GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 31 Mei 2013

77% pasangan mahu lebih lama di atas ranjang

imej
Singapura: Kaji Selidik Tingkah Laku Seksual Dan Kepuasan Asia Pasifik menunjukkan, 77 peratus pasangan di Asia dan Australia mahukan masa lebih lama di atas ranjang dengan lelaki memiliki keinginan lebih kuat (84 peratus) berbanding wanita (69 peratus).
Keputusan juga menunjukkan, lelaki juga melakukan hubungan seks pada kekerapan lapan kali sebulan berbanding purata 7.4 kali untuk wanita. Kajian sama mendapati, tingkah laku bersahaja bukan sesuatu yang lazim ketika mana-mana pasangan berada di atas ranjang. Penyelidik berkata, pasangan biasanya tahu dua atau tiga jam lebih awal jika mereka akan mengadakan hubungan seks. 
“Nampaknya kepuasan di dalam bilik tidur mendorong pasangan mahukan sesuatu yang lebih,” katanya. Hanya kira-kira 50 peratus responden mengaku benar-benar atau sangat puas dengan kehidupan seksual masing-masing. Bagi lelaki yang mengalami masalah ejakulasi awal, kepuasan seksual merudum kepada 39 peratus untuk lelaki dan wanita. Kaji selidik itu dijalankan pada 18 Mac sehingga 2 April lalu dengan responden berusia antara 18 hingga 45 tahun. Lebih 6,000 responden dari lima bandar raya utama Australia, selain lapan negara di Asia - termasuk Singapura - terbabit dalam kaji selidik itu. 
-AP (myMetro)

Read more...

Tandas kafe kopi Starbucks cetus kemarahan

GAMBAR menunjukkan sebuah kafe Starbucks yang terletak di sebuah daerah perniagaan di Hong Kong semalam.

HONG KONG - Sebuah kafe Starbucks di sebuah daerah perniagaan di sini mencetuskan kemarahan penduduk semalam kerana ia menggunakan air untuk membuat kopi dari paip di dalam sebuah tandas.


Kafe tersebut terletak di dekat Menara Bank of China telah menggunakan paip air tersebut sejak ia dibuka pada Oktober 2011.
Imej-imej dalam akhbar Apple Daily menunjukkan paip air itu mengandungi label yang menyatakan ia hanya untuk kegunaan Starbucks.
Seorang pengguna Facebook memberikan komen tentang penggunaan air tersebut di akaun kafe tersebut.
"Saya kini bimbang apabila membeli kopi dari Starbucks. Siapa yang tahu kafe-kafe lain turut menggunakan kaedah yang sama," kata pengguna Facebook itu, Kevin L.
Bekalan air itu diambil lima kali sehari oleh kakitangan-kakitangan kafe tersebut dari paip di dalam sebuah tandas berdekatan, kata pihak Starbucks kepada AFP.
"Kami tidak ada bekalan air secara langsung untuk penggunaan kafe. Keadaan itu menyebabkan kami terpaksa memperoleh air minuman dari sumber terdekat," kata jurucakap Starbucks, Wendy Pang.
Menurutnya, air yang diambil dari tandas itu akan ditapis di dalam kafe itu bagi memastikan ia memenuhi piawaian tempatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 
- AFP (kosmo!)

Read more...

Islam dijangka ‘tawan’ Britain

London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.
Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian. 
Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.

Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.
Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan.
Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion.

Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang.

Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849.

Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang. 

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. 

Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.

Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. 

Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi. 

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.

Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun. 

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu.
 - Daily Mail (myMetro)

Read more...

Bukti Bukan Lesbian, Kelly Clarkson Kahwin Oktober Depan

Kelly Clarkson
SELAMA ini, tuduhan dirinya seorang lesbian sering membayangi kehidupan penyanyi Kelly Clarkson, namun dia membuktikan dakwaan itu tidak benar sama sekali.
Menurut laporan Contact Music, penyanyi lagu Stronger itu akan berkahwin pada 20 Oktober depan dengan kekasihnya, Brandon Blackstock di Nashville, Tenessee.
Teman baik pasangan itu, penyanyi 'country,' Blake Shelton akan menjadi saksi pernikahan mereka nanti.
Kelly dan Brandon telah mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu, namun telah menjalinkan hubungan cinta dalam tempoh masa yang agak lama.
Bagaimanapun, sepanjang bertahun-tahun Kelly dalam dunia muzik, penyanyi itu tidak pernah dilihat menghabiskan waktu bersama dengan lelaki itu.
Dan kerana itu, Kelly dianggap wanita yang suka berpasangan sesama jenis.
* Sumber

Read more...

Isteri kelar dagu dan dada suami angkara Cemburu

Tawau: Akibat cemburu kerana mengesyaki suaminya mempunyai teman wanita, seorang isteri bertindak kejam apabila mengelar dagu dan dada suaminya ketika mangsa sedang tidur di rumah mereka di Taman Kinabutan Ria, Batu 5, Jalan Apas di sini, kelmarin.
Berikutan kejadian itu, mangsa berusia 55 tahun bekerja sebagai mekanik terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Tawau dan menerima 13 jahitan di dagu dan sembilan jahitan di dada.
Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, berlaku pertengkaran antara mereka apabila isteri mangsa berusia 54 tahun mengesyaki mangsa mempunyai teman wanita.
Selepas pertengkaran itu, mangsa masuk ke dalam bilik lalu tidur.
Isteri mangsa yang juga seorang suri rumah sepenuh masa berang dengan kejadian itu lalu bertindak mengambil sebilah parang di dapur dan menggelar dagu serta badan suaminya yang ketika itu nyenyak tidur. Anak mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian meminta bantuan jiran sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, berdasarkan maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Tawau.
“Ketika itu, isteri mangsa cuba melarikan diri bersama parang yang digunakan ketika kejadian.
“Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas di Taman Megah Jaya kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka,” katanya, semalam.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati suspek bertindak demikian kerana percaya suaminya mempunyai teman wanita selain mendakwa dia dikenakan jampi sehingga mengalami penyakit ganjil.
“Mangsa masih dirawat di Hospital Besar Tawau dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.
Awang Besar berkata, suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Jun depan untuk membantu siasatan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
* Sumber myMetro

Read more...

Jangan naikkan harga barang basah

HASAN (tengah) menunjukkan tanda bagus ketika melawat gerai Kosmo! di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam. Turut kelihatan, Saripuddin (kiri) dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin (dua dari kiri).

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barang-barang basah secara sesuka hati sehingga membebankan pengguna.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut untuk memperhalusi masalah itu termasuk pendekatan penguatkuasaan.
"Kita dah buat satu pendekatan bagi mengkaji semula perkara ini untuk ditangani dengan berkesan agar tidak membebankan pengguna.
"Bagaimanapun, sekiranya, para peniaga masih berdegil dan ingin memikirkan tentang keuntungan mereka sahaja. Kami boleh berunding dengan Kementerian Pertanian mengimport (barang basah) daripada luar negara," katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Nurul Izzah Dilarang Memasuki Sabah

Nurul Izzah Anwar
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah dilarang daripada memasuki Sabah.
Beliau tiba di Kota Kinabalu pada petang Khamis, tetapi ditahan di imigresen.
"Mereka mahu mengusir saya. Saya akan berurusan dengan Pejabat Ketua Menteri Sabah," katanya tergesa-gesa kepada The Star dalam satu perbualan telefon.
Timbalan Ketua Setiausaha PKR Darell Leiking yang menunggu ahli Parlimen Lembah Pantai itu di lapangan terbang menerusi Twitternya berkata pada ketika itu beliau sedang menunggu senarai hitam untuk melihat jika nama Nurul turut tersenarai dalamnya.
Beliau berkata Nurul Izzah mahu melawat Sabah untuk perayaan Kaamatan.
Nurul menulis di Twitternya "imigresen Sabah mengatur penghantaran pulang saya. Saya tidak dibenarkan untuk berbincang dengan ahli Parlimen, Darrell Leiking, yang menunggu saya di sini."
Beliau juga menulis di Twitternya bahawa terdapat ahli Parlimen lain juga yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah.
"Terdapat ahli Parlimen lain yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila nama mereka ditekan, akses dinafikan."
* Sumber mStar Online

Read more...

Khamis, 30 Mei 2013

Layan pelanggan dalam semak



SUNGAI PETANI - Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini.

Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain aktif terjebak dengan perbuatan itu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus sehinggalah sampai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita itu bersama pasangannya leka berseronok sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang datang ke lokasi kejadian sebelum serbuan dilakukan.

“Semasa serbuan kami dapati, di kawasan berkenaan (dalam semak) berlaku kegiatan maksiat dan tidak bermoral antara seorang wanita bersama pasangannya.

“Antara alasan yang diberikan wanita itu ialah dia terpaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi menyara tiga orang anak yang masih kecil,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku turut melayan nafsu pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa serta warga asing yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

“Turut ditemui semasa serbuan dalam semak berkenaanialah tilam dan kondom yang dipercayai digunakan oleh GRO untuk melayani pelanggan,”katanya.

Menurut Zaiferi, lokasi berkenaan juga merupakan lokasi panas yang kerap dijadikan ‘port’ maksiat serta diketahui umum bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan tersebut.

Katanya, pihaknya menasihati mana-mana individu yang beragama Islam supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk mahupun melanggar syariat Islam selain balik ke pangkal jalan sekiranya tersilap langkah.

Individu yang dipercayai bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun.

* Sumber sinarharian


Read more...

12 tahun kurung Anak dalam Sangkar

WANG memberi makanan kepada anaknya.
Beijing: Seorang ibu meluahkan perasaan sedihnya selepas terpaksa mengurung anaknya yang menghidap sakit mental di dalam sangkar buatan sendiri sejak lebih 10 tahun lalu.
Wang Muxiang, 74, mengurung anaknya, Wu Yuanhong selepas dia membunuh seorang budak lelaki berusia 13 tahun di kampungnya di China pada 2001.
Wu dibebaskan dari penjara setahun kemudian selepas pihak berkuasa memutuskan dia tidak bersalah kerana tidak siuman. Bagaimanapun Wang bimbang Wu akan membunuh lagi. Kerana itu dia mengurungnya dalam sebuah bilik kosong di kediaman mereka.
Gambar menyayat hati menunjukkan Wu, 42, duduk di atas selimut dalam sangkar kecil dengan kakinya diikat dengan rantai besar dan hanya berkemeja-T dan seluar dalam.
Dia diberi makan tiga kali sehari oleh ibunya. Untuk buang air, dia diberi mangkuk.
Selepas dibebaskan dari penjara, Wu dirantai tetapi melarikan diri berulang kali dan menakutkan jiran apabila berkeliaran di Kampung Lijiachong, berhampiran Ruichang di tenggara China.
Ibunya meminta tukang besi tempatan membuat sangkar tetapi mereka enggan kerana bimbang Wu menyerang mereka jika dia melarikan diri.
WU dikurung dalam sangkar buatan ibunya.
Akhirnya, Wang terpaksa membuatnya sendiri.
“Anak saya mungkin tidak siuman hingga membunuh orang. Tetapi dia tetap anak saya. Untuk menggunakan tangan saya sendiri bagi menempatkannya dalam sangkar adalah keputusan yang amat sukar, seperti ditikam dengan pisau.
“Setiap kali menghantar makanan, saya akan duduk di kandang itu dan menangis. Kini air mata saya sudah kering.” Ramai pesakit mental di China tidak diberikan rawatan sewajarnya kerana kekurangan sumber dan pakar berkelayakan, khususnya di luar bandar.
 - Agensi

Read more...

Nenek berusia 72 tahun sertai kelas tarian tiang

HO (depan, kanan) menyertai kelas tarian tiang di Singapura kelmarin.- REUTERS

SINGAPURA - Seorang nenek berusia 72 tahun, Eva Ho menyertai kelas tarian tiang di sini pada setiap minggu. Ho merupakan bekas pesakit kanser payudara yang masih hidup dan dia mengekalkan kecergasan dirinya dengan menyertai kelas tarian itu.


Wanita yang berasal dari Sweden itu menyertai kelas tersebut bersama anggota-anggota sebuah pasukan perahu naga, Pink Spartan.
Pasukan perahu itu disertai oleh wanita-wanita yang pernah menghidap kanser.
Tarian tiang itu merupakan senaman untuk anggota-anggota pasukan tersebut melakukan persediaan sebelum mereka mendayung.
Ho mempunyai tiga orang anak dan lapan cucu itu merupakan penduduk tetap di negara ini.
Dia menetap di sini selepas berkahwin dengan seorang warga Singapura. 
- Agensi (KOSMO)


Read more...

5 lelaki perkosa remaja bergilir-gilir

Klang: Kegembiraan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, menghabiskan waktu selepas sesi persekolahan dengan bertemu kawan lelakinya bertukar detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol remaja terbabit dalam sebuah rumah di daerah ini, 23 Mei lalu.
Lebih malang, pelajar berusia 13 tahun itu turut dirogol empat lagi rakan temannya itu termasuk dua daripada mereka adalah adik beradik dalam dua kejadian berasingan dalam rumah berkenaan, lebih menyedihkan mangsa dirogol secara bergilir-gilir. Kejadian menakutkan itu berlaku selepas mangsa terpedaya dengan helah seorang daripada remaja itu yang membawanya ke sebuah pasar raya di Pandamaran jam 1.30 petang.
Sebaik tiba di situ, remaja itu bertemu dengan dua remaja lelaki lain dipercayai rakannya lalu membawa mangsa ke rumah seorang daripada mereka di kawasan berhampiran.
Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa diminta berehat dalam bilik selain diarahkan agar tidak membuat bising manakala semua remaja itu meninggalkan mangsa kononnya untuk melepak di luar.
Bagaimanapun, kira-kira jam 3.30 petang, ketiga-tiga remaja itu pulang semula ke rumah sebelum masuk ke bilik mangsa yang ketika itu dikatakan sedang tidur.
“Remaja itu kemudian mengetuk pintu bilik menyebabkan mangsa terjaga sebelum diminta melayan nafsu ketiga-tiga remaja berkenaan secara bergilir-gilir,” katanya.
“Mangsa sekali lagi diminta pula melayan nafsu dua lagi remaja lain yang turut tinggal di rumah berkenaan.
“Selepas semua mereka selesai melempiaskan nafsu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan diminta merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan sesiapa,” katanya.
Harian Metro difahamkan, mangsa dihantar pulang oleh rakan sama yang membawanya dari sekolah kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga yang kemudian membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop sewaktu dihubungi mengesahkan laporan daripada mangsa.
* Sumber myMetro


Read more...

Cabul Wanita atas Motosikal

AYER KEROH - Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dan mencabul seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal lain, membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.

Khairul Azali Abdullah, 21, dari Umbai, Jasin yang turut menunggu kelahiran cahayamata sulung dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan disabitkan ke atasnya di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, Khairul Azali didapati mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun semasa menaiki motosikal jenis Honda EX5 ketika hendak masuk ke simpang Taman Mutiara
Pokok Mangga, kira-kira 11.20 pagi pada 22 Mei lalu.

Terdahulu, tertuduh yang menganggur ketika rayuan memohon hukuman ringan kerana isterinya sarat mengandung dan dijangka bersalin Jun ini.

“Isteri saya sekarang mengandung. Niat saya cuma mahu berkenalan dan nak minta nombor telefon dia sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika pendakwaan berkata, hukuman perlu diberikan sebagai pengajaran kerana berdasarkan fakta kes perbuatan meraba adalah kesalahan berat, selain tertuduh sedar ketika melakukan perkara tersebut.

Selepas mendengar rayua kedua-dua pihak, Ida Rahayu kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan dari tarikh ditangkap pada 23 Mei lalu.

“Kalau awak nak berkenalan, kenapa tak cakap Assalamualaikum? Tapi awakkan dah kahwin, apa lagi yang awak nak?,” tanya Ida terhadap tertuduh yang hanya tunduk dan mendiamkan diri.
Mengikut fakta kes, mangsa yang keluar dari sebuah bank menaiki motosikal menghala persimpangan lampu isyarat Plaza Pandan Malim, terlihat seorang lelaki tidak dikenali mengekorinya menaiki motosikal.

Selepas melepasi persimpangan itu, mangsa melihat lelaki terbabit iaitu tertuduh masih mengekorinya.

Ketika sampai ke simpang masuk Jalan Pokok Mangga, tertuduh dikatakan meraba dari sebelah kiri mangsa sebelum berhenti sebelum tertuduh terus meraba-raba mangsa.

Mangsa yang berang kemudian turut memaki hamun tertuduh yang kemudian bertindak melarikan lari.
* Sumber sinarharian


Read more...

Mior Yazid Ahmad Juara Kilauan Emas musim ke 3

Mior berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro yang bernilai RM90,000.
SHAH ALAM: Peserta dari Selangor iaitu Mior Yazid Ahmad menepati ramalan apabila muncul sebagai juara program Kilauan Emas musim ketiga (KE3) yang berlangsung di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Rabu.
Mior mendendangkan dua buah lagu iaitu Purnama dan sebuah lagu baharu ciptaan Adnan Abu Hassan berjudul Sampai Di Sini berjaya disampaikan dengan baik sehingga menambat hati juri dan pengundi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Juri profesional mewakili 70 peratus markah manakala penonton sebanyak 30 peratus.
Peserta berusia 44 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro yang bernilai RM90,000.
Mior turut memenangi Anugerah Khas Juri dan menerima wang tunai RM5,000.
Kesemua peserta akhir Kilauan Emas bergambar kenang-kenangan bersama hadiah masing-masing.
Mior ketika ditemui berkata, dia berhasrat untuk meneruskan karier nyanyian bersama kumpulan yang ditubuhnya sejak 25 tahun lalu iaitu Sixth Pack.
Jelasnya, masih belum terlambat untuknya bergerak aktif sebagai penyanyi dan menganggap program KE sebagai platform terbaik buat karier seninya.
"Mungkin akan bersama kumpulan saya untuk bergerak aktif kerana selesa bersama mereka," jelasnya.
Mior turut memberitahu dia masih belum mempunyai sebarang perancangan tentang wang kemenangannya itu.
"Saya tidak menyangka akan menang jadi belum mempunyai sebarang perancangan," jelasnya.
Sementara itu, tempat kedua menjadi milik peserta dari Kedah iaitu Idris Mohd Shabidin, 51, dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Bagi tempat ketiga jatuh kepada Silahuddin Ali, 52, dan menerima hadiah berupa RM15,000 dan trofi.
Kesemua mereka diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Shake dan Ziana Zain.
Manakala komposer Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar bertindak sebagai guru vokal kepada para peserta.
Kilauan Emas akhir yang dihoskan oleh Raja Azura turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Shake, Ziana Zain, Ali Norpiah (Juara KE 1) dan Fuad (Juara KE 2).
* Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 29 Mei 2013

Pasangan Lesbian Pakistan Menikah di Britain

Rehana Kausar (kiri) dan pasangannya Sobia Kamar, mencatatkan pernikahan mereka di Ledds, Inggris

LONDON - Dua perempuan lesbian asal Pakistan menjadi perempuan Muslim pertama yang mencatatkan pernikahan mereka secara sivil di Inggeris. Demikian dikhabarkan pelbagai media Inggeris, Minggu (25/5/2013).

Rehana Kusar (34) dan Sobia Bilik (29), bekas mahasiswa Pakistan di Inggeris, meminta suaka politik menyusul perkahwinan mereka yang dicatat pejabat catatan sipil Leeds awal bulan ini. Demikian dikhabarkan harian The Independent.

"Negeri ini membenarkan kami menjalankan keputusan peribadi yang telah kami ambil. Ini urusan peribadi kami dan bukan urusan orang lain," kata Kausar kepada harian Sunday Newspaper terbitan Birmingham.

Keluarga kedua perempuan itu berkata, Rehana dan Sobia, yang menuntut ilmu di Birmingham, menerima ancaman kematian, baik di Inggeris mahupun di Pakistan, yang tidak menghalalkan segala bentuk homoseksual.

Dalam perarakan pencatatan pernikahan, kedua perempuan ini menyatakan kepada pegawai bahawa mereka berkenalan tiga tahun lalu saat belajar ilmu perniagaan dan pengurusan kesihatan di Birmingham.

Keduanya masuk ke Inggeris menggunakan visa pelajar dan sudah tinggal bersama selama satu tahun terakhir.

Sebelum menjadi mahasiswa di Inggeris, Rehana Kausar sudah meraih gelar master untuk ilmu ekonomi dari Universiti Punjab, Pakistan.

"Yang menjadi masalah di Pakistan adalah semua orang menganggap dirinya berhak mencampuri kehidupan orang lain dan berhak menilai moral orang lain," kata Kausar.

Homoseksual adalah hal haram di Pakistan. Selain itu, Pakistan juga tidak mempunyai undang-undang yang boleh mencegah diskriminasi atau keganasan terhadap masyarakat yang mempunyai orientasi seks yang berbeza.

* Sumber kompas.com


Read more...

Polis kaki Judi kena Sebat


Hukuman di Masjid Besar Sabang di hadapan beratus pemerhati

Banda Aceh: Seorang pegawai polis disebat di khalayak ramai di Aceh semalam kerana melanggar undang-undang syariah, menjadikannya penguat kuasa undang-undang pertama menerima hukuman itu. 

Ketua unit jenayah umum di Pejabat Peguam Sabang, Darwin, memberitahu Jakarta Globe bahawa Brig Irwanuddin disebat enam kali kerana berjudi di daerah Aceh Basar. 

Dia adalah anggota polis pertama dihukum kerana melanggar “kanun” sejak wilayah itu melaksanakan undang-undang syariah di sesetengah daerah. 


Hukuman sebat ke atas Irwanuddin dilakukan di Masjid Besar Sabang di hadapan beratus pemerhati dari semua wilayah. 

Jalani hukuman 

Darwin berkata, pejabatnya pada mulanya bercadang melakukan hukuman sama ke atas dua lagi orang awam namun mereka berjaya melarikan diri sebelum sempat ditahan pihak berkuasa. 

Laporan sebelum ini menyatakan bahawa hukuman yang sepatutnya dilaksanakan Khamis lalu, digagalkan oleh sekumpulan anggota polis diketuai seorang pegawai yang enggan mengenalkan dirinya, hanya pangkat beliau sebagai pesuruhjaya polis kelihatan. 
“Hari ini (Selasa), kami memutuskan untuk menyebat anggota polis terbabit selepas ia dibatalkan Khamis lalu. Penyelia Irwanuddin bersetuju dia perlu menjalani hukuman dan dia dibawa kepada kami,” katanya. 

Seorang saksi, yang enggan dikenali berkata Khamis lalu bahawa polis menarik seorang daripada tiga lelaki yang sepatutnya disebat yang juga seorang pegawai polis. 

Ulangi dakwaan 

Saksi berkata, pegawai dari pejabat pendakwa raya dan polis syariah atau Wilayatul Hisbah, tidak melakukan apa-apa untuk menahan polis terbabit yang didengar mengulangi dakwaan bahawa hukuman syariah tidak boleh dilaksanakan ke atas pegawai polis. 

Penguatkuasaan undang-undang syariah di Aceh sekian lama dikritik sebagai sewenang-wenangnya dengan penduduk dan aktivis hak asasi manusia mengadu pihak berkuasa awam yang mana kesalahannya dihukum dengan sebatan sering kali terlepas.


 - AGENSI (BH)


Read more...

Siti Saleha Dikutuk Gara-Gara Tuala Wanita

Siti Saleha
PETALING JAYA: Langkah pelakon Siti Saleha berkongsi pengalaman sebagai model iklan tuala wanita menerusi laman sosial Instagram miliknya mendapat hinaan masyarakat yang disifatkannya sebagai berfikiran sempit.
Siti Saleha, 23, berkata, golongan yang kebanyakannya lelaki itu cuba mengutuk dan menyindirnya dengan berkata dia sebagai perempuan yang tidak tahu malu selepas dia memuat naik gambar dengan aksi tertentu untuk iklan berkenaan.
"Saya pernah muat naik gambar ketika penggambaran iklan tuala wanita jenama Kotax dengan beberapa pelakon lain, selepas itu ramai pengikut (Instagram) yang beri kritikan dan kutukan di gambar itu.
"Mereka kata saya tidak tahu malu kerana bercakap berkenaan tuala wanita kepada umum dan jadi duta kepada produk itu," katanya ketika ditemui pada pelancaran dramaMemberku Hawa Musim Ke-2, di sini, Selasa.
Jelasnya, fikiran dangkal sebegitu tidak sepatutnya timbul pada zaman ini kerana ia merupakan perkara normal bagi setiap wanita dan seharusnya diambil tahu oleh kaum lelaki.
"Lelaki sepatutnya sudah boleh menerima perkara ini dan ia bukan memalukan kerana mereka juga akan mempunyai isteri atau anak perempuan yang melalui perkara yang sama iaitu perlu memakai tuala wanita.
Nad Zainal (kiri) dan Siti Saleha
"Lelaki harus didedahkan dengan perkara ini dan mereka perlu tahu untuk membeli tuala wanita jika diminta oleh isteri dan ia bukan lagi sesuatu yang memalukan," ujarnya.
Dalam pada itu selain Siti Saleha turut berlakon dalam drama bersiri Memberku Hawamusim kedua bersama pelakon Nad Zainal. Drama itu adalah tajaan Kotax.
"Ya... saya membawa watak Nur Hawa iaitu seorang wanita bertudung dalam drama ini dan dalam masa yang sama saya juga merupakan duta produk tuala wanita ini.
"Kami akan adakan beberapa program luar bersama pengguna Kotax, namun begitu ketika di luar, saya tidak bertudung dan imej saya berbeza berbanding dalam drama berkenaan.
Tambah Saleha, apa yang lebih penting adalah tanggungjawab sebagai jurucakap atau duta produk tersebut dalam memberi inspirasi kepada setiap wanita.
"Tanggungjawab besar saya adalah untuk meningkatkan keyakinan diri setiap wanita, isu bertudung atau watak itu hanya dalam drama sahaja dan tidak dibawa keluar.
"Bagaimanapun, secara jujur saya selesa berlakon bertudung dan tidak rasa kekok, sebelum ini juga pernah bawa watak-watak bertudung dan tidak menjadi masalah bagi saya," katanya.
Drama Memberku Hawa Musim ke-2 akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada pukul 10 malam di Astro Ria. Ulangannya adalah pada setiap Ahad pukul 6.30 petang.
Drama ini mengisahkan wanita muda Malaysia yang berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh.
Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, drama ini turut dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd Zait, Christina Suzane dan Nor Nadia Nor Mahazan.
* Sumber mStar Online

Read more...

Minyak ditemui dalam telaga


TUMPAT - Tiga sekeluarga di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, terkejut apabila telaga yang digunakan sejak 30 tahun mengeluarkan minyak dipercayai petrol.
Kejadian itu disedari Zulnurain Ahmad, 28, ketika membersihkan telaga di rumahnya dua minggu lalu.

“Semasa saya ceduk air telaga dengan timba, saya nampak air telaga ini berminyak dan berbau seperti minyak petrol.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas ditapis ia seakan minyak petrol,” katanya.

Lebih meyakinkan Zulnurain, minyak yang diambil dari telaga itu apabila dituangkan ke dalam tangki mesin rumput, ia berfungsi dan apabila dicucuh api, ia terbakar.
 
Air telaga berbau minyak petrol

Dengan penemuan itu, misteri air telaga Zulnurain berbau minyak petrol selama empat bulan lalu terjawab.

Zulnurain berkata, dia amat risau keselamatan keluarganya kerana telaga tersebut berada di dalam rumah.

“Saya ada anak kecil berusia lapan bulan, bau petrol dari telaga itu memenuhi ruang rumah saya.

“Bukan sahaja mendatangkan pencemaran bau, tetapi boleh mengundang kebakaran dan  memudaratkan kesihatan  saya kerana air telaga itu sudah tercemar,” katanya.

Zulnurain berkata, sejak penemuan minyak itu, hampir 100 liter minyak dipercayai  petrol berjaya dikumpulkan dan diletakkan dalam tangki mesin rumput.

Dua telaga  jiran Zulnurain turut terlibat

Tinjauan Sinar Harian di kampung tersebut mendapati dua lagi telaga iaitu di rumah Nik Yusof Nik Salleh, 75, dan Ahmad Othman, 69, turut berbau minyak petrol dan airnya berminyak.

Didapati telaga milik Nik Yusof yang berada di belakang rumahnya seperti ada mata air bercampur minyak membuak keluar dari celah kerek telaga itu.

Dari mana minyak ini datang terus menjadi misteri, bagaimanapun tinjauan wartawan mendapati kira-kira 200 meter dari kediaman mereka, beroperasi sebuah stesen minyak.

Khuatir disambar api

Isteri Ahmad, Salbina Mohamad, 46, berkata, sejak dia mengetahui telaganya bercampur dengan minyak dipercayai petrol, dia tidak memasak khuatir disambar api.

“Permukaan telaga saya yang terletak di dalam rumah dipenuhi dengan minyak, saya khuatir ia disambar api ketika saya sedang memasak,” katanya.

Menurutnya, akibat meminum air telaga tersebut, suaminya Ahmad sakit, namun alhamdulillah  semakin pulih selepas berhenti menggunakan air dari telaga itu.

Lapor kepada Jabatan Alam Sekitar

Salbina berkata, masalah air telaga bercampur minyak di percayai petrol sudah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar.

“Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan kami tiga sekeluarga di sini.

“Bila-bila masa sahaja kebakaran boleh berlaku, sekiranya ada puntung rokok tercampak dalam telaga ini, atau apa sahaja sumber api berada berhampiran telaga ini,” katanya.



Ada minyak dalam telaga
Anak Salbina, Zulnuraiman, 16, mengasingkan air telaga yang bercampur minyak dipercayai petrol yang dicedok dari telaga di rumah Nik Yusof.
Ada minyak dalam telaga
Zulnurain (kiri) bersama Zulnuraiman menunjukkan air telaga bercampur minyak.
Ada minyak dalam telaga
Minyak tersebut terbakar selepas dicucuh api.
* sumber sinarharian

Read more...

Separuh Akhir Kedua Piala FA, Pahang-JDT Terpaksa Ditunda Ke Hari Lain

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bercakap dengan anggota keselamatan ketika turun ke padang bagi mententeramkan penyokong Pahang yang memenuhi trek bersebelahan padang pada Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini, malam Selasa. Para penyokong Pahang terpaksa duduk di trek stadium akibat kehadiran penyokong yang terlalu ramai. Perlawanan yang tertangguh hampir dua jam akhirnya ditunda ke hari lain. -Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur akhirnya terpaksa ditangguhkan ekoran kehadiran penyokong yang terlalu ramai hingga melimpah masuk ke dalam kawasan perlawanan.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam tertangguh lebih sejam apabila penyokong menceroboh masuk ke kawasan perlawanan yang terletak beberapa meter daripada padang, sekaligus menimbulkan kebimbangan pihak penganjur terhadap tahap keselamatan.
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah terpaksa mententeramkan penyokong Pahang yang memenuhi trek bersebelahan padang pada Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini. Para penyokong Pahang terpaksa duduk di trek stadium akibat kehadiran penyokong yang terlalu ramai.
Selepas perlawanan yang tertangguh hampir dua jam akhirnya pihak FAM terpaksa menunda perlawanan tersebut kepada hari lain.
Pada perlawanan separuh akhir peratama, JDT menang dengan jaringan 1-0 di Stadium Larkin.
* Sumber mStar Online

Read more...

Tuah terlalu kacak, wanita misteri beri Mercedes

Omar Borkan al-Gala

OTTAWA - Seorang lelaki  yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.
Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.

Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.

“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.

Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban.

* Sumber sinar


Read more...

Selasa, 28 Mei 2013

Tragedi Bot Karam di Belaga : 23 dikhuatiri lemas, 181 selamat

BELAGA: Sekurang-kurangnya 23 penumpang dikhuatiri lemas manakala 181 terselamat dalam nahas bot ekspres karam, dekat Tanjong Giam Bungan, kira-kira setengah jam perjalanan dari sini, kira-kira 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintandan Bakar Sabau menjelaskan, pemandu bot berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40-an kini ditahan untuk membantu siasatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Liwang Lagang, pula menjelaskan mereka yang terselamat daripada nahas berkenaan kini ditempatkan di Rumah Panjang Uma Tevok dan Uma Tanjong.

Mengikut maklumat Lembaga Sungai Sarawak pula bot ekspres berkenaan dipercayai membawa kira-kira 200 penumpang.
Penumpang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.
* Sumber myMetro


Read more...

Terkini : Bot Ekspres Bawa 100 Penumpang Karam Di Belaga

SIBU: Sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini, pada Selasa.
Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat kejadian.
Ketika kejadian yang dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.
Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata 'Bot Ekspres Bakun Mas' itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi.
Daniel berkata beliau dimaklumkan bahawa hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu.
Beliau berkata bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.
"Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga," katanya.
"Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu," katanya sambil memberitahu kapasiti bot itu ialah 67 penumpang.
Sementara itu ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak Dannny Bungan berkata polis dan petugas Lembaga Sungai Sarawak perlu ditempatkan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memantau keadaan semasa sambutan sesuatu perayaan besar.
"Terdapat terlalu ramai pekerja dari Kapit dan kawasan-kawasan lain di kawasan Bakun. Apabila tiba cuti panjang orang ramai akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung dengan bot ekspres," katanya.
* Sumber

Read more...

Aung San Suu Kyi kritik peraturan Rohingya dilarang miliki lebih dua anak

 Aung San Suu Kyi
YANGON - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi semalam mengkritik larangan memiliki lebih dua anak yang dilaksanakan ke atas etnik Rohingya di negeri Rakhine.
Pemimpin pembangkang itu berkata, beliau menentang undang-undang tersebut yang telah dimulakan oleh pihak junta tentera sebelum ini.
Ia kemudian dikuatkuasakan semula oleh pihak berkuasa tempatan ketika berlaku rusuhan di negeri tersebut melibatkan etnik Rohingya yang beragama Islam dengan penduduk Buddha.
"Adalah tidak baik untuk melaksanakan diskriminasi itu. Ia juga tidak sejajar dengan hak asasi manusia," katanya kepada pemberita di Yangon.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada peraturan itu sudah dikuatkuasakan.
Beberapa aktivis sebelum ini mendakwa Suu Kyi gagal memperjuangkan nasib Rohingya di Myanmar.
Pihak berkuasa Rakhine pada Ahad lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa peraturan tersebut telah dikuatkuasakan semula di dua buah kawasan perbandaran.
Jurucakap pihak pentadbiran tempatan di Rakhine, Win Myaing berkata, arahan itu dikeluarkan untuk menguatkuasakan monogami dan larangan tidak mempunyai lebih dua orang anak.
Menurutnya, dasar itu sebelum ini telah ditangguhkan ekoran kebimbangan tentang konflik dalam kalangan komuniti di negara ini.
Sehingga 140,000 orang kebanyakannya etnik Rohingya yang beragama Islam hilang tempat tinggal selepas berlaku dua rusuhan agama melibatkan mereka dengan penduduk Buddha di Rakhine pada tahun lalu.
Pertubuhan Human Right Watch menuduh pihak berkuasa melakukan pembersihan etnik ekoran rusuhan tersebut yang menyebabkan kira-kira 200 orang terbunuh manakala besejumlah kampung musnah dibakar. 
- AFP


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP