GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 1 November 2012

Budak dipaksa minum bahan peluntur


 Christine Morgan, 61

LONDON: Seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi bahan penderaan sejak sedekad lalu dipaksa meminum bahan peluntur daripada baju yang kotor digunakan untuk mencuci tandas, kata pendakwa di mahkamah semalam.

Mulutnya dibiarkan kepanasan selepas Christine Morgan, 61, menyumbatkan kain buruk itu ke dalam mulut kanak-kanak terbabit.

Christine turut menekan kepala kanak-kanak malang ke dalam air mandian, mengancam untuk membunuh dan menampar mukanya.

Keganasan dilakukan termasuk mencekak leher kanak-kanak itu bermula ketika mangsa hanya berusia empat tahun.

Mahkamah Agung Southampton diberitahu mangsa kini sudah dewasa tetapi masih mengalami mimpi ngeri dan dihantui perbuatan janda terbabit. Hakim semalam memberitahu Christine dia mungkin berdepan hukuman penjara selepas juri mengambil masa lima jam untuk mensabitkannya dengan dua tuduhan kekejaman terhadap kanak-kanak di bawah 16 tahun. 

Mangsa yang tidak didedah identitinya atas sebab undang-undang memberi keterangan di sebalik tabir agar dia tidak dapat dilihat dari dok di mahkamah. Dia memberitahu bagaimana Christine menyatakan kepadanya beberapa detik sebelum menekan kepalanya ke dalam air: 

“Tiada sesiapa mahukan kamu - Saya akan membunuh kamu dalam air mandian ini.” Mangsa berkata: “Saya masih mengalami mimpi ngeri ketika ditolak ke dalam air. Itu insiden yang akan selalu saya ingat.” Mangsa berkata dia ditinggalkan dengan rasa terbakar dalam mulutnya dan rasa sakit selepas dipaksa memakan kain buruk yang dibasahi bahan peluntur.

Pendakwa raya Elizabeth Bussey-Jones berkata: “Mangsa menjelaskan sejak dari kecil lagi dia menjadi bahan kepada pelbagai jenis penderaan,” katanya.

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP