GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 28 April 2012

Bersih 3.0 : 63 Peserta Himpunan, Dua Anggota Polis Dirawat Di HKL


KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 63 pesakit yang menjadi peserta perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka di sini, Sabtu.
Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Prof Datuk Seri Abu Hassan Ashaari Abdullah berkata pihaknya juga merawat dua anggota polis yang cedera ringan ketika bertugas pada perhimpunan itu setelah cedera di kepala dan patah gigi.
Daripada jumlah 65 orang itu, seramai 40 lelaki dan 25 wanita, kebanyakan menerima rawatan akibat kecederaan dan kepenatan ketika menghadiri perhimpunan berkenaan. 
"Kesemua mereka berumur antara 15 tahun dan 74 tahun. Daripada 65 orang itu, tujuh dimasukkan ke dalam wad masalah pernafasan dan kepenatan. Selebihnya menerima rawatan pesakit luar," katanya kepada pemberita. Beliau berkata pihak hospital menyediakan 160 kakitangan dan pegawai serta pelbagai kemudahan termasuk makanan kepada pesakit berkenaan.
Pada perhimpunan itu, polis berjaya menghalang percubaan peserta untuk menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh pengadang dan kawat berduri dipasang selepas Mahkamah Majistet mengisytiharkan dataran itu sebagai kawasan larangan mulai hari ini sehingga 1 Mei.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional. Tindakan boleh diambil terhadap mereka yang melanggar perintah itu, mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Di Melaka, beberapa anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)mengalami kecederaan ringan ketika menjalankan tugas di Perhimpunan anjuran NGO yang sama di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir.
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lyle berkata kejadian tersebut berlaku ketika petugas MBMB dan polis menghalang peserta perhimpunan itu yang dikhuatiri mengganggu pertandingan pancaragam di dataran tersebut. -BERNAMA
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP