GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 4 April 2012

Bersih 3.0 Akan Diadakan 28 April Ini


PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Rabu mengumumkan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 dengan slogan ‘Duduk Bantah’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April ini.
Bersih mengumumkannya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Keputusan tersebut diumumkan sehari selepas laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Selasa.
Laporan akhir yang dibentangkan oleh PSC mencadangkan sebanyak 22 cadangan bagi memperbaiki perjalanan sistem pilihan raya di negara ini.
Bagaimanapun hanya 18 daripada 22 cadangan tersebut diterima oleh semua ahli jawatankuasa PSC.
Perhimpunan Bersih sebelum ini iaitu Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai tahun lalu dihadiri berpuluh-puluh ribu rakyat yang menuntut lapan perkara berkaitan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya agar dilaksanakan.
* Sumber terkini mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP