GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 24 Februari 2013

Wajah biasa bintang filem lucah didedah


London: Seorang blogger di England menilai profil 7,000 aktres filem lucah wanita untuk mengetengahkan wajah biasa pelakon wanita dalam industri itu. 
Jon Milward menyatakan, seorang pelakon lucah wanita biasanya berambut hitam, bukan perang serta memiliki saiz buah dada sederhana 34-B. 
“Dia mempunyai ketinggian 165 sentimeter, berat badannya 53 kilogram dan mula menceburi industri pada usia 22 tahun. 


“Nama yang paling biasa digunakannya ketika beraksi ialah Nikki Lee dan berasal dari California,” menurut laporan memetik laporan Milward. 

Millward mencantumkan wajah 10 filem lucah utama untuk menghasilkan wajah biasa aktres dalam industri berkenaan. 

Tatu pada badan

Blogger itu yang meneliti pangkalan data filem lucah internet juga membuat kesimpulan bahawa 43 peratus pelakon lucah wanita memakai subang dan 45.5 peratus ada sekurang-kurangnya satu tatu pada badan. 
Bagi pelakon lucah lelaki, Milward menilai 3,000 aktor dan menyatakan, mereka biasanya akan menggunakan nama David Lee. 

Laporannya menggunakan tajuk Deep Inside: A Study of 10,000 Porn Stars and Their Careers. 

Ia berdasarkan penilaiannya selama enam bulan terhadap maklumat daripada 130,000 filem lucah. 

Sekurang-kurangnya, Milward berjaya menghasilkan laporannya mengenai industri berkenaan. 

Bulan lalu, seorang profesor Montreal terpaksa membatalkan penyelidikannya mengenai kesan filem lucah. 

Sebabnya? Dia gagal mencari walau seorang pun remaja lelaki yang tidak pernah menonton filem lucah untuk mengambil bahagian dalam penyelidikannya. 

AGENSI

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP