GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 31 Mac 2011

Poco-Poco Hanya Senaman, Tidak Perlu Diharam Ke Negeri Lain - Mashitah

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.

"Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain.

"Tapi di tempat-tempat lain yang saya sendiri perhatikan ia berbentuk lebih kepada senaman yang mana kalau nak buat aerobik itu pada orang tua mungkin agak agresif.Jadi poco-poco ini digunakan sebagai wadah untuk orang bersenam, itu yang saya lihatlah," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti yang diumumkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya setiap negeri berhak mempunyai fatwa yang bersesuaian dengan negeri masing-masing, begitu juga di Perak yang sudah tentu mempunyai alasan tersendiri untuk mengharamkan tarian itu.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan terhadap fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi. "Poco-poco itu adalah muzakarah fatwa di Perak sahaja. Sehingga kini keputusan itu belum diwartakan. Bermakna selagi itu, ia tidak berkuatkuasa. Kalau berkuatkuasa pun ia hanya di Perak sahaja kerana ia bukan hasil dari keseluruhan muzakarah mufti," kata Mashitah.

Ketika ditanya sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mengkaji pengharaman tarian itu, beliau berkata ia perlu dikaji sekiranya terdapat aduan daripada rakyat.

"Kalau tidak ada orang nak mengadu, jadi tiada punca kita nak mengkaji benda ini kerana tidak ada sebarang aduan yang melihat bahawa poco-poco ini associate dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan agama," katanya.

Terdahulu beliau melancarkan prapelancaran Album Masjid: Lambang Ketamadunan Islam di Malaysia yang mempamerkan keunikan gabungan seni fotografi dan fakta mengenai masjid-masjid di seluruh negara. -BERNAMA

Read more...

Rabu, 30 Mac 2011

'Spiderman' panjat bangunan tertinggi




* ROBERT memanjat bangunan tertinggi di dunia, di Dubai, semalam.


DUBAI: Seorang lelaki Perancis yang terkenal kerana gemar memanjat bangunan tinggi berjaya memanjat struktur tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa di Dubai setinggi 828 meter, walaupun angin kencang menyebabkannya menangguhkan usaha itu selama beberapa jam.

Alain Robert, 48, yang juga dikenali sebagai ‘Spiderman’ Perancis, mengambil masa enam jam untuk memanjat bangunan setinggi lebih 160 tingkat itu, menggunakan tali dan ‘harness’ seperti ditetapkan penganjur.
Robert mengakui, penggunaan peralatan keselamatan terbabit dan kehadiran ramai orang yang berhimpun untuk menyaksikan cubaannya menjadikannya berasa lebih gemuruh.

“Sebenarnya saya rasa lebih banyak tekanan kerana saya tahu bahawa mereka menyiapkan semuanya untuk saya. Mereka juga memasang skrin gergasi setinggi 50 meter dan sepanjang 30 meter.

“Saya tahu semua orang melihat ke arah saya, jadi saya berasa sedikit tertekan,” kata Robert sebelum memulakan aktiviti berbahaya terbabit.

Sebuah ambulans dan pengusung ada di tepi bangunan bersama kenderaan bantuan lain sebagai persediaan kejadian tidak diingini berlaku.
Robert pernah ditangkap beberapa kali di beberapa negara kerana pihak berkuasa tidak memberikan kebenaran untuk beliau memanjat bangunan yang disifatkan bahaya.

Robert mula memanjat sebuah bangunan ketika berusia 12 tahun ketika terperangkap di apartmen dan kemudian memutuskan untuk memanjat bangunan setinggi lapan tingkat bagi membuka tingkap untuk keluar.

Sejak itu beliau memanjat lebih 80 bangunan di seluruh dunia termasuk Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Sears Tower di Chicago dan Taipei 101 di Taiwan. – AP/Agensi

* Sumber





*** Negara kita pun ada banyak Spiderman / Superman yang suka meniarap atas motor..


Read more...

Wanita tak lokek temu janji pertama

LONDON: Lebih separuh daripada wanita di Britain mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membayar harga makanan sendiri ketika temujanji pertama, walaupun lelaki sedia membayarnya, menurut tinjauan, kelmarin.

Tinjauan bank online First Direct dalam isu itu membabitkan 1,924 dewasa mendapati 58 peratus wanita menjangka bil dibayar secara berasingan pada temujanji pertama, manakala 29 peratus lelaki sependapat dengan cara itu.

Selain itu, 14 peratus wanita berpendapat, orang yang mencadangkan temu janji itu sepatutnya membayar bil.

Hanya suku wanita berpendapat lelaki sepatutnya membayar untuk temu janji pertama, sementara tiga peratus mengatakan mereka sendiri perlu membayarnya.

Ini bermaksud, wanita berasakan mereka tidak sepatutnya terhutang budi terhadap lelaki, namun lelaki terbabit perlu membayar sendiri bahagian mereka.

Responden lelaki sebaliknya percaya sifat bertimbang rasa masih wujud dengan 55 peratus sedia membayar bil sepenuhnya pada temu janji pertama dan membelanjakan purata £65 (RM315.45) pada temu janji pertama berbanding wanita yang mengeluarkan £50 (RM242.66). – Reuters

* Sumber


Read more...

Jackie Chan masih hidup


* Jackie Chan


LOS ANGELES 30 Mac - Laporan yang menyatakan pelakon terkenal, Jackie Chan telah meninggal dunia adalah tidak benar dan beliau masih hidup dan sihat ketika ini, bertentangan dengan khabar angin yang tersebar di Internet semalam.

Laporan yang menyatakan pelakon seni bela diri terkenal melalui filem “Police Story” itu meninggal dunia akibat serangan jantung menyebabkan ramai peminat setianya terkejut.

Laporan daripada laman web Yahoo!7news dan berita Australia sebelum ini menyatakan pelakon itu meninggal dunia akibat serangan jantung di hospital Los Angeles. - Agensi

*** Lor heh! kecoh semalam..


Read more...

Selasa, 29 Mac 2011

Akademi Fantasia 9



Astro memperkenalkan 12 pelajar Akademi Fantasia kesembilan (AF9) termasuk lima barisan tenaga pengajar termasuk dua muka baru.

Para pelajar pada kali ini ialah Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, dari Selangor, Mohamad Amirullah Jahari, 19, (Amir - Sarawak), Mohamad Azri Abdullah, 24, (Azri - Selangor), Khairul Najmuddin Abu Samah, 20, (Erul - Kuala Lumpur), Nur Khaidir Muhd, 22, (Kay - Kuala Lumpur) dan Fahrur Raqib Abdul Majid, 21, (Raqib - Melaka).

Turut serta adalah Nur Suhada Jebat, 19, (Aida - Melaka), Nur Atiqah Shariffudin, 22, (Eka - Kuala Lumpur), Zulaika Zahari, 22, (Laika - Selangor), Lenaber Haidir, 21, (Lena - Sabah), Roshammizah Rosli, 28, (Miza - Selangor) dan Queennera Francine Francis, 19, (Nera - Sabah).














Gambar * Sumber

*** Afundi ! ..


Read more...

Pencuri jatuh perigi minta bantuan


LONDON: Seorang pencuri membuat panggilan kecemasan selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi sedalam 10 meter.

Pencuri berkenaan dikatakan jatuh ke dalam perigi berkenaan setelah dikejar orang ramai selepas memecah masuk sebuah kediaman.

Lelaki berusia 21 tahun itu yang berassal dari Halifax, West Yorkshire membuat panggilan kecemasan pada awal pagi, beberapa minit selepas polis menerima laporan daripada penduduk berhampiran Boothtown mengenai kejadian pecah masuk.

Inspektor David Whitehouse dari balai polis West Yorkshire berkata: “Lelaki yang jatuh ke dalam perigi itu adalah seorang daripada sekumpulan pencuri yang melarikan diri,” katanya. - DM

*** Sudah buat salah pandai pula minta bantuan orang !


Read more...

Sindrom kemurungan Facebook landa remaja


* Gambar google


NEW YORK - Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stony Brook di sini mendapati golongan remaja berasa lebih bimbang jika tidak menghabiskan masa di laman rangkaian sosial, Facebook berbanding melakukan kerja sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut para penyelidik dalam isu terbaru jurnal Pediatrics, keadaan itu digelar kemurungan Facebook.

Ia berpunca selepas remaja menghabiskan banyak masa di laman maya walaupun diberi kerja rumah oleh guru di sekolah.

Penyelidikan itu mendapati, Facebook tidak memaparkan realiti sebenar kerana orang ramai pada kebiasaan akan menghantar status atau gambar tentang diri dengan menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Seorang remaja berusia 16 tahun, Abby Abolt bersetuju dengan keputusan hasil kajian tersebut.

"Jika kamu tidak memiliki ramai kawan dan kurang melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian sebaliknya melihat status pengguna lain dikemas kini, saya dapat memahami kenapa mereka (pengguna Facebook) berasa sedih.

"Facebook umpama pertandingan popular tentang siapa yang mendapat permintaan kawan paling ramai," jelasnya kepada agensi berita Associated Press.

Kajian itu yang diketuai oleh Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook mendapati, penghantaran mesej, e-mel dan waktu yang banyak dihabiskan di Facebook boleh menyebabkan emosi remaja terganggu. - Agensi

* Sumber koSmo

*** Orang dewasa agak agak boleh kena begini juga yer?..


Read more...

Isnin, 28 Mac 2011

Suri masih hisap puting

Ini kisah anak pelakon terkenal Tom Cruise bersama Katie Holmes..terlalu cepat hendak menjadi dewasa..


DIA mencetuskan kontroversi tahun lalu apabila memakai kasut bertumit tinggi dan mekap tebal pada usia begitu muda.



Tetapi minggu lalu, Suri Cruise membuktikan walaupun dia sudah cukup besar untuk memakai kasut seperti orang dewasa, masih ada beberapa aspek kehidupan kanak-kanak yang masih belum boleh dia tinggalkan..

Ketika dibawa bersiar-siar untuk membeli-belah oleh ibunya, Katie Holmes di Vancouver, Kanada, hujung minggu lalu, Suri dilihat begitu asyik menghisap puting dan memeluk erat patung beruangnya.



* ASYIK...SURI Cruise menghisap puting sambil memeluk erat patung beruangnya.


*** Ishk ! hendak cepat melangkaui masa..


Read more...

Pengetua AF9 siapa?


* Amy Search


Tiada lagi teka-teki berhubung pengetua Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) apabila Astro dikatakan sudah bersedia untuk mengumumkan vokalis Search, Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 53, menduduki kerusi panas itu, tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sebelum nama pengetua didedahkan kepada umum, pihak berkenaan terlebih dulu mengumumkan Aznil Nawawi kembali sebagai pengacara konsert mingguan program itu baru-baru ini, disusuli pengumuman senarai tenaga pengajar serta barisan pelajar, di Setiawangsa, hari ini.

Sumber memaklumkan, pihak Astro sengaja memilih waktu yang dikira tepat untuk membuat pengumuman pengetua AF9 apabila sebelum ini timbul kontroversi sebaik nama vokalis Dewa, Ahmad Dhani disebut-sebut menyandang jawatan berkenaan..

* Sumber Berita Harian Online

*** Haa..ada pun orang Malaysia..


Read more...

Program Latihan Bertaraf Diploma


Warganegara Malaysia Lepasan SPM dipelawa mengikuti Program Latihan Bertaraf Diploma. Sesi kemasukan latihan adalah pada Januari dan Julai setiap tahun. Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga dan ujian khas.


Link
( siNi )

*** Jangan tunggu lagi..bagi yang berminat dengan Kementerian Kesihatan ini..


Read more...

Sabtu, 26 Mac 2011

Video Lagu : Udin Sedunia


Lagu yang menjadi kontroversi di Indonesia..Lagu ini dibawakan oleh penyanyi yang berasal dari Lombok..mari kita dengar dan teliti lirik lagu ini..nampak macam ok saja..tapi nasib lah kepada orang orang yang bernama Udin ni..nama penyanyi nya adalah Soaludin..

Lirik Lagu Udin sedunia

Ini lagu tentang sebuah nama
Kata orang Udin nama kampungan
Jadi lagu enak juga didengar
Kalau gak percaya simak dengan seksama

Udin yang pertama namanya Awaludin
Udin yang suka di kamar namanya Kamarudin
Udin yang hidup di jalanan namanya Jalaludin
Udin penggembala namanya Sapiudin

Udin Udin namamu norak tapi terkenal
Udin Udin walaupun norak banyak yang suka hahahaha..

Udin yang sering ke masjid namanya Alimudin
Udin yang rajin berdoa namanya Aminudin
Udin yang agak stress namanya Sarapudin
Udin yang tidak stress namanya Sadarudin

Udin Udin namamu norak tapi terkenal
Udin Udin walaupun norak banyak yang suka hahahaha..

Udin yang penjual nasi namanya Nashirudin
Udin yang suka ke wc namanya Tahirudin
Udin yang suka telepon namanya Hapipudin
Udin yang jadi teroris namanya
Noordin M Top

Udin Udin, namamu norak tapi terkenal
Udin Udin, walaupun norak banyak yang suka hahahaha..

Udin yang terakhir... namanya Akhirudin...

Konsert Udin sedunia



*** Hempehruddin nama sorang rodong lama kawan yang telah bersara dari DJ radio PahangFM..haha! lama tak jumpa beliau..


Read more...

Jumaat, 25 Mac 2011

Ambil syabu untuk kurus


MARANG - Kebanyakan wanita di Terengganu yang menagih dadah jenis syabu menggunakan dadah jenis itu untuk menguruskan badan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritedan Roslan Abdul Wahid.

Roslan berkata, golongan wanita dikesan menggunakan dadah jenis syabu sebagai pil menguruskan badan paling cepat dan berkesan untuk mengurangkan berat badan.

“Ia bukan sahaja diambil oleh wanita yang berkerjaya malah pelbagai peringkat umur dikesan mengambil bahan larangan itu sebagai jalan mudah untuk menguruskan badan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Polis ke-204 peringkat Terengganu hari ini.

Roslan berkata, sebahagian daripada kira-kira 10,000 penagih dadah yang ditahan pada tahun lalu terdiri daripada golongan wanita.

“Ada yang sanggup berbelanja RM1,000 untuk membeli satu gram syabu manakala bagi yang kurang berkemampuan, mereka menggunakan pil kuda berharga antara RM25 hingga RM30 sebiji,” katanya. - Bernama

*** Berat ni..nanti lagi ramai orang orang gemuk yang amik pil Syabu ni..


Read more...

Video Seks : ( Senyum dipagi hari jumaat )


Cuaca nampak redup..pagi yang nyaman dengan embun yang menitik kebasahan..mesti ada isu terbaru yang hendak diperkatakan oleh Kak Zakiah dan Rozita ini..

'' Dalam minggu ini suratkhabar maupun berita dalam radio atau Tv sibuk melaporkan tentang Video seks oleh seorang perlaku dari pemimpin yang terkenal ''..kata Kak Zakiah..

'' A'ah lah Kak.. ada isu tentang botol,berus gigi,ubat gigi,towel..naik meloya mendengarnya ''..kata Rozita..

'' ..Ada pula pendedahan demi pendedahan..macam macam tuduhan fitnah sana sinun..entah ke ye entah ke tidak ''..kata Kak Zakiah..

'' Kita tengok saja kebenaran nya nanti Kak.. Oh ye Kak..tadi kak ada sebut ''botol''..malam tadi Abang Lock ajak saya tengok VCD .........dalam botol ''..kata Rozita..

'' Apa ke benda .........dalam botol tu Zita ''..tanya Kak Zakiah..

'' Alah Kak itu Kak itu.. .........dalam botol..ishkk ..Anu dalam botol ''...jawab Rozita..

'' Lor Heh! ..apa ke nama letak Anu dalam botol pulak nye? ''...kata Kak Zakiah..

Dan mereka terus terusan bersembang segala macam isu yang keluar...termasuk lah isu cetak rompak..

*** Sengih sengih je pagi jumaat ini.. ''oh rupanya kawan sudah dapat gaji'' ..



Read more...

Khamis, 24 Mac 2011

kereta sorong ( wheel barrow )

Kereta sorong sangat sangat diperlukan dalam kerja kerja pembinaan maupun kerja kerja dalam sektor perladangan..mari tengok ada juga rupanya kereta sorong yang nampak pelik dan unik..




* Biasa kita tengok



* Unik.. diperbuat daripada kayu



* Ini pula tentunya diubah suai bagi menambahkan kelajuan


* Nampak pelik sedikit..separa besi dan kayu



* Ini pula tentu mahal harganya



* Ini jarang jarang kita tengok

*** Selalu punggah Getah sekerap guna wheel barrow...


Read more...

Erra Fazira Tepis Gosip Suami Kahwin Lain


* Erra Fazira


PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira, 37, menganggap gosip terbaru yang mendakwa suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 36, bakal berkahwin lain sebagai sesuatu yang lucu dan tidak benar.

Menjawab desas-desus terbaru mengenai Ketua Pegawai Eksekutif saluran berita Bernama TV itu, Erra mengakui terkejut dan baru pertama kali mendengar gosip tersebut.

"Saya sendiri sebagai isterinya pun tidak pernah pula mendengar cerita ini. Sebelum ini sudah banyak cerita tentang rumah tangga kami diperkatakan.

"Saya menerima dakwaan ini sebagai sesuatu yang lucu dan menganggap ia tidak benar sama sekali," katanya yang ditemui selepas terlibat dalam program TV3, Wanita Hari Ini di Sri Pentas, Bandar Utama, Selasa.

Mengulas lanjut mengenai cerita negatif yang melanda rumah tangganya kebelakangan ini, Erra berkata dia percayakan Emran dan sekiranya perkara itu berlaku, tentulah dia orang pertama yang akan mengetahuinya dahulu.

"Sudah banyak kes yang berlaku apabila rumah tangga artis yang aman damai pun didakwa ada masalah. Jadi saya sudah tidak kisah dengan cerita sebegini," katanya.

Cerita terbaru mengenai rumah tangga pelakon jelita itu kembali diperkatakan baru-baru ini apabila timbul pula kekecohan di kalangan petugas Bernama TV yang mendakwa Engku Emran merancang untuk berkahwin lagi..

* Sumber mStar

*** Sudah ada bunga bunga cerita.. memula memang gosip gosip dahulu..



Read more...

Wanita bogel terperangkap di cerun bukit


* SEORANG anggota penyelamat mendekati seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel di tepi cerum sebuah bukit di San Diego kelmarin.


SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki.

Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan.

Pihak berkuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh berada dalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut. - Agensi

* Sumber koSmo! Online

*** Apa di buat memanjat bukit dengan berbogel..mungkin juga pakaian beliau terlorot semasa mendaki..atau juga beliau frust dengan boifren beliau..


Read more...

Rabu, 23 Mac 2011

Video seks: Misteri ‘Datuk T’ terjawab


KUALA LUMPUR - Misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara dua hari lepas.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik di sebuah hotel di sini petang ini.

Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian “Datuk T” bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang. - Bernama

* Sumber koSmo! Online

*** Tu dia semakin panas sekarang..ini sah semakin hampir untuk PRU 13.. mesti ada isu yang baekk punya... itu lah dunia politik kita...haha!


Read more...

Seksi: Miera Liyana Tiada Niat Nak Cari Publisiti Murahan


Sebut sahaja namanya pasti ramai yang tidak mengenali siapa pelakon baru ini. Namun, impak kontroversi yang dibawa ketika hadir di Malam Golden Gala Rafflesia Mandalay di Hotel Le Meridien pada Jumaat lalu sudah cukup kuat untuk menaikkan nama Miera Liyana.

Apa tidaknya, gaun berwarna kuning keemasan yang dikenakan pelakon drama Kamelia Katrina pada malam itu telah menampakkan sebahagian daripada sisi buah dadanya itu . Ia bukan saja telah mengejutkan di kalangan tetamu yang hadir. Bahkan, ada segelintir pihak yang tidak senang melihat penampailannya yang sedaring itu.

Tidak kurang juga yang menganggap pendatang baru ini sengaja mengundang kontroversi serta mencari publisiti murahan supaya dirinya lebih cepat dikenali ramai.

Namun, bila ditanya tentang hal itu, Miera Liyana mengakui ianya adalah sesuatu yang tidak disengajakan. Malah, dia memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya berpakaian yang seksi sebegitu hingga menampakkan sebahagian daripada sisi buah dadanya.

"Terus-terang, saya memang agak tergesa-gesa waktu memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut. Saya hanya berkesempatan untuk memilihnya pada pagi Jumaat lalu dan hanya berpeluang mencubanya pada jam 5 petang sebelum bermulanya malam gala itu.

"Itupun saya sempat pin ditengah-tengah baju dengan brooch supaya ia tidak menampakkan lurahnya. Bila saya dah buat macam tu, saya ingat ianya tidak nampak terlalu seksi. Rupanya, tanpa disedari ianya masih lagi terdedah di sisi.

"Apa yang pasti, saya tidak bermaksud untuk mencari pubilisiti murahan kerana saya lebih suka orang kenal saya dengan cara lakonan dan watak yang saya bawakan," jelasnya ketika dihubungi murai.com.my

Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu lagi.

Miera juga turut mengakui bahawa dia sebenarnya tidak begitu selesa mengenakan pakaian tersebut. Apatah lagi menyedari ramai yang memerhatikannya dengan pandangan yang pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur caranya berpakaian.

"Saya tidak salahkan sesiapa pun termasuk Wan Huzairil sendiri dalam hal ini,mungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Saya redha dengan kesilapan yang tidak disengajakan. Saya juga mahu ambil iktibar terhadap apa yang berlaku dan kalau boleh tidak mahu mengenangkannya lagi.

"Apa-apa pun saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan hati yang terbuka dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama," akhiri Miera Liyana yang baru sahaja tamat menjayakan pengambaran filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham..

* Kredit murai.com


Read more...

Seks boleh membunuh?


* Gambar Google


Penyelidikan pakar dari US :

CHICAGO: Perubahan mendadak aktiviti fizikal daripada tahap sederhana kepada tinggi seperti berjoging dan melakukan hubungan seks, meningkatkan risiko serangan jantung terutama kepada mereka yang jarang bersenam, menurut penyelidik Amerika Syarikat.

Doktor sudah lama mengetahui bahawa aktiviti fizikal boleh menyebabkan masalah serius jantung tetapi penyelidikan terbaru itu membantu mengukur risiko itu, kata Dr Issa Dahabreh daripada Pusat Perubatan Tufts di Boston.

Kumpulan penyelidik itu menganalisis data daripada 14 penyelidikan yang mencari kaitan di anatara senaman, seks dan risiko serangan jantung atau kematian kardiaologi secara tiba-tiba - ritma jantung berbahaya yang menyebabkan jantung berhenti mengepam darah.

Mereka mendapati individu adalah 3.5 kali ganda berkemungkinan mengalami serangan jantung atau kematian kardiologi secara tiba-tiba jika mereka bersenam berbanding mereka yang tidak bersenam.

Individu juga 2.7 kali ganda berkemungkinan mengalami serangan jantung ketika mengadakan hubungan seks atau sejurus kemudian berbanding mereka yang tidak melakukannya. - Reuters

* Sumber Berita Harian Online

*** hah ! sudahh..


Read more...

Gadis khianati cinta khalwat di rumah sewa

ALOR GAJAH: Seorang gadis yang menyewa sebuah rumah di sebuah taman perumahan, dekat sini, beberapa bulan lalu disifatkan tidak mengenang budi apabila diberkas bakal tunangnya kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki, baru-baru ini.

Ketika ditahan lima anggota Rukun Tetangga taman perumahan itu kira-kira jam 3.30 pagi itu, gadis berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 30 tahun berbohong dengan mengatakan mereka sudah berkahwin, namun dalam pemeriksaan mereka gagal menyerahkan dokumen berkaitan.

Tipu helah pasangan terbabit memakan diri sendiri apabila pemeriksaan di rumah itu dilakukan selepas mendapat maklumat seorang lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis terbabit.

Lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis itu, Halim Abdul Rahman, 27, berkata dia mengenali gadis terbabit sejak enam bulan lalu melalui laman sembang sosial, Twiteer.

“Selepas beberapa bulan mengenali hati budinya, dia (gadis terbabit) kata ditukarkan ke daerah ini kemudian meminta bantuan saya mencarikan rumah sewa yang berhampiran tempat kerjanya kerana tiada kenderaan,” katanya.

Katanya, selama berkawan dengan gadis itu, dia tertarik sikap dan budi bicara gadis itu begitu juga ahli keluarganya turut menyenangi tingkah laku wanita terbabit sebelum merancang bertunang penghujung tahun ini.

“Dia beritahu ditukarkan majikan serta-merta dan merayu saya mencarikan rumah sewa berhampiran tempat kerjanya tanpa saya mengesyaki apa-apa.

“Rupa-rupanya dia sudah diberhentikan dan merancang berdampingan teman lelakinya itu. Akhirnya saya dapat menghidu kelakuannya yang mencurigakan sebelum mengintip pergerakannya setiap malam.

“Selepas intipan kira-kira jam 3.30 pagi, saya dapati seorang lelaki berada di dalam rumahnya sebelum memanggil beberapa anggota Rukun Ttangga yang berkawal di hujung taman untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.

Ketua Rukun Tetangga yang enggan dikenali berkata, ketika pemeriksaan, pihaknya menunggu kira-kira 15 minit sebelum seorang gadis lengkap berpakaian dan tergesa-gesa sambil membetulkan tudungnya keluar dari bilik dan membuka pintu hadapan.

“Gadis terbabit dan pasangannya mendakwa mereka suami isteri yang sah. Apabila diminta menunjukkan dokumen mereka mendakwa belum memperolehnya kerana baru berkahwin,” katanya.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati keterangan diberikan, pihaknya membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Masjid Tanah untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

* Sumber di petik dari myMetro

*** Guana gini?..


Read more...

Selasa, 22 Mac 2011

Sakit di malam pertama


Kenangan dimalam pertama dalam membuat kerja kerja tak senonoh masih segar lagi dalam ingatan encik Jasdi atau lebih di kenali oleh rodong setempat kome dengan nama Bok..

Jangan salah erti dengan malam pertama..ini bukan kisah peristiwa bagi yang baru berkahwin..ini kisah malam pertama Bok yang mula dengan aktiviti Skodengnya..

Bypass Temerloh - Mentakab dulu dulunya selalu terdapat kereta kereta rosak di tepian jalan.. senang cerita aktiviti maksiat oleh kapel kapel.. bermacam bangsa..

'' Malam ni set..kita pergi 4 orang.. kat jalan masuk tepi kebun sawit pasti ada ''..kata Setapa yang memang selalu dengan aktiviti begini..

'' Koi nak ikut.. nak nengok goner rasa ''..kata Bok

'' Boleh..tapi aok jangan membuat bising '' ..kata Kapok yang juga seorang kaki skodeng..

Keesokan hari nya..

'' Kenapa Bok dengan kaki beliau? ''..kata Aduk yang juga seorang kaki skodeng yang tidak mengikuti aktiviti malam tadi..

'' .. Koi dah kata.. nak Skodeng jangan lah pakai selipar..tembus kaki kena duri kelapa sawit ..kaki dapat sakitt..kata Setapa..

Begitulah Bok dengan nasib malang yang menimpa setelah baru pertama kali nak mencuba cuba aktiviti skodeng itu..

*** Padah tengok benda yang tak baik..yang dapat hanya sakit...


Read more...

Nana & Sein Buat Kenduri Kerana Rujuk Semula


* Sein dan Nana bersama anak-anak mereka


PETALING JAYA: Pasangan artis Sein dan Nana akan mengadakan majlis kesyukuran selepas mereka kembali bergelar suami isteri. Ia akan diadakan di Dewan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, pada 2 April ini, pukul 9 malam.

Nana yang dihubungi berkata majlis tersebut sebagai tanda syukur kerana hubungan mereka terjalin semula pada 11 Mac lalu selepas berpisah selama tiga bulan.

"Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran ini dibuat secara sederhana sebagai tanda syukur kepada penyatuan semula hubungan kami..

Sumber terus di mStar Online

* Elok lah deme dah rujuk dan dah buat kenduri majlis kesyukuran.. harap lain kali jangan buat dah.. tengok muka anak anak yang comel tu..buat tersentuh siapa yang memandang..


Read more...

Ramas kelapa

Kisah suami dengan otak yang selalu kuning..

Berikutan harga kelapa yang sudah sekian lama meningkat..maka ramai suri yang mengunakan santan peket, santan tin atau santan serbok..


Begitu juga hal nya dengan Puan Rodziah..

''..bang nanti balik tolong beli kelapa parut ''.. kata Puan Rodziah kepada suaminya dalam talipon..

'' Ok lah..kalau tak der i beli santan dalam tin saja ok ''.. jawab suami Puan Rodziah..

'' Kalau tiada cuba dapatkan kelapa sebijik ''..kata Puan Rodziah..

'' Ala leceh lah nak kena belah lagi.. nak kena parut lagi.. nak kena ramas lagi ''..kata suami Puan Rodziah..

'' Itu lah susahnya awak..tiada apa yang tau..belah kelapa tak boleh,parut kelapa tak reti.. ramas pun tidak tau ''..jawab Puan Rodziah..

'' ..bab ramas ramas pandai lah abang ''..jawab suami Puan Rodziah..

Begitu lah.. dalam isu kelapa pun ada juga terselit ayat ayat kiasan yang mudah di salah ertikan..

*** Hepi lunch hour ..


Read more...

Main buah dadu


Sambil melayan mata yang mula semakin malap..buka Tv kabel berbayar..pilih pilih Chanel.. tengok ada pula filem barat....nampak macam sedap saja filem ini..

Tu dia filem Jumanji.. lakonan Robin William..kisah bermain buah dadu..kira nya macam bermain dam ular..

'' Aboh..ada ke logik dalam rumah ada buaya ''..kata Aina..

'' Ada sebab dia orang main games berhantu tu ''..jawab Bapa Aina..

'' Patut lah cerita ni banyak adengan yang mengarut ngarut ''..kata Aina..



Aina masuk ke dalam bilik lantas membawa papan dam ular..

'' Meh Aboh kita main dam ular..mana tau kot kot dapat kejadian macam Jumanji tu ''..kata Aina..

'' Haah..Aina jangan nak buat ngarut ''..kata Bapa Aina yang masih tekun memandang skrin tv..

*** Mainan kome masa dahulu ni..

Read more...

Download Video : Aksi Seks Dipercayai Pemimpin Tertinggi Pembangkang

PETALING JAYA: Dunia politik tanah air pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit itu menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai seorang pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.

Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.

Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini..

Sumber terkini mStar Online

*** Arhhh sudah..siapa pemimpin itu..


Read more...

Isnin, 21 Mac 2011

Miera Liyana up trafik


“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online..

*** Ini lah orangnya yang heboh diperkatakan sehari dua ini..


Read more...

'' Odyssey Dawn '' Libya lumpuh

AS bekerjasama dengan Britain, Perancis, Kanada dan Itali dalam operasi Odyssey Dawn ini..

Denmark bersedia menyertai serangan dan menanti arahan daripada AS..

Gaddafi menyifatkan serangan itu sebagai ‘penjajahan dan Perang Salib..’


* Apa yang dapat adalah Kematian



* Kemusnahan



* Pengunaan peralatan Canggih



* Sumber lanjut baca di ( siNi )

*** Lepas ni Dunia akan mengutuk serangan ini..lepas itu pula minyak naik..bila minyak naik harga ayam akan naik lagi..


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP