GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 9 April 2013

Penerbit Drama ajak lakukan Hubungan S0ngsang


SHAZRIL menunjukkan laporan polisnya.
Kuala Lumpur: “Tindakan biadab penerbit itu mahukan saya menjadi ‘suaminya’ dan tinggal serumah amat menjijikkan. Kalau itu yang dia mahu, saya bukanlah orangnya,” kata pelakon baru, Norshazril Ahmad, 24, atau Shazril Ahmad.
Itu nasib buruk menimpa Shazril yang baru lima bulan bergelar anak seni. Dia dijadikan sasaran seorang penerbit drama yang menawarkannya watak utama sebuah produksi sekiranya sanggup menjalinkan hubungan songsang dan tinggal bersama lelaki berkenaan.
Mendedahkan perkara itu, pelakon drama Hujan siaran TV3 itu berkata, dia mengenali lelaki itu pada 10 Mac lalu selepas mengetahui produksi miliknya memerlukan pelakon.

“Pada 12 Mac, dia menjemput saya untuk menghadiri sesi uji bakat drama sebelum saya ke Ampang dua hari kemudian bagi tujuan itu. Berdasarkan pengalaman membintangi empat drama, saya yakin untuk mendapatkan watak itu.
“Namun, selepas tamat uji bakat, dia menyatakan saya hanya layak diberikan watak sekiranya sudi menjadi ‘suaminya’, menjalinkan hubungan songsang, memeluk dan menciumnya selalu,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP