GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 31 Ogos 2012

Hari Kemerdekaan Ke-55 amat istimewa


KUALA LUMPUR - Hari Kemerdekaan tahun ini jatuh pada masa yang sungguh istimewa dan bertuah, semasa kejadian bulan mengambang (blue moon) yang jarang berlaku, kata seorang ahli astrologi tempatan terkemuka, R.S. Maniam.
"Ia permulaan yang baik bagi sambutan Merdeka tahun ini kerana pada malamnya langit dipenuhi cahaya terang benderang.
"Ia juga menandakan waktu atau ketika yang bertuah untuk rakyat bersatu kerana kedudukan bulan sekarang akan menyebabkan terhapusnya kecelaan," katanya.
'Blue moon’ merujuk kepada bulan mengambang penuh kali kedua dalam sebulan dan 31 Ogos tahun ini, kebetulan berlakunya bulan penuh mengambang kali kedua dalam sebulan selepas kali pertama pada 2 Ogos lalu.
Kejadian ‘blue moon’ ini terjadi sekali dalam tempoh setiap 2.7 tahun dan kejadian begini akan berlaku lagi hanya pada 2015.
Maniam berkata, kali terakhir kejadian seperti ini terjadi ialah semasa Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan pada tahun 1966 iaitu 46 tahun lalu.

 - BERNAMA


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP