GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 22 Julai 2013

Gara gara pembedahan plastik wanita ni sanggup bangkrap

Alicia Douvall

LONDON 21 Julai - Demi untuk kecantikan, seorang bekas model terkenal di Britain sanggup membelanjakan kesemua harta bendanya dan hidup dalam kesunyian semata-mata untuk menjalani pembedahan plastik.

Alicia Douvall telah membelanjakan lebih 1.5 juta pound (RM7.3 juta) untuk menjalani pembedahan plastik, sekali gus turut hampir menyebabkan hubungannya dengan anak perempuannya musnah.

Akibat kemaruk untuk kelihatan seperti anak patung Barbie, Douvall telah menjalani lebih 350 prosedur pembedahan, termasuk memendekkan jari kakinya supaya kelihatan cantik ketika memakai selipar dua tahun lalu.

Namun, pembedahan itu mengubahnya menjadi Barbie yang cacat.

"Pembedahan itu telah mengubah saya menjadi seperti Frankenstein dan menyebabkan saya tidak mahu mengambil sebarang gambar kerana berasa terlalu hodoh," katanya.

Douvall kemudiannya menulis hampir berpuluh-puluh surat kepada pakar bedah plastik merayu mereka membaiki semula wajahnya dan menemui dua pakar yang bersetuju melakukannya.

Dalam operasi selama sembilan jam yang berisiko tinggi itu dan berharga 25,000 pound (RM121,867), dia berjaya mendapatkan senyumannya semula.

"Mereka memaklumkan kepada saya operasi ini mungkin akan menyebabkan saya tidak akan sedar lagi atau hasilnya menyebabkan saya menjadi raksaksa.

"Namun, saya tidak kisah dan telah bersedia untuk mengorbankan nyawa saya demi mendapatkan wajah saya seperti dahulu semula," ujarnya.

Douvall mengakui ketaksuban menjalani pembedahan plastik telah memusnahkan kehidupannya dengan setiap wang yang dimilikinya akan dibelanjakan untuk perkara itu sehingga menyebabkan dia kini tinggal di apartmen sewa dan tidak mempunyai pasangan hidup.

 - AGENSI

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP