GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 24 Ogos 2012

Media diminta jangan siar gambar bogel Putera Harry


BEBERAPA muka depan akhbar menyiarkan liputan tentang gambar bogel Putera Harry di London semalam.
LONDON - Keluarga diraja Britain kelmarin meminta akhbar-akhbar tempatan negara ini agar tidak menyiarkan gambar bogel Putera Harry bersama rakannya di Las Vegas.
Harry merupakan cucu pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.
Beberapa gambar yang disiarkan sebuah portal hiburan dari Amerika Syarikat, TMZ.com menunjukkan pewaris ketiga takhta Britain itu berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel dengan seorang rakan wanitanya.
Seorang jurucakap istana kemudian mengesahkan keluarga diraja Britain itu menghubungi Suruhanjaya Aduan Akhbar bagi meminta supaya akhbar-akhbar di sini tidak menyiarkan gambar itu kerana ia melanggar privasi.
Laman TMZ.com melaporkan, dua gambar bogel Harry itu dirakamkan di sebuah bilik persendirian di Wynn Resort, Las Vegas selepas satu permainan biliard pada hujung minggu lalu.
Rumah Clarence yang merupakan kediaman bapa Harry, Putera Charles kelmarin mengesahkan imej itu tulen.
Sementara itu, akhbar-akhbar di negara itu semalam mematuhi permintaan istana.
Satu sumber istana memberitahu, Harry melakukan perbuatan tidak senonoh itu sebelum dia memasuki fasa seterusnya dalam kerjaya ketenteraan.
Harry, 27, berada di Las Vegas selepas menganjurkan sebuah majlis amal di San Diego.
Dia pernah membangkitkan kemarahan pada tahun 2005 apabila beberapa gambarnya yang muncul di akhbar menunjukkan dia menghadiri parti dengan memakai lilitan lengan yang mempamerkan lambang Nazi, swastika. - Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP