GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 28 September 2012

Kampung Bogel bertukar nama 'Beliku'

Peneroka awal Kampung Beliku ini kini selesa dengan kemudahan jalan raya , dan menetap di rumah banglo


BESUT – Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.
Peneroka asal kampung tersebut, Jusoh Mamat, 78, berkata, nama Kampung Bogel dikenali sejak zaman sebelum merdeka lagi.

Dia bagaimanapun tidak pasti mengapa kampung tersebut dikenali dengan nama itu kerana penduduk Kampung La memanggilnya sejak zaman arwah nenek moyangnya lagi.

“Ketika saya mula meneroka Bogel pada 1955 dulu, keadaan di sini masih hutan belantara dan tidak mempunyai penghuni. Saya ada dengar cerita orang tua dahulu bahawa nama bogel dikenali berdasarkan penemuan sebiji buah durian di kawasan ini yang tidak mempunyai duri tetapi tidak pasti kebenarannya.

“Pada mulanya saya meninggalkan Kampung La untuk membuka tanah tapak rumah dan kebun pada tahun 1955 bersama isteri dengan menyusuri denai tepi sungai sejauh lima kilometer ke dalam hutan,” katanya yang kini menjadi petani berjaya apabila memiliki puluhan ekar tanah kebun.

Jusoh berkata lagi, kawasan Bogel ketika itu dihuni pelbagai haiwan buas seperti harimau belang, beruang selain rusa dan kijang.


Tebang balak guna kapak

Menurutnya, walaupun dilarang ahli keluarga tetapi dia dan isteri memberanikan diri ‘membuka hutan’ di situ dengan menebang balak hanya menggunakan kapak, dan mereka dalam pondok kecil beratapkan daun pokok julung.

“Bogel dulu memang terpencil, jauh dari penempatan dan hanya kami suami isteri sahaja yang tinggal di sini. Bayangkan pada zaman dulu hendak sampai ke Kampung La dari Pasir Akar pun terpaksa menggunakan perkhidmatan perahu yang memakan masa perjalanan yang panjang, apatah lagi untuk sampai ke Bogel,” katanya yang juga bekas Home Guard pada zaman komunis.

Katanya, puluhan tahun selepas itu barulah terdapat beberapa keluarga yang datang membina rumah di kawasan tersebut.

Menurutnya, pada awal 90-an, hanya ada jalan balak di kawasan ini dan dia antara individu pertama yang menemui Kolam Air Panas Kampung La (La Hot Spring) yang begitu popular sekarang.


Kini huni banglo

“Kira-kira 25 tahun lalu kerajaan mula membina jalan raya menghubungkan Kampung La terus ke Felda Tenang iaitu depan rumah saya dan penempatan bertambah.

“Lima tahun kemudian nama Bogel ditukar pula kepada nama Kampung Beliku di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung La,” katanya yang kini membina sebuah rumah banglo hasil usahanya meneroka hutan pada zaman dulu.

Jusoh berkata lagi, beberapa tahun selepas jalan raya dibina, Air Panas La kemudiannya dimajukan oleh bekas pemimpin Besut, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Menurutnya, Kampung Bogel yang kini dikenali dengan nama Beliku jauh berbeza dengan dulu apabila sudah mempunyai pelbagai kemudahan asas seperti elektrik, air bersih, lampu jalan dan jalan raya.

Manakala setiap hari sibuk dengan lalu lintas terutama orang ramai yang ingin mengunjungi Air Panas La.

“Haiwan buas dan hidupan liar di sini pun sekarang sudah tidak ada kerana mungkin telah berpindah jauh ke dalam hutan belantara kerana banyak kawasan telah menjadi kebun dan ladang,” katanya.

* Sumber Sinar Harian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP