GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 31 Mei 2011

Landak Malang Tanpa Duri


* Betty, Si Landak Tak Berduri/Dailymail

NORFOLK - Malangnya nasib seekor bayi landak di Norfolk, Virginia. Dia terlahir tanpa duri tajam, yang menjadi ciri khas landak pada umumnya.

Tidak hanya itu, bayi landak itu pun ditinggalkan oleh keluarganya seorang diri.

Betty, demikian landak ini dinamakan oleh seorang anggota pusat penyelamat haiwan.

Dokter spesialis haiwan pun kini sedang meneliti kondisi kulit Betty yang aneh ini.

Betty yang baru berumur enam minggu kini tampak berbeda dan mungkin akan menyeramkan landak-landak lainnya.

Namun, dia pun tidak dapat dilepaskan ke alam kerana kecacatan pada dirinya. Tanpa adanya duri, Betty tidak mampu untuk membela diri terhadap predator seperti musang dan rubah.

"Kondisi Betty sebenarnya sehat dan semuanya organnya bekerja normal, hanya saja dia tidak berduri," jelas Tonia (47) dari pusat penyelamatan hewan Foxy Lodge, Norfolk, seperti dilapor Dailymail, Selasa (24/5/2011).

"Sehingga kami tidak akan membiarkan Betty hidup bebas di alam karena dia akan diserang predator. Dia pun akan dijauhi landak lain karena bentuknya yang aneh. Bahkan dia tidak akan mendapatkan pasangan landak jantan," tambahnya.

Malangnya Betty, dia akan hidup dengan bersendirian.

* Sumber okezone




Read more...

Lori 'ditelan' lubang besar


* SEORANG pegawai melihat lubang besar di jalan raya yang 'menelan' sebuah lori di Changchun, China.

CHANGCHUN - Tindakan sebuah lori melalui jalan raya yang merekah mengundang padah apabila jalan berkenaan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan kenderaan itu terbenam ke dalam satu lubang besar.

Kemalangan itu berlaku Changchun, wilayah Jilin di timur laut China kelmarin.

Pemandu dan kelindan lori cedera dalam nahas tersebut, tetapi tiada laporan sama ada mereka parah atau sebaliknya.

Pihak berkuasa yang menyiasat kejadian tersebut mengesyaki lori berkenaan membawa muatan berlebihan semasa kejadian.

Terdapat sekitar 100,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di China iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Amerika Syarikat (AS). Sedangkan AS memiliki empat kali ganda lebih banyak kenderaan berbanding China. . - Agensi




Read more...

Peraduan Lelaki terhodoh


* Mr Ugly Austin Mbewe (tengah) bersama dengan pemenang ketiga Chitova Chezhira (kiri) dan pemenang kedua Kudakwashe Chiramba/Bulawayo

BEITBRIDGE - Peraduan kecantikan dan juga ketampanan mungkin sudah biasa. Bagaimana jika peraduan yang digelar untuk mencari lelaki terhodoh?

Austin Mbewe (30) dari Kota Bulawayo, Zimbabwe, dengan bangga mengenakan mahkota Mr Ugly (Tuan Hodoh), dia juga memenangi hadiah wang USD173 dan sebuah selimut.

"Saya merasa sangat tersanjung atas penghargaan ini. Saya selalu menjadi bahan ejekan sejak kecil dan dunia kini bisa mengetahui bahwa ada sisi keindahan dari kehodohan saya ini," ujar Mbewe kepada Suratkabar The Herald.

"Saya sangat yakin dengan wajah saya yang alami ini dan percaya diri. Ini merupakan peraduan yang sangat ketat, tapi akhirnya kerja keras saya mendapatkan hasil," lanjutnya seperti dilapor Global Post, Selasa (31/5/2011).

Acara yang digelar di Pagomo Heights Leisure Centre, Beitbridge, wilayah yang bersempadan dengan Afrika Selatan ini mengundang banyak penonton yang sangat tertarik. Mereka bahkan beramai ramai untuk menyaksikan peraduan lelaki hodoh ini.

Seramai 15 lelaki hodoh bertanding dalam peraduan tersebut. Ternyata enam peserta lelaki hodoh tersebut sudah terlalu gugup pada minit terakhir.

Peraduan lelaki hodoh yang sudah berjalan tahun ketiga ini, didukung oleh Otoritas Pariwisata Zimbabwe dan juga Dewan Seni Nasional. Semua juri dari peraduan ini adalah wanita. Markah dinilai berdasarkan penggunaan pakaian, casual, smart casual, safari dan sport.(rhs)

* Sumber okezone



Read more...

Nenek 74 tahun ahli bina badan


* ERNESTINE SHEPHERD tersenarai dalam Guinness Book of Records sebagai ahli bina badan wanita tertua.

BALTIMORE - Walaupun sudah berusia 74 tahun dan bergelar nenek, kekuatan dan stamina Ernestine Shepherd sukar ditandingi oleh wanita muda.

Malah, warga emas itu diiktiraf Guinness Book of Records sebagai ahli bina badan wanita kompetitif paling tua di dunia.

"Usia hanyalah angka semata-mata," kata Ernestine yang mempunyai perut langsing dan berotot.

Suaminya yang berusia 54 tahun, Collin Shepherd berkata, sejak 18 tahun lalu, isterinya telah menyertai 18 acara marathon dan memenangi dua pertandingan bina badan.

Pasangan tersebut menetap di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) bersama anak lelaki dan seorang cucu yang berusia 14 tahun.

Mengenai rutin hariannya, Ernestine bangun seawal pukul 3 pagi untuk bermeditasi sebelum berjoging sejauh 16 kilometer di sebuah taman.

Dia cuma makan nasi perang, dada ayam dan sayuran bersama segelas putih telur tiga kali sehari untuk kekal bertenaga dan langsing. - Agensi




Read more...

Wanita bawa alat sulit perogol ke balai polis

DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun memotong alat sulit seorang lelaki ketika lelaki itu cuba merogolnya dan kemudian membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti, kata polis di kawasan terpencil di negara ini, semalam.

Menurut polis, ibu tiga anak itu diserang ketika sedang tidur di gubuknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer di selatan Dhaka pada malam Sabtu lalu. “Ketika suspek cuba memperkosanya, wanita itu memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau. Dia kemudian membalut kemaluan lelaki berkenaan dalam plastik politena dan membawanya ke balai polis sebagai bukti jenayah,” kata Ketua Polis Jhalakathi, Abul Khaer. - AFP


*** Ini baru betul punya bahan bukti..

Read more...

Selamat pengantin baru Salih Yaacob | Berdebar luar biasa


* SAAT BAHAGIA...Salih bersama isteri keempatnya, Emi.

KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.



Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.



“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.

Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.


*** Bahagia abang Salih ..



Read more...

Isnin, 30 Mei 2011

Agnes Monica keluar Hospital



Agnes Monica usai keluar Siloam Hospital, Minggu. Setelah dirawat akibat cedera punggung, Agnes dinyatakan telah pulih (29/5).
* Sumber (inilah.com/Danu)



* Di lihat semakin Comel.. !



Read more...

Sepasang Pelajar kantoi Bercumbu


TRIBUNNEWS.COM - Sepasang remaja kedapatan bercumbu di belakang sebuah pusat membeli belah di Jalan Gajah Berang, Melaka, Malaysia sebelum subuh. Demikian dilapor The Star, Jumat (27/5/2011).

Para pelajar ini berkumpul di wilayah tersebut sekitar pukul 5.30 pagi dan kemudian melakukan sejumlah kegiatan seksual dengan disaksikan sejumlah pedagang. Beberapa pelajar lelaki di lihat merokok sebelum jam sekolah iaitu pukul 07.40 pagi.

"Mereka menjadi liar dan kami melihat mereka berciuman di belakang pusat membeli belah dan tak merasa malu dengan orang-orang yang melihat mereka,"demikian kata seorang saksi.

"Mereka berciuman, saling bersenutuhan, dan melakukan oral seks di depan umum," kata seorang pedagang berusia 45 tahun.

* Punah ranah



Read more...

Pasangan Suami Isteri Terpelajar berCerai Gara-gara Remote Control


TRIBUNNEWS.COM - Gara-gara remote control, sepasang suami isteri bercerai. Menurut sang suami yang bergelar PhD dan hanya dikenali dengan nama Wang, dua kali isterinya membuatnya cedera hanya gara-gara remote control television.

"Saya menonton program television saat kembali bekerja. Beberapa saat kemudian ia mengambil remote control itu dan memindahkan program acara. Saya memintanya kembali," kata sang suami. Pertengkaran pun terjadi dan dua-duanya berusia 32 tahun. Mereka berkenalan melalui internet pada tahun 2006 dan menikah tiga tahun kemudian.

Pasangan yang tinggal di Beijing, China, ini pun mengajukan gugatan cerai. Ironisnya pasangan suami istri ini sama-sama berpendidikan tinggi karena isteri yang memiliki nama keluarga Su bergelar master.

Ketika marah, sang isteri lari ke balkoni dan berteriak kencang dan kemudian sang suami menariknya kembali.

Saat bertengkar, Wang menuduh Su menyerangnya dengan menggunakan penyepit rambut dan melukai tangannya. "Ia bahkan sangat cuak ketika saya menjalani operasi di tangan," kata Wang, yang dalam sidang itu memperdengarkan suara saat bertengkar dengan Su. Pengadilan Daerah Fangshan kemudian memutuskan pasangan itu cerai pada Sabtu, hari lalu.

* Sumber tribunews



Read more...

Karavan terkecil boleh ditunda skuter


* KARAVAN terkecil di dunia yang boleh ditunda dengan menggunakan skuter.

LONDON - Sebuah karavan sepanjang 2 meter yang dipercayai terkecil di dunia boleh ditarik dengan menggunakan skuter, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, karavan yang dinamakan QTvan dan berharga £5,500 (RM24,965) itu lengkap dengan sebuah katil, kabinet minuman dan sebuah televisyen skrin rata.

Ia yang direka oleh seorang pereka, Yannick Read, sesuai untuk aktiviti perkelahan jarak dekat untuk pengguna motosikal. - Agensi

* Sumber



Read more...

Juara Mentor 5 : Salma, Raih 3.25 juta Undian SMS Penonton


* Salma mengungguli gelaran juara Mentor 5 di Stadium Malawati, Shah Alam, Ahad. - Foto LOW BOON TAT ( mStar )


SHAH ALAM: Juara Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 21, berjaya meraih 3.25 juta undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sebelum program itu melabuhkan tirainya di Stadium Malawati, di sini, Ahad.

Perkara tersebut disahkan oleh penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa di mana undian tersebut telah berjaya melonjak markah Salma iaitu 85 peratus jauh meninggalkan dua peserta lain yang turut bertanding iaitu Iqa dan Shiha.

Shiha mendapat tempat kedua dengan markah 63 peratus manakala Iqa menduduki tempat ketiga (56 peratus).

“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya.



* Erra, mentor Salma turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000.



* Datuk Sharifah Aini, Shiha mendapat tempat kedua manakala Edry dan Iqa di tempat ketiga.

* Sumber penuh ( mStar Online )




Read more...

Budak 10 tahun tangkap buaya


* SEEKOR alligator yang ditangkap oleh budak lelaki berusia 10 tahun, Michael Dasher.

ROCKLEDGE - Seorang budak lelaki berusia 10 tahun terkejut melihat seekor buaya jenis alligator sepanjang lebih 1 meter menyambar jorannya ketika dia memancing di sebuah terusan di sini, negeri Florida, Amerika Syarikat.

Jauh sekali melarikan diri, budak lelaki berkenaan, Michael Dasher sebaliknya bergelut dengan buaya tersebut selepas ia naik ke darat.

Dengan bantuan dua rakannya, Dasher mengikat mulut reptilia tersebut sebelum menyeret haiwan itu ke rumahnya yang terletak berdekatan kerana tidak mahu dituduh hanya mereka-reka cerita.

Dia hanya mengalami beberapa kesan calar dan luka kecil pada badannya dalam pergelutan tersebut.

"Cucu saya tidak takut pada apa-apa pun," kata datuknya yang berusia 57 tahun, Benji Cox.

Reptilia itu kemudian dibebaskan pihak berkuasa hidupan liar kerana ia tergolong dalam spesies yang dilindungi di AS dengan mereka yang menangkapnya berdepan denda AS$500 (RM1,512) dan hukuman penjara hingga 60 hari. - Agensi




Read more...

Video : Polis membogelkan tahanan perempuan tersiar di YouTube


* Adegan dalam video yang memperlihatkan polis membogelkan perempuan dan tersiar di YouTube

TRIBUNNEWS.COM - Sejumlah polis disyaki membogelkan seorang perempuan muda yang mereka tahan. Si perempuan malang ini dibogelkan dengan janji akan dilepas dari tahanan.

Petugas polis yang jumlahnya 15 orang termasuk tiga di antaranya perempuan sudah di- kenalpasti setelah video tersebut tersiar di YouTube. Seorang polis memaksa perempuan berkenaan menari bogel sementara yang lainnya asyik bertepuk tangan.

Perempuan ini ditangkap bersama seorang teman lelakinya Kota Tijuana, Mexico, dengan tuduhan mencuri kad debit bank dan juga check.

Setelah video tersebut tersiar, Ketua Kota Tijuana Carlos Bustamente mengumumkan 15 angggota polis yang dianggap terlibat dalam tindakan tak bermoral..

* Sumber tribunews



Read more...

Ahad, 29 Mei 2011

Nenek guna beg gagalkan rompakan

SYDNEY: Seorang wanita warga emas Australia yang terselamat daripada cubaan rompak berkata, dia tidak teragak-agak “membunuh” penjenayah itu jika berkesempatan.

Menurut wanita yang hanya dikenali sebagai Jean itu, dia sedang berborak dengan dua rakannya di kawasan letak kenderaan bawah tanah di Melbourne apabila dihampiri seorang lelaki “selekeh.” Kata Jean, 89, lelaki terbabit mengacu pisau ke leher rakannya, Marie, 82, untuk memaksanya menyerahkan beg tangan.

Ketika itu Jean menggunakan beg tangannya memukul muka perompak terbabit.

“Saya sangka dia mahu membunuh kawan saya dan ia tak boleh dibiarkan,” katanya.

Kata Jean, jika berpeluang dia mahu membunuh perompak itu.

Sementara itu, Marie berkata, dia cuba menendang kangkang perompak itu tetapi gagal kerana kakinya tidak mampu diangkat cukup tinggi.

Perompak terbabit melarikan diri selepas beberapa orang awam datang untuk membantu. - AFP


* Sumber



Read more...

Keluarga Ini Keliling Dunia 11 Tahun


* Keluarga Zapp (Mathew Sumner/ San Mateo County Times)


VIVAnews - Pasangan Herman dan Candelaria Zapp mungkin menjadi pasangan paling nekad di dunia. Selama 11 tahun terakhir, mereka menghabiskan waktu mengelilingi dunia dengan menggunakan mobil Graham-Paige produksi 1928.

Pasangan ini sudah melintasi empat benua sejauh 231.700 km tanpa henti. Bahkan empat anak mereka pun lahir dalam perjalanan.



Pada Sabtu, 14 Mei lalu, pasangan ini singgah di Jakarta. Mereka pun berencana untuk melanjutkan perjalanan melintasi berbagai lokasi seperti Karawang, Kalimantan, Banjaran, Surabaya dan Bali.

Sumber • VIVAnews


Read more...

Sabtu, 28 Mei 2011

Sembilan tahun bina pesawat dalam garaj


* DAN REEVES menarik pesawat yang dibinanya dari garaj di rumahnya di daerah Cumberland, Amerika Syarikat pada Rabu lalu

BUKIT CAMP, Pennsylvania - Seorang lelaki, Dan Reeves menghabiskan masa selama sembilan tahun dan membelanjakan AS$45,000 (RM136,372) untuk membina sebuah pesawat ringan dua tempat duduk di dalam garaj di rumahnya di daerah Cumberland.

Jiran-jirannya hanya mengetahui dia membina pesawat itu selepas membawa kain rentang dipasang di rumahnya bagi memaklumkan kerja-kerja menarik keluar pesawatnya dari garaj bawah tanah bermula Rabu lalu.

Reeves terpaksa memecahkan dinding garajnya bagi menarik keluar pesawat itu dengan menggunakan sebuah trak, rantai dan bantuan beberapa jirannya.

Dia akan melakukan kerja-kerja akhir pada pesawatnya di sebuah hangar di Lapangan Terbang Capital City dengan menambahkan dua sayap sebelum ia terbang buat kali pertama. - Agensi




Read more...

Kolam penguin RM9.93 juta di Zoo London


* SEORANG kanak-kanak melihat aksi penguin di Zoo London baru-baru ini.

LONDON - Sebuah kolam terbesar penguin berharga £2 juta (RM9.93 juta) dibuka kelmarin di Zoo London di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia mempunyai ruang untuk pengunjung melihat apa yang berlaku di dalam kolam itu menerusi tingkap yang disediakan.

Pakar penguin Persatuan Zoologi London, Tom Hart berkata, kolam itu lebih besar dan dalam berbanding yang yang terdapat di zoo itu sebelum ini.

Sebelum ini, zoo itu mempunyai kolam untuk penguin yang dibina pada 1934 tetapi ditutup lapan tahun lalu selepas pakar-pakar menyatakan ia tidak lagi sesuai untuk didiami haiwan tersebut. - Agensi

* Sumber



Read more...

Tu dia Pizza skru


* AHMAD menunjukkan sebatang skru yang terdapat di dalam piza jenama terkenal di rumahnya di Seksyen 10, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Kemeriahan majlis hari jadi seorang suri rumah bersama keluarga bertukar cemas apabila suaminya didakwa nyaris tertelan sebatang skru sepanjang 3 sentimeter ketika menikmati hidangan piza di rumah mereka di Seksyen 10 di sini malam kelmarin.

Seeorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Maznah, 27, itu mendakwa, piza itu telah ditempah melalui pesanan dalam talian daripada sebuah rangkaian restoran makanan piza terkenal di Seksyen 9 di sini sebelum dinikmati bersama ibu, bapa mertua, adik ipar dan anaknya.

“Kami membuat tempahan piza sebanyak dua keping pada pukul 8.20 malam kelmarin dan setelah piza tiba, kami membuka sekeping terlebih dahulu yang terbahagi kepada beberapa potongan.

“Ketika suami saya sedang asyik menikmati kelazatan makanan ini, dia tiba-tiba mengadu tergigit sesuatu yang disangka seketul batu tetapi rupa-rupanya sebatang skru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 10 di sini semalam.




Read more...

Bunuh haiwan diet baru pengasas Facebook


SAN FRANCISCO: Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg hanya makan daging dari haiwan dibunuhnya dalam usaha menghargai kematian haiwan itu bagi membolehkan jutawan itu terus hidup.

Jutawan berusia 27 tahun itu mengamalkan diet itu sebagai siri cabaran peribadi terbarunya bagi menghabiskan masa terluang jika tidak berkerja mengendalikan Facebook, lapor majalah Fortune, kelmarin.

“Saya makan banyak makanan berkhasiat,” kata Zuckerberg yang dipetik Fortune ketika berbual mengenai langkah menukar pemakanan ternakan disembelih dalam menunya.

“Saya juga belajar banyak mengenai pertanian mapan dan cara menternak haiwan. Ia mudah untuk makan apa saja dihidangkan apabila kita boleh makan makanan bagus setiap hari,” tambahnya.

Seorang chef di Lembah Silikon yang tinggal tidak jauh dari kediaman Zuckerberg di utara California, Palo Alto turut memperkenalkan beliau kepada petani tempatan dan mengajarnya membunuh ayam, babi dan kambing pertamanya, kata Fortune. – AFP





Read more...

Maharaja Lawak Minggu 9 | Video Jambu yang melet0p !

Dengan gabungan artis / pelawak luar malam tadi Jambu sangat menjadi.. Gabungan Jambu dan Acong SweetChild ternyata kena..

Boleh tuju lagu.. tak boleh! tak boleh! .. Apek kata '' Jambu lawak ''Saikologi ''.. Ahmad Idham hingga tak dapat berkata kata.. manakala Mamat Khalid tetap dengan International nya ..



* Ini dia gandingan yang sungguh menjadi..

Video : -

Read more...

Jumaat, 27 Mei 2011

Model Cantik yang pergi berperang


* Harriet Haslam-Greene (www.dailymail.co.uk)


VIVAnews -- Tersenyum sopan ke arah kamera, ia seperti gambaran ideal 'mawar' Britain. Fotonya menghiasi halaman 'girls in pearls' Majalah Country Magazine.

Model itu bernama Harriet Haslam-Greene. Di balik penampilannya yang lembut ia ternyata memilih karier yang jauh dari kesan feminin: menjadi tentera.

Hanya beberapa minggu setelah berpose di halaman tiga Country Magazine, perempuan 24 tahun itu maju ke garis depan perang Afghanistan.

Leftenan dua itu kini telah dikirim ke wilayah Helmand di Afghanistan, bersama dengan The Highlanders -- batalion keempat Rejimen Skotlandia, milik Kerajaan Britain.

Pengambilan gambar ia lakukan sebelum ke Afghanistan, di halaman Country Life yang sering dihiasi wajah para selebriti Britain.

Haslam-Greene yang sering disapa dengan nama akrab Hattie oleh kawan-kawannya maupun sesama tentara menggerai rambut coklatnya dan memakai gaun konservatif dalam pemotretan.

Ia juga menenakan sepasang anting mutiara, kukunya dirawat ala French manicure. Gayanya yang anggun sama sekali tak menunjukkan profesinya yang melelahkan.

Haslam-Greene, yang berasal dari West Sussex, bersekolah di sekolah khusus perempuan, Newnham College di Cambridge University.

Dia bersama dengan militer 18 bulan lalu, meninggalkan Sandhurst pada bulan Ogos dan bersama dengan Korps Intelijen.

"Sangat mengagumkan melihat seorang gadis yang berprofesion tentera dan pergi berperang, menjadi model," kata editor Country Life, Mark Hedges seperti dilapor Daily Mail, Khamis 26 Mei 2011. "Ia nampak mengagumkan, baik saat duduk manis di rumah dengan pakaian sehari-hari, atau di Afghanistan," tambah dia.

Hedges menambahkan, majalahnya juga dikirim setiap bulan ke Afghanistan. Jadi, para perajurit bakal melihat pose Haslam-Greene.

Sumber • VIVAnews


Read more...

Kaki Dimakan Tikus, Kura-Kura Berjalan dengan Skateboard


LONDON - Tuly, seekor kura-kura malang yang kehilangan satu kakinya, kini tidak perlu susah lagi. Tuly kini boleh melangkah lebih cepat lagi, berbanding teman-teman yang lainnya.

Kaki depan kanan Tuly hilang kerana digigit seekor tikus ketika ia sedang berehat.

Berkat idae gadis kecil bernama Eleanor, anak dari Philip Chubb (64) seorang pengasas kelompok pecinta kura-kura, Tuly tak lagi kesulitan untuk berjalan.

Di bawah badan Tuly dipasangkan papan yang dikepitkan sebiji roda sebagai pengganti kaki. "Kami mendapatkan Tuly di sebuah klinik doktor haiwan, setelah ia menjalani operasi amputasi kaki demi keselamatan nyawanya,” ujar Philip Chubb, seperti dilapor Orange, Jumaat (27/5/2011).

“Pada saat itu dia kelihatan sangat lemah. Bisa bergerak dan berjalan namun sangat sukar,” katanya.

Kulit bawahnya pun selalu bergesel ketika ia berjalan. Hal tersebut dapat menambah komplikasi bagi Tuly.

Akhirnya Chubb membeli traktor mainan dan diubahsuai beberapa rodanya.. salah satu roda. Lalu dia membuat penyepit dari logam dan strip kain pelekat (velcro).

"Tuly nampak tak keberatan diletakkan di atas roda tersebut dan nampak senang bersantai bersama kaki barunya. Dia sekarang benar-benar kura-kura tercepat yang kita miliki dan lucu," tambahnya..

* Sumber Okezone

Read more...

Subsidi

Satu hari encik relevan Sokmo ada mengutarakan dalam FB kisah Subsidi yang dahulu ada.. tapi sekarang mungkin tidak ada lagi.. ada juga yang bagi respon komen mereka ..



* Ha ha!



Read more...

Maharaja Lawak Minggu 9 | Riuh rendah


* Jambu tetap melekat di hati..

Apa jua pun yang bakal terjadi malam ini.. Jambu pastinya mendapat sokongan ramai..sebab LAWAK. Kumpulan Jambu semakin mendapat perhatian peminat..

'' Apa pun tak boleh .. Apa pun tak boleh...tapi Jambu tetap Boleh..''

*** Sokongan 100% untuk Jambu




Read more...

Ramai suka baju Kate Middleton


* MICHELLE (kanan) ketika bertemu Kate di Istana Buckhingham, London, pada Selasa lalu.

Laman online jual pakaian Duchess of York dapat sambutan

LONDON: Kate Middleton yang kini dikenali sebagai Duchess of York membantu pereka pakaian melariskan jualan produk mereka sejak berkahwin dengan Putera William.

Dalam penampilan rasmi pertama selepas pulang daripada menghabiskan percutian bulan madu di Kepulauan Seychelles, pakaian Duchess of York terus mendapat perhatian dan tempahan online.

Baju berlengan pendek dan sendat berwarna perang yang dipakainya ketika beliau dan William bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isterinya, Michelle di Istana Buckingham Selasa lalu laris dijual dalam online dalam tempoh beberapa jam selepas gambar itu disiarkan dalam internet.

Permintaan untuk gaun keluaran Reiss yang dikenali sebagai Shola dijual dengan harga runcit £340 (RM1,666), terlalu banyak sehingga menyebabkan laman web jenama fesyen itu sesak, lapor akhbar Washington Post.

Jurucakap Reiss memberitahu akhbar kesesakan di laman web itu meningkat sehingga 300 peratus. Laman web itu masih sukar dimasuki sepanjang hari kelmarin.

Jenama itu turut mengumumkan kesulitan itu dalam laman Twitter dengan berkata: “Berikutan permintaan yang tinggi, demam Shola sudah melanda laman web kami. Kami berusaha untuk membawa kembali jenama Reiss kepada anda secepat mungkin,” katanya.

Kedua-dua baju biru dipakai pengantin baru itu semasa pengumuman pertunangan dan gaun perang yang dipakai semasa gambar pertunangannya dirakamkan turut laris dalam tempoh beberapa jam.

Tetapi, jenama pakaian Reiss meminta mereka yang berminat untuk membeli pakaian ‘Shola’ supaya tidak panik dalam satu mesej di Twitter.

“Kami masih ada beberapa lagi pakaian cantik mirip Shola untuk mereka yang berminat,” kata Reiss. – Agensi




Read more...

Hilang telinga ganggu isteri orang

NIBONG TEBAL - Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang peniaga mendapat padah apabila kehilangan kedua-dua belah telinga selepas diserang suami wanita itu di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan cedera parah dan terbaring di dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Kasawari.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila suspek pergi ke rumah mangsa di kawasan tersebut sebelum bertindak menyerang dan memotong telinga lelaki itu dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut bermotifkan cemburu.

* Sumber


*** Buat lagi tak pasai ..



Read more...

Khamis, 26 Mei 2011

Badan nyaris meletup


* Steven McCormack


NEW ZEALAND - Seorang pemandu lori New Zealand hampir meletup bagaikan belon setelah beliau jatuh di atas sebuah hos angin mampat yang menembusi punggung beliau dan kemudiannya memasukkan angin ke dalam badan beliau pada kadar 100 paun inci persegi.

Steven McCormack sedang berdiri di atas plat kaki lori tersebut apabila beliau tergelincir dan jatuh, memecahkan hos pemampat angin untuk penggunaan brek lori tersebut.

Beliau terjatuh di atas pemuat gangsa, yang menusuk punggung kiri beliau lalu mengepam angin terus ke dalam badan.

“Saya dapat rasakan angin kuat masuk ke dalam badan saya dan saya rasakan seperti ia akan meletup dari kaki,” kata McCormack kepada media tempatan dari hospital di bandar Whakatane.

“Saya mengembang bagaikan bola sepak,” kata beliau. “Saya tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri.”

Rakan sekerja McCormack bergegas ke arah beliau apabila terdengar jeritan. Mereka terus melepaskan injap keselamatan bagi memberhentikan angin tersebut, kata Robbie Petersen, salah seorang daripada pemilik syarikat tersebut, demikian menurut di lapor oleh telegraph.uk

Beliau dikejarkan ke hospital dengan kesan lebam yang teruk dan salah satu paru-paru beliau menjadi berair. Doktor berkata bahawa udara telah memberikan kesan kepada tisu lemak McCormack, namun, ia tidak memasuki aliran darah beliau.

McCormaack, 48, berkata beliau merasakan badan beliau seperti masak – keras di bahagian luaar tetapi isi di dalam menjadi lembut.

Seorang jurucakap hospital berkenaaan memberikan perkara mendalam tentang kemalangan ini, dimana situasi ini boleh membunuh McCormack.

“Beliau amat bertuah kerana dapat hidup, ia merupakan sesuatu yang boleh meragut nyawa.”..

* Sumber okezone



Read more...

Takut hari Kiamat Gadis Gantung Diri


* Gambar hiasan


MOSCOW - Seorang remaja di Republik Mari El, nekad menggantung dirinya kerana takut ramalan dunia kiamat yang akan terjadi pada 21 Mei lalu.

Pihak penyelidik Alexander Kosharin mengatakan, ada perubahan sikap dari gadis remaja berusia 14 tahun tersebut saat dirinya mendengar ramalan dari Harold Camping mengenai hari kiamat.

"Ikan paus berusaha naik ke pantai, dan burung pun sekarat. Ini tanda akhirnya dunia. Kita bukan orang yang berbudi, hanya mereka yang akan naik ke surga, sementara lainnya tetap di bumi dan menghadapi suasana buruk," tulis gadis tersebut seperti dilapor ibtimes, Khamis (26/5/2011).

Sebelum menggantung diri, dia sempat menuliskan pesan. "Saya tidak ingin meninggal seperti orang lain. Itu sebabnya saya memilih untuk mengakhiri nyawa saat ini," demikian kata pesanan tersebut.

Seperti diketahui Harold Camping, presiden Radio Keluarga, menyatakan kiamat akan datang pada 21 Mei. Tetapi lucunya, Camping yang juga penyiar radio religius di California itu, meralat tarikh kiamat tersebut.

Setelah kenyataan nya gagal mengenai kiamat yang akan terjadi pada Sabtu, 21 Mei 2011 kemarin, Harold Camping meramalkan pula bahawa sebenarnya kiamat akan datang pada 21 Oktober nanti.

Camping juga menyatakan 200 juta pemeluk Kristian akan pergi ke syurga pada saat kehancuran. Kerana tidak jadi kiamat, dia merasa hancur pada saat kenyataannya meleset. Lantas membawa diri ke sebuah hotel bersama isterinya.

* Sumber okezone . com



Read more...

Scotty McCreery Juara American Idol 2011


* Ini dia juara American Idol 2011 : Scotty McCreey

LOS ANGELES: Scotty McCreery bergelar pemenang program nyanyian American Idol musim kesepuluh (AI10) selepas menewaskan pesaingnya Lauren Alaina pada pentas akhir yang berlangsung di Nokia Theatre, di sini, Rabu.

Persaingan sengit dua peserta yang memperjuangkan genre muzik country itu menyaksikan McCreery mengetepikan Alaina dengan undian sebanyak 122 juta.

"Saya tidak pernah menjangkakan langsung. Saya perlu berterima kasih kepada Tuhan terlebih dulu... Dia yang menyebabkan saya berada di sini," kata remaja berusia 17 tahun yang sinonim dengan ton suara yang besar dan dalam.

McCreery dan Alaina,16, juga merupakan dua peserta paling muda yang pernah bertanding dalam sejarah AI.

Pada pertandingan itu, Alaina yang mengalami kecederaan serius pada peti suaranya tetap berjaya mempersembahkan vokal yang memukau yang mendapat pujian daripada barisan juri.

Bagaimanapun, McCreery yang tidak pernah berdepan risiko penyingkiran sepanjang kempen musim ini berjaya menewaskan Alaina kerana populariti yang dimilikinya.

McCreery adalah juara lelaki keempat program realiti itu selepas. Kali terakhir AI dimenangi oleh peserta wanita adalah pada musim 2007 menerusi Jordin Sparks.

Jumlah undian keseluruhan untuk musim ini mencecah 750 juta, seperti yang diumumkan oleh pengacara program itu Ryan Seacrest.

McCreery berduet dengan bintang country Tim McGraw dalam lagu Live Like You Were Dying, manakala juara musim keempat, Carrie Underwood kembali ke pentas AI apabila berduet dengan Alaina untk lagu Before He Cheats.

Pada malam Selasa, Alaina menyampaikan lagu Flat on the Floor, Maybe It Was Memphis dan Like My Mother Does. McCreery pula menyampaikan lagu barunya I Love You This Big, Gone dan Check Yes or No.

Penyanyi Beyonce dan Tony Bennett antara artis yang membuat persembahan pada malam keputusan itu. - AP

* Sumber mStar Online



Read more...

Bapa beli sekolah RM4.98 juta demi anak


* MATT HILL bergambar bersama anak perempuannya di Sekolah Mill di Potterne, Britain baru-baru ini.

POTTERNE, BRITAIN - Seorang bapa, Matt Hill membeli sebuah sekolah swasta di Potterne, Wiltshire pada harga £1 juta (RM4.98 juta) bagi mengelak ia ditutup kerana anak perempuannya bersekolah di sekolah itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Hill, 38, membeli Sekolah Mill itu dengan seorang rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley dan kedua-duanya berasa gembira kerana tawaran pembelian mereka diterima oleh pihak pengurusan sekolah tersebut.

Pemilik sekolah itu sebelum ia dijual, John Rendell mengumumkan pada 9 Mei lalu bahawa sekolah berkenaan akan ditutup pada Julai depan selepas 18 tahun beroperasi.

Sejumlah ibu bapa mula membincangkan usaha untuk memastikan sekolah itu dibuka tetapi usaha untuk membelinya ketika itu dianggap mustahil.

Namun, Hill dan rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley menemui Rendell dan membuat tawaran sebanyak £1 juta untuk membelinya.

Sekolah itu menyediakan pembelajaran untuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun.

Hill memberi jaminan bahawa semua kakitangan dan 65 pelajar akan terus kekal berada di sekolah itu. - Agensi

* Sumber

*** Aduss.. yuran sekolah anak masih belum jelas lagi..



Read more...

Wanita muncul terkaya di Australia


SYDNEY 25 Mei - Buat pertama kali dalam sejarah, orang terkaya di Australia ialah wanita.

Kekayaan raja bijih besi, Gina Rinehart (gambar) meningkat dua kali ganda kepada A$10.3 bilion pada tahun lepas, sekali gus meletakkan dia di tangga teratas senarai orang terkaya tahunan yang disiarkan oleh majalah perniagaan, BRW.

"Ini adalah kali pertama dalam sejarah dalam tempoh 28 tahun, 200 Terkaya BRW menunjukkan wanita menduduki tangga teratas,'' kata editornya, Andrew Heathcote. - dpa

Read more...

Agnes Monica sakit punggung dirawat di hospital


JAKARTA - Penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica (gambar) menjalani rawatan di sebuah hospital di sini akibat mengalami kecederaan di bahagian punggung, lapor laman berita Vivanews semalam.

Agnes yang berusia 24 tahun itu dan terkenal dengan lagu Tanpa Kekasihku mengaku menerima rawatan di hospital menerusi kenyataannya di laman Twitter miliknya.

Dalam kenyataan itu Agnes menjelaskan: "Berada di hospital.. cedera punggung."

Sementara itu, jurucakap pihak pengurusan penyanyi dan pelakon tersebut, mengaku Agnes mendapatkan rawatan di hospital, namun dia tidak dapat mengulas lebih lanjut.

"Iya, benar memang dirawat di rumah sakit. Apakah cedera punggung? Saya tidak tahu. Saya belum tahu kondisinya," katanya semalam.

Agnes baru-baru ini berduet dengan artis Amerika Syarikat (AS), Michael Bolton menerusi lagu berjudul Said I Loved You But I Lied yang pernah popular sekitar tahun 90-an. - Agensi

* Sumber

*** Aduhh.. ! kok di situ cedera nya..



Read more...

Lelaki kurang senyum, pemalu lebih seksi di mata wanita


VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.

Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.

Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.

Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.

Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.

“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya.

Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.

Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.

“Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters

* Sumber

*** \o/ kurang senyum dan pemalu...




Read more...

Suri rumah ‘tertidur’ setiap kali ketawa


* Claire Scott with daughter Ebony and son Cameron


LONDON: Menghidap penyakit cataplexy menyebabkan seorang wanita, Claire Scott, tertidur setiap kali dia ketawa.

Disahkan menghidap penyakit yang jarang berlaku, otot ibu kepada dua anak itu akan lemah setiap kali emosinya meningkat.

Cataplexy menyebabkan Claire tumbang sehingga 50 kali sehari sejak zaman kanak-kanaknya.

Pada satu ketika, Claire, 24, pernah tertidur 25 kali ketika menghadiri majlis Krismas yang penuh meriah.

Selepas diberi ubat antimurung, keadaan Claire agak terkawal sehinggalah baru-baru ini dia sekali lagi tumbang apabila anaknya - berusia lima tahun - membuat kelakar.

Kata Claire, dia gagal menahan diri daripada ketawa.

“Perkara pertama yang saya ingat selepas itu ialah suami saya, David, mengangkat saya dari lantai dapur,” katanya.

Serangan cataplexy berlangsung beberapa saat atau minit dan sepanjang tempoh itu, penghidapnya hanya mampu mendengar tetapi tidak dapat melihat. Satu ketika dulu, doktor pernah menyangka Claire menghidap masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan. - TS

Read more...

Nama Lelaki nak tukar kepada nama Wanita


KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.

Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.

Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan.

* Sumber

*** Apa punya masalah ni..



Read more...

Adik Lahirkan Anak Kakak


* Lyndsay Wootton (kiri) dan Cheryl Keye (kanan) bersama bayi Elliot/Dailymail

WARWICKSHIRE - Setelah dipastikan hidup tanpa rahim, akhirnya Cheryl Keye (36) dapat menjadi seorang ibu, berkat kebaikan sang adik, Lyndsay Wootton (32) yang dengan rela bersedia menjadi rahim pengganti bagi Elliot, anak pertama Cheryl.

Sejak umur 17 tahun, doktor menyatakan bahwa rahim Cheryl berada di tingkat pertama Mullerian Agenesis, sehingga membuatnya tidak dapat membentuk janin dengan sempurna.

Cheryl berkahwin dengan Jason Keye yang mau menerima kondisinya pada usia 22 tahun. Cheryl mengaku sangat menikmati hari-hari menjadi isetri.

"Suami saya menerima saya seadanya. Kami mengisi kehidupan tanpa anak dengan membeli sebuah rumah yang cantik, mengejar karier kami dan pergi melancong ke tempat-tempat yang menarik," ujar Cheryl.

"Namun, saya sedar adanya kekosongan tanpa adanya bayi," lanjutnya seperti dilapor Dailymail, Isnin (23/5/2011).

Akhirnya, Cheryl yang bekerja sebagai pengurus pengembangan perniagaan pun fokus berusaha agar dapat memiliki keturunan. Ia mempelajari penelitian sebuah proses rahim pengganti.

Ketika mempelajari proses tersebut, ia pun memperbincangkan hal tersebut kepada adiknya Lyndsay yang sudah memiliki seorang putri berusia enam tahun.

Dengan senang hati Lyndsay mengizinkan keinginan Cheryl menjadi rahim pengganti bagi janin Cheryl.

"Tentu saya dengan amat senang mendengar adanya proses tersebut dan dengan senang hati bersedia melakukannya untuk kakak saya," ujar Lyndsay.

"Dapat melahirkan anak saudara saya adalah hal yang luar biasa di hidup saya," kata Lyndsay

* Sumber okezone



Read more...

Rabu, 25 Mei 2011

15 polis digantung tugas kerana paksa tahanan wanita menari bogel

TIJUANA: Pihak berkuasa Mexico menggantung tugas 15 anggota polis kerana memaksa seorang tahanan wanita menari bogel sebagai pertukaran untuk dibebaskan dalam kejadian di sempadan bandar Tijuana.

Stesen televisyen semalam menyiarkan rakaman video seorang wanita yang menari separuh bogel di hadapan sekumpulan polis.

Anggota itu termasuk seorang bekas askar yang kini seorang bekas ketua polis digantung tugas kelmarin, kata pegawai majlis perbandaran Tijuana, Jesus Chavez. - AFP

*** Apa punya polis ni..



Read more...

Wanita jual dara anak RM30,000

SALT LAKE CITY: Seorang wanita di bandar raya ini didakwa menawarkan dara anak perempuannya berusia 13 tahun kepada seorang lelaki dengan bayaran AS$10,000 (RM30,000).

Wanita itu didakwa, semalam di Mahkamah Daerah Utah dengan dua tuduhan penderaan seksual serta dua lagi tuduhan eksploitasi seksual. Stesen televisyen KTVX saluran 4 melaporkan mahkamah mendakwa, dia membuat tawaran itu selepas lelaki berkenaan meminta untuk melakukan seks oral bersama kanak-kanak terbabit.

Polis berkata, wanita itu dan anaknya akan memperagakan pakaian dalam untuk lelaki terbabit. Tawaran itu diketahui teman lelaki wanita berkenaan yang menemui beberapa mesej pesanan ringkas membincangkan mengenai hal itu di telefon bimbitnya. - AP

* Sumber myMetro


Read more...

Perokok makin tersepit di New York


NEW YORK: Bandar raya New York mengeluarkan perintah larangan merokok mulai kelmarin di kawasan luar bangunan termasuk di taman awam dan pantai sebagai sebahagian daripada kempen gaya hidup sihat yang dipromosikan Datuk Bandar, Michael Bloomberg.

Larangan itu, secara rasmi diharap dapat mengelakkan masalah yang disebabkan oleh perokok kedua, sebagai tambahan kepada larangan merokok di bar dan restoran sejak 2003.

Peraturan baru ini tidak dikuat kuasa pihak polis tetapi sebahagian daripada 200 pegawai taman yang akan memantau kawasan taman dan pantai seluas 12,000 hektar.

Sesiapa yang melanggar undang-undang ini akan dikenakan denda AS$50 (RM152) tetapi pihak berkuasa berkata larangan itu hanya untuk mendisiplinkan diri.

“Kami tidak fikir yang orang ramai perlu terdedah dengan bahan kimia itu apabila kita ke taman untuk menikmati udara segar,” kata Pesuruhjaya Kesihatan bandaraya itu, Thomas Farley. – Reuters

* Hisap paip ok jer..



Read more...

Kantoi akibat skodeng di Tandas Starbucks!


* William Velasco/ABC News


CALIFORNIA - Masyarakat Glendora, California, baru saja dihebohkan dengan pemberitaan adanya "pengintip" di tandas wanita di sebuah restoran ternama asal Amerika, Starbucks.

William Velasco (25) adalah seorang warga keturunan Filipina-Amerika yang ditangkap polis kerana telah meletakan kamera tersembunyi di tandas wanita di restoran tersebut.

Polis mendapati video rakaman yang menampilkan 40 wanita yang sedang berada di tandas, demikian lapor abs-cbnnews, Selasa (24/5/2011).

Pihak yang berwajib belum dapat menjelaskan apakah video tersebut sudah dimuat turun pelaku ke internet atau belum. Serentak hal ini membuat paranoid para wanita.

Perbuatan terdakwa Velasco akan dianggap sebagai jenayah besar, kerana para mangsa menganggap kes ini sebagai serangan terhadap martabat manusia dan meminta kes ini benar-benar diambil berat.

Bahkan para mangsa pun meminta pendakwa membuat peraturan baru yang mengikuti perkembangan teknologi, sehingga kes penyalahgunaan teknologi seperti ini tersedia pasal yang menjerat.(rhs)

* Sumber okezone



Read more...

Julia Perez berbogel untuk kempen lindungi haiwan di Indonesia


* JULIA PEREZ dan kekasihnya, Gaston Castano.

JAKARTA - Pelakon dan penyanyi dangdut seksi, Julia Perez bersama kekasihnya, Gaston Castano bertindak berani dengan mengecat tubuh mereka dalam keadaan berbogel baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan Julia dan Gaston adalah sebahagian daripada kempen melindungi spesies terancam di Indonesia malah tubuh Julia dilukis dengan 40 gambar binatang yang harus dilindungi.

"Kerjasama itu dilakukan bersama pemerintah melalui tema Save Our Planet yang dibuat di Bali.

"Pada masa itu, saya bersama Gaston berbogel dan tubuh saya dilukis dengan 40 gambar binatang," jelas Julia.

Foto lukisan pada badan mereka akan disiarkan pada Disember ini bertepatan dengan ulang tahun hari AIDS sedunia.

"Foto itu tidak boleh dikeluarkan lagi kerana harus ada permit malah semuanya masih dibincang bersama Menteri Kehutanan," katanya. - Agensi

* Sumber

*** Nanti dia Laser..



Read more...

Seksinya Nera AF9 ( bukan berbikini sembarangan )


* Nera

KUALA LUMPUR: Bekas pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9), Queennera Francis Kitingon, atau Nera, 19, menjelaskan gambarnya berbikini seperti yang disebarkan di Internet adalah ketika dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Sabah Earth Malaysia 2010.

Kata Nera, dia tidak sangka selepas tersingkir daripada AF9 Sabtu lalu, dia terpaksa berdepan dengan kontroversi pertama dan terkejut dengan penyebaran gambar tersebut.

"Saya bukan berbikini sembarangan. Pakaian itu dikenakan pada pertandingan ratu cantik yang saya sertai pada tahun lalu dan mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut..

* Sumber penuh mStar Online


* Baru nak mula AFUNDI tapi Nera dah terkeluar ..



Read more...

Selasa, 24 Mei 2011

Peramal kiamat usap kepala


TEMPO Interaktif, California - Setelah bersembunyi selama tiga hari, peramal kiamat Harold Camping hari ini mengungkapkan kiamat pasti akan datang. Kali ini, ia memperkirakan Hari Kiamat itu akan tiba pada 21 Oktober, lima bulan dari waktu sebelumnya.

Lelaki 89 tahun ini sudah dua kali salah memtafsir datangnya Hari Kehancuran, yakni pada 1994 dan terakhir 21 Mei lalu. Saking bingung atau malunya, ia bersama isterinya sampai menginap ke sebuah motel karena kiamat tidak datang juga seperti yang ia yakini.

Menurut dia, proses kehancuran pada 21 Oktober mendatang akan berlangsung sangat cepat. “Pada 21 Oktober, kalian semua akan melepaskan kekayaan dunia,” kata Camping dalam acara "Open Forum" di Family Radio miliknya. Ia menambahkan pihaknya tidak akan lagi berkempen untuk menyambut kiamat akan datang.

Selama berbulan-bulan, Camping dan para pengikutnya menyebarluaskan ke seluruh dunia soal datangnya kiamat pada 21 Mei lalu. Kempen yang menghabiskan jutaan dolar itu berlangsung dengan papan iklan, television, radio, dan Internet.

Pada kesempatan itu, Camping mengakui ia telah membuat kesalahan. Meski begitu, ia menegaskan kesalahan prediksi itu tidak menggangu pikirannya. “Jika orang ingin saya minta maaf, saya akan minta maaf,” ujar penganut Kristen aliran Evangelis ini.

Bahkan, ia menegaskan penduduk Bumi harus menyadari proses datangnya kiamat sedang berlangsung. Ia menunjukkan salah satu tanda kiamat akan tiba, yakni makin banyaknya kaum gay yang bangga dengan identiti mereka.

* Sumber Tempointeraktif



Read more...

Pembunuh Upahan Termuda di Britain


* Aksi pembunuh bayaran termuda (Foto: dailymail)


LONDON- Seorang pembunuh bayaran yang baru berusia 15 tahun beraksi di Britain. Ini tertangkap semasat pihak polis memeriksa sebuah rakaman CCTV yang merakam aksi pembunuh tersebut menembak mati seorang ibu muda.

Rakaman video tersebut jelas memperlihatkan Gulistan Subasi merenggang nyawa akibat tembakan yang diarahkan ke dadanya. Pembunuhnya saat itu mengenakan pakaiannya yang tertutup, dan pergi dengan wajahnya terakam jelas di kamera CCTV. Demikian diberitakan Dailymail, Selasa (24/5/2011).

Semasa diperiksa, pihak polis terkejut bahawa pembunuh tersebut baru berusia 15 tahun. Lebih mengejutkan lagi, pelaku dibayar 200 pound sterling. Wang itu digunakannya untuk membeli topi keluaran desainer Dolce and Gabbana.

Kini pelaku yang dikenal dengan nama jalan Riot, menghadapi ancaman penjara seumur hidup di wilayah Old Bailey, Britain.

Ternyata Gayle, berasal dari keluarga yang memang berkecimpung dalam dunia kejahatan. Sepupunya diketahui menikam hingga mati seorang pengacara dalam sebuah rompakan di Kensal Green pada Januari 2006. Gayle juga termasuk dalam anggota Kensal Green Boys (KGB) yang bertanggung jawab atas puluhan rompakan.

Meskipun dirinya belum pernah memegang senjata sama sekali, Gayle setuju untuk melakukan pembunuhan terhadap Gulistan Subasi. Diketahui, Subasi dibunuh atas perintah mantan suaminya Serdar Ozbek yang takut anak mereka akan dibawa keluar negeri.

Menurut pengadilan, arahan pembunuhan tersebut dilakukan lewat telepon dari Turki ke London. Namun Ozbek sendiri dibebaskan dari tuduhan, kerana pada saat pembunuhan berlangsung Ozbek sedang berada di Turki.

* Sumber okezone . com



Read more...

Topi Puteri Beatrice dilelong RM400,313


LONDON: Topi yang agak luar biasa dipakai Puteri Beatrice pada majlis perkahwinan diraja Britain bulan lalu dijual melalui satu lelongan di laman internet, eBay hujung minggu lalu dengan harga £81,100 (RM400,313).

Hasil jualan daripada topi direka Philip Treacy berkenaan akan dibahagikan dua antara Tabung Kanak-Kanak PBB, UNICEF dan Children in Crisis, sebuah badan kebajikan Britain.
Puteri terbabit, anak perempuan sulung Putera Andrew dan cucu kepada Ratu Elizabeth II memberikan saat paling dikenang pada hari dramatik itu apabila beliau mengenakan topi berbentuk seakan pretzel gergasi.

Malah ada yang membandingkan hasil rekaan topi itu seperti tempat duduk tandas dan ia mencetuskan penghasilan laman Facebook ‘topi perkahwinan diraja terburuk Puteri Beatrice’ yang mempunyai lebih 143,000 pengikut.

Puteri berkenaan berkata beliau sendiri ‘tidak percaya tindak balas yang mengagumkan kepada topi terbabit,” dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh UNICEF UK.

“Ia memiliki personaliti tersendiri dan saya sendiri gembira bahawa kita memungut sejumlah wang dan boleh membuat satu perubahan besar dalam kehidupan kebanyakan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia,” katanya. – AFP

Read more...

Rambut anak dara Dicuri Lelaki Aneh


*Bas stop kejadian di Halte


TRIBUNNEWS.COM - Ini pencuri aneh. Seorang polis menyatakan, seorang Lelaki mendekati perempuan berambut panjang ketika sedang menunggu bas di halte. Demikian dilapor AOL, isnin (23/5/2011).

Polis Brazil itu mengatakan jika rambut si perempuan itu masih perawan ertinya belum pernah diwarnai dan sepertinya rambut itu akan dijual untuk dijadikan bahan wig. Kejadian itu berlaku di kota Goiania.

Seorang Inspektor Polis Jose Carlos Bezerra da Silva, dalam keterangannya, menyatakan perempuan malang itu sedang menunggu bas dan tiba-tiba seorang lelaki menggunakan pisau dan memotong rambut panjangnya yang separas pinggang.

Si perempuan ini menduga lelaki itu akan mencuri dompetnya sehingga ia membelakangi si lelaki. Perempuan berusia 24 tahun ini mengaku harus melapor ke polis kerana ia seorang penganut agama yang taat dan harus menjelaskan ke pastor mengapa rambutnya tidak panjang lagi.

* Sumber Tribunews



Read more...

Berkahwin selepas 28 tahun bertunang


* IVAN BROWN dan Barbara Furlonger melangsungkan perkahwinan di Hospital Diraja Brompton di London pada Jumaat lalu.

FAIR OAK, Britain - Seorang perunding hospital, Ivan Brown dan pesara juruadiografi, Barbara Furlonger akhirnya berkahwin selepas bertunang selama 28 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Brown, 63, dan Barbara, 55, berkahwin di Hotel Botley Park dekat kediaman mereka di sini di depan 40 rakan rapat dan anggota keluarga pada Jumaat lalu.

Pasangan itu berkenalan buat kali pertama di unit rawatan rapi Hospital Diraja Brompton di London pada 1981 dan bertunang dua tahun kemudian.

Menurut Barbara: "Saya seolah-olah tidak percaya hari itu (berkahwin) akhirnya sudah tiba dengan kami menjadi suami dan isteri. Ia telah menjadi satu pertunangan maraton."

Pasangan itu sebelum ini tidak dapat melangsungkan perkahwinan kerana kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Saya tidak pernah meragui bahawa ia (perkahwinan) akan menjadi kenyataan kerana kami selalu menyatakan bahawa kami bakal berkahwin pada satu hari nanti.

"Namun, disebabkan kami berdua bekerja dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan dan selalu dipanggil (bertugas), kami jarang mempunyai cuti rehat yang sama," kata Barbara. - Agensi

* Sumber

*** Lamanya bertunang..



Read more...

Dua pekebun cipta taman tergantung


* TAMAN tergantung dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea di London sejak Sabtu lalu.

LONDON - Dua pekebun mencipta taman tergantung yang dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea sejak Sabtu lalu.

Taman unik sepanjang 26 meter ciptaan dua pekebun itu, Diarmuid Gavin dan Patrick Collins itu dibiarkan tergantung berhampiran Sungai Thames di sini.

Gavin berkata, dia berharap taman yang digantung pada ketinggian 25 meter itu akan mencuri perhatian pengunjung.

Taman itu digantung dengan menggunakan sebuah kren.

"Mereka yang bertuah akan dapat duduk di atas bangku di dalam taman itu dengan badan mereka dipasang abah-abah keselamatan," katanya.

Menurutnya, idea menghasilkan taman tergantung itu diambil daripada pulau tergantung Pandora dalam filem sains fiksyen Avatar yang diarahkan oleh James Cameron. - Agensi

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP