GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 30 Oktober 2012

2 samseng kes pukul guru di masjid serah diri


KUALA TERENGGANU — Dua samseng yang terlibat dalam beberapa kes jenayah kekerasan mendatangkan kecederaan di Besut tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata, kedua-dua adik-beradik berumur 39 dan 47 tahun itu menyerah diri kira-kira pukul 3.30 petang selepas seorang lagi adik mereka yang berusia 34 tahun ditahan awal pagi Ahad lalu.
Katanya, kesemua suspek yang ditahan ini dikehendaki oleh polis kerana terlibat dalam kes mengugut serta memukul seorang guru sehingga mendatangkan kecederaan pada Ogos lalu.
"Guru lelaki itu diserang selepas mangsa tersebut menegur dan menampar kanak-kanak yang membuat membuat bising dalam masjid kayu di Besut.
"Polis berjaya menahan adiknya kira-kira pukul 4.30 pagi di kediaman mertuanya di Kampung Kuala Besut, Besut dan ekoran daripada penahanan itu, dua lagi abangnya tampil menyerah diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
— BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP