GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 29 Ogos 2013

Download Filem KL Gangster 2 Disabotaj, Yusof Haslam Jumpa Media Esok

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan penyebaran filem terbaharu terbitan Skop Production iaitu KL Gangster 2 di Internet sebagai satu sabotaj oleh pihak tertentu.
Yusof, 59, berkata, dia kecewa dengan berita penyebaran filem arahan Syamsul Yusof itu sehingga ia boleh dimuat naik sebelum tarikh tayangan kerana perbuatan tersebut telah melanggar undang-undang.
"Tindakan tersebut adalah satu sabotaj oleh pihak-pihak tertentu dan kita akan siasat mengenai perkara ini dan sudah tentu saya kecewa kerana filem itu masih belum ditayangkan di pawagam," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Yusof berkata, pihaknya akan mengadakan satu sidang media khas pada Jumaat (esok) di Pawagam Mini P.Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dekat sini, pukul 3 petang untuk menjelaskan hal itu.
Syamsul meluahkan rasa kecewa menerusi laman Facebook.
Sejak petang Rabu lalu, kecoh apabila filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat itu dikatakan telah tersebar di Internet dan boleh dimuat naik secara percuma.
Dalam perkembangan sama, Syamsul menerusi laman Facebook miliknya memberi amaran keras terhadap individu yang memuat naik filem itu tanpa kebenaran.
Kata Syamsul lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras untuk mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
"Kami akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya menerusi status tersebut.
Filem dengan kos RM4.5 juta itu bakal ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober ini menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP