GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 27 Jun 2013

Polis trafik gemuk sertai program kurus

Seorang anggota polis trafik Thailand berbadan besar mengawal lalu lintas. - Foto AFP

Bangkok: Sekumpulan anggota polis trafik Thailand kini menyertai latihan senaman mengikut rentak lagu pop Thailand, sebahagian program untuk mengurangkan bilangan polis yang mempunyai masalah lebihan berat badan di Bangkok.
Diet yang tidak seimbang dan menghabiskan masa yang panjang melakukan tugas tidak aktif di jalanan menyebabkan kebanyakan anggota polis trafik di ibu negaraitu terdedah kepada kenaikan berat badan. 


Perbaiki imej polis 

Keadaan kesihatan mereka dan imej umum yang menyaksikan ramai polis berperut buncit menjadi kebimbangan kepada ketua polis yang meletakkan mereka dalam kelas pembuangan berat badan percuma dengan menyenaraikan hampir 60 sukarelawan untuk program Fit and Firm selama dua bulan itu.

Selepas dua minggu menyertai kursus terbabit, Sarjan Mejar Kanan, Nitas Saidaards, berkata beliau kini mempunyai berat badan 138 kilogram tetapi berjaya mengurangkan sebanyak enam kilogram dan mengurangkan saiz pinggang tiga inci.

Agak sukar ketika mengendalikan lalu lintas di persimpangan jalan antara kereta kerana kadang kala boleh terlanggar cermin sisi, kata anggota yang berusia 48 tahun itu.

Sesi selama dua kali seminggu itu termasuk kelas yoga dan aerobik, amat berguna kepada Nitas selain diet baru seperti buah-buahan dan sup sekaligus mengetepikan makanan bergoreng kegemaran beliau serta nasi. 


Makan lewat malam


Nitas (bawah) bersama rakannya melakukan senaman di sebuah hospital di Bangkok. - Foto AFP

Saya mengalami kenaikan berat badan kerana makan terlalu banyak pada lewat malam. Kami (polis trafik) mempunyai jadual kerja tidak menentu, katanya.
Nitas berkata, beliau pernah menyertai program yang sama sebelum ini, tetapi tidak pernah berjaya mengurangkan berat badannya.

Biro polis Metropolitan Bangkok mahu anggota polis mereka mempunyai ukuran pinggang yang melebihi 36 inci menyertai kursus terbabit dengan menggalakkan mereka mengurangkan berat sehingga 10 kilogram dengan menawarkan hadiah hampir AS$160 (RM512).

Pegawai kanan polis melihat anggota kami terlalu montel, gemuk, jadi mereka memutuskan perlu untuk mengurangkan berat badan, katanya.


-AFP


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP