GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 29 April 2012

Mak Lawa anak Cun | Neelofa warisi kecantikan



BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.

Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu
.
Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.


SAMA CANTIK... Kartini (kanan) mewarisi kecantikan daripada Bibi. 

Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.

Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.

WARISI KECANTIKAN... Neelofa bersama keluarga.

“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad.

* Sumber myMetro


8 Merujuk kepada perkara diatas :

Raz 29 April 2012 pada 7:58 PG  

wow.. mmg lebih kurang mula neelofa dgn mak dia.. family dia mmg cantik2 la.. untunglah

redlomo 29 April 2012 pada 5:06 PTG  

rahsia disebalik kecantikan adalah faktor genetik 2 sendiri.. yang diwarisi...

Liling 29 April 2012 pada 9:02 PTG  

biasa je bro. tapi depends la dgn pandangan masing2 kan ? cuma yng x syoknya neelofa ni SEKSI habis. perghh.

http://lovelynemo.blogspot.com/2012/04/giveaway-contest-prize-camera.html

tester 29 April 2012 pada 10:56 PTG  

I like the last picture! They r all so pretty!

Ummi Annur Humaira 3 Mei 2012 pada 9:40 PG  

semua sangat cantik...cuma if bertudung si anak2 tu lg complete package kot...

Vidic 25 September 2012 pada 8:40 PTG  

nelofa tercantik dlm family dia

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP