GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 11 Jun 2013

Jiah Khan pelakon Bollywood bunuh diri kerana kecewa


New delhi: Nota 'bunuh diri' enam halaman yang didakwa ditulis pelakon Bollywood, Jiah Khan sebelum menamatkan riwayat hidupnya mendedahkan mengenai hubungan bermasalah beliau termasuk dengan teman lelakinya, Sooraj Pancholi.

Sebuah akhbar harian utama melaporkan, Jiah menyalahkan Sooraj kerana merosakkan kepercayaan beliau yang menjadi punca tindakan drastik beliau untuk membunuh diri. 

Dalam surat terbabit, Jiah dikatakan menulis punca mengapa beliau membunuh diri. 


Saya tiada sebab untuk hidup lagi. Apa yang saya mahu hanya cinta” Jiah Khan, Pelakon Bollywood

Nota bunuh diri

“Saya tiada sebab untuk hidup lagi. Apa yang saya mahukan hanya cinta. Saya lakukan semua untuk kamu. Saya bekerja untuk kita. Masa depan saya musnah.

“Kebahagiaan saya diragut pergi. Kamu tidak pernah menghargai cinta saya. Saya tidak yakin lagi. Apa juga bakat, cita-cita kamu musnahkan ia. Kamu musnahkan hidup saya,” tulis surat berkenaan.

Beliau juga menulis, “Apa yang kamu mahu dalam hidup hanya berparti dan wanita. Kamu hanya pentingkan diri kamu. Apa yang saya mahukan hanyalah kamu dan kegembiraan. Anda rampas kedua-duanya daripada saya. 


“Saya tidak punya apa-apa lagi yang tinggal di dunia ini selepas ini. Saya harap kamu sayangkan saya seperti saya sayangkan kamu. Saya tinggalkan tempat ini tanpa apa-apa tetapi dengan impian yang musnah dan janji kosong. Apa yang saya mahukan sekarang untuk tidur dan tidak akan bangun lagi,” kata surat terbabit.

Salinan surat yang ditemui kakak Jiah beberapa hari selepas kejadian itu diserahkan oleh keluarganya kepada polis.


 - AGENSI (BH)



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP