GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 30 Julai 2012

Panduan Kesihatan Di Bulan Ramadhan


Elakkan beberapa masalah yang biasa dihadapi keıka berpuasa di bulan Ramadhan; berpuasa
dengan selesa dan nikmaı sepenuhnya faedah kerohanian bulan Ramadan. Sepanjang bulan
suci Ramadan, diet kita ıdak seharusnya berbeza banyak daripada diet normal dan seharusnya seringkas yang mungkin.


Disenaraikan isu atau masalah kesihatan yang biasa dihadapi pada bulan Ramadhan, sebabsebab
dan cara mengatasinya :

Sembelit
Sembelit boleh menyebabkan buasir (hemoroid), fisur (rekahan terusan dubur yang menyakitkan)
dan gangguan pencernaan (senak) serta rasa kembung.
Punca: Terlalu banyak makanan ditapis, air terlalu sedikit dan ıdak cukup serat dalam diet.
Cara Mengatasi: Elakkan makanan bertapis yang berlebihan, ıngkatkan pengambilan air.


Gangguan Pencernaan dan Angin
Punca: Terlalu banyak makan. Terlalu banyak makanan goreng dan berlemak, makanan pedas,
dan makanan yang menyebabkan angin seperı telur, kubis dan kacang dal. Minuman berkarbonat
seperı Cola juga menghasilkan gas.
Cara Mengatasi: Jangan makan terlalu banyak. Minum jus buah atau lebih baik lagi, air mineral.
Hindari makanan yang digoreng, tambahkan jintan manis dalam makanan yang menyebabkan
angin.

Keletıhan (Tekanan Darah Rendah)
Peluh berlebihan, lemah, leıh, kekurangan tenaga, pening kepala, terutama apabila bangun
dari duduk, kelihatan pucat dan rasa pitam adalah gejala yang dikaitkan dengan "tekanan darah
rendah". Ia biasanya berlaku menjelang petang.
Punca: Pengambilan cecair terlalu sedikit, kurang pengambilan garam.
Cara Mengatasi: Duduk tempat sejuk, ıngkatkan pengambilan cecair dan garam.

Perhatıan: Tekanan darah rendah perlu disahkan dengan mengambil bacaan tekanan darah
apabila gejala kelihatan. Mereka yang mempunyai tekanan darah ınggi mungkin perlu diselaras
semula pengambilan ubat mereka semasa Ramadhan. Mereka seharusnya mendapatkan nasihat
doktor.



Sakit Kepala
Punca: Kafein dan pengeluaran tembakau, melakukan terlalu banyak perkara dalam satu hari, kurang ıdur, dan kelaparan.
Biasanya berlaku di sepanjang hari dan menjadi lebih teruk di penghujung hari. Apabila dikaitkan dengan tekanan darah rendah, sakit kepala boleh menjadi agak teruk dan juga boleh menyebabkan rasa mual sebelum berbuka puasa.
Cara Mengatasi: Kurangkan kafein dan tembakau secara perlahan-lahan, mulakan satu atau dua minggu sebelum Ramadhan.
Teh herba dan bebas kafein boleh dijadikan sebagai pengganı. Atur semula jadual anda di bulan Ramadan supaya andamendapat ıdur yang cukup.

Gula Darah Rendah
Rasa lemah, pening, keleıhan, penumpuan yang lemah, berpeluh dengan mudah, rasa goyah (menggeletar), ıdak dapat
melaksanakan akıviı fizikal, sakit kepala, berdebar-debar adalah gejala gula dalam darah rendah.
Punca (bukan pengidap diabetes): Mengambil terlalu banyak gula iaitu karbohidrat terproses terutamanya waktu sahur. Badan menghasilkan terlalu banyak insulin yang menyebabkan glukosa darah menurun.
Cara Mengatasi: Makan sesuatu pada waktu Sahur dan hadkan makanan dan minuman yang mengandungi gula.
Perhaıan: Pesakit kencing manis mungkin perlu menyesuaikan ubat-ubatan mereka pada bulan Ramadhan. Minta nasihat doktor anda.


Kekejangan Otot
Punca: Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium, magnesium dan kalium.
Cara Mengatasi: Makan makanan yang kaya dengan mineral tersebut seperı sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu,daging dan kurma.
Perhaıan: Mereka yang mengambil ubat tekanan darah ınggi dan yang mempunyai masalah batu karang hendaklah merujuk doktor mereka.


Ulser Pepık, Pedih Ulu Haı, Gastriıs dan Hernia Hiatus
Paras asid yang meningkat di dalam perut yang kosong di bulan Ramadhan memburukkan keadaan di atas. Ia membuat rasa terbakar di dalam perut di kawasan di bawah tulang rusuk dan boleh sampai sehingga ke kerongkong. Makanan yang pedas,kopi dan minuman berkarbonat memburukkan lagi keadaan ini.
Ada ubat yang boleh mengawal tahap asid di dalam perut. Mereka yang mendapat ulser pepık dan hernia hiatus seharusnya meminta nasihat doktor mereka sebelum Ramadhan.


Batu Karang
Batu karang boleh berlaku pada orang yang kurang mengambil cecair atau minum. Oleh itu, adalah penıng untuk minum
cecair tambahan bagi mencegah pembentukan batu.
SEKIAN


* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP