Penjenayah rompak wang gaji pekerja RM1.3j dua minit
Tweet
MIRI - Sekumpuan perompak bersenjatakan parang dan senapang patah merompak wang gaji pekerja sebuah syarikat kontraktor berjumlah RM1.3 juta dalam tempoh dua minit dalam kejadian pada 3.10 petang .
Ketua Polis Daerah (KPD) Marudi, DSP Abu Bakar Mokhtar berkata, ketika kejadian, kenderaan pacuan empat roda itu yang dinaiki empat pekerja syarikat kontraktor berkenaan dalam perjalanan dari Bintulu ke Lapok Marudi di Miri.
"Lokasi mereka dirompak ialah tujuh kilometer dari simpang Beluru ke Lapok,” katanya di sini hari ini.
Abu Bakar berkata, sewaktu dalam perjalanan kenderaan Hilux yang dinaiki pekerja syarikat kontraktor tersebut tiba-tiba dihimpit oleh sebuah Hilux.
Abu Bakar berkata, perompak berkenaan yang bertopeng dipercayai enam hingga tujuh orang terus memecah salah satu cermin kenderaan pacuan empat roda itu, dan terus mengambil wang gaji tersebut dan memecut melarikan diri.
- BERNAMA
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan