GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 29 Februari 2012

Bintang lucah pohon jawatan pelacur lelaki


GAMBAR menunjukkan papan tanda rumah pelacuran Shady Lady Ranch yang terletak 240 kilometer dari Las Vegas. Gambar kecil: Bobbi Davies.
LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Rumah pelacuran Shady Lady Ranch di Nevada menerima ratusan permohonan termasuk daripada sejumlah teman sosial lelaki dan bintang filem lucah yang memohon untuk menjadi pelacur lelaki di premis berkenaan.
Namun, pemilik rumah pelacuran itu yang merupakan pasangan suami isteri, Jim dan Bobbi Davis menyatakan, mereka mahukan muka baru yang bukan sahaja hebat di ranjang tetapi berperwatakan menarik serta pandai mengambil hati wanita.
Rumah pelacuran Shady Lady Ranch yang terletak kira-kira 240 kilometer dari sini mengiklankan jawatan pelacur lelaki di laman webnya baru-baru ini setelah diberi lampu hijau oleh pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen pelacuran.
Setakat ini, rumah pelacuran itu yang telah beroperasi sejak 17 tahun lalu mengupah kira-kira empat pelacur wanita.
"Namun, isteri saya mahu mencuba sesuatu yang baru (pelacur lelaki)," kata Jim, seorang arkitek bersara berumur 78 tahun.
"Kami tidak pasti sama ada rancangan ini akan berjaya tetapi ia pasti menyeronokkan," tambahnya.
Nevada merupakan negeri di AS yang membenarkan industri pelacuran.
Isteri Jim, Bobby Davis, 55, berharap dia dapat mengupah dua pelacur lelaki menjelang hujung bulan ini tetapi menegaskan mereka akan hanya melayan pelanggan wanita dan bukan lelaki gay. - AF
* Sumber

Read more...

1 bilion kanak-kanak hidup melarat di bandar raya seluruh dunia



GENEVA 28 Feb. - Lebih satu bilion kanak-kanak kini tinggal di bandar-bandar raya di seluruh dunia, namun kebanyakannya hidup dibelenggu kemiskinan dan hidup tanpa pendidikan, bekalan elektrik dan air, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) berkata, urbanisasi menyebabkan beratus ribu kanak-kanak yang tinggal di bandar raya dan bandar-bandar tanpa keperluan asas.

Menurut laporan bertajuk Situasi Kanak-kanak Di Dunia 2012, dalam beberapa tahun ini, majoriti kanak-kanak akan membesar dalam bandar dan bandar raya berbanding kawasan pedalaman.
Kanak-kanak yang dilahirkan di bandar merupakan 60 peratus daripada peningkatan jumlah penduduk di bandar.

Menurut laporan itu, pembangunan di bandar-bandar terlalu cepat sehingga kerajaan tidak mampu mengawal keadaan, menyebabkan satu daripada tiga penghuni bandar tinggal di kawasan setinggan.

Tambah laporan itu, infrastruktur dan perkhidmatan tidak sejajar dengan pembangunan bandar dan penduduk miskin sering terpaksa membayar lebih untuk perkhidmatan yang tidak mencapai standard. - AFP

* Sumber

Read more...

Gaun tembus pandang Angelina Jolie, Jennifer Lopez jadi isu di Twitter


GAUN yang dipakai oleh Jennifer Lopez pada Anugerah Academy di Hollywood pada Ahad lalu.
LOS ANGELES - Dua aktres terkenal, Angelina Jolie dan Jennifer Lopez mendapat perhatian di laman sosial Twitter kelmarin berhubung pakaian mereka pada Anugerah Academy kali ke-84 di Hollywood.
Pada anugerah itu, Jolie, 36, memakai gaun labuh yang mempunyai belahan dan berwarna hitam.
Jolie juga kerap mendedahkan paha dan kaki kanannya semasa dia berjalan dan berdiri.
Lopez, 42, yang juga dikenali sebagai JLo mengenakan gaun putih hampir menampakkan keseluruhan payudara kirinya ketika dia dan Jolie menaiki ke pentas bagi menyampaikan anugerah Oscar pada Ahad lalu.
Dalam tempoh kurang satu jam, seorang pengguna telah mewujudkan satu akaun Twitter @AngiesRightLeg berhubung dengan kaki kanan Jolie.
Ia mempunyai lebih 15,500 pengikut pada Isnin lalu.
"Lihatlah saya!," kata mesej di Twitter tersebut selepas 45 minit Jolie naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah dengan gayanya yang menggoda tanpa rasa malu ketika mendedahkan kaki kanannya.
Sementara itu, akaun Twitter tentang payudara Lopez, @JLosNipple diwujudkan lebih awal daripada @AngiesRightLeg.
"Bukan salah JLo, Saya tidak boleh bernafas," kata salah satu mesej di Twitter.
Namun, menurut laman akhbar Los Angeles Times, akaun Twitter @JLosNipple tidak begitu popular seperti @AngiesRightLeg kerana ia hanya diikuti kira-kira 2,500 pengikut pada Isnin lalu. - Agensi

* Sumber

Read more...

Wanita pertama Pakistan menang Oscar

* SHARMEEN Obaid-Chinoy memegang anugerah Oscar bersama dengan Daniel Junge di Hollywood pada Ahad lalu.

ISLAMABAD, Pakistan – Akhbar-akhbar di sini semalam memuji seorang pengarah wanita muda negara ini, Sharmeen Obaid-Chinoy apabila menjadi warga Pakistan pertama memenangi Anugerah Academy bagi kategori dokumentari pendek terbaik menerusi filem Saving Face.
Gambar-gambar Sharmeen, 33, ketika menerima patung Oscar dalam anugerah itu di Hollywood disiarkan di muka depan akhbar-akhbar Pakistan.
Filem Saving Face mengisahkan tentang mangsa-mangsa serangan asid dan pakar bedah plastik kacukan Inggeris, Mohammad Jawad yang kembali ke Pakistan untuk membantu memulihkan wajah dan kehidupan mereka.
Dokumentari itu diarahkan Sharmeen bersama dengan Daniel Junge.
Akhbar berbahasa Inggeris tertua Pakistan, Dawn, menyatakan kemenangan Sharmeen dialu-alukan kerana liputan media asing terhadap negara ini kerap tertumpu kepada Al-Qaeda, Taliban, kemiskinan, rasuah dan senjata nuklear. – Agensi

* Sumber

Read more...

Guru besar dan cikgu gomol depan murid


GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi ‘kung fu’ antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu.

Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.

Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.

“Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan dan murid lain,” katanya.

Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit.

“Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya,” katanya.

Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan dua guru berkenaan dipanggil memberi keterangan bagi membantu proses siasatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang mengikuti kursus ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

* Sumber myMetro

Read more...

Selasa, 28 Februari 2012

Konsert Erykah Badu Dibatalkan


Erykah Badu
PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.
Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.
"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," katanya.
Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.
Konsert 'Erykah Badu Live in KL' itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah "Australasian" di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.
Pada Selasa, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda PAS menuntut konsert itu dibatalkan serta-merta.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPPM) Khairul Faizi Ahmad Kamil (kanan) menyerahkan memorandum bagi membangkang konsert penyanyi Erykah Badu kepada Setiausaha Kanan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Abdul Rauf Puteh di Kuala Lumpur, Selasa.
Malah Pemuda PAS turut menyerahkan memorandum kepada Rais bagi mendesak pembatalan konsert penyanyi itu di negara ini.
Desakan itu dibuat bagi mengelakkan kesan lebih buruk ke atas rakyat negara ini, memandangkan penampilan penyanyi itu yang penuh dengan kontroversi.
Memorandum tersebut diserahkan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kuala Lumpur, pada pukul 11.15 pagi Selasa.
Dalam perkembangan sama The Star menerusi portal dalam taliannya pada Isnin memohon maaf kepada pembaca dan seluruh umat Islam kerana kesilapan menyiarkan gambar tersebut.
* Sumber mStar Online

Read more...

Keperibadian di sebalik bentuk Payudara Wanita

Payudara merupakan aset utama yang dimiliki perempuan. Selain melambangkan keseksian akan pemiliknya. Bentuk buah dada juga mencerminkan kepribadian seorang wanita.

Seperti dipetik Genius Beauty,seorang seksologi asal Itali, Piero Lorenzoni mengungkapkan bentuk payudara seorang wanita bisa mengungkapkan kepribadiannya termasuk saat mereka berada si atas ranjang.

Penasaran? Semak ulasan berikut..

Bentuk melon

Payudara dengan bentuk seperti ini, wanita memiliki dada besar berbentuk bulat. Wanita itu memiliki jiwa petualang. Mereka hobi mencari resto yang menyediakan menu lezat, suka dikagumi dan dimanja. Namun saat bercinta, wanita dengan bentuk dada ini biasanya kurang aktif dan sangat pendiam.

Menurut Lorenzoni, seorang wanita berpayudara besar dan bulat seperti buah melon biasanya terlihat keibuan, namun ternyata sifatnya jauh dari hal itu. Ia gemar makan, suka dimanja dan dikagumi, namun tidak terlalu suka hal-hal berbau seks.

Payudara berbentuk pir

Wanita ini biasanya menyenangi berbagai bentuk cinta dengan macam-macam variasi di dalamnya. Kadang-kadang ia bisa bersikap sangat religius namun di kesempatan lain juga sangat pandai menutupi perselingkuhannya.

Payudara oval seperti pepaya

Bentuk payudara ini melambangkan kepribadian wanita pintar dan karirnya bagus. Dia juga sangat romantis dan setia. Siapapun yang bisa mendapatkan hatinya, tidak akan mudah kehilangannya.

Payudara berbentuk anggur

Wanita tipe ini biasanya kurang mahir dalam hal-hal seksual. Meski terlihat erotis, namun kenyataannya mereka adalah tipe wanita yang pemalu dan sederhana di ranjang. Mereka suka memanjakan pasangan, tapi lebih senang melimpahi pasangan mereka dengan kasih sayang dari pada seks.

Payudara bulat bak jeruk

Wanita ini biasanya lucu dan menyenangkan. Mereka pandai menghibur dan mengambil orang lain serta cerdas. Mereka juga dapat menjadi pasangan hebat dalam hidup sehari-hari. Selain itu mereka juga memiliki ketertarikan tinggi terhadap seks.

Payudara berbentuk lemon

Ini cocok bagi pria yang suka wanita aktif. Wanita seperti ini sangat menikmati hidup dan dapat menertawakan diri sendiri. Mereka menginginkan hidup seimbang tanpa gejolak bererti.


* Sumber gayahidup inilah.com

Read more...

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui

* KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.


Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati. 

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. 
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta). 

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. - Agensi


* Sumber berita harian 

Read more...

Melukis di skrin telefon bimbit


SEORANG pekerja melukis di atas skrin sebuah telefon bimbit Galaxi Note keluaran syarikat Samsung pada Kongres Telefon Bimbit Dunia di Barcelona semalam.
BARCELONA, Sepanyol -Telefon bimbit Galaxi Note yang membolehkan para pengguna melukis pada skrin dipromosikan syarikat Samsung pada Kongres Telefon Bimbit Dunia di sini.
Kongres itu yang merupakan pameran telefon bimbit terbesar di dunia berlangsung pada 27 Februari hingga 1 Mac di Barcelona. - AFP
* Sumber

Read more...

Polis beri bunga kepada pengguna jalan raya


SEORANG anggota polis memberikan sekuntum bunga kepada seorang penunggang motosikal di luar penjara Kerobokan, Bali semalam. 
DENPASAR - Beberapa anggota polis memberikan sekuntum bunga kepada pengguna jalan raya di luar penjara Kerobokan di Bali semalam.
Pemberian bunga itu dilakukan sebagai tanda bahawa keamanan telah pulih selepas pihak berkuasa Indonesia mengawal semula penjara tersebut pada Sabtu lalu.
Rusuhan berlaku di penjara itu pada 21 Februari lalu selepas seorang banduan cedera ditikam dalam satu pergaduhan.
Para pengawal penjara kemudian melarikan diri menyebabkan sekumpulan banduan mengawal penjara tersebut yang mempunyai 1,000 penghuni.
Namun, pada Sabtu lalu, pihak berkuasa berkata, penjara itu kembali dalam kawalan apabila para banduan mengikut arahan manakala tiada seorang pun penghuni yang melarikan diri. - Agensi
* Sumber

Read more...

Geng curi mesin ATM ditumpas


SEORANG lagi perompak membantu rakannya menolak mesi ATM berkenan.

ROME: Polis semalam mendedahkan rakaman gambar sekumpulan perompak Itali yang cuba melarikan sebuah mesin pengeluar wang (ATM) dari sebuah bank.

Kumpulan tujuh perompak itu dirakam oleh pegawai sebagai sebahagian daripada siasatan lebih meluas kegiatan jenayah kumpulan terbabit.

Dengan bersenjatakan besi pencungkil dan tukul, kumpulan berkenaan mematikan sistem penggera di dalam bank berkenaan dan kemudian dengan mudah membuka pintu keselamatan untuk memasukinya.

Di dalam, kamera keselamatan menujukkan bagaimana seorang anggota kumpulan penjenayah itu begitu bersahaja tanpa perasaan bimbang akan dikenali ketika dia memerhatikan rakannya mengangkat mesin pengeluar wang ke atas troli dan menolaknya keluar.

Mereka merancang mengangkat mesin berkenaan yang berisi wang kertas berjumlah lebih �30,000 (RM150,000) ke dalam van yang dicuri yang menanti di luar bank berkenaan di kawasan Boccea di Rome.

Bagaimanapun, nasib kumpulan itu berakhir di situ apabila polis serta-merta mengepung dan menahan mereka tanpa sebarang pergelutan.

Jurucakap polis Rome berkata: “Kumpulan berkenaan diawasi sebagai sebahagian daripada operasi lebih besar dan apabila melihat van curi itu di luar bank terbabit, ia serta-merta menarik perhatian penyiasat berkenaan.

“Beberapa anggota kumpulan itu menggunakan besi pencungkil dan peralatan lain untuk mematikan sistem penggera. Mereka memasuki bank itu dan mengambil mesin pengeluar wang.” Menurutnya, enam daripada lelaki yang ditahan itu berasal dari Rome sementara seorang lagi dari Naples. Mereka berusia antara 32 hingga 62 tahun dan kini ditahan di Penjara Regina Coeli di ibu negara Itali itu.

Polis mengesyaki kumpulan itu bertanggungjawab terhadap beberapa kecurian mesin pengeluar wang di Rome dan selatan Itali sebelum ini. - DM

* Sumber

Read more...

‘The Artist’ Filem Terbaik, Ungguli Lima Anugerah Oscar 2012


Barisan pelakon dan tenaga produksi filem The Artist meraikan kemenangan filem itu pada Anugerah Academy ke-84 pada malam Ahad.
HOLLYWOOD: Filem bisu hitam putih arahan pengarah Perancis Michel Hazanavicius, The Artist menerima pengiktirafan tertinggi sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Academy ke-84 pada malam Ahad (waktu tempatan), di sini.
Filem yang melakar sejarah sebagai filem bukan bahasa Inggeris pertama yang meraih kejayaan tertinggi di anugerah Oscar itu turut membawa pulang empat anugerah lain iaitu Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Skor Asal Terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik.
“Saya adalah pengarah filem yang paling gembira di dalam dunia pada waktu ini,” kata Hazanavicius ketika berucap menerima kemenangan anugerah Pengarah Terbaik.
The Artist berkisar tentang kisah seorang bintang filem bisu George Valentin lakonan aktor Perancis, Jean Dujardin yang terpaksa menyesuaikan diri dengan perkembangan era filem suara.
“Saya sayangkan negara anda (Amerika Syarikat),” kata Dujardin ketika menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, yang merupakan lelaki Perancis pertama memenangi kategori itu.
Jean Dujardin dinobat Pelakon Lelaki Terbaik 2012 menerusi The Artist
Filem pengembaraan 3D arahan Martin Scorsese, Hugo yang tercalon menerusi 11 kategori berbanding 10 pencalonan untuk The Artistturut menggondol lima anugerah.
Bagaimanapun, kesemua trofi itu diperolehi daripada aspek teknikal.
Aktres veteran Meryl Streep memenangi Pelakon Wanita Terbaik menerusi The Iron Lady.
Ia adalah kemenangan ketiga buat aktres berusia 62 tahun itu dan yang pertama dalam tempoh tiga dekad. Kemenangan itu sekaligus mengukuhkan status Streep sebagai aktres terunggul dalam generasinya.
Aktres veteran Meryl Streep memenangi Pelakon Wanita Terbaik buat kali ketiga dalam sejarah Oscar.
Streep yang menggalas watak bekas Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher, berkata: “Oh, tidak, saya dapat merasakan separuh daripada warga Amerika akan berkata, ‘Dia lagi (menang).’ Tetapi saya tidak peduli.”
Octavia Spencer yang membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi watak pembantu rumah berkulit hitam dalam drama hak asasi, The Helpmenerima tepuk sanjungan daripada penonton.
Aktor veteran Kanada, Christopher Plummer yang menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Beginners mengakhiri penantian selama enam dekad sebagai pelakon untuk memenangi Oscar.
Antara pemenang lain termasuklah filem animasi Rango yang dinobat Filem Cereka Animasi Terbaik dan Woody Allen yang dinobat Lakon Layar Asal Terbaik untuk filem arahannya iaitu Midnight in Paris.
Majlis gemilang itu membariskan bintang-bintang besar termasuk pemenang Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik pada tahun lalu iaitu Colin Firth dan Natalie Portman, Tom Cruise, Penelope Cruz, Tom Hanks dan Angelina Jolie selaku penyampai.
Antara pertunjukan memukau pada acara itu adalah persembahan bertemakan sinema oleh kumpulan penari dari Kanada, Cirque du Soleil dalam akrobatik luar biasa yang melangkaui pentas dan siling auditorium tersebut.
Pengarah filem Iran, Asghar Farhadi yang memenangi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik menerusi A Separation
“Wow, saya menjadi kejang menyaksikan persembahan itu,” kata pengacara veteran Billy Crystal, yang mengemudi anugerah itu untuk kali kesembilan.
Pelawak British, Sacha Baron Cohen turut mencuri perhatian apabila tampil berpakaian seperti watak filem terbarunya, The Dictator dan menuang abu mayat palsu mendiang pemimpin Korea Utara, Jim Kong-Il pada acara karpet merah. - AFP
Berikut adalah senarai penuh penerima Oscar 2012:
Filem Terbaik
The Artist
Pengarah Terbaik
The Artist, Michel Hazanavicius
Pelakon Lelaki Terbaik
Jean Dujardin, The Artist
Pelakon Wanita Terbaik
Meryl Streep, The Iron Lady
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Christopher Plummer, Beginners
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Octavia Spencer, The Help
Filem Cereka Animasi Terbaik
Rango, Gore Verbinski
Pengarahan Seni Terbaik
Hugo, Dante Ferretti (Rekaan Produksi) dan Francesca Lo Schiavo (Dekorasi Set)
Sinematografi Terbaik
Hugo, Robert Richardson
Rekaan Kostum Terbaik
The Artist, Mark Bridges
Suntingan Terbaik
The Girl with the Dragon Tattoo, Kirk Baxter dan Angus Wall
Filem Bahasa Asing Terbaik
A Separation, pengarah Asghar Farhadi (Iran)
Solekan Terbaik
The Iron Lady, Mark Coulier dan J. Roy Helland
Suntingan Bunyi Terbaik
Hugo, Philip Stockton dan Eugene Gearty
Adunan Bunyi Terbaik
Hugo, Tom Fleischman dan John Midgley
Dokumentari - Cereka
Undefeated, TJ Martin, Dan Lindsay dan Rich Middlemas
Dokumentari - Pendek
Saving Face, Daniel Junge dan Sharmeen Obaid-Chinoy
Kesan Visual Terbaik
Hugo, Rob Legato, Joss Williams, Ben Grossman dan Alex Henning
Muzik (Skor Asal Terbaik)
The Artist, Ludovic Bource
Muzik (Lagu Asal Terbaik)
Man or Muppet, muzik dan lirik Bret McKenzie, The Muppets
Filem Pendek (Animasi) Terbaik
The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore, William Joyce dan Brandon Oldenburg
Filem Pendek (Aksi Langsung) Terbaik
The Shore, Terry George dan Oorlagh George
Penulisan (Lakon Layar Adaptasi) Terbaik
The Descendants, oleh Alexander Payne dan Nat Faxon & Jim Rash
Penulisan (Lakon Layar Asal) Terbaik
Midnight in Paris, oleh Woody Allen
* Sumber mStar Online

Read more...

Isnin, 27 Februari 2012

Sexpresso: Kedai Kopi dengan Pelayan Seksi

Laura Maggi saat melayani para tamunya di Le Cafe.

Setelah delapan tahun mengoperasikan sebuah kafe, Laura Maggi tiba-tiba mendapati bahwa para pria berbondong-bondong ke kafenya. Bukan karena kualitas kopi dan minuman beralkoholnya top tetapi kerana ia mulai tampil dengan pakaian sangat ghairah saat melayani tamu.

Sexpresso! Begitu Mail Online, Khamis (23/2/2012), memberi judul untuk berita tentang fenomena itu.

Ratusan pelanggan laki-laki berkumpul Le Cafe, nama kafe milik Laura itu, setiap siang dan malam. Mereka meninggalkan mobil-mobilnya di jalan-jalan sekitar sehingga menimbulkan masalah kemacetan. Walikota setempat, seorang perempuan, mengumumkan bahwa dia sedang mempertimbangkan sebuah peraturan darurat untuk membatasi lalu lintas di daerah sekitar kafe tersebut.

Kaum perempuan di kota kecil Bagnolo Mella, di Italia utara, telah menyatakan kafe milik Laura itu bertindak kelewatan terhap kaum pria mereka - dan Nona Maggi yang berusia 34 tahun telah menjadi selebriti nasional. 

Rabu, dia menjadi tamu pada acara televisi. Di situ ia mengatakan, "Saya tidak melihat apa masalahnya. Itu hanya cara bersenang-senang yang tidak berbahaya. Jika orang-orang datang ke sini, apa yang bisa saya lakukan? Saya tahu saya telah membuat kesal kaum perempuan tapi itu bukan masalah saya. Bukan salah saya jika orang-orang ingin datang dan minum di kafe saya."

Dia menambahkan, seperti dipetik Mail Online, sejumlah pelanggan menempuh jarak hingga 70 mil (112 km) hanya untuk dapat menyesap kopi di kafenya. Di dinding Le Cafe itu terdapat foto-foto Maggi dalam balutan bikini ketika sedang berlibur.

Perempuan itu memiliki 5.000 teman baru di Facebook sementara sebuah jajak pendapat setempat menemukan bahwa 46 persen responden mengatakan, pasangan dari pelanggan prianya harus 'bertanya kepada diri sendiri, mengapa pasangan mereka lebih memilih Laura ketimbang mereka'.

Sejumlah istri warga kota itu telah mengeluh di televisi. Salah seorang di mereka berkata, "Ini memalukan dan seharusnya tidak diperbolehkan. Kota ini tenang dan terhormat. Sekarang kami dikenal di seluruh negeri karena pakaian mini pelayan bar ini yang dikenakannya saat melayani minuman (untuk tamu). Kaum perempuan di kota tidak terlalu senang dan kami telah menyampaikan keluhan kepada dewan kota."

Walikota Bagnolo, Cristina Almici, mengatakan, "Kami telah menerima sejumlah keluhan dari para perempuan tentang kafe itu dan kami sedang memikirkan apa yang bisa kami lakukan terkait dengan ketertiban umum. Sudah terjadi arus lalu lintas yang besar ke kota sejak berita tentang Laura menyebar dan ini telah menyebabkan insiden parkir dan sejumlah tindakan vandalisme.


Kami tidak bisa menghentikan orang pergi ke kafenya dan saya tahu itu sangat popular bagi laki-laki di kota. Secara pribadi saya tidak melihat ada masalah dengan penampilan atau gaunnya. Jika ada, para pria yang pergi ke sana yang punya masalah."

Almici menambahkan, "Suami saya pasti tidak diizinkan untuk pergi ke sana."


* Sumber kompas.com

Read more...

Seks dengan 2 Murid, Guru wanita ditangkap

Seorang guru wanita di sebuah sekolah di Los Angeles, Amerika Syarikat, ditangkap polis. Guru itu dituduh berhubungan badan dengan dua orang muridnya.

Guru bernama Gabriela Cortez, (42) ( gambar ), asal Montebello itu, ditangkap pada Rabu (22/2/2012), malam, atas dugaan melakukan hubungan seks dengan dua remaja lelaki di bawah umur,. 

Gabriela ditangkap setelah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, melapor ke polis,bahawa ia pernah memiliki hubungan seksual dengannya dari tahun 2008 hingga 2010.
 Remaja itu melapor ke polis pada bulan lalu.

Pada saat itu ia masih menjadi siswa di Sekolah Menengah Atas (SMA), Rooseveltdi Los Angeles, di mana Gabriela mengajar Bahasa Spanyol. Dalam proses penyelidikan diketahui seorang siswa lainnya di sekolah tersebut juga pernah menjalin hubungan seksual dengan Gabiela.

Seorang dari mereka kepada penyidik juga mengungkapkan pernah melakukan hubungan seksual dengan Gabriela di rumahnya yang terletak di Montebello, pinggiranLos Angeles bagian timur.


Penyelidik kepolisian, mensyaki ada korban lainnya selain kedua remaja pria tersebut. (dailymail)



* Sumber tribunnews.com

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP