GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 28 Mei 2013

Aung San Suu Kyi kritik peraturan Rohingya dilarang miliki lebih dua anak

 Aung San Suu Kyi
YANGON - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi semalam mengkritik larangan memiliki lebih dua anak yang dilaksanakan ke atas etnik Rohingya di negeri Rakhine.
Pemimpin pembangkang itu berkata, beliau menentang undang-undang tersebut yang telah dimulakan oleh pihak junta tentera sebelum ini.
Ia kemudian dikuatkuasakan semula oleh pihak berkuasa tempatan ketika berlaku rusuhan di negeri tersebut melibatkan etnik Rohingya yang beragama Islam dengan penduduk Buddha.
"Adalah tidak baik untuk melaksanakan diskriminasi itu. Ia juga tidak sejajar dengan hak asasi manusia," katanya kepada pemberita di Yangon.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada peraturan itu sudah dikuatkuasakan.
Beberapa aktivis sebelum ini mendakwa Suu Kyi gagal memperjuangkan nasib Rohingya di Myanmar.
Pihak berkuasa Rakhine pada Ahad lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa peraturan tersebut telah dikuatkuasakan semula di dua buah kawasan perbandaran.
Jurucakap pihak pentadbiran tempatan di Rakhine, Win Myaing berkata, arahan itu dikeluarkan untuk menguatkuasakan monogami dan larangan tidak mempunyai lebih dua orang anak.
Menurutnya, dasar itu sebelum ini telah ditangguhkan ekoran kebimbangan tentang konflik dalam kalangan komuniti di negara ini.
Sehingga 140,000 orang kebanyakannya etnik Rohingya yang beragama Islam hilang tempat tinggal selepas berlaku dua rusuhan agama melibatkan mereka dengan penduduk Buddha di Rakhine pada tahun lalu.
Pertubuhan Human Right Watch menuduh pihak berkuasa melakukan pembersihan etnik ekoran rusuhan tersebut yang menyebabkan kira-kira 200 orang terbunuh manakala besejumlah kampung musnah dibakar. 
- AFP


1 Merujuk kepada perkara diatas :

shahrilhakime 28 Mei 2013 pada 2:22 PTG  

macam pelik pulakkk....pasei had anak rohingya ni die kritik.... bab2 penghapusan etnik dengan Agama Islam kat sane tu dia diam je...... tu pun hak asasi manusia jugak tu......

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP