GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 31 Julai 2013

Isu Ditangkap Tidak Puasa Tak Jejaskan Lana Nordin

Lana Nordin
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menyifatkan isu kononnya dia ditangkap gara-gara tidak berpuasa dan meminum arak di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong pada 12 Julai lalu langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai seorang selebriti.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia sudah lali dengan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya dan menganggap perkara itu hanyalah perkara kecil.
"Gosip saya ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan saya dan saya tak kisah pun apa orang nak kata.
"Sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, saya sudah membuat penjelasan. Jadi terpulanglah sama ada mereka mahu percaya atau tidak. Kalau saya tegaskan saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak semua yang percayakan saya.
"Lebih baik saya ketepikan perkara itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya kepada mStar Online.
Tambah Lana, dia juga sering membuat lawak dengan isu diri ditangkap dengan teman-temannya kerana menganggap ia satu perkara yang tidak berasas lebih-lebih lagi dikatakan meminum arak sedangkan dia tidak pernah mengambil minuman keras.
"Diakui, saya seorang yang gemar ke kelab, tetapi tidak pernah menyentuh alkohol atau dadah. Saya dah biasa orang selalu memberi tafsiran negatif berdasarkan apa yang mereka lihat secara luaran," ujarnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharunya, Lana bakal muncul menerusi drama Jodoh Itu Milik Kita yang akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.
Bagaimanapun, Lana berasa kesal apabila ramai penerbit menganggap dia sudah meletakkan harga bayaran yang tinggi sejak dicalon untuk Pelakon Pembantu Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) tahun lalu.
"Sejak dicalonkan dalam FFM, saya semakin kurang menerima tawaran lakonan. Tak faham dibuatnya, saya bukannya menang, tetapi ramai penerbit menganggap harga saya dah naik.
"Jadi mereka takut untuk mengambil saya berlakon. Sedangkan, harga bayaran lakonan saya masih lagi macam biasa. Saya harap menerusi kenyataan ini, mereka tidak salah anggap lagi," tuturnya
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP