GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 29 Mac 2013

Rumah warga emas meletup


KEADAAN rumah pasangan itu selepas kejadian.
Edinburgh: Sebuah rumah didiami sepasang suami isteri warga emas musnah selepas berlaku letupan kuat, semalam.
Walaupun siasatan masih dijalankan, polis percaya kejadian itu berpunca daripada kebocoran gas di dalam rumah pasangan terbabit.
Saksi pula berkata, pasangan pesara itu dikejarkan ke hospital untuk dirawat dengan tahap kecederaan belum diketahui.
Jurucakap polis Stirling, Russell Penman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi di Murdiston Avenue, Callander.
“Seorang wanita berusia 74 tahun dan suaminya berusia 77 tahun dibawa ke dua hospital berbeza di bandar berkenaan. “Rumah itu musnah sepenuhnya akibat letupan berkenaan,” katanya. Kata Penman, polis menganggap letupan itu berlaku kerana kebocoran gas dan siasatan masih di peringkat awal. Katanya, syarikat gas Scotland turut membantu siasatan polis.
Sementara itu, jiran pasangan terbabit, Alistair Allan, berkata penduduk sekitar kawasan berkenaan terjaga daripada tidur kira-kira jam 6.30 pagi akibat bunyi letupan yang sangat kuat. “Saya menjenguk melalui tingkap dan melihat rumah di seberang jalan yang musnah.
“Saya bergegas berlari ke situ dan mendapati seorang lelaki turut tertimbus dalam runtuhan di dapur, manakala isterinya di bahagian lain rumah berkenaan,” katanya. Allan, 47, berkata dia dapat mendengar wanita itu mengerang kesakitan.
Katanya, anggota bomba tiba kira-kira lima minit kemudian dan mereka mengeluarkan wanita itu terlebih dulu sebelum menyelamatkan suaminya kira-kira 15 minit kemudian. “Beberapa jam sebelum itu, anak saya mengadu terhidu bau gas yang sangat kuat di jalan tetapi kami tidak mengesyaki apa-apa,” katanya. Sementara itu, Majlis Perbandaran Stirling membuka pusat pemindahan di bandar itu kerana sembilan rumah berhampiran terpaksa dikosongkan. 
- The Sun ( myMetro )



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP