GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 31 Ogos 2012

Jojo Goh Sedia Bersaing Dalam Industri Perfileman Melayu


Jojo semakin dikenali dikalangan peminat kaum Melayu. Foto FAIHAN GHANI.
PETALING JAYA: Pelakon utama filem 29 Februari, Jojo Goh sudah bersedia untuk menempa nama dalam industri perfileman Melayu bagi memantapkan lagi kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Jojo berkata, dia telah lama memasang impian untuk berlakon dalam filem berbahasa Malaysia dan memberitahu teruja apabila diterima untuk terlibat dalam filem arahan Edry Abdul Halim itu.
"Saya baru terasa seperti seorang pelakon apabila dapat berlakon dalam filem 29 Februarikerana sebelum ini sering mendapat peranan dalam filem atau drama berbahasa Cina atau pun Inggeris.
"Kini saya rasa lengkap dan lebih yakin untuk memperkukuhkan lagi kerjaya saya di negara ini," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Jojo, dia bukan mengejar populariti semata-mata kerana baginya apa yang lebih penting kepercayaan pihak penerbit terhadap bakat yang dimilikinya.
Dalam pada itu, Jojo mendedahkan cabaran menjayakan watak Lily dalam filem yang sudah memulakan tayangan pada Khamis lalu amat sukar baginya kerana dia bimbang sebutan bahasa Malaysianya salah.
Jojo gementar dengan reaksi peminat terhadap lakonannya dalam 29 Februari.
Jojo memberitahu, selepas mendapat tawaran berlakon dalam filem berkenaan dia mula menonton filem dan drama bahasa itu sebagai salah satu persediaan sebelum ke set.
"Sebagai rakyat Malaysia saya boleh bertutur dalam bahasa itu cuma untuk filem ini saya mahu memantapkan lagi sebutan tambahan pula Edry tidak mahu pelat Cina yang terlalu kuat.
"Walaupun pada mulanya agak sukar tetapi di sebalik itu saya semakin mahir dan tatabahasa saya juga bertambah baik," katanya.
Sementara itu, Jojo berkata, dia teruja dan gementar untuk menanti reaksi penonton terhadap lakonannya dalam 29 Februari bersama Remy Ishak dan berharap mereka akan menyukainya.
Malah kata Jojo dengan kehadiran filem 29 Februari itu akan membuka ruang luas untuknya mengembangkan bakat lakonan dengan lebih serius.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP