GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 11 Jun 2013

Wanita jadi pontianak

WESLEY membenarkan Julia minum darahnya.
Wilkes Barre (AS): Seorang ibu dua anak mendedahkan dia minum darah manusia dengan ‘gaya pontianak,’ kadang kala sehingga dua liter sebulan.
Julia Caples, 45, menghisap darah daripada penderma sukarela sejak lebih 30 tahun lalu.
Dia bertemu rakan peminat pontianak di satu majlis tempatan, tempat dia mengelar mereka dengan pisau ala zaman jahiliah sebelum menghisap darah mereka.
Julia percaya dengan berbuat demikian dia akan kekal muda dan bertenaga, seperti penghisap darah dalam filem seperti Twilight.
Bagaimanapun, dia berusaha menjauhkan minat peliknya itu daripada anaknya, Alexi, 11. Anak perempuannya, Ariel, 24, bencikan ketaksuban Julia dan mendesaknya supaya berhenti.
JULIA bersama Alexi dan Donald.
Wanita itu yang berasal dari Wilkes Barre, Pennsylvania, Amerika Syarikat berkata: “Apabila menghisap dan minum darah seseorang, saya berasa muda dan lebih sihat. Saya tahu secara saintifik, darah tidak mengandungi zat. “Bagaimanapun, mungkin ada khasiat lain yang kita belum temui. Saya berasa diri saya lebih cantik setiap kali minum darah. Saya juga amat sihat, tidak menghadapi masalah kesihatan dan sentiasa bertenaga. Ada ketikanya saya minum lebih dua liter sebulan.” Minat Julia pada darah bermula sejak dia masih muda, ketika bercium kali pertama semasa berusia belasan tahun.
“Saya terdorong untuk menggigit kekasih saya ketika kami bercium. Hasrat itu datang tiba-tiba dan saya sukakan rasanya. Saya tidak dapat menjelaskannya dengan kata-kata dan minat itu tidak pernah berhenti. Dan kekasih saya itu tidak pernah mencium saya lagi.” katanya.
Bagaimanapun, Julia tidak minum darah sebegitu kerap sehingga menemui Donald, 49, lelaki yang kini bekas suaminya.
Mereka berkahwin dalam majlis yang bertemakan pontianak pada Oktober 2000 dan minum darah satu sama lain untuk meraikan upacara itu.
Pasangan itu menjadi sebahagian daripada budaya peminat pontianak yang mengunjungi kelab malam dan minum darah satu sama lain.
Tetapi apabila pasangan itu mempunyai anak, Alexi, Donald berikrar untuk tidak lagi minum darah.
Donald berkata: “Saya berhenti tetapi Julia tidak perlu berbuat demikian kerana kami bersetuju seorang daripada kami perlu berhenti dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.
“Julia masih berminat untuk minum, tetapi dia juga ibu yang baik dan memberi keutamaan kepada anak. Dia tidak membiarkan minatnya itu menyekatnya menjadi ibu.” Meskipun wanita itu berusaha merahsiakan gaya hidupnya daripada Alexi, kanak-kanak itu sudah mula mengesyaki tabiat ibunya.
Alexi berkata: “Kami mempunyai pelbagai hiasan, seperti keranda dan anak patung di rumah. Saya mula berfikir dia ialah pontianak. Anak perempuannya, Ariel pula berkata: “Saya dapat merasakan dia terdedah dengan banyak masalah kesihatan. Saya bimbang dia akan dijangkiti penyakit daripada seseorang menerusi darah.” Julia yang menulis dalam blognya mengenai pontianak dengan mengguna nama Lady DarkRose berkata, dia sedar bahaya yang dihadapinya. “Tetapi semua penderma diuji sebelum saya minum darah mereka. Saya berkenalan dengan beberapa penderma menerusi Internet. Tetapi saya pasti akan menemui mereka terlebih dulu. Mereka perlu menjalani ujian darah untuk memastikan mereka tidak menghidap AIDS atau HIV,” katanya. 
- Daily Mail (myMetro)

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP