GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 30 September 2011

Anak Muda ketika Ini Senang Lakukan 'Sexting'

Ilustrasi (foto: mediaconvergence.org)

CALIFORNIA - Sebanyak 25 persen dari anak muda saat ini mengakui bahawa mengakui teman mereka menggunakan internet atau perangkat mobile untuk melakukan tindakan pelecehan seksual.

Sebuah polling terbaru yang dilakukan oleh Associated Press (AP) dan MTV, mengungkap bahwa satu dari tiga orang remaja saat ini pernah melakukan 'sexting' yakni berbagi konten berbau seksual melalui komputer ataupun ponsel. Demikian seperti yang dipetik dari CBR Online, Jumat (30/9/2011).

Pihak MTV dan AP mengatakan bahwa 56 persen anak muda saat ini mengaku pernah merasakan pengalaman dilecehkan dalam 'bentuk online'. "Trend ini juga meningkat dalam kurun waktu dua tahun terakhir," tulis survey tersebut.

AP dan MTV mensurvey remaja dan orang dewasa muda yang berumur sekira 14-24 tahun, mengenai perilaku mereka seperti sexting, cyberbullying, dan lain-lain. Disebutkan bahwa 76 persen responden mengatakan bahwa pelecehan online merupakan masalah yang serius.

Sementara 10 persen reponden mengaku bahwa mereka pernah melakukan sexting ke orang lain.Selain itu, survei tersebut juga menemukan bahwa 15 persen anak muda pernah berbagi foto bogel mereka ke orang lain. Sementara 37 persen responden mengaku pernah mendapat kiriman gambar 'sexting'.

Awal tahun ini di Amerika Syarikat telah diadakan sebuah konferensi 'anti-bullying' yang dibuka oleh Presiden Barack Obama. Presiden AS tersebut mengatakan bahwa korban pelecehan online harus didukung, sementara tindakan dari para pelaku sudah tidak bisa ditolerir.

* Sumber Okezone



Read more...

Berjalan Kaki ke 64 Negara Selama 11 Tahun


* Jean Beliveau

MONTREAL - Setelah berjalan kaki selama 11 tahun, Jean Beliveau telah menempuh jarak sejauh 46.600 batu, 64 negara dan 53 sepasang sepatu, kini dia kembali ke kampung halamannya.

Beliveau warganegara Kanada meninggalkan Montreal pada saat usianya masih 45 tahun tanggal 18 Ogos 2000, setelah perniagaan yang dijalankannya bangkrap, dia meninggalkan kekasihnya dan juga dua anaknya yang sedang meningkat dewasa.

Di Montreal, kekasihnya Luce Archambault, yang selalu mendukung Beliveau, tengah menunggunya. Kisah perjalanan Beliveau pun ditulis di lamannya di wwwalk.org.

Seperti dipetik Orange, Jumaat (30/9/2011), selama 11 tahun berjalan kaki, dia telah melalui padang pasir dan pegunungan. Dia merasakan jatuh cinta selama sembilan hari berada di Mexico dan dia mengenakan serban dan janggut panjang pada saat berada di Sudan.

Dia memakan serangga di Afrika, anjing di Korea Selatan dan memakan ular di China, dia pun memiliki kisah ketika dikawal oleh pasukan di Filipina.

* Sumber Okezone



Read more...

Pacak penyapu sebagai tanda protes rasuah


* PEMANDANGAN 594 penyapu yang dipacak di hadapan bangunan Parlimen Brazil di ibu negara Brazil, Brasilia kelmarin.

BRASILIA, Brazil - Sekumpulan aktivis membuat demonstrasi dengan memacak 594 batang penyapu di hadapan bangunan Kongres Kebangsaan Brazil di sini.

Tindakan kumpulan aktivis hak asasi manusia, dikenali sebagai Pergerakan Sungai Keamanan itu dibuat sebagai simbolik bagi menggesa pemerintah membasmi gejala rasuah di Brazil.

Jumlah penyapu yang dipacak itu bersamaan dengan jumlah timbalan dan senator yang menganggotai Kongres Kebangsaan Brazil.

Demonstrasi yang sama pernah dilakukan di pantai Copacabana di bandar raya Rio de Janeiro awal bulan ini. - AFP

* Sumber



Read more...

Kereta mampu baca fikiran manusia


* TEKNOLOGI automotif dibangunkan untuk mencipta persekitaran pemanduan yang lebih selamat di jalan raya.

GENEVA, Switzerland - Gergasi automobil Jepun, Nissan dan sebuah universiti di Switzerland sedang membangunkan kereta yang mampu mengimbas fikiran manusia dan membuatkan kenderaan tersebut bersedia untuk langkah seterusnya.

"Ideanya adalah untuk menggabungkan kepintaran kenderaan dan pemandu bagi menghasilkan persekitaran pemanduan yang selamat," kata profesor daripada Swiss Teknologi Universiti EPFL, R. Millan.

Projek itu menggunakan penilaian aktiviti otak, corak pergerakan mata dan pengimbas di sekeliling kenderaan menggunakan alat pengesan untuk meramalkan tindakan pemandu.

Kenderaan itu kemudian akan bersedia membelok dengan memperlahankan pergerakan jika perlu, atau berada sedikit ke kiri atau kanan.

Jurucakap EPFL berkata, penyelidikan itu mengambil masa selama empat tahun. "Kami harap prototaip akan siap apabila tiba penghujung tempoh itu," katanya. - AFP

* Sumber



Read more...

4,000 coli digantung di atas jambatan


* ORANG ramai berjalan di atas jambatan Hot Metal Bridge di bandar raya Pittsburgh yang digantung dengan 4,000 helai coli kelmarin.

PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.

Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.

Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.

Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.

"Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Lelaki buruan bekerja sebagai warden penjara

BEIJING: Seorang lelaki yang diburu pihak berkuasa ditemui bekerja sebagai warden penjara - 10 tahun selepas dia didapati melarikan bagi mengelak didakwa di mahkamah, lapor Beijing News, semalam.

Wang Zhijia, 37, didakwa menyerang dan mencederakan isterinya 10 tahun lalu selepas kedua-dua mereka bertengkar.

Beberapa hari lalu, lapor akhbar itu, Wang ditemui bertugas di penjara Anhui, kira-kira 260 kilometer dari rumahnya di tengah China.

Wang menyamar sebagai abangnya untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pembantu pasukan polis di Anhui pada 2008 sebelum bertugas sebagai warden penjara dua bulan lalu. Penyamaran Wang terbongkar selepas polis mengesan berlaku pertindihan identiti. - AFP

* Sumber


Read more...

Suami ikat, perkosa isteri degil

AMPANG: Akibat enggan mendengar cakap suami, seorang isteri diheret masuk ke dalam bilik di rumahnya di Pandan Indah, di sini, sebelum suaminya memaksa melakukan hubungan seks.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 29 tahun diperlakukan sedemikian disebabkan kedegilannya yang berkeras untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya biarpun ditegah suaminya.

Suami mangsa yang berusia 29 tahun tidak membenarkan mangsa pergi ke jamuan itu kerana mahu membawanya pulang ke rumah ibunya yang berhampiran rumah mereka bagi menghadiri majlis kenduri pada malam sama.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suaminya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini.Menurut sumber, kejadian itu bermula selepas suami mangsa melihat isterinya itu bersiap untuk pergi menghadiri jamuan makan malam anjuran pejabatnya.

“Bagaimanapun, suami mangsa hairan apabila melihat mangsa bersiap seolah-olah mahu keluar menyebabkan dia bertanyakan ke mana isterinya hendak pergi.

* Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Read more...

Khamis, 29 September 2011

Foto lurah dada Dada Terlihat, menjadikan Anggota Parlimen ini terkenal


* Rathika Sitsabaiesan

TRIBUNNEWS.COM - Seorang anggota parlimen Kanada , bernama Rathika Sitsabaiesan mendadak terkenal setelah fotonya yang terlalu seksi dan memperlihatkan belahan dada terlalu rendah di-photoshop.

Dipetik Daily Mail, Rabu (28/9/2011), anggota parlimen berusia 29 tahun ini menjadi pusat kontroversi setelah pihak otoritas mengubah fotonya itu.

Jika dilakukan pencarian, foto aslinya muncul namun ketika meng-klik profil resminya di situs resmi parlimen Kanada, foto itu sudah dimodifikasi dan belahan dadanya dihapus.

Kanada yang dikenal memiliki politik konservatif memutuskan jika foto itu tak pantas dipasang di laman resmi parlimen.

Namun, para kritik, menyatakan bahwa mengubah foto itu melambangkan anti-feminis dan mengurangi sisi feminitas Sitsabaiesan.Tak diketahui jika perubahan itu atas permintaan partinya, pejabat, atau pengelola laman parlimen Kanada.

* Sumber Tribunnews



Read more...

3 Beradik ini lahir pada tarikh yang Sama


LONDON - Seorang bayi terlahir dengan tanggal kelahiran yang sama dengan kedua kakak lelakinya.

Kyle Kellett yang baru saja dilahirkan pada tanggal 20 September kemarin, berbagi hari ulang tahun yang sama dengan kedua kakaknya, Keirang (6) dan Kaiden (3).Sementara kedua orangtuanya Kellet (24) dan Merv Jeans (35), masih tidak percaya bahwa mereka berhasil mendapatkan hari tersebut secara kebetulan.

"Saya tidak percaya berhasil lagi. Ini sangat menyenangkan. Kini saya memiliki tiga K pada tanggal lahir yang sama," ujar sang ibu Sammy dengan bangga.

Ketiga anak laki-laki tersebut tidak hanya lahir pada tanggal yang sama, tapi mereka juga lahir di rumah sakit yang sama pula di Royal Preston.

Seperti dilpetik The Sun, Kamis (29/9/2011), bulan ini merupakan bulan yang sangat mahal bagi keluarga tersebut, pasalnya sang ayah Merv merayakan hari ulang tahunnya dua hari setelah ketiga anaknya ulang tahun.

* Sumber Okezone



Read more...

Petani marah Rihanna pakai bikini


* RIHANNA menjalani penggambaran muzik video terbaharunya dekat Belfast Utara, Ireland Utara kelmarin. - AP

BELFAST - Ekoran memakai coli, seluar dalam berwarna merah dan mendedahkan payu dara, bintang pop Rihanna telah diusir dari ladang milik seorang petani di Ireland Utara.

Tindakan drastik itu dilakukan kerana petani itu marah melihat Rihanna memakai bikini semasa sesi penggambaran muzik videonya.

Rihanna, 23, sedang menjalani penggambaran muzik video single terbarunya, We Found Love di sebuah ladang milik petani tersebut di bandar Bangor, timur Belfast pada Isnin lalu.

Namun, petani itu, Alan Graham memutuskan penyanyi popular itu bertindak keterlaluan apabila dia melucutkan pakaiannya sekali gus mendedahkan bikini kecil berwarna merah yang dipakainya.

Akhbar-akhbar Ireland menyatakan Rihanna turut mendedahkan payu daranya buat seketika.Melihat aksi menjolok mata berlaku di ladangnya, petani berusia 61 tahun itu yang sebelum ini membenarkan sesi penggambaran itu dilakukan, segera turun dari traktornya dan menyuruh bintang pop itu kembali memakai pakaiannya.

"Perbuatannya itu tidak sesuai. Dia tahu saya seorang penganut Kristian yang patuh," kata Graham.

"Kami berjabat tangan dan dia kemudian beredar dari tanah saya secara baik," tambahnya. - Agensi

* Sumber



Read more...

Ronaldo tak sesuai diikuti kanak-kanak


* Nereida Gallardo

MADRID: Bekas teman wanita Cristiano Ronaldo, Nereida Gallardo menyifatkan bintang bola sepak itu sebagai seorang lelaki kacak tetapi bodoh selain tidak boleh menjadi contoh kepada kanak-kanak.

Malah, model kelahiran Sepanyol itu menegaskan bahawa suaminya jauh lebih hebat di ranjang berbanding bintang Real Madrid berusia 26 tahun itu.

“Ronaldo seorang yang terlalu ego. Dia juga tidak terlalu bijak,” katanya.

Ronaldo sebelum ini mengakhiri hubungannya dengan Nereida, 27, hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 2008 selepas Nereida sendiri mengakui bahawa dia ada menjalinkan hubungan dengan pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos.

Satu sumber rapat dengan Ronaldo ketika itu berkata: “Hubungan lalu teman wanitanya itu diketahui Ronaldo di mana dia langsung tidak mengetahui mengenainya sebelum ini dan dia amat kecewa.”

Rakan rapat pemain kelahiran Portugis itu pernah memberitahu The Sun bahawa dia sendiri sudah bosan untuk meneruskan hubungan dengan Nereida.

Walaupun sudah berpisah dengan Ronaldo, Nereida dilihat masih lagi memakai cincin berlian yang dibeli Ronaldo.

Minggu lalu bekas pemain Manchester United itu mendakwa bahawa beliau disorak penyokong lawannya kerana dia seorang yang ‘kaya, kacak dan pemain yang hebat.’Ronaldo yang kini berpacaran dengan model Russia, Irina Shayk mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun.

Tetapi bintang bola sepak berkenaan tidak pernah mengesahkan siapa ibu kepada anaknya yang dinamakan Cristiano itu. – Agensi

* Sumber



Read more...

Seni Lukis yang Menipu Mata


* Salah satu karya Ben Heine/dym

BRUSSELS - Istilah "art imitating life" (seni mengimitasi kehidupan) mungkin sering kita dengar, tapi seorang seniman benar-benar mengadopsi istilah tersebut secara menyeluruh lewat karya seninya.

Hasilnya, sebuah hasil karya seni yang dihasilkan mengungkapkan seni ilusi yang sangat mengagumkan.Dalam karya yang dinamakan sebagai seri 'Reality Meets Fantasy' (Realitas bertemu dengan fantasi), Ben Heine menampilkan karya-karya yang tidak dapat dilukiskan dengan kata.

Dengan keahliannya membuat sketsa, seniman asal Belgium ini mencampurkan pensil, fotografi, imajinasi dan realita, sehingga menghasilkan sebuah karya seni yang mencengangkan.

Heine sendiri mendeskripsikan dirinya sebagai seniman visual yang multidisiplin (multidisciplinary visual artist). Inspirasinya pun datang dari beragam media, termasuk manusia dan alam.Dirinya pun dikenal sebagai seniman three art concept (konsep tiga seni), salah satunya karena konsep 'Pencil Vs Camera' ini.Heine

Mendeskripsikan karya seninya yang, penuh dengan keajaiban, ilusi, puisi dan surrealisme. Bagi Ben 'Pencil vs Camera' merupakan penemuan visual baru yang menggabungkan gambar, fotografi, imajinasi dan realitas.

"Aku berseni untuk orang-orang. Aku ingin mereka bermimpi dan melupakan permasalahannya sehari-hari," ujar Ben sebagaimana dipetik Daily Mail, Rabu (28/9/2011).

"Aku ingin menyampaikan sebuah puisi dan arti yang filosofis ke dalam gambar saya, setiap kreasi baru memberikan sebuah cerita dan menghasilkan emosi yang intens, seperti sebuah puisi, atau sebuah melodi," lanjutnya.

Bahagian dari metodenya melibatkan dirinya memastikan tangannya terlihat dalam setiap gambar. Ini dilakukan untuk mewakili hubungan antara penampil, artis dan karya seni.

Ia juga selalu memastikan sketsa dalam hitam dan putih, sedangkan foto berwarna cerah untuk memaksimalkan kekontrasan.Seluruh karya dalam seri tersebut akan segera dipamerkan di pagelaran seni di London bulan depan.

* Sumber Okezone



Read more...

Misteri batu Nisan makin panjang


* INI DIA...Ahmad Nazri menunjukkan batu nisan yang semakin tinggi.

KUALA LIPIS: Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu meter menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun di sini.

Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke Kampung Dusun untuk mencari emas.Loo Soon atau nama Islamnya, Bedu Ahmad atau Tok Dusun kemudian berkahwin dengan wanita tempatan dan memperoleh empat anak.

Seorang daripadanya dipanggil Tok Muda.Penduduk kampung terbabit mendakwa, kubur mempunyai batu nisan bernyawa itu milik Karim Muda iaitu cucu kepada Tok Dusun yang juga individu bertanggungjawab membuka perkampungan berkenaan.

Bekas Penghulu Kampung Dusun, Ahmad Nazri Abdul Rani, 73, berkata, keanehan batu nisan berkenaan membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah fenomena sebenar di sebalik kejadian itu.Katanya, batu sungai yang dijadikan nisan itu pada mulanya tidaklah setinggi dilihat kini dan perkara itu amat menghairankan penduduk.

“Kami percaya batu nisan itu hidup kerana di sini ada lagi beberapa kubur dipercayai daripada keturunan Tok Dusun yang diletakkan batu jenis sama untuk dijadikan nisan tetapi tidak pula meninggi.

“Sehingga kini, penduduk kampung berusaha mengesan identiti sebenar kubur lain yang dipercayai daripada keluarga Tok Dusun untuk mencari salasilah individu dikatakan bertanggungjawab membuka kampung yang turut dinamakan sempena namanya itu,” katanya ketika ditemui.

Sambil menunjukkan ketinggian sebenar batu nisan itu, Ahmad Nazri yang juga ‘orang lama’ di kampung berkenaan berkata, dia percaya kejadian pelik itu bukti hikmah dan kekuasaan Allah.

“Kita janganlah memikirkan yang bukan-bukan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

“Sebagai hambaNya, kita mesti percaya pada apa yang berlaku dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan menyalahi agama," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Dusun, Ibrahim Aziz, 58, berkata, disebabkan keganjilan yang berlaku itu, penduduk kampung kini berusaha menjaga kawasan tanah perkuburan berkenaan kerana khuatir kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab berbuat syirik di kubur itu.

Katanya, mereka tidak mahu sesuatu perkara khurafat yang menyalahi agama dilakukan di kawasan tanah perkuburan berkenaan apatah lagi di ‘kubur bernyawa’ itu.

“Kita sedia maklum benda pelik begini mudah dijadikan pihak cetek agama sebagai tempat melakukan perkara syirik seperti pemujaan nombor ekor dan sebagainya.

“Justeru penduduk kampung berusaha menjaganya supaya bebas daripada gangguan pihak tidak bertanggungjawab itu," katanya.Ibrahim berkata, sehingga kini penduduk kampung masih tidak melihat sesuatu kejadian pelik berlaku di sekitar kubur berkenaan.

“Jika boleh, saya minta pihak berkenaan datang menjalankan kajian di sini untuk mengenal pasti identiti sebenar beberapa lagi kubur lain,” katanya.

* Sumber myMetro



Read more...

Kucing miliki dua muka


* PELIK...Frankenlouie yang menghidap kecacatan genetik.

MILBURY (Massachusetts): Seekor kucing istimewa dilahirkan dengan dua wajah. Frankenlouie yang tinggal bersama pemiliknya di Milbury, Massachusetts mempunyai kecacatan kelahiran genetik menyebabkan ia mempunyai tambahan wajah.

Dua wajah luar biasa dimiliki kucing itu disebabkan oleh penyakit digelar Janus yang biasanya membolehkan haiwan berkenaan hidup selama beberapa hari saja. Namun, haiwan peliharaan itu mengatasi jangkaan apabila dapat hidup lebih lama untuk meraikan hari jadinya yang ke-12.

Kemampuannya itu membolehkan Frankenlouie mencatat rekod dalam Rekod Dunia Guinness.Frankenlouie sudah pun menjadi bintang dan muncul dalam ribuan video di YouTube.

Haiwan satu dalam seribu itu sudah muncul dalam siaran televisyen seperti ‘Strange, Freaky, True’. Pemilik Frankenlouie adalah seorang jururawat haiwan.

* Sumber



Read more...

Bekas pelakon lucah mahu tubuh parti politik


* CICCIOLINA

ROM - Bekas pelakon filem lucah Itali, Cicciolina merancang untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu ekoran masalah politik yang korup di negaranya.

"Kami mahu menubuhkan sebuah parti yang optimis untuk masa depan. Cukuplah dengan parti-parti ini (di Itali) yang menjual undi, rasuah dan tender," katanya kepada majalah Oggi.

Dia kini berusia 59 tahun dan nama asalnya ialah Ilona Staller.

Wanita itu menyertai politik pada 1979 sebagai sebahagian daripada anggota parti alam sekitar yang pertama di Itali sebelum dia menyertai parti Radical pada 1985 dan berkempen menentang tenaga nuklear, kebuluran di dunia dan hak asasi manusia.

Dia merupakan ahli parlimen di antara 1987 dan 1991. Pada September 1990, Cicciolina menyatakan dia bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan Saddam Hussein bagi memulihkan keamanan di Asia Barat. - AFP

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Wanita kita Gersang Cinta Cair


KUALA LUMPUR: Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.

“Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Read more...

Makan bangkai harimau elak penyakit gout


KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk kampung di Nepal termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana memakan harimau bintang ekoran percaya daging haiwan itu dapat melindungi penyakit gout, kata pihak berkuasa, semalam.

Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, kumpulan itu berkata, mereka menemui harimau bintang yang mati di kuil dekat kampung mereka, 90 minit perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat Nepal.

“Mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam. Mengikut undang-undang mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah apabila menemui haiwan yang mati atau cedera,” katanya. 

“Seorang daripada penduduk kampung menghidap gout dan percaya dia dapat disembuhkan dengan memakan daging harimau bintang.

Penduduk lain beranggapan mereka perlu memakan daging haiwan itu sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Penduduk kampung yang ditangkap itu bakal didenda 10,000 rupee (RM390) dan penjara dua tahun jika didapati bersalah. - AFP

* Sumber myMetro



Read more...

Rabu, 28 September 2011

Setelah Pembedahan Plastik, Payudara wanita ini menjadi Satu



* Dinora Rodriguez

TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan berusia 40 tahun bernama Dinora Rodriguez (40) akhirnya membuka suara setelah pembedahan perbesaran malah membuat payudaranya menjadi satu.

Demikian dipetik Daily Mail, Selasa (27/9/2011).Rodriguez muncul untuk memperingatkan perempuan lain agar berhati-hati melakukan pembedahan dengan menggunakan jasa doktor bedah plastik yang tak berkualifikasi.

Ia bahkan mendapat pembedahan di kelopak mata dan membuatnya tak boleh menutup matanya itu.Rodriguez muncul dalam kempennya yang dilakukan American Board of Plastic Surgery (ASPS).

Lembaga ini memperingatkan bagi mereka yang ingin melakukan pembedahan agar berhati-hati dan jangan percaya dengan tipuan berkolar putih.

"Hanya kerana mereka menggunakan kolar putih bukan bererti mereka memiliki kualifikasi untuk melakukan pembedahan plastik," kata juru bicara ASPS.

Rodriguez mengatakan dirinya menemukan jalan sulit usai menemui doktor dan meminta agar implannya dikeluarkan.

Doktor bedah plastik malah memotong kantung yang seharusnya menahan jaringan tisu dan membuat implan saling menyentuh serta terlihat seperti hanya payudara tunggal.

* Sumber Tribunnews



Read more...

Orang buta rakam gambar dengan kamera



* NANCY SARAHI meraba kameranya semasa dia mahu merakamkan gambar di sebuah taman di bandar raya Mexico pada 7 September lalu.

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico - Yayasan Ojos Que Sienten giat mengajar golongan buta cara-cara menggunakan kamera dan merakamkan gambar.

Ditubuhkan lima tahun lalu oleh jurugambar profesional tempatan, Gina Gina Badenoch, yayasan itu membantu golongan tersebut menggunakan kamera.

Tanpa deria penglihatan, pelajar-pelajar buta itu bergantung kepada pendengaran, sentuhan, bau dan rasa untuk memilih objek yang dirakamkan.

Mereka menghasilkan imej yang dikehendaki itu dengan menggunakan kamera digital.Seorang guru di yayasan itu, Jose Manuel Pacheco Crispin berusia 33 tahun yang juga pelajar sebuah universiti turut mengalami masalah penglihatan.

"Ia (merakamkan gambar dengan menggunakan kamera) membantu saya untuk memecahkan halangan dan terus mempunyai idea-idea gila," katanya yang baru-baru ini mendaki Gunung Iztaccihuatl setinggi 5,230 meter dekat sini. - Agensi

* Sumber



Read more...

Bas jadi leper selepas nahas


* SEORANG lelaki melihat sebuah bas sekolah yang menjadi leper di lokasi nahas di Kalar Kahar, Pakistan kelmarin.

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 31 kanak-kanak dan remaja serta empat orang dewasa terbunuh apabila sebuah bas terbabas dan memasuki gaung di tenggara Islamabad, kata beberapa pegawai semalam.

Bas itu membawa pulang pelajar sebuah sekolah swasta daripada berkelah.Ia terbabas dan jatuh ke dalam gaung di wilayah Punjab kelmarin.

"Seramai 35 mangsa termasuk 31 kanak-kanak dan empat orang dewasa terbunuh dalam kemalangan itu. Pemandu, pembantu pemandu, penolong pengetua dan guru antara yang terkorban," kata seorang pegawai pentadbiran kanan di daerah Faisalabad, Naseem Sadiq.

"Kesemua pelajar itu berumur di antara 10 hingga 15 tahun," kata ketua sebuah hospital, Dr. Sultan Alamgirian.

Seorang pegawai memberitahu, siasatan akan dilakukan bagi mengetahui punca kemalangan tetapi laporan awal menyatakan ia mungkin disebabkan masalah brek. - AFP

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Bayi dua muka dilahir di Pakistan


* BAYI ini yang dilahirkan Khamis lalu mempunyai dua hidung, dua pasang mata, dua pasang bibir.

RAWALPINDI: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.

Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.

Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.

“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.

“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.

Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.

Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.

Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi

* Sumber myMetro



Read more...

Lelaki minta hakim buang kes dia rogol isteri


SYDNEY - Seorang lelaki berusia 80 tahun yang didakwa merogol isterinya memohon agar Mahkamah Tinggi membuang kes itu kerana perbuatan merogol dalam perkahwinan bukan satu jenayah pada tahun 1960-an.

Lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai PGA, didakwa pada tahun 2009 kerana merogol isterinya pada 1963.

Dia mencabar kes tersebut kerana sebelum tahun 1976 seorang wanita tidak boleh menolak hubungan seks dengan suaminya di Australia.

Peguam lelaki tersebut, David Bennet memberitahu tujuh hakim semalam yang mendengar kes tersebut bahawa merogol bukan satu jenayah dan pendakwaan itu perlu digugurkan.

Lelaki itu bercerai dengan isterinya itu pada 1971.

Setakat ini tidak diketahui kenapa isterinya mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat aduan kepada polis ke atas bekas suaminya itu. - AFP

* Sumber



Read more...

Pengecas telefon bimbit terpacak di belakang kepala


* BAYI malang dengan pengecas telefon bimbit masih di kepalanya.

QUINGYUAN: Sebuah pengecas telefon bimbit terpacak di belakang kepala seorang bayi selepas dia terjatuh dari katil dan menghempap alat itu.

Bayi berusia setahun itu kini semakin pulih selepas pakar bedah mencabut pengecas itu dalam pembedahan selama enam jam.

Mereka terpaksa menanggalkan satu persatu pengecas itu hingga tinggal dua rod logam.Pakar kemudian terpaksa menggerudi tengkorak bayi itu bagi mencabut bahagian terakhir di sebuah hospital di Quingyuan, China.Ketua pakar bedah, Li Guofeng berkata:

“Sebuah pengecas telefon bimbit hitam terpacak di belakang kepalanya. Ini kali pertama saya berdepan dengan kes seumpama ini.” Menurutnya, bayi itu bernasib baik kerana terselamat.

“Jika ia terkena pada saluran darah, dia mungkin mati serta-merta,” katanya. - DM

* Sumber



Read more...

Wanita separuh bogel sambut Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini


 * SEORANG gadis separuh bogel ditangkap polis di sebuah stadium di Kiev semalam.

KIEV - Polis menangkap beberapa aktivis wanita Ukraine kerana mendedahkan payu dara semasa memprotes lawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini ke ibu kota Ukraine, di sini.

Kunjungan Platini dilakukan untuk memeriksa persediaan Ukraine sebagai tuan rumah bersama dengan Poland untuk kejohanan bola sepak Eropah, Euro 2012.

Seorang wartawan berkata, empat aktivis pertubuhan wanita Ukraine, FEMEN, ditangkap kerana 'membogelkan' tubuh mereka hingga paras pinggang di luar sebuah stadium utama di sini.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan untuk mendapatkan perhatian mengenai kempen mereka dalam menentang pelancongan seks di Ukraine.

"FEMEN menuntut UEFA supaya mengambil inisiatif dengan melaksanakan program untuk mendidik para peminat bola sepak (yang akan berkunjung ke Ukraine) tentang kesan-kesan buruk pelancongan seks dan keburukan membiayainya," kata pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan. 

Malah, FEMEN turut mendakwa Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych tidak berbuat apa-apa untuk membantu kempen mereka bagi menentang aktiviti pelancongan seks di negara itu apabila Yanukovych sendiri pernah mempelawa warga asing supaya melawat Ukraine untuk menyaksikan kecantikan wanita di negara ini. - AFP

* Sumber



Read more...

Kunyah bata macam makan biskut


* NATALIE kini diawasi sentiasa oleh keluarganya.

TERRY HAUTE: Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut.

Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.

Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya. Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu.

Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati. Colleen berkata: “Dia tidak mencuba makan kaca begitu banyak kerana ia mencederakannya.

Tetapi dia akan cuba makan batu dan kayu yang ditemuinya di taman. “Dia boleh makan bata seperti orang biasa makan biskut coklat. Dia sedar benda tu tidak bagus untuknya.

Tetapi keinginan itu begitu tinggi bagi seorang kanak-kanak untuk menanganinya.” Natalie menghidap Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat. Colleen, dari Terre Haute, Indiana, Amerika Syarikat menceritakan bagaimana penyakit itu hampir menyebabkan dia mati.

“Saya menidurkan Natty sebelum pergi ke dapur untuk membasuh. Tiba-tiba dia masuk dan memegang seutas wayar kecil. Mulutnya berdarah dan saya tahu apa yang terjadi.

“Dia makan mentol lampu, semua sekali kecuali wayar itu. Saya serta-merta membawanya ke pusat perubatan. “Saya begitu cemas,.

Mujur dia tidak apa-apa,” katanya. Sejak kejadian itu, Natalie sentiasa diperhatikan oleh Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew. Colleen, pengurus pejabat berkata: “Natalie tidak menunjukkan keganjilan setiap hari.

“Ada ketika, dia hanya sekali-sekala cuba memakan sesuatu yang berbahaya. Tetapi pada masa lain, dia sentiasa berkeinginan untuk memakan benda itu.

“Yang paling membimbangkan ialah mungkin satu hari kelak dia memakan sesuatu yang beracun dan kami tidak sempat untuk bertindak menyelamatkannya.” - TS

* Sumber myMetro



Read more...

Isnin, 26 September 2011

Nera af9 ( Hatimu Milikku )

Read more...

Ahad, 25 September 2011

Periuk selamatkan nenek daripada bah


PANGRIO: Terdesak menyelamatkan neneknya, Rasti Bibi daripada banjir yang melanda selatan Pakistan, Ali Ahmed dan tiga lagi saudaranya meletakkan wanita itu dalam periuk besar dan menariknya ke tempat selamat dengan mengharungi air separas leher.

Mereka juga terpaksa berenang beberapa jam tanpa henti kerana air terlalu dalam bagi menyelamatkan warga tua yang berusia lebih 100 tahun itu..

Ia adalah pengalaman paling berharga dalam hidup dan saya tidak akan melupakannya, kata Ahmed ketika ditemui di luar pekan Pangrio, satu-satunya kawasan yang kering.Menurut Ahmed, mereka sekeluarga berpindah ke kawasan selamat tiga minggu lalu tetapi 300 penduduk kampung Suleman Hamadani cuma diselamatkan beberapa hari lalu oleh tentera.

Penyelamat membawa nenek ke hospital di Pangrio untuk dirawat kerana mengalami cirit-birit teruk, katanya. Bandar itu, seperti kebanyakan kawasan di selatan Sindh, ditenggelami air. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu sumbangan AS$357 juta (RM1.1 bilion) untuk membekalkan makanan, air, kebersihan, kesihatan dan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir.

Bagaimanapun, objektif mengumpul sekurang-kurangnya AS$2 bilion (RM6.3 bilion) untuk mangsa banjir sejak tahun lalu sukar.

Kami mengharapkan penderma bermurah hati membantu kami memenuhi keperluan mangsa berikutan bencana terbaru ini, sambil memastikan keadaan mereka yang terjejas tahun lalu tidak diabaikan, kata Pemangku

Pengarah Program Makanan Sedunia PBB di Pakistan, Dominique Frankefort. Pihak berkuasa Pakistan tidak pasti berapa ramai masih terperangkap dalam banjir yang mula melanda negara itu Ogos lalu berikutan hujan luar biasa dan menjejaskan sekurang-kurangnya 5.4 juta penduduk.

Di SINDH, PBB memaklumkan banjir mengorbankan lebih 220 orang, memusnahkan 665,000 rumah yang menyebabkan lebih 1.8 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. Agensi

* Sumber



Read more...

Kubur beca di Dhaka


* KAWASAN Mirpur di Dhaka menjadi tempat buangan beribu-ribu buah beca. - Agensi

DHAKA, Bangladesh - Sakit mata memandang! Begitulah pemandangan beribu-ribu buah beca yang ditinggalkan begitu saja di sebuah kawasan lapang di bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kawasan Mirpur di sini yang digelar 'kubur beca', menyimpan lebih 15,000 buah kenderaan itu dengan hampir semuanya dijana kuasa kayuhan.

Kenderaan beroda tiga itu semakin terpinggir di sini ekoran ramai pengusaha beca kini lebih gemar menggunakan beca elektrik yang diimport dari IndiaSelain kurang memenatkan, beca elektrik lebih digemari kerana ia boleh membawa hingga enam penumpang berbanding beca tradisional yang cuma boleh dinaiki oleh tiga orang. - Agensi

* Sumber



Read more...

Wanita berambut afro terbesar dunia


* AEVIN DUGAS mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambutnya. - Agensi

NEW ORLEANS, Amerika Syarikat (AS) - Ramai suami dan teman lelaki gemar mengadu bahawa kaum wanita mengambil masa terlalu lama untuk berdandan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi seorang wanita di sini, Aevin Dugas, dia terpaksa mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambut kerinting afronya.

Dugas, 36, merupakan pemegang rekod dunia Guinness Book of Records untuk kategori rambut afro asli terbesar di dunia.

Dia yang merupakan seorang pekerja agensi sosial, mengambil masa 12 tahun untuk menyimpan rambutnya hingga setebal 1.32 meter.

Dugas pernah menangis di lapangan terbang selepas pihak keselamatan AS memeriksa rambutnya untuk memastikan tiada bahan letupan disembunyikan di dalam 'mahkota' wanita itu. - Agensi

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Budak 13 tahun ditahan gara-gara eksperimen seks



HULU SELANGOR: Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa.

“Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.

“Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya,” katanya.

Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit. Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

* Sumber myMetro



Read more...

Sabtu, 24 September 2011

Ditahan kurung enam wanita sebagai hamba seks

BEIJING - Polis di tengah China menahan seorang bekas anggota bomba berusia 34 tahun kerana mengurung enam wanita sebagai hamba seks di sebuah penjara bawah tanah selama dua tahun.

Media China semalam melaporkan lelaki terbabit juga membunuh dua tawanannya sebelum seorang mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.

Menurut akhbar Southern Metropolis Daily, Hao yang bekerja di sebuah pejabat pentadbiran tempatan di bandar Luoyang, Wilayah Henan, didakwa kerana membunuh dan menanam mayat dua wanita berkenaan.

Dia menanam mayat mangsa di dua buah bilik yang digali di bawah bilik bawah tanah kediamannya.

Akhbar sama memberitahu, Li ditahan pada 6 September lalu kerana menculik enam wanita yang merupakan pekerja kelab malam dan karaoke sebelum berulang kali memperkosa mereka.

Dia hanya memberi mereka makan sekali dalam setiap dua hari supaya wanita-wanita itu lemah dan tidak berdaya melarikan diri.

Laporan berkenaan menyatakan, Li cuma membenarkan mereka keluar dari bilik bawah tanah tersebut untuk dilacurkan apabila dia kesempitan wang. Namun, ketika dia melacurkan mereka di luar, seorang wanita berusia 23 tahun kemudian berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.

Hao mempunyai seorang isteri dan anak lelaki berusia setahun. - Reuters

* Sumber



Read more...

Tembak guru sebelum bunuh diri


* DAVID...disifatkan pendiam, sopan, budak baik.

SAO PAULO: Seorang murid berusia 10 tahun menembak gurunya di depan rakan sekelas yang ketakutan sebelum dia membunuh diri.

David Nogueira, anak anggota polis, melepaskan dua das tembakan terhadap Rosileide Queiros de Oliveira dengan menggunakan pistol .38 milik bapanya di depan 25 murid lain.Ketika guru itu terbaring di lantai dengan lumuran darah, David meluru keluar dari bilik darjah menuju ke dewan dan menembak dirinya di kepala.Rosileide dikejarkan ke hospital dengan helikopter dan dilaporkan selamat.

Tulang pahanya patah sementara kepala lututnya pecah. David juga dibawa ke hospital tetapi mati tidak lama kemudian.Kejadian berlaku di Alcina Dantas Feijao, sebuah sekolah terkenal di daerah Sao Caetano do Sur di negeri Sao Paulo, Brazil pada jam 3.50 petang waktu tempatan.

Jurucakap Polis Tentera, Robinson Castropil berkata: “Murid itu meminta kebenaran untuk ke bilk air dan apabila masuk ke kelasnya semula, dia menembak guru itu. “Dia kemudian meluru keluar dari kelas itu sebelum menembak dirinya.”

Polis masih menyiasat bagaimana David memperoleh pistol itu dan motifnya melakukan jenayah itu.Menurut rakannya, sehari sebelum kejadian, David bercerita mengenai keinginannya menembak guru itu dan dirinya. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan motifnya.

Seorang jiran keluarga murid itu, Paulo Roberto Caetano da Silva, 49, menyifatkan David sebagai ‘pendiam, sopan dan budak baik.’

“Saya tidak percaya dia akan berbuat demikian,” katanya.Kaunselor keselamatan bandar berkenaan, Moacyr Rodrigues berkata, bapa David, Nilton Evangelista Nogueira menjadi anggota polis sejak 14 tahun lalu dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. - Agensi

* Sumber myMetro



Read more...

Hamparan rumput di atas jalan raya


* SEJUMLAH penduduk bermain di atas hamparan rumput di atas sebatang jalan raya di Vienna, Austria. - Reuters

VIENNA - Sejumlah penduduk duduk dan bermain di atas sebatang jalan raya yang diletakkan hamparan rumput di bandar raya ini kelmarin.

Hamparan rumput itu diletakkan oleh beberapa kumpulan alam sekitar bagi meraikan Hari Tanpa Kereta Sedunia yang diraikan pada setiap tahun.

Para aktivis alam sekitar kemudian bergambar dengan membawa pelbagai sepanduk yang menentang kesesakan jalan raya di bandar raya ini.

Mereka menyekat sebatang jalan raya yang sibuk dengan meletakkan hantaran rumput tersebut di sebatang jalan raya yang sibuk di bandar raya ini. - Reuters

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

‘Isteri kedua hari-hari mau’


KUALA LUMPUR: Biarpun sudah dua kali bercerai, seorang pelakon tambahan yang juga model iklan tetap mengganggu kehidupan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dengan memberi alasan kemaruk seks sehingga sanggup bernikah secara ‘Cina buta’ selepas diceraikan talak tiga, semata-mata bagi memuaskan nafsunya.

Namun, walaupun berjanji akan berubah selepas ‘merujuk’ semula dengan suaminya, dia masih meneruskan aktiviti songsang bersama beberapa lelaki lain sebelum dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), minggu lalu.

Suaminya yang bergelar Datuk, 40-an, berkata selain kemaruk seks, isteri keduanya yang berusia 30-an, menggunakan kecantikannya untuk memerangkap lelaki bagi mendapatkan kesenangan hidup selepas melayani mereka hingga ke bilik tidur.


* BUKTI...Datuk berkenaan menunjukkan surat akuan sah perkahwinan dengan wanita terbabit.

Bagi memerangkap mangsa, isterinya yang mendakwa ejen sebuah bank menawarkan bantuan kepada lelaki yang disasarkan untuk mendapatkan pinjaman peribadi atau perniagaan asalkan mereka sanggup melayan nafsu liarnya.

Katanya, dia diperkenalkan kepada isterinya yang ketika itu pelakon tambahan dan kakitangan sebuah syarikat produksi filem pada 2008 oleh kenalan dan berkahwin di Thailand, dua bulan kemudian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Read more...

Jumaat, 23 September 2011

Lumba lari sambil Bogel


* SEBAHAGIAN wanita Vietnam yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran ditahan dalam operasi di Puchong.


Pelacur khayal seks lintang-pukang tertinggal pakaian apabila diserbu

KUALA LUMPUR: Lima pelacur warga China bersama pasangan mereka rakyat tempatan lari lintang pukang dalam keadaan bogel apabila polis menyerbu sebuah pusat kesihatan haram di Bandar Puteri Puchong dekat sini, malam kelmarin.

Semua pelacur dan pelanggan mereka dikatakan khayal dalam seks dan tidak sedar serbuan dilakukan sehingga tertinggal pakaian masing-masing di bilik ketika operasi jam 10 malam.

Namun, semua mereka dapat ditahan selepas polis mengepung laluan keluar premis rumah kedai dua tingkat itu yang didapati menjalankan operasi haram berkenaan sejak kira-kira tiga bulan lalu.

Dalam serbuan bahagian risikan dan operasi Urusetia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diketuai Asisten Komisioner Aimmi Shah Fadhil, polis turut menahan lima lagi wanita China yang sedang memperagakan diri dalam keadaan separuh bogel sebelum dipilih pelanggan mereka.

Siasatan polis mendapati semua 10 wanita terbabit berulang-kali memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM180.

Dalam operasi berasingan di sebuah pusat kecantikan di Pandan Indah, Ampang, setengah jam kemudian polis menahan 13 wanita warga negara Vietnam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Mereka ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman kerana disyaki menawarkan khidmat seks di premis dua tingkat berkenaan.

Hasil pemeriksaan polis mendapati premis yang berselindung di sebalik lesen pusat kecantikan itu dipercayai bergiat aktif menjalankan aktiviti maksiat dan pelacuran sejak dua tahun lalu.

Ketua Operasi, Cif Inspektor Wiranti Abdul Wahid memberitahu modus operandi premis ini adalah meletakkan wanita warga Vietnam yang berpakaian separuh bogel di dalam bilik cermin kaca khas untuk dipilih pelanggan.

Siasatan polis juga mendapati kadar yang ditawarkan adalah antara RM160 hingga RM180 untuk pakej urutan batin dan khidmat seks.

Semua mereka yang ditahan dalam kedua-dua operasi itu turut disiasat mengikut Akta Imigresen atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial, manakala pelanggan mereka ditahan untuk proses dokumentasi.

* Sumber Berita Harian Online



Read more...

Wanita purdah Perancis mahu jadi Presiden


PARIS: Seorang Wanita Perancis yang memakai niqab walaupun berdepan dengan pengharaman oleh kerajaan, menyatakan kesediaan bertanding untuk pilihan raya presiden tahun depan bagi mempertahankan hak semua wanita negara itu.

Kenza Drider adalah antara anggota kumpulan wanita yang melancarkan kecaman terhadap undang-udang yang melarang wanita Muslim daripada menutup muka di jalan negara itu sejak April lalu.Mereka mahu membuktikan tindakan berkenaan bertentangan dengan hak asasi.

Bagaimanapun, penggubal undang-undang termasuk Presiden Nicolas Sarkozy, menyifatkan penutupan muka dan tudung umpama ‘memenjarakan’ wanita.

Drider memberitahu, dia bercadang mengumumkan pencalonannya di Meaux, bandar timur Paris yang ditadbir penggubal undang-undang konservatif sekutu Sarkozy, Jean- Francois Cope yang turut menyokong langkah menguatkuasa larangan menutup muka.

Dua lagi wanita yang memakai penutup muka dan ditahan turut berdepan dengan perbicaraan di Meaux, semalam. Ketika ditahan, mereka dalam perjalanan untuk menghantar kek hari jadi ke Cope.

Seorang daripada mereka dikenakan denda 120 euro (RM540) manakala seorang lagi didenda 80 euro (RM360). Undang-undang melarang pemakaian pakaian menutup muka menetapkan denda tidak lebih 150 euro (RM675) selain menghadiri kelas kewarganegaraan terhadap pesalah.

Dua wanita itu dilaporkan sedia didapati bersalah bagi membolehkan mereka membawa kes itu ke mahkamah tertinggi Perancis dan Majlis Hak Asasi Manusia Eropah.

Ketika Islam adalah agama kedua di Perancis, ada pihak tertentu beranggapan wanita berpakaian seperti itu menjejaskan identiti sekular negara berkenaan selain menggugat persamaan taraf antara jantina serta maruah wanita.

Ada juga yang bimbang pakaian menutup muka sepenuhnya membangkitkan unsur radikal dalam Islam.

Pemakaian tudung dalam kelas sudah diharamkan pada 2004. Julai lalu, Belgium meluluskan undang-undang mengharamkan pakaian menutup muka manakala Perancis pada Jumaat lalu merangka rang undang-undang melarang pemakaian pakaian menutup muka. – AP

* Sumber



Read more...

Lawat Filipina kerana seks

MANILA: Empat puluh peratus lelaki asing yang melawat Filipina ialah pelancong seks.

Kenyataan itu dibuat semalam oleh duta Amerika Syarikat di Manila, Harry Thomas, tetapi disangkal oleh kerajaan Filipina serta-merta.

Berucap pada forum hakim dan pegawai Filipina, Thomas berkata, pegawai negara itu yang rasuah terbabit dalam perdagangan seks.Beliau mencabar profesyen guaman supaya menyingkirkan mereka.

“Kita tahu bahawa 40 peratus lelaki asing yang datang ke Filipina, termasuk dari Amerika Syarikat ialah untuk seks.

“Ia sesuatu yang bukan membanggakan saya. Ia bukan sesuatu yang anda boleh banggakan,” kata Thomas.

Beliau berkata ia dapat dibuktikan dengan kemunculan begitu banyak bar dan kelab karaoke di sepanjang Roxas-Boulevard, antara jalan utama di Manila dan lokasi kedutaan Amerika Syarikat.

“Rasuah membolehkan bar dan kelab seumpama itu terus beroperasi,” katanya.Penolong Setiausaha Pelancongan, Domingo Enario bagaimanapun mempertikaikan kenyataan Thomas.

“Kami tidak pasti dari mana beliau memperoleh statistik itu,” katanya. - Reuters

* Sumber myMetro



Read more...

Pantai burka di Albania


* BEBERAPA wanita memakai burka mandi di sebuah pantai di Spille, Albania pada bulan lalu.

SPILLE - Sebuah kawasan di sebuah pantai di sini diberi jolokan pantai burka kerana ia dikhaskan untuk wanita Muslim yang tidak memakai bikini.

Ia terletak di barat daya Tirana di Albania dan beberapa meter dari kawasan pantai yang membenarkan wanita berjemur dan berenang dengan memakai bikini.


Pantai tersebut merupakan satu-satunya pantai yang dikhaskan untuk wanita Muslim berenang dan bermain air laut dengan memakai burka.

Kira-kira dua pertiga daripada penduduk Albania merupakan penduduk Muslim. - AFP

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Pesawat di Atas Gedung Bikin Heboh


MASON - Ohio sempat dihebohkan dengan khabar adanya kecelakaan pesawat yang jatuh dekat jalan raya.

Sebelumnya para pengendara di jalan raya perbatasan Ohio melaporkan bahawa mereka melihat keberadaan pesawat di tempat yang tidak semestinya, pada Rabu 21 September 2011 pagi.

Saksi mata yang melintasi jalan persimpangan 71 antara Ohio dan Cincinnati pun langsung melaporkan hal tersebut kepada pihak Polis

Pihak Polis yang mendapatkan laporan langsung menuju ke lokasi bersama dengan pemadam kebakaran setelah mendapatkan laporan tersebut.

Seperti dipetik Associated Press, Jumaat (23/9/2011), polis yang tiba di lokasi justeru meradang, sebab pesawat yang jatuh tersebut hanya sebuah hiasan sebuah taman hiburan, bukan kecelakaan yang perlu ditangani secara cepat.

Juru cakap taman bermain The Beach Derek Blevins menjelaskan, pesawat tersebut hanyalah pajangan yang dipamerkan sejak bulan Mei lalu.Selama ini, dia mengaku tidak pernah menemui masalah terkait pemasangan pesawat pajangan tersebut.

* Sumber Okezone



Read more...

Kanak-kanak lelaki tumbuh tanduk


LONDON 22 Sept. - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa berdepan dengan hari-hari sukar selama empat bulan apabila kepalanya ditumbuhi 'tanduk'.

George Ashman (gambar), 5, dilahirkan dengan tanda lahir berwarna merah terang di dahinya dan khuatir akan dibuli serta diejek apabila besar kelak, ibunya, Karen, 33, membuat keputusan untuk membuang tanda tersebut.

Sehubungan itu, Ashman menjalani pembedahan bagi menegangkan kulitnya supaya tanda lahir tersebut dapat dibuang.

Ketika proses pembedahan, doktor memasukkan dua tisu bagi menegangkan kulit kanak-kanak itu dan ia akan mengembang secara beransur-ansur sehingga terbentuk seperti tanduk.

"Pertama kali melihat kepalanya ditumbuhi tanduk, saya amat terkejut kerana mukanya yang kecil dan comel kelihatan seperti 'syaitan'," kata ibunya kepada The Sun.

Namun, selepas empat bulan pemakaian tisu tersebut, implan itu dikeluarkan semula dan kulit Ashman kembali normal malah hanya meninggalkan parut kecil.

Dalam pada itu, Karen menyatakan sepanjang tempoh anaknya ditumbuhi tanduk, orang ramai sering mencemuh mereka berhubung keganjilan itu. - AGENSI

* Sumber



Read more...

Gambar : Isteri rantai suami di India


* KALYANI DAS (kiri) merantai tangan suaminya pada tingkap sebuah kereta api semasa dia dalam perjalanan ke Kolkata dari kampung Mallickpur, India baru-baru ini.

NEW DELHI - Seorang isteri, Kalyani Das bertindak untuk merantai tangan suaminya yang telah dikahwininya selama 50 tahun.

Das yang berusia 60 tahun akan merantai tangan suaminya yang sakit mental itu, Pachugopal yang berumur 65 tahun. Menurut wanita itu, suaminya mengalami masalah sakit mental kerana masalah keluarga yang dihadapinya kira-kira tujuh tahun lalu.

Kalyani bekerja di sebuah warung tepi jalan dengan memperoleh pendapatan AS$1.05 (RM3.31) sehari. Menurutnya, dia berharap suaminya akan meninggal dunia bagi membolehkan penderitaannya hidup bersamanya berakhir.


Dia berkahwin semasa umurnya 10 tahun. Kalyani akan merantai tangan suaminya yang dibawa pergi ke tempat kerjanya bagi mengelak dia melarikan diri dan menderanya semasa dia sedang bekerja.

Kaki Pachugopal juga dirantai di tepi sebuah bangunan semasa isterinya sedang bekerja. Dia merantai tangan suaminya pada tingkap semasa mereka menaiki sebuah kereta api dari kampung Mallickpur ke tempat kerjanya di Kolkata. - Reuters

* Sumber



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP