Harga Lionel Messi RM1.547 bilion di pasaran dunia
Tweet
LONDON - Mana-mana kelab yang berhasrat mendapatkan khidmat penyerang terbaik dunia, Lionel Messi kini perlu memperuntukkan bajet minimum mencecah 312 juta pound (RM1.547 bilion).
Ini disebabkan Messi baru sahaja memperbaharui kontraknya selama enam tahun untuk kekal bersama Barcelona dengan anggaran gaji tahunan sebanyak 17 juta pound (RM84.3 juta) sehingga 2018.
Itu menjadikan jumlah keseluruhan gaji yang dinikmati bintang Argentina itu mulai sekarang sehingga penghujung kontrak, 102 juta pound (RM505.8 juta).
Ditambah pula Barca mengenakan klausa pelepasan bernilai 210 juta pound (RM1.041 bilion) dalam kandungan kontrak baru itu, maka 312 juta pound adalah pakej keseluruhannya jika kelab kaya-raya seperti Manchester City atau Chelsea bercita-cita memiliki khidmat Messi.
Namun angka tidak masuk akal itu hanyalah minima melainkan pemain yang dianggap sebagai terbaik sepanjang zaman itu bersetuju berhijrah tanpa kenaikan gaji pada masa depan.
Secara realistiknya, peluang Messi, 25, untuk berhijrah ke destinasi lain termasuk Liga Perdana Inggeris boleh dikatakan sifar.
Dalam kontrak terdahulu, Messi meraih hanya 10 juta pound setahun, tidak termasuk tambahan 30 peratus yang datangnya daripada bonus berkaitan prestasi.
Barca terpaksa menanggung kos yang jauh lebih tinggi kali ini berikutan undang-undang cukai baharu di Sepanyol.
Berbanding 24 peratus cukai sebelum ini, gergasi Catalan itu kini menanggung hampir 52 peratus cukai gaji Messi untuk memastikan ayam tambatannya itu merasai kenaikan gaji dalam perjanjian baharunya.
Namun, Barca pasti tidak keberatan untuk membiayai gaji lumayan seorang penyerang yang telah meledak 90 gol untuk kelab dan pasukan kebangsaan pada 2012.
Dalam pada itu, tonggak perancang tengah, Xavi, 32 dan ketua pasukan berpengaruh, Carles Puyol, 34, juga melanjutkan kontrak masing-masing di Nou Camp. - AGENSI
* Sumber Utusan
Lionel Messi

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan