungkusan yang didakwa mengandungi batu permata hitam ke Argentina.

Urusan membawa bungkusan itu dilakukan menerusi Facebook.

Setakat ini 5 ejen tempatan yang terbabit dalam sindiket dagangan dadah menggunakan laman sosial itu turut ditahan.

Penggunaan Facebook juga dikatakan memudahkan dalang melepaskan diri jika kaldai dadah tertangkap.

Ganjaran lumayan juga punca ramai yang mudah terpengaruh..

Sumber portal tv3

*** Cari jodoh dengan Facebook..cari kawan dengan Facebook..cari lawan dengan Facebook...cari dadah dengan Facebook..banyak mencari apa jua dengan Facebook..kome cari awek je dengan Facebook..Haha!



Read more...

Sesekali encik Amirul turun paSar malam ( Aina dan Bapa beliau )

Malam tadi encik Amirul turun pasar malam..beliau mendapat gaji pada pertengahan bulan..sambil menunggu keputusan SPM beliau membuat pekerjaan sampingan..jadi setelah bertungkus lumus dengan pekerjaan dan telah mendapat imbuhannya..maka dengan senang hati beliau telah turun ke pasar malam dan membeli kuih muih dan macam macam lagi makanan..

'' Banyok nya makanan..terima kasih abang Amirul..nanti ujung bulan beli macam ni lagi ''..kata Aina..

'' Makan je lah ''..jawab Bapa Aina yang sedang megepong tongkeng ayam..




* Terserlah sudah kedewasaan encik Amirul



* Makanan yang dibawa pulang oleh encik Amirul



* Apam balik..peberet bapa Aina



* Chicken ball..dan tongkeng ayam..rasa sedap juga..sesekali terselamat juga bajet bapa Aina untuk KFC



* Putu Bambu..lemak lemak manis..agak tidak sesuai untuk penghidap diabetes..



* Kuih bakar..lepat labu dan pisang..sedap juga rasanya



* Ini dia ..sudah sedia untuk dimakan..terpaksa alas dengan suratkhabar sebab Bapa Aina selalu makan bersepah..

'' Nanti kita ajak abang Amirul pergi KFC atau pun Pizza yek? nak ajok Aboh entah bila ''..kata Aina lagi..

*** Huh ! ...



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP