GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 21 November 2013

Adam Levine lelaki paling seksi

 Adam Levine
New York: Penyanyi kumpulan Maroon 5, Adam Levine dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi oleh majalah People semalam.
Artis yang pernah memenangi anugerah Grammy dan menjadi juri pertandingan nyanyian popular NBC The Voice mengalahkan sejumlah selebriti lain, termasuk Bruno Mars dan Justin Timberlake. Levine, 34, kini ialah tunang kepada model pakaian dalam Victoria Secret, Behati Prinsloo.
Kata Levine, dia amat terkejut dengan pengumuman itu.
“Sebagai pemuzik, anda mengimpikan untuk memenangi anugerah Grammy, tetapi tidak pernah terfikir untuk meraih pengiktirafan sebegini.
“Saya benar-benar terkejut dan hairan. “Ia seolah-olah satu jenaka tetapi saya tahu ia bukan gurauan dan saya rasa pengiktirafan ini memang hebat,” katanya. Levine menyertai senarai pemenang sebelum ini termasuk Channing Tatum, Brad Pitt, Johnny Depp, Ryan Reynolds, George Clooney dan Matt Damon.
Penyanyi itu menceburi bidang lakonan tahun lalu apabila muncul buat kali pertama dalam siri televisyen “American Horror Story”. Dia juga muncul dalam filem “Can A Song Save Your Life?“ bersama Keira Knightley dan Mark Ruffalo tahun ini. Filem itu turut ditayangkan dalam Festival Filem Antarabangsa Toronto. 
- Reuters

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP