GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 21 Julai 2013

Berikutan isu kontroversi,Ashraf Muslim Tarik Diri Jadi Panel Forum Pada Saat Akhir

Ashraf Muslim
KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim, 36, telah menarik diri pada saat akhir daripada menjadi panel jemputan bagi forum Bicara Cinta Anak Muda, Bersihkan Hati Sucikan Jiwadi perkarangan Busana Mall Mara, Sabtu.
Keadaan itu telah membuatkan Ashraf dilihat seperti cuba untuk melarikan diri daripada pihak media bagi menjawab persoalan mengenai kontroversi dia berkahwin lagi.
Menurut editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sudah dua minggu lalu Ashraf diundang sebagai salah seorang panel jemputan dan dia telah bersetuju untuk memberikan kerjasama. Namun apabila ingin mengesahkan kehadiran Ashraf pada Jumaat lalu, pelakon itu gagal dihubungi.
"Pada mulanya Ashraf telah bersetuju menyertai forum yang dianjurkan. Kemudian pada Jumaat lalu ketika ingin mendapatkan pengesahannya untuk hadir ke forum ini dia langsung tidak menjawab panggilan.
"Sehinggalah pada hari ini (Sabtu), kira-kira pukul 2.30 petang sebelum forum bermula, barulah dia menjawab panggilan kami dan berkata dia tidak dapat hadir kerana demam," katanya yang ditemui selepas acara forum tersebut.
Selain Ashraf, moderator, Amin Idris, Sham (Kamikaze) dan Ustaz Iqbal Abdullah merupakan barisan panel forum anjuran majalah i dengan kerjasama oleh Bank Muamalat.
Acara forum tersebut berlangsung pada pukul 3 petang.
Pada Rabu lalu, Ashraf yang juga merupakan pengamal perubatan Islam mencetuskan kontroversi apabila dia mengaku telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Bangkok, Thailand pada 7 Julai lalu.
Perkahwinan itu dibuat tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26. Dan ia telah menimbulkan kemarahan bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, yang kecewa dengan tindakan pelakon itu membohongi ahli keluarga termasuk isterinya.
Beritahu Sarina, penarikan diri di saat akhir juga sudah dijangka dan pihaknya faham dengan situasi Ashraf yang mungkin belum bersedia tampil di khalayak.
"Sebenarnya Ashraf seorang yang begitu komited dengan kerjanya dan tidak pernah membuat sebarang masalah. Cuma ini merupakan kali pertama dia diajak untuk bekerjasama dengan kami menerusi forum ini.
"Tak sangka pula kontroversi seperti ini pula tercetus. Jadi, kami faham dengan situasinya. Meskipun dia tidak dapat hadir hari ini, tetapi kami akan tetap memanggilnya untuk penganjuran forum yang akan datang," ujarnya.
Sementara itu, ketika Ashraf cuba dihubungi bagi mendapatkan penjelasannya pula, pelakon itu gagal dihubungi.
Ashraf dan Noor Dayana bernikah pada 30 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Syawal di Mekah.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP