Bahana eksperimen bunga api
Tweet
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang cuba menghasilkan percikan bunga api nyaris buta apabila serpihan ramuan formula itu meletup sebaik dinyalakan dan terkena pada muka serta badan dalam kejadian di Kampung Padang Embun, Bunut Susu, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Muhammad Nor Hakim Mohd Nawi cedera di dahi dan menerima beberapa jahitan pada kiri mulut selepas dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Mangsa dikatakan mencuba mencipta formula menggabungkan belerang daripada kira-kira lapan biji mercun bola dan pasir di dalam botol plastik 500 mililiter.
Eksperimen itu dicuba bersama beberapa rakan sekampung di gelanggang badminton kira-kira 500 meter dari rumahnya, manakala seorang adiknya, Muhammad Nor Aziz Irfan, 9, hanya memerhati dari jauh.
Eksperimen itu dicuba bersama beberapa rakan sekampung di gelanggang badminton kira-kira 500 meter dari rumahnya, manakala seorang adiknya, Muhammad Nor Aziz Irfan, 9, hanya memerhati dari jauh.
Mangsa, Muhammad Nor Hakim ditemani ayahnya, Mohd Nawi. FOTO Fathil Asri
Selepas beberapa saat menyalakan gulungan surat khabar yang dimasukkan ke dalam botol dari atas, api terpadam sebelum mangsa mengambil gulungan surat khabar itu dan membakarnya dari bawah dan terus memasukkannya ke dalam botol sebelum berlaku letupan dan mangsa terkena serpihan ramuan bunga api dihasilkannya.
Menurut bapa mangsa, Mohd Nawi Wan Sulaiman, 47, dia terkejut apabila sebaik pulang dari Kota Bharu, rumahnya dipenuhi penduduk kampung, sebelum melihat anaknya cedera di muka dan badan akibat cuba menghasilkan percikan bunga api daripada mercun.
"Muhammad Nor Hakim segera dihantar ke HRPZ II dengan bantuan jiran. Saya bersyukur kerana anak kesembilan daripada 11 beradik itu tidak mengalami kecederaan serius," katanya ketika ditemui di HRPZ II, hari ini.

* Sumber myMetro
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan