GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 30 April 2011

Muka depan Playboy model kulit hitam pertama


* Tshego Seakgo

Gadis Afrika Selatan pilihan majalah dewasa

SOWETO: Model terkenal Afrika Selatan Tshego Seakgo, 21, terpilih sebagai wanita pertama berkulit hitam menghiasi muka depan majalah dewasa Playboy bagi edisi bulan Mei.

Sebelum ini, seorang lagi model, Khanyi Mbau dikatakan menjadi pilihan ramai sebagai gadis muka depan Playboy, tetapi Seakgo lebih berjaya mencuri perhatian penerbit majalah itu bagi edisi tempatan.
Bekas pelajar Greenside High mendedahkan ‘aset terbaik’ dimilikinya dan gambar seksi mengenakan seluar kulit bercorak dan terdedah.

Majalah itu menyifatkan Seakgo sebagai wanita periang, bijak, tidak kisah dan cantik. Dia bercuti daripada kursus kewartawanan dan kajian antarabangsa di Universiti Monash di Johannesburg bagi mengejar kerjaya model, bermula pada pertengahan 2010.

Seakgoe dilahirkan di Soweto bukan lagi asing, sering muncul sebagai tetamu dalam rancangan televisyen kanak-kanak seperti KTV dan ToTV ketika remaja dan dia juga menyanyikan lagi bagi sambutan hari jadi ke-80 Nelson Mandela.

Sebagai pilihan bulanan, dia berpeluang untuk memenangi peluang pertandingan tahunan dan melawat mansion Playboy di Los Angeles, di mana beliau akan bertemu dengan pemilik empayar majalah berkenaan, Hugh Hefner.

Seperti pengajian yang diikuti, beliau berminat dalam dunia di sekelilingnya. Beliau mungkin akan memilih politik, katanya tetapi memastikan akan bersikap terbuka mengenai apa yang bakal berlaku terhadapnya.



“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Menjadi seorang gadis penghias kulit adalah menggembirakan dan saya menerima R20000 (RM8,970) sebagai model untuk Playboy,” katanya. – Agensi

*** Ada orang tanya mana nak dapat kan Majalah ini ''..kawan jawab '' kat kedai buku jalan hujung sana ada ''.. bergegas dia pergi lantas kembali dengan muka masam ..'' mangkuk kedai hujung tu kedai baiki basikal ada lah ''..


Read more...

Maharaja Lawak | Minggu 5 - JoZan Lawak menjadi


Malam tadi kebanyakan peserta Maharaja Lawak Minggu ke 5 dalam persembahan mereka kebanyakan nya hambar.. penonton bergelak macam kurang selera.. kecuali kumpulan Jozan yang mana Lawak mereka sungguh menjadi.. juga menyaksikan penyingkiran Jihan..



Video : Jozan



*** Rasa baru lagi bayar bil aStro.. dah sampai pula bil baru.. !


Read more...

Jumaat, 29 April 2011

Perkahwinan diraja Britain | Kate Middleton Milik Putera William


Putera William dan isterinya, Kate yang juga Duchess of Cambridge berdiri di luar Westminster Abbey selepas Majlis Perkahwinan Diraja yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia di London pada Jumaat. - Foto AP


LONDON: Putera William dan Kate Middleton sah menjadi pasangan suami isteri melalui upacara perkahwinan di Wetminster Abbey, di sini Jumaat.

Pasangan diraja itu telah diraikan dengan acara yang penuh protokol dan dihadiri golongan bangsawan, diplomat dan para selebriti.



Kate hadir di Westminster Abbey dengan gaun rekaan Sarah Burton dari kediaman Alexander McQueen menyusuri jalan sementara Putera William yang menunggunya altar.

Selesai upacara tersebut, Kate dan William kelihatan ceria selepas masing-masing menyarungkan cincin di jari manis.

Selepas rasminya perkahwinan antara William dan Kate ini, Kate kini dikenali sebagai Duchess of Cambridge..

* Kredit mStar


Read more...

Sumpah Laknat


* Bermain tuju Guli


Satu petang dengan cuaca yang agak mendung kelihatan 3 kanak kanak sedang tekun bermain guli.. di perhatikan oleh encik Topik yang sedang berehat di atas pangkin bawah pohon mengkudu bantut..

Angin pula bertiup dengan bersepoi sepoi bahasa ..tiba tiba kedengaran pertakian oleh 3 kanak kanak tersebut..

'' Asyik aok je yang menang tuju guli.. dah nekis guli koi ni..adakah aok main cengkelat? ''..kata kanak kanak pertama..

'' Dok arhh ! koi tuju betul ikot line ni.. tak caya ce tengok betul betul ''..jawab kanak kanak yang menang itu..

'' Koi nampok aok tuju hala lebih kaki aok pada line..tu yang aok kena senalor guli kome ni ''..kata kanak kanak ketiga pula..

'' Dok ..sumpah dok.. koi main ikot undang undang..mana ada Cengkelat.. Sumpah dok Sumpah.. koi berani bersumpah ''..jawab kanak kanak yang menang dalam perlawanan main guli itu..

'' Hoh..kalu gitu moh kita buat '' Sumpah laknat ''..ndok? ''..kata kanak kanak pertama..

Suasana jadi hening seketika..encik Topik bingkas bangun dari kelepakan beliau tadi..sambil dalam hati beliau berkata kata '' Uish ..budak budak ni ''..

Drama ringkas diatas ini mengunakan loghat dalam sesuatu daerah dalam negeri Pahang.. mana mana yang tak faham ..sila lah buat buat faham..

*** '' Sumpah sayang abang tak buat lagi ''.. ini dialog biasa yang kita dengar..


Read more...

Siaran Langsung Perkahwinan Putera William Di ntv7 Hari Ini

* Putera William dan Kate Middleton

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan perkahwinan pewaris takhta Diraja Britain, Putera William dengan Kate Middleton apabila stesen televisyen ntv7 menyiarkan secara langsung acara itu, Jumaat (hari ini).

Upacara perkahwinan besar-besaran itu akan disiarkan selama lima jam bermula 3 petang sehingga 8.30 malam dengan laporan eksklusif oleh krew stesen televisyen itu yang berada di London.

ntv7 dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya telah membuat persiapan terbaik bagi memastikan seluruh rakyat negara ini dapat menyaksikan upacara perkahwinan yang dinanti-nantikan itu.

“Krew ntv7 yang berada di British Academy akan mendapatkan gambaran jelas mengenai perkahwinan tersebut serta laporan daripada wartawan bertugas yang akan mengupas keadaan sekitar istana.

“Ia termasuk juga laporan mengenai keterujaan orang ramai khususnya mereka yang tinggal di kampung halaman Kate di Bucklebury,” kata kenyataan itu.

Lebih menarik lagi apabila ntv7 mendapat kerjasama daripada penyampai berita ternama BBC News iaitu Huw Edwards yang akan memberi ulasan menarik mengenai perkahwinan tersebut serta temu ramah eksklusif dengan temat rapat pasangan keluarga Diraja itu.

ntv7 itu akan menyiarkan perarakan perkahwinan dari mula sehinggalah berakhirnya acara berkenaan di Buckingham Palace.

Perkahwinan tersebut dikatakan mengulangi saat kemasyhuran pernikahan Putera Charles dan Puteri Diana pada 21 Jun 1981 dan ia tentunya dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat dunia.

Kematian Diana pada 31 Ogos 1997 selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dengan Dodi Al-Fayed meninggalkan kesan kepada keluarga Diraja itu dan seluruh rakyat Britain.

Maka, perkahwinan pewaris takhta Diraja itu pada Jumaat dilihat mampu memulihkan semula kerinduan rakyat Britain yang selama ini bersedih dengan kematian Diana.

Jika Puteri Diana dikatakan berjiwa rakyat, penduduk Britain tentunya mengharapkan Kate akan menggantikan tempat wanita itu yang dilihat mempunyai ciri-ciri sedemikian.

William dan Kate berkenalan kira-kira lapan tahun lalu ketika mereka sama-sama menuntut di University of St Andrews, Scotland.

Mereka kemudiannya bertunang pada 16 November tahun lalu selepas William melamar Kate sewaktu bercuti di Kenya.

Read more...

Hanya wanita dibenar pandu bas


BUENOS AIRES: Sebuah bandar berhampiran ibu kota ini, yang berwaspada dengan hentian brek mengejut dan selekoh tajam yang sering dilakukan pemandu lelaki, mengambil wanita secara eksklusif untuk membawa penumpang.

“Dengan wanita memandu, rangkaian bas berorientasi keluarga, lebih mesra,” kata Rafaela Nuyl, 34, seorang daripada pemandu baru yang diambil untuk perkhidmatan di Vicente Lopez.

Rangkaian bas di bandar dengan 270,000 penduduk itu, yang beroperasi sejak awal bulan ini, akan berhenti di sekolah rendah, pusat penjagaan orang tua dan sebuah hospital bersalin, kata pihak berkuasa.

Mereka menekankan pentingnya pemandu berhati-hati membawa penumpang tua atau kanak-kanak. – AFP

* Sumber


Read more...

Surat khabar ( Senyum dipagi Jumaat )

Ada ketika kita mula merasa muak dengar cerita yang tiap tiap hari membawa isu yang sama.. begitu juga dengan hal nya Kak Zakiah ini..

" Apa yang menyebabkan Kak semakin kurang membaca akhbar ni ''..tanya Rozita

'' Sejak 2 menjak ni macam tiada isu lain dalam akhbar..cerita orang nak angkat sumpah sana sini..cerita pasal Video sana sini.. naik muak nak baca akhbar ''.. jawab Kak Zakiah

'' Oh..Kak tau tak artis tu kena tangkap basah.. ada sorang artis tu pulak berkemban dalam filem..ada sorang lagi artis tu marah marah kat sebuah Maktab pasal anak kena buli.. ada sorang lagi artis nak kawin Datok vvip.. kata Rozita...

'' Akhbar mana yang kau baca ni Zita?.. bagi Akak pinjam kejap ''..kata Kak Zakiah

''.. Laa Akak ni ..kata tadi dah muak nak baca akhbar ''..kata Rozita..

*** Begitu lah adanya..


Read more...

Penyelam temui harta karun jutaan dolar


* SEBAHAGIAN duit syiling dan harta karun yang ditemui oleh kumpulan penyelam Deep Blue Marine.


SANTO DOMINGO - Kira-kira 700 duit syiling perak, batu cermin dan barang kemas penduduk Mayan pada era tahun 1500-an ditemui di dasar laut di luar pantai Republik Dominica, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia ditemui oleh satu pasukan dari kumpulan pencari harta karun, Deep Blue Marine selepas mereka melakukan tinjauan 67.59 kilometer dari pantai dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

Semasa membuat tinjauan itu, seorang nelayan tempatan menjual kepada mereka satu syiling lama yang ditemuinya semasa menyelam.

Anggota-anggota pasukan pencari harta karun itu mendapati ia merupakan antara duit syiling yang paling lama pernah ditemui.

"Kami bercakap kepada lelaki itu jika dia menunjukkan lokasi duit syiling tersebut ditemui, anda boleh bekerja dengan saya," kata Naib Presiden Deep Blue Marin, Randy Champion.

Kebanyakan duit syiling itu tidak mempunyai tarikh menyebabkan anggota-anggota kumpulan tersebut membuat rujukan dengan mencari maklumat menerusi sejumlah buku untuk mengetahui tahun duit berkenaan.

Menurut Champion, pasukan itu menyelam pada musim luruh yang lalu dan akan pergi ke lokasi tersebut dalam tempoh dua minggu lagi.

Bangkai kapal itu kini dipenuhi pasir dan terumbu karang. - Agensi

*** Oh! Bahagia....


Read more...

Khamis, 28 April 2011

Individu muat naik sebahagian lagi klip video seks dicari


* Video


KUALA LUMPUR 28 April — Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.

"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.

Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata, walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.

"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan.Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya. — Bernama

* Sumber


Read more...

Penyanyi pertahan video lucah


Selebriti Lubnan anggap tindakan rakan sebar rakaman berunsur seks hak peribadi

BEIRUT: Penyanyi Lubnan, Maya Nasri marah dan kecewa dengan kecaman yang dibuat pelbagai pihak terhadap pengacara televisyen Razan Moughrabi, berhubung rakaman videonya yang dikatakan berunsur lucah dan disebarkan internet.

Dalam satu temuramah program hiburan Mish Ghalat dengan hos televisyen Wisam Bareedi, Maya menyatakan dia tidak menonton video yang disebarkan dengan meluas dan menjatuhkan maruah itu.
Maya berkata, dia percaya Razan bebas untuk melakukan apa saja seperti mana dikehendakinya ketika berada di rumah dan bukan menjadi hak sesiapa untuk mempertikaikannya.

Maya berkata dia tidak boleh menghakimi Razan atau mengecamnya kerana video itu dirakam di rumahnya dan bukan menjadi hak sesiapa mempersoalkan tindakan pengacara itu kerana ia tidak menjejaskan sesiapa kecuali diri selebriti itu sendiri.

Maya berkata, dia tidak fikir Razan tersilap kerana mempercayai individu yang membocorkan video itu.

Penyanyi itu menegaskan bahawa tindakan mempertahankan Razan tidak ada kena mengena dengan persahabatan mereka kerana tidak rapat.

Dalam video itu, Razan sedang membaca jalan cerita filem seks dirinya dan suami kemudian melakukan beberapa aksi yang disifatkan provokatif dan tidak wajar. – Agensi

Read more...

Liz Taylor ada anak luar nikah


LONDON: Mendiang Elizabeth Taylor dilapor melahirkan bayi perempuan yang dikenali sebagai Norah, hasil hubungan sulit dengan kekasih yang namanya dirahsiakan dan menyerahkan anak itu kepada seseorang, dakwa seorang doktor mendedahkan rahsia aktres berkenaan.

John Cohan mendakwa bahawa legenda filem Hollywood itu adalah salah seorang pesakit beliau sejak 1960-an lagi.

Dia memberitahu bahawa rahsia berkenaan perlu disimpan sehingga selepas kematiannya.
“Beliau mendedahkan satu rahsia yang menghantuinya selama beberapa tahun,” katanya kepada The Daily Mail yang memetik doktor terbabit dan dipetik akhbar New York Post.

“Liz mempunyai seorang anak hasil hubungan luar nikah. Pihak studio dan ibunya memberikan Norah kepada orang lain. Wang bertukar tangan. Bayi itu tinggal di Ireland dan marah dengan tindakan ibunya itu. Dia juga tidak mahu lagi dikaitkan dengan Elizabeth,” katanya.

Beliau berkata Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Liz mengaku pernah tidur dengan tiga orang lelaki, tidak pasti siapa bapa kepada anak berkenaan.

“Liz menyesali perbuatannya dan sentiasa menceritakan perkara ini kepada saya.
“Dia meminta saya menyimpan rahsia ini sehingga dia meninggal dunia,” katanya.

Taylor yang meninggal dunia Mac lalu ketika berusia 79 tahun terkenal kerana perkahwinan beliau sebanyak tujuh kali dan mempunyai empat orang anak. – Agensi

* Sumber


Read more...

Rogol amah dalam sangkar merpati

DUBAI: Seorang anggota polis yang ditangkap isterinya ketika mengadakan hubungan seks bersama pembantu rumah warga Indonesia dalam sangkar merpati menafikan tuduhan dilemparkan terhadapnya.

Menurut rekod pihak pendakwa raya, isteri anggota polis itu, warga Uzbekistan mendakwa melihat suaminya menanggalkan pakaian sebelum mendera secara seksual pembantu rumah berusia 25 tahun berkenaan di dalam sangkar merpati di kediaman mereka.

Ketika disoal pendakwa raya, pembantu rumah itu mendakwa dia diperkosa suspek sebanyak 14 kali.

Anggota polis itu didakwa memukul, mencabul dan memperkosa wanita berkenaan selepas mengancam membunuhnya jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis. Mangsa juga mendakwa suspek merogolnya ketika isteri lelaki itu menghantar anak mereka ke sekolah. - GN

* Sumber myMetro


Read more...

Krisdayanti mohon maaf


KRISDAYANTI-RAUL LEMOS


JAKARTA: Menyedari dia hamil anak luar nikah, Krisdayanti (KD) dikatakan memohon maaf kepada peminat dan rakyat Indonesia.

Melalui kakaknya, Yuni Shara, KD menyatakan alasan kenapa dia memberitahu kehamilannya itu kepada umum.

Penyanyi terkenal Indonesia itu yang melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan asal Timor Leste, Raul Lemos kira-kira dua bulan lalu, mengaku dia hamil empat bulan, minggu lalu.

Menurut Yuni, adiknya itu enggan dicap negatif.

“Dia juga tidak mahu tertekan dengan menyembunyikan kehamilannya daripada masyarakat, lebih-lebih lagi katanya, dia dikenali ramai dan sudah pasti akan menjadi tumpuan setiap masa. “Dia tidak mahu sembunyi dan dikecam. Orang ramai akan tahu juga akhirnya. “Dia harap masalah yang ditanggungnya dapat difahami semua pihak,” kata Yuni kepada wartawan di Jakarta, semalam.

Menurutnya, KD tidak mahu meniru selebriti lain yang menyembunyikan kehamilan luar nikah mereka.

“Begitu ramai pasangan selebiriti baru menikah tetapi melahirkan anak selepas beberapa bulan saja,” ujar Yuni.

Dia juga mengaku menyangka KD semakin gemuk kerana banyak makan sebelum ini. “Saya melihat gambarnya bercuti selepas berkahwin. Saya menyangka dia semakin gemuk kerana makan. Tak sangka dia hamil,” katanya. - Agensi

* Sumber


Read more...

Polis Medan sediakan kamar seks


* Gambar hiasan segala


MEDAN: Pihak berkuasa polis di sini berhasrat membina kamar seks di lokapnya bagi memberi peluang kepada tahanan lelaki dan wanita menyempurnakan tugas sebagai suami atau isteri pada pasangan masing-masing.

Ketua Polis Medan, Tagam Sinaga berkata, kamar itu akan dilengkapi televisyen dan dijaga petugas bagi memastikan ia tidak disalahgunakan.

“Bagi tahanan yang ingin menggunakannya, mereka perlu membuktikan bahawa mereka dan pasangan sudah menikah, seperti buku nikah dan kad pengenalan keluarga,” katanya.

Dekan Fakulti Ilmu Sosial dan Politik Universiti Sumatera Utara, Profesor Badaruddin berkata, dengan adanya kamar seumpama itu, sudah pasti tahanan yang mempunyai isteri atau suami tidak terganggu fikiran mereka. - Agensi

*** Nafkah batin di teruskan juga..


Read more...

Penjaga gol ditumbuk peminat selepas lepaskan gol


* SEORANG remaja menumbuk muka penjaga gol, Cameron Belford kerana didakwa membiarkan bola membolosi golnya di stadium Chesterfield, baru-baru ini.

LONDON - Seorang penjaga gol kelab Bury, Cameron Belford diserang dan ditumbuk di muka oleh seorang remaja yang marah selepas dia membiarkan bola membolosi gawangnya dalam satu perlawanan bola sepak di stadium Chesterfield kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian tersebut turut melibatkan seorang remaja perempuan yang menunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berusia 22 tahun itu.

Kejadian itu berlaku selepas Belford lepaskan bola masuk ke dalam gol pada minit ke-87 yang ditendang oleh pemain pasukan lawan, Ryan Lowe.

Seorang kanak-kanak perempuan yang mengikat rambut seperti ekor kuda pula meunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berkenaan.

Jurucakap polis Derbyshire, Inspektor Russell Dakin berkata, tangkapan telah dibuat berhubung insiden tersebut.

Dalam pertandingan itu, Bury menang 3-2 mengatasi Chesterfield sekali gus dapat melangkah ke Liga Pertama. - Agensi

*** Naya juga kadang kadang menjadi penjaga Gol ni..


Read more...

Obama dedah sijil lahir


* SIJIL kelahiran Barack Obama yang didedahkan semalam

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mendedahkan sijil kelahirannya bagi menamatkan isu bahawa beliau bukan warga AS.

“Kami tidak mempunyai masa untuk kebodohan ini,” kata Obama menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dari White House di sini.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa beliau tidak dilahirkan di AS sehingga menyebabkan bilionair terkenal, Donald Trump menghantar para penyiasat ke Hawaii untuk mengesahkan kedudukan sebenar Obama.

Desas-desus itu juga menyebabkan ahli-ahli perwakilan di negeri Arizona mengundi rang undang-undang yang mahukan calon presiden menunjukkan bukti mereka lahir di AS.

Dalam sijil kelahiran yang didedahkan semalam, Obama dinyatakan dilahirkan oleh bapa keturunan Kenya dan ibu warga AS di Hawaii.

Tempat lahir Obama di Hawaii itu sekali gus menyebabkan beliau layak untuk memegang jawatan presiden AS berdasarkan perlembagaan negara ini.

Dokumen kelahiran Obama itu ditandatangani oleh seorang doktor yang menyambut kelahirannya di Hanolulu, Hawaii pada 4 Ogos 1961.

“Saya yakin, bahawa rakyat Amerika dan pemimpin politik Amerika boleh bersatu dalam apa jua cara dan menyelesaikan masalah ini,” kata Obama. – Agensi

* Sumber

*** Untuk pengesahan sebagai penduduk Local ..surat beranak sangat penting..


Read more...

Rabu, 27 April 2011

Macam-macam: Rambut pula jadi sasaran pencuri


CHICAGO: Polis masih pening kepala dalam menyelesaikan kes kecurian rambut manusia di syarikat pengeluar barangan kecantikan.

Polis berkata pihaknya menganggap rambut yang dicuri awal pagi Ahad oleh perompak di kedai Beauty One, adalah kerana ia sangat berharga.

Pihak berkuasa berkata penjenayah itu membuka pintu besi besar yang dikunci dengan dua kunci, sebelum mencuri rambut itu.

Belum ada penjelasan mengapa pencuri mahukan rambut itu. – AP

*** Apa saja sekarang ni boleh di curi...


Read more...

Satu lagi klip video seks pemimpin pembangkang di Internet


* Gambar kredit Papa Gomo


KUALA LUMPUR 27 April — Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik hari ini di dalam laman ‘Youtube’ dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari, hari ini.

Usaha menghubungi pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan komen gagal.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. — Bernama

Read more...

Guru didenda RM2,000 kerana cederakan guru besar

Atas kesalahan 4 tahun lalu maka dapat lah hukuman.. kisah melawan tokey ni..

ALOR SETAR 27 April - Seorang guru didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan guru besar, empat tahun lalu.

Majistret Norazah Idris turut memerintah Norazman Abdul Wahab, 43, dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Norazman didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Halim Saad, 52, dengan menumbuk muka dan menyepak pahanya di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis Jalan Langgar di sini kira-kira pukul 8.30 pagi pada 20 Disember 2006.

Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - * Sumber Utusan

..


Read more...

Penjudi yakin Kate Middleton lahir anak tahun depan


* Lakaran wajah bayi yang akan di lahikar oleh Kate Middleton


LONDON: Ramai penjudi di sini bertaruh Kate Middleton akan melahirkan anak tahun depan selepas berkahwin dengan Putera William Jumaat ini.

Bukan setakat itu, ramai yang meramalkan, jika anak itu, lelaki, dia akan bermain bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris dan jika kanak-kanak itu perempuan, dia akan menjadi hiasan muka depan majalah Vogue.

Sementara itu, pakar grafik akhbar The Sun semalam melakar wajah bayi (gambar) yang menurutnya, kemungkinan akan mirip anak yang akan dilahirkan Middleton. - The Sun

*** Memang terer penjudi penjudi ini meramal..


Read more...

Artis Jepun seronok ukir wajah pada pisang


* YAMADA merakam gambar setiap ukiran sebelum memakannya.

TOKYO: Hasil ukiran pelik pada pisang ini yang memaparkan wajah Elvis Prestley dan Davey Jones daripada filem Pirates of The Caribbean - dihasilkan dengan pencungkil gigi dan sudu.

Setiap ukiran dibuat selama setengah jam oleh artis Jepun, Keisuke Yamada sebelum pisang itu mula membusuk.

Apabila ukirannya siap Yamada kemudian merakamkan gambar sebelum memakannya. Sejak memuat turun gambar hasil ukirannya di Internet, Yamada, 23, mula mendapat ramai peminat dan mempunyai idea baru hasil saranan mereka.

Setakat ini, dia sudah mengukir 11 ukiran termasuk naga dan tengkorak yang menggerunkan. Yamada berkata: “Saya mula membuat ukiran kira-kira dua minggu lalu dan sejak memuat turun gambar berkenaan, ramai yang menyukainya. “Semuanya bermula ketika saya menyiat kulit pisang dan terfikir mungkin seronok jika saya mengukir wajah pada pisang itu.

“Ukiran pertama adalah wajah seseorang yang tersenyum. Saya terkejut apabila ramai menyukainya, jadi saya mula membuat lebih banyak,” katanya. “Mereka mula memberi idea dan memberi saya insipirasi. Sebelum saya mula mengukir, saya berfikir panjang mengenai apa yang mahu diukir.

“Kemudian saya mula bekerja. Saya mahu orang lain menganggapnya menarik.

“Saya hanya menggunakan pencungkil gigi dan sudu. Saya seorang yang mensasarkan kesempurnaan dan setiap ukiran mengambil masa setengah jam untuk dihasilkan,” katanya. - DM

Read more...

Rasa panas


*** Kalau dapat tengahari ni bermandi manda dalam kolam renang begini.. alangkah seronoknya.. sambil bersantai santai boleh pula mencuci mata..


Read more...

Melamar menggunakan teka silang kata


* Inilah teka silang kata yang lengkap dengan lamaran yang digunakan oleh Corey Newman.

WASHINGTON - Seorang lelaki, Corey Newman menggunakan teka silang kata sebagai satu cara unik untuk melamar kekasihnya, Marlowe Epstein, lapor sebuah akhbar semalam.

Newman yang berusia 28 tahun berpakat dengan akhbar Washington Post untuk bertanyakan soalan itu kepada Epstein, 31, menerusi satu kolum teka silang kata.

Pembayang untuk soalan nombor 51 berbunyi: Kata-kata yang mempunyai cincin padanya. Apabila Epstein menjawab dengan betul: "Adakah awak ingin berkahwin dengan saya?" Newman terus melutut dan menyerahkan sebentuk cincin permata dan mengulangi soalan sama.

Epstein yang namanya diambil daripada pembayang nama watak dalam filem Shakespeare in Love dan penulis layar filem Casablanca itu menerima lamaran tersebut.

Washington Post yang melihat lamaran tersebut sebagai satu cerita yang bagus telah merakamkan semua detik itu, sebelum memasukkan ke dalam laman webnya. - Agensi

* Sumber

*** Susahnya nak melamar..


Read more...

Lohan kena bersih bilik mayat


WASHINGTON: Lindsay Lohan dilaporkan bakal berhadapan masa depan yang sukar apabila terpaksa melakukan kerja di rumah mayat Jabatan Koroner Los Angeles.

Aktres Mean Girls itu yang dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar tempoh pengawasan dan terpaksa melakukan kerja amal termasuk memungut sampah, membersihkan tong sampah, mencuci lantai dan membersihkan tingkap serta tandas di kemudahan terbabit.

“Beliau akan melakukan kerja pembersihan asas,” lapor majalah People yang memetik kenyataan Penolong Ketua Koroner, Ed Winter.

“Dia tidak akan mengendalikan mayat tetapi pasti akan melihatnya,” katanya.
Lohan, 24, diarahkan untuk menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam di rumah mayat itu selain 360 jam perkhidmatan di Pusat Wanita Downtown, sebuah rumah perlindungan wanita di Skid Row, Los Angeles.

Hukuman yang dikenakan adalah sebagai tambahan kepada tempoh hukuman empat bulan penjara yang dihadapi aktres terbabit.

Lohan akan dikehendaki memasuki dua program perkhidmatan komuniti selama seminggu dalam tempoh setahun yang perlu dilengkapkan.
Sementara itu Blue water Production dilaporkan sedang menyiapkan sebuah buku komik biografi mengenai Lohan bertajuk Infamous: Lindsay Lohan yang memaparkan gaya hidup liar aktres terbabit, kegagalan keluarganya dan kerjayanya.

Buku itu dijangka diterbitkan pada September 2011 tetapi disebabkan kisah terkini beliau yang bermasalah mungkin membolehkan lebih banyak kisah ditambah mengenai aktres berusia 24 tahun terbabit.

“Lohan adalah seorang mangsa kebudayaan selebriti dan pengaruh buruk, kurang kawalan diri serta menjalani kehidupan tidak sihat,” kata radarinline.com yang memetik kenyataan penulis, Marc Shapiro. – Agensi

* Sumber


Read more...

Kilang mesin taip terakhir di dunia ditutup


* TUGAS mesin taip sudah diambil alih sepenuhnya oleh gajet lebih canggih terutama komputer.

MUMBAI, India - Syarikat Godrej and Boyce yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.

Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.

Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard: "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami.

"Sehingga tahun 2009, kami hanya menghasilkan 10,000 hingga 12,000 mesin taip setahun. Mungkin sekarang adalah waktu terbaik buat pengguna mesin taip untuk mendapatkan produk terakhir kami."

Syarikat itu memulakan perniagaan sejak tahun 1950-an selepas bekas Perdana Menteri, Jawaharlal Nehru menganggap mesin taip sebagai simbol pengembangan kemerdekaan dan industri di India.

Terdapat sebanyak 200 buah mesin taip ada dalam stok syarikat tersebut. Majoritinya terdiri daripada model dengan aksara bahasa Arab.

Pada awal 1990-an, Godrej and Boyce menjual 50,000 unit mesin taip setiap tahun. Tetapi pada tahun lalu, ia hanya dapat menjual 800 unit sahaja. - Agensi

* Sumber

*** Seronok dengar orang menaip ni.. tap! tap! tap! tap! kelenting ! kringgggg!!


Read more...

Kasih seorang iSteri

Tersentuh hati bila kawan datang menziarahi sahabat kawan yang sedang terlantar sakit ini ..beliau adalah encik Idris bin Md Baki sahabat sekerja kawan di dalam satu Syarikat pengurusan Sisa pepejal ...berikut adalah keratan surat khabar Sinar Harian 25hb April 2011 ..


KAMPUNG PAYA LUAS - Seorang pekerja buruh di ladang Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) sanggup berhenti kerja untuk menjaga suaminya yang menghidap pelbagai penyakit kronik sejak lima bulan lalu.

Shukeriah Md Saad, 44, berkata, dia sanggup berhenti kerja kerana mahu menjaga suaminya, Idris Baki, 52, iaitu seorang kakitangan Alam Flora yang kini terlantar akibat menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, buah pinggang dan paru-paru berair.

Menurutnya, tindakan itu terpaksa diambil berikutan dia bertanggungjawab untuk menjaga suami tercinta yang memerlukan penjagaan rapi.

“Saya sanggup berhenti kerja kerana mahu menjaga suami yang memerlukan sokongan moral untuk sembuh. Sebelum ini, dia mampu bekerja seperti biasa, tetapi sejak lima bulan lalu, kesihatannya sedikit terganggu dan kini terpaksa duduk di rumah.

“Saya bersama empat anak bergilir-gilir menjaganya dan kami berterima kasih kepada Alam Flora kerana tetap memberikan gaji kepada suami saya untuk menampung keperluan kami sekeluarga,” katanya.

Penderitaan Idris mendapat perhatian pengurusan Alam Flora yang tampil menghulurkan bantuan dan memberikan peralatan sokongan seperti kerusi roda, katil serta lampin pakai buang.

Pengurus Besar Alam Flora, Izzati Iznan berkata, pengurusan Alam Flora sentiasa menjaga kebajikan pekerja terutama mereka yang menghadapi masalah kesihatan.

Menurutnya, Alam Flora akan membantu pekerja untuk meringankan beban mengikut keperluan selain menanggung persekolahan anak-anak mereka.

“Dalam hal ini, Alam Flora mahu memberi kesedaran kepada semua pekerja bahawa syarikat sangat komited serta prihatin untuk menjaga kebajikan mereka.

“Kami bukan sahaja prihatin terhadap pekerja, malah terhadap pihak yang berurusan dengan Alam Flora seperti Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Izzati berkata, Alam Flora juga menyediakan tempat untuk anak-anak pekerja yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di kolej di bawah DRB-Hicom.

Selain Alam Flora, penderitaan Idris turut mendapat perhatian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pengerusinya, Nordin Idris berkata, pihaknya bersama keluarga Idris berterima kasih atas keprihatinan pengurusan Alam Flora yang menghulurkan bantuan.

Menurutnya, JKKK turut menghulurkan bantuan berupa barangan makanan untuk meringankan beban mereka sekeluarga.

“Dalam kampung ini, jika ada penduduk yang sakit atau memerlukan bantuan, pasti JKKK akan segera memberikan bantuan dan sumbangan. Saya sangat terharu dengan sumbangan yang diberikan Alam Flora.

“JKKK juga sudah melaporkan mengenai penderitaan Idris kepada Ahli Parlimen Temerloh merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah untuk tindakan sewajarnya,” katanya.

* Sumber dari Sinar Harian

*** Semoga encik Idris Md Baki segera sihat.. boleh kita mengetea bersama sama lagi..


Read more...

Selasa, 26 April 2011

Terkejut temui buaya dalam rumah - Video


FLORIDA: Seorang wanita, Alexis Dunbar terkejut apabila mendapati ada tetamu tidak diundang ketika pulang ke kediamannya di Manatee, Florida, semalam. Tetamu tidak diundang itu adalah buaya berukuran dua meter yang ditemui di bilik tidur tetamu di kediamannya.

Alexis menceritakan insiden yang menggerunkan itu kepada wartawan Bay News 9, Robert Hahn.

“Saya lihat ke sebelah kanan dan mendapati seekor buaya berada dalam bilik tetamu,” ujarnya.

Alexis segera keluar dari rumah tetapi kemudian teringat kepada kucing peliharaan kesayangannya.

“Kucing saya seperti anak saya. Saya bimbang kucing saya sudah dimakan buaya itu kerana terdapat darah merata-rata,” tambahnya.

Namun, ternyata darah itu daripada tubuh buaya berkenaan sama ada ia cedera di luar atau ketika cuba memasuki rumah itu melalui pintu kecil untuk kucingnya. Kedua-dua kucingnya kemudian keluar dari tempat persembunyian mereka.

Petugas Jabatan Haiwan kemudian menangkap buaya itu yang dipercayai datang dari kolam di belakang kediaman Alexis. - Agensi

* Sumber

Video : - ketik ( siNi )

*** Buaya sudah pandai main dalam rumah sekarang..


Read more...

Kecoh penyanyi protes separuh bogel


* LEE MI duduk dengan memegang poster di depan pejabat Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou di Taipei semalam.

TAIPEI - Seorang penyanyi, Lee Mi mencetuskan kekecohan kerana dia melakukan protes separuh bogel di depan pejabat Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou di sini semalam.

Tindakan itu dibuat kerana dia mahu membangkitkan kesedaran mengenai kempen keselamatan nuklear.

Dalam protes itu, dia duduk sambil memegang poster yang menutup payu daranya manakala beberapa orang lagi memakai baju berwarna putih.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis datang dan menghampiri penyanyi berkenaan.

Tubuh badan penyanyi itu yang separuh bogel kemudian ditutup dengan sehelai kain oleh anggota-anggota polis wanita.

Tunjuk perasaan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 krisis Chernobyl, Ukraine yang berlaku pada 26 April 1986.

Isu keselamatan nuklear semakin mendapat perhatian masyarakat dunia ekoran kejadian yang berlaku di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun yang bocor akibat dilanda ombak tsunami pada 11 Mac lalu.

Sehingga kini loji itu gagal dibaiki menyebabkan berlaku kebocoran radioaktif. - Agensi

* Sumber

*** Kesungguhan penyanyi ini tidak dapat dinafikan lagi dalam menangani bahaya serta kesedaran kepada manusia tentang Nuklear ..


Read more...

Rozita Che Wan Tak Mungkin Dengan Shahir


Rozita Che Wan -- baca di
( siNi )

Berita ini sedikit sebanyak sangat menyenangkan hati Encik Topik..

'' Kan koi dah kata mesti tak jadi punya Rozita tu..ini sangat melegakan koi.. boleh koi masuk line ''.. kata Encik Topik..

'' Aok tok sah perasan lah dengan Rozita tu.. aok kena sedor aok tu sapa.. antara aok dengan Rozita tu macam Enggang dengan pipit..macam bumi dengan langit ''..kata Rosli Ghani..

'' Aok jangan gitu Li.. belum cuba belum tau ''..kata encik Topik..

'' Aok memang kuat berangan ''...kata Rosli Ghani.

'' Oiit..aok maksud kan Rozita mana ni? '' ..tanya encik Topik..

'' Rozita Che Wan pelakon yang kiut miut tu lah ''..jawab Rosli Ghani..

'' Laa..bengong aok ni Li..yang koi maksud kan ni Rozita anak Kak Leha Janda warung hujung kampung tu haaa ''.. kata encik Topik..

*** Laa.. kisah nyaa.. !


Read more...

Isnin, 25 April 2011

Filem : 13 Cara Memanggil Setan


Filem dari Indon : 13 Cara memanggil Setan laris walaupun di bantah..

JAKARTA: Meskipun dibantah oleh Front Pembebasan Islam (FPI), filem ‘13 Cara Memanggil Setan’ tetap mendapat sambutan di kalangan masyarakat Indonesia.

Penerbitnya, Ki Kusumo berkata, lebih 700,000 orang menontonnya sejak filem itu mula ditayangkan.

“Sejak tayangan perdana 7 April lalu, lebih 700,000 orang menyaksikan filem ‘13 Cara Memanggil Setan’ di 56 pawagam di 18 kota besar seluruh Indonesia,” katanya.

Ki Kusumo sekali gus menganggap filem berkenaan sebagai berjaya dan yakin jumlah penonton menjangkau lebih sejuta orang dalam masa yang terdekat.

"Saya melihat sambutan masyarakat terhadap filem seram amat baik, lebih-lebih lagi cara-cara memanggil setan yang dipaparkan dalam filem ini,” katanya.

Dia yakin bantahan FPI tidak akan memberi kesan secara langsung kepada filem berkenaan.

“Baik buruk sesebuah filem itu biarlah ditentukan oleh masyarakat sendiri,” katanya. - Agensi

Video Trailer : - ketik ( siNi )

*** Tajuk nya pun sudah '' kus semangat ''..


Read more...

Kerajaan tidak akan sekat Internet

Demokrasi Digital : -

Lama tak dengar kisah mereka berdua ini..

'' Bagus dan terima kaSih pada PM.. Blogger punya suara dalam penyampaian maklumat dan juga untuk mengkritik ''..kata Azman Zahari..

'' Tapi koi tengok blog aok lain macam sekarang ni ..''..tanya Ahmad Zaki..

'' Mana boleh lain macam.. kawan blogger berhemah.. apa jua berita dan maklumat yang hendak kawan sampaikan mesti beretika ''..kata Azman Zahari lagi..

'' Blog aok memang lain macam sekarang ni..dah jadi caca marba..konsep bercelaru.. isu semasa sememang ada..tak kira isu lucah ke atau pun peristiwa yang pelik pelik..hiburan pun aok masuk juga..dulu tak macam tu ''..kata Ahmad Zaki lagi..

'' Kawan peduli apa..janji trafik tinggi.. masyukk ! ''..kata Azman Zahari..

'' Etika apa ke benda gini ''..kata Ahmad Zaki



* NAJIB bersalaman dengan penulis blog pada majlis perasmian Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Malaysia memberi jaminan tidak akan menapis kandungan Internet seperti mana yang pernah dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jaminan itu diberikan selaras dengan janji Dr. Mahathir kepada dunia ketika beliau membangunkan Koridor Raya Multimedia.

"Kerajaan pimpinan saya komited sepenuhnya terhadap pandangan bijak beliau itu, kami tidak akan memungkiri janji beliau," katanya ketika merasmikan Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN pertama di sini semalam.

Turut hadir ialah Dr. Mahathir selaku penaung Blog House Malaysia dan Presiden Blog House Malaysia, Syed Akbar Ali.

Persidangan dua hari itu bertema Blogging Mindfully and Responsibly dan dianjurkan oleh Blog House Malaysia.

Najib berkata, beliau yakin Internet merupakan enjin bagi pertumbuhan ekonomi dan portal yang menjadi hidangan untuk masyarakat berilmu.

"Ini terpakai bagi semua masyarakat malah kerajaan yang tidak begitu berminat dengan sisi demokrasi yang terdapat pada demokrasi digital pun boleh menggunakan bahagian digitalnya kerana implikasi ekonomi yang terdapat padanya terlalu besar untuk diketepikan," katanya.

* Sumber

*** Selamat pagi iSnin..


Read more...

Ahad, 24 April 2011

Di mana anak anak anda berada sekarang?


Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan rumah anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat..

Jadi untuk hari minggu begini.. Ibu Bapa yang mempunyai anak anak kecil harus peka dengan persekitaran dalam rumah..jangan terlalu ralit bersantai seperti menonton Talivesyen ..

*** Pesanan khidmat Masyarakat melalui blog relevan Sokmo ini.. '' Macam ketandusan idea je nih ''..

Read more...

The Great Churp churp race

Sesiapa yang punyai akaun Syarikat Churp churp tentu sudah mengetahui Contest terkini anjuran Churp churp ini.. The Great Churp churp Race..


* Untuk maklumat lanjut korang ketik je ( siNi )




* Ini antara Hadiah yang sedia untuk di menangi


Link
* Tengok tu relevan Sokmo pun join.. Cisss.. masih baru nak starting?.. beliau baru memperolehi 1Km saja.. ini mesti guna minyak petrol tahap rendah..tak pun kereta beliau kurang service...tak pun beliau kurang Sponser..

Maka mari lah beramai ramai menyokong relevan Sokmo agar kelajuan beliau bertambah dengan meng' ketik ' setiap setesen di bawah ini..

The Great ChurpChurp Race is on!

Let's Make Malaysia the FB Capital of the World!

Make your life 'senang' with more 'menang'.

What's my berry? What's YOUR berry? Find out today!

Dessert is the remedy to a stressful day. Claim yours today.

Be excited for Hypp TV!

MAD - RM18 or 2 Hours of Glamorous Kawaii Doll Eye Makeup Course at Michito TCM Beauty Academy

MAD - RM20 for ANY Main Dish from the World's Favourite Menu + Soup of the Day + FREE FLOW of Ice Lemon Tea OR Ice Coffee at Friendscino.

*** Rasa nak tebus je pendapatan Churp churp ni..buat beli kain untuk baju kurung ketat bagi sedap orang pandang..


Read more...

Sabtu, 23 April 2011

Russia nafi angkasawan lakukan seks di angkasa lepas


* Ini Angkasawan ( Google )


MOSCOW: Angkasawan Soviet mahupun Russia tidak pernah mengadakan seks di angkasa lepas sepanjang 50 tahun penjelajahannya.

“Tidak ada bukti rasmi atau tidak rasmi mengenai angkasawan kami melakukan seks atau melakukan kajian seks di angkasa lepas,” kata Valery Bogomolov, Timbalan Pengarah Institut Masalah Perubatan Bio yang berpangkalan di Moscow kepada agensi berita Interfax.

“Sekurang-kurangnya dalam sejarah penjelajahan angkasa lepas Russia atau Soviet, ia sudah pasti tidak berlaku,” kata Bogomolov.

Khabar angin sejak beberapa tahun lalu mendakwa wujudnya program sulit Russia dan Amerika untuk melakukan kesan kenirberatan terhadap seks tetapi ia disangkal oleh kedua-dua pihak.

“Mengenai penjelajahan angkasa lepas Amerika, Saya tidak memperoleh maklumat untuk menafikannya. Ia hanya khabar angin yang tidak perlu dipercayai,” kata Bogomolov. - AFP

* Sumber

*** Laa..

Read more...

Maharaja Lawak | Minggu 4 - Jambu yang sememang nya Jambu

Malam tadi hendak atau tidak hendak..kawan melayan juga program Maharaja Lawak aStro yang sudah masuk minggu ke 4.. Macam biasa ada penyingkiran dan pelawak yang di minati ramai iaitu Amir masih lagi terselamat..

Malam tadi juga menyaksikan juga kumpulan Jambu dengan lawak yang punyai kelas tersendiri.. bagi kawan Jambu kumpulan terbaik malam tadi.. Jambu dapat menguasi pentas sepenuhnya.. Sedari mula kemunculan Jambu..penonton ketawa sampai tak ingat.. Gandingan Yus dan Tauke ini semakin mantap..

Saksikan Video Jambu ini : - Siap joging dengan Nora Danish lagi..




*** Kalau Maharaja Lawak ni disiarkan dalam siaran HD lagi menarik..


Read more...

Jumaat, 22 April 2011

Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco


* Tarian poco poco ( gambar ehsan Anak Taruna )

SEPANG 22 April - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. - Bernama

*** Kira boleh..


Read more...

Video : Filem porno 3D atasi Avatar


HONG KONG: Sebuah filem Hong Kong yang dianggap filem porno 3D pertama di dunia memecahkan rekod box office yang sebelum ini dicatatkan oleh filem Hollywood, Avatar.

‘3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy’ mencatatkan jualan tiket berjumlah HK$2.8 juta (RM1.08 juta) pada hari pertama tayangannya minggu lalu, mengatasi filem epik sains fiksyen arahan James Cameron yang mencatatkan jualan tiket sebanyak RM1.01 juta.

Peminat filem dari seluruh latar belakang kehidupan, pekerja pejabat, pesara dan pelajar, berbaris panjang di luar pawagam di Hong Kong pada hari pertama tayangan, untuk menonton filem itu.

Dengan berdasarkan kesusasteraan erotik klasikal Cina, filem berbahasa Kantonis yang menelan belanja RM3.9 juta itu mempamerkan aksi berahi dan babak seks grafik.

Berlatar belakangkan zaman Dinasti Ming, filem itu mengisahkan seorang lelaki muda, selepas diperkenalkan dengan dunia erotik seorang aristokrat, menyedari bekas isterinya adalah cinta sebenar hidupnya.

Aktres porno Jepun, Yukiko Suo dan Saori Hara membintangi filem itu.

Menurut penerbitnya, Stephen Shiu, filem itu mula ditayangkan di Taiwan Jumaat lalu dan turut mencetuskan minat di kebanyakan pasaran di Asia, termasuk Jepun dan Korea Selatan, serta Eropah dan Amerika Syarikat.

Memandangkan permintaan yang menggalakkan, versi filem itu yang lebih panjang akan diedarkan beberapa minggu lagi, kata Stephen kepada wartawan. Menurutnya, penonton boleh melihat babak jenaka lucah sepanjang 15 minit dalam versi panjang itu.

Agensi pelancongan dilapor menganjurkan lawatan untuk menonton filem itu ke Hong Kong dan Taiwan untuk pelancong dari tanah besar China.

Peraturan ketat menghalang tayangan filem berkenaan di negara itu.

‘3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy’ ditayangkan lebih awal daripada rancangan penerbit filem lain untuk menghasilkan filem porno 3D serupa.

Pengarah Itali, Tinto Brass mengumumkan hasratnya untuk menghasilkan semula filem erotik lama, Caligula dalam bentuk 3D sementara Hustler merancang menerbitkan filem porno Avatar. - AFP

* Sumber

Video : - ( siNi ) Jangan ketik jika anda di bawah umur..

*** Hikayat Merong Mahawangsa sudah main kat aStro first.. dalam HD pun ada..



Read more...

Video : Hingus wartawan wanita keluar semasa buat liputan


*SAPHIA KHAMBALIA masih membuat liputan di depan kamera walaupun hingusnya meleleh di Toronto, Kanada baru-baru ini

TORONTO - Seorang wartawan di Kanada, Saphia Khambalia merah padam apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden yang memalukan itu berlaku baru-baru ini semasa wanita itu yang bekerja untuk stesen televisyen City TV News Toronto membuat laporan langsung di sebuah dewan di sini.

Ketika itu, dia membuat liputan mengenai kehadiran pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen di bandar ini.

Semasa kali pertama hingusnya keluar, Khambalia, 23, menyapunya dengan menggunakan rambutnya tetapi sejurus kemudian, hingusnya masih lagi meleleh.

Bagi mengelakkan dirinya daripada terus malu, dia segera menamatkan laporannya apabila melihat hingusnya terus meleleh dan mengenai mikrofon yang dipegangnya. - Agensi

* Sumber




*** Ini nama nya penyakit hidung leleh..


Read more...

Khamis, 21 April 2011

Video Seks : Pelaku dikenal pasti ( Wanita pelajar kolej swasta )


KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemukaLink di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.

* Sumber

*** Semakin hampir dah ni.. '' Siapa dia orang Lelaki itu? ''...


Read more...

Video : Husin Mon dan Jin pakai toncit - teaser promo

Setelah filem arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah mencipta kejayaan luar biasa di pawagam dengan mengutip sebanyak RM7.8 juta.. Nah ini dia kesinambungan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ia itu Husin Mon dan Jin pakai toncit..

Tengok kan tajuk filem nye saja sudah begitu aneh..dengan terhasil nya filem Husin Mon dan Jin pakai toncit ini lengkap lah trilogi Kampung Pisang..



* Tengok gambar ini pun sudah begitu menarik dan bermakna



* Masih mengekalkan lagi Warung Pak Jabit..

Saksikan secebis promo ini.. sudah bikin gamat tak ingat ..



*** Kite bakorr ..kite bakorr..


Read more...

Guru ikat murid di kerusi digantung kerja

PERTH: Seorang guru di sebuah sekolah di sini digantung tugas, semalam selepas mengikat seorang murid lelaki berusia lima tahun di kerusi dengan tali skip sebagai hukuman kerana nakal.

Polis memberitahu akhbar West Australian bahawa mereka menerima laporan seorang guru perempuan menggunakan tali untuk menghukum kanak-kanak itu sebanyak dua kali di sebuah sekolah di timur bandar raya ini. Dia mengikat tangan kanak-kanak itu ke belakang kira-kira satu minit sebelum melepaskannya dan apabila murid itu menimbulkan masalah lagi, guru terbabit dikatakan mengikat kanak-kanak berkenaan di kerusi di sudut kelas selama lima minit.

Kenyataan akhbar turut mengatakan kakitangan lain yang menyaksikan insiden itu melaporkannya kepada polis yang kemudian meminta Jabatan Pendidikan supaya melakukan siasatan. “Itu cara yang tidak boleh diterima untuk menangani perangai murid,” kata Ketua Pengarah Pendidikan Australia Barat, Sharyn O’Neil. - AFP

* Sumber

*** Selamat pagi Cikgu..



Read more...

Rabu, 20 April 2011

Malam yang sedap kembali menjelma

Jam 1130 pm.. hujan renyai renyai...ada ketika bunyi katak betong bersahut sahutan..ini membuatkan encik Topik tambah gelisah..

SMS yang di terima pada petang tadi dari encik Salleh Osman begitu meronta hati nya untuk ke benteng koner.. sesuatu yang menarik pasti nya akan tersaji di sana..

.. '' Sekejap lagi koi sampai ''.. SMS balasan daripada encik Topik kepada Salleh Osman.. setelah Salleh Osman berkali kali menghantar SMS kepada encik Topik bermula dari petang tadi baru kini mendapat balasan dari encik Topik..



Dan pertemuan ini sangat mengembira kan kedua sahabat .. setelah beberapa bulan tidak menikmati tea tarik waktu malam hari di benteng koner ..

*** Lor.. tea tarik je malam malam gini.. iShkk... ''


Read more...

Video : Aksi seksi nenek kejutkan juri program realiti TV

LONDON: Seorang nenek berusia 65 tahun dilarang meneruskan persembahan tariannya dalam rancangan realiti televisyen Britain’s Got Talent berikutan aksinya yang 'terlalu seksi'.

Nenek berkenaan yang hanya dikenali sebagai Lady Lorraine sebelum itu mengejutkan juri rancangan David Hasselhoff, Amanda Holden dan Michael Mclntyre dengan aksi tarian ala separuh bogel dan tarian gelek sambil menyatakan beliau adalah seorang ‘wanita liar dan seperti gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus’. – Agensi

Video : -



*** Tak boleh belah ..


Read more...

Video : Gadis Turki islam pertama berbogel untuk Majalah Playboy


* KULIT depan majalah Palyboy yang menunjukkan Sila Sahin berbogel.


BERLIN - Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.

Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.

Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.

"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.



* Sila Sahin


"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.

Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.

"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.

Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.

Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.

Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.

Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.

Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.

Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.

"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.

"Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Agensi

* Sumber

Video : - Ketik ( siNi ) .. Awas ! jangan ketik jika anda di bawah umur !!!

*** Sekor lagi mencemar kan nama baik Islam..


Read more...

Selasa, 19 April 2011

Krisdayanti hamil 4 bulan?


* Kris Dayanti dan Raul Lemos


Krisdayanti hamil 4 bulan? ..Wahh sungguh mengejutkan sekali padahal baru saja kawin lewat 2 bulan.. aduhhh bikin senak..

JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan selepas bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu.

Tegasnya, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya terima ketentuan itu dengan hati yang terbuka.

"Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak," katanya.



* Gambar kawin nya..

* Mampir sore ..bz bangat tadi..


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP