GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 30 Jun 2013

Lelaki Ini Makan 10 Kali dalam Setahun

Kirby de Lanerolle yang makan 10 kali dalam setahun (Foto: Oddity Central)

SRI LANKA - Pria bernama Kirby de Lanerolle mempunyai kebiasaan yang unik. Dia makan makanan biasa hanya sepuluh kali dalam setahun. Pasalnya De Lanerolle adalah seorang breatharian dimana dia menganggap dirinya mendapat makanan dari cahaya, angin, dan "getaran dari tuhan".

Banyak orang yang telah meninggal dunia selepas menjalani kehidupan sebagai breatharian. Namun, Kirby mengaku telah berlangsung tanpa makan selama lima tahun.

Kira-kira lima tahun silam dia membaca beberapa naskah kuno tentang orang-orang yang tidak makan selama enam tahun dan tidak minum air selama 40 hari dan 40 malam. Dirinya juga membaca tulisan seorang guru yang mengatakan bahawa kanser, diabetes, dan penyakit jantung, semua hal yang membunuh orang saat ini, disebabkan oleh makanan.

Oleh kerana itu, dia memutuskan untuk berhenti makan dan minum selama seminggu. Selepas beberapa minggu dia melanjutkan masa tidak mengambil apa-apa itu menjadi sebulan.

Belum lama ini Kirby tampil di acara TV Taboo, di Amerika Syarikat (AS), di mana dia mengatakan bahawa "ada sumber tenaga di luar sana yang lebih besar dari kalori makanan yang anda masukkan ke dalam badan anda".

Para ahli perubatan meyakini manusia rata-rata boleh pergi selama dua bulan tanpa makanan, tapi Kirby mengatakan ia hanya makan tujuh kali dalam 10 bulan terakhir dan menghadkan dirinya untuk 500 kalori per makanan.

Kirby mengatakan bahawa setiap kali mengambil makanan, dirinya merasa lelah dan sakit.

"Ketika saya makan makanan, itu membuat saya merasa sangat lelah. Dan kewaspadaan saya hilang ketika saya makan," ujar Kirby, seperti dikutip Oddity Central, Sabtu (29/6/2013).

Para ahli memperingatkan tentang bahaya breatharisme, tapi Kirby mendakwa dia mempunyai hasil check-up kesihatan yang sempurna. Bahkan, dia yakin kebiasaannya itu melambatkan proses penuaan dan membuatnya abadi.

* Sumber okezone.com


Read more...

Pasangan Berkahwin Digesa Daftar Perkahwinan Untuk Terima Insentif - MB Selangor

 Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM: Anak Selangor atau pemastautin di negeri ini selama 15 tahun yang melangsungkan perkahwinan tahun ini digesa mendaftar perkahwinan di 56 pusat khidmat masyarakat seluruh Selangor untuk menerima insentif perkahwinan belia.
Menggesa demikian, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian insentif RM200 seorang itu adalah untuk pasangan berumur 35 tahun ke bawah.
Mereka diminta mendaftarkan nama di pusat khidmat masyarakat masing-masing selepas tiga bulan bernikah bagi yang beragama Islam, atau bagi bukan Islam, perkahwinan mereka didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara.
"Dengan mendaftar, pihak kerajaan negeri mempunyai maklumat bagi memberi bantuan tambahan seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) jika mereka mendapat anak, dan mengenal pasti calon-calon yang layak menerima perumahan mampu milik yang bakal dibangunkan kerajaan negeri, " kata Abdul Khalid selepas menyampaikan insentif itu kepada lebih 100 pasangan di sini, Ahad.
Buat masa ini, katanya, hanya 170 pasangan telah mendaftar dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan kemudahan itu.
Abdul Khalid berkata pemberian insentif bagi fasa pertama adalah sebanyak RM400 setiap pasangan dan akan dinaikkan kepada RM500 pada masa akan datang.
Beliau berkata bagi pasangan beragama Islam, pemberian insentif itu akan dilaksanakan menerusi simpanan di Lembaga Tabung Haji manakala bagi bukan Islam menerusi Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.
"Walaupun jumlah RM200 itu kecil bagi sesetengah individu tetapi ia dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pengantin baru dan pemberian menerusi bentuk simpanan itu akan dapat mendidik mereka menabung untuk masa hadapan mereka dan anak-anak," katanya.
Abdul Khalid berkata setiap tahun Selangor mencatatkan lebih 25,000 pasangan yang berkahwin dengan 18,000 daripadanya pasangan beragama Islam dan selebihnya bukan Islam.
 - BERNAMA

Read more...

Wanita ubah rambut tarik perhatian

Wanita ubah rambut  tarik perhatianMedia yang menyiarkan laporan mengenai sebab wanita ubah gaya rambut. - Foto AGENSI
Purata 150 kali tukar gaya sepanjang hidup 

London: Wanita sekurang-kurangnya mengubah gaya rambut mereka sebanyak 150 kali sepanjang hidup. 

Mereka mencuba pelbagai jenis potongan, warna dan bentuk, menurut satu kajian yang mendedahkan perkara itu. 


Kajian itu membabitkan 2,000 wanita yang dilakukan oleh penata gaya Toni ‘n’ Guy. 

Ia juga mendapati, sekurang-kurangnya 12 peratus daripada mereka ingin berubah gaya untuk kelihatan seperti seorang selebriti, lapor Daily Express. 

Secara purata, seorang wanita mengubah gaya rambut sebanyak dua kali setahun manakala warna rambut diubah sekurang-kurangnya sekali setahun.

Cepat bosan 
Ini bermakna, perubahan rambut adalah sebanyak 100 kali ketika usia mereka antara 15 dan 65 tahun. 

Kajian juga menunjukkan sebanyak 64 peratus wanita mengubah stail rambut kerana cepat Berasa bosan dengan gaya sebelumnya. 

Kira-kira 15 peratus mengaku bahawa mereka akan menukar gaya rambut hanya semata-mata untuk menghadiri satu majlis perkahwinan manakala 13 peratus merasakan perlu berbuat demikian selepas mendapat anak. 

Sambutan hari jadi, lulus universiti dan juga ketika putus hubungan dengan kekasih juga mendorong mereka untuk mengubah gaya rambut. 

,b>Aliran semasa 

Kajian juga mendapati wanita akan mengunjungi salun sekurang-kurangnya lima kali setahun atau 250 kali sebaik usia mereka mencecah 65 tahun. 

“Jika anda gemar jadi perhatian dan mengikuti aliran semasa, tiada yang lebih baik berbanding menukar gaya potongan atau warna rambut,” kata pengarah kreatif global Toni & Guy, Sacha Mascolo. 


- AGENSI (BH)


Read more...

Kisah Hot Bohsia 15 tahun tidur dengan 10 Lelaki

Antara dua remaja perempuan yang ditahan dalam sekatan jalan raya, awal pagi kelmarin.

KULIM - Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.

Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.

“Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.

"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks,” katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.

Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.

Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.  

Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.

Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.

Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.

“Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.

"Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba," katanya.

Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.

Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur. 

Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama.

* Sumber sinar


Read more...

Aktres hantar racun kepada Obama

Aktres hantar racun kepada ObamaShannon Guess Richardson
Wanita berasal dari Texas ugut Presiden AS bakal dibicara 

Houston: Seorang wanita Texas kelmarin, bakal dibicarakan selepas didapati bersalah atas tuduhan menghantar surat berisi racun kimia 'ricin' kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. 

Shannon Guess Richardson juga dilaporkan cuba memerangkap suaminya atas perbuatannya, lapor agensi berita Xinhua. 

Richardson, 35, dituduh menghantar surat mengancam presiden dan tuduhan mengugut Obama, lapor laman web Houston Chronicle. 

Turut ugut datuk bandar 

Richardson dituduh bukan hanya menghantar surat berisi racun kimia itu ke Rumah Putih tetapi juga kepada Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, dan kumpulan aktivis menyokong kawalan senjata api pimpinan Bloomberg. 

Surat berkenaan dipercayai mengandungi ancaman keganasan terhadap penyokong kawalan senjata api. 
Dakwa surat dihantar suami 

Richardson yang ditahan pada 7 Jun lalu memberitahu ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa suaminya yang menghantar surat itu. 

Bagaimanapun, dia kemudian mengubah keterangan kepada suaminya yang memaksanya menghantar surat berkenaan. 

Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian dan Richardson yang sudah ada lima anak juga sedang hamil. 

Richardson adalah seorang aktres, pernah muncul dalam filem dan program televisyen menggunakan nama Shannon Guess. 

Menurut keterangan dirinya dalam data karyawan filem IMDb di internet, dia pernah memegang watak kecil dalam The Vampire Diaries dan The Walking Dead. 

Dia juga memegang watak kecil dalam filem The Blind Side dan muncul dalam iklan Avis. 

Berdepan penjara lima tahun 

Jika didapati bersalah, Richardson menghadapi hukuman penjara lima tahun bagi setiap tuduhan. 


- AGENSI (BH)


Read more...

Umpan dan promosi berahi untuk buru pelanggan

Foto
ANTARA wanita yang dipaparkan untuk dipilih bakal pelanggan.
Kuala Lumpur: Populariti laman sembang terkini, WeChat dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini diambil kesempatan oleh sindiket pelacuran untuk mempromosi aktiviti tidak bermoral, seperti khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pakej asmara.
Berdasarkan pemantauan Metro Ahad, rata-rata sindiket dan wanita yang menawarkan pakej berahi secara sambilan itu mencari bakal pelanggan melalui WeChat dengan menggunakan fungsi ‘Look Around’ yang membolehkan mereka mencari dan mengenal pasti pelanggan berpotensi. 
Mereka memilih pelanggan secara rawak sebelum menggoda dengan pelbagai cara, termasuk memberi sambungan (link) Internet untuk memasuki laman web yang menawarkan maklumat lengkap mengenai pakej ditawarkan.

Lebih membimbangkan, sindiket terbabit cuba menarik perhatian pelanggan sasaran dengan menawarkan gadis dari pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, dengan harga mencecah RM600 untuk satu sesi 45 minit, bergantung kepada kecantikan gadis.
Perkara itu didedahkan sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 36, selepas menerima pelawaan menjadi rakan dalam WeChat sindiket berkenaan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Read more...

Hanya RM10 sudah boleh dapat service gadis Vietnam

SEBAHAGIAN daripada pelayan warga Vietnam yang ditahan polis dalam operasi di Kepong kelmarin.

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan yang menawarkan wanita warga asing sebagai pelayan dengan bayaran serendah RM10 dikesan beroperasi di kawasan Kepong di sini.

Difahamkan, pelayan warga Vietnam itu dibawa masuk ke negara ini dan diupah bekerja sebagai tarikan supaya pengunjung lelaki memilih premis tersebut untuk berhibur sehingga lewat malam.
Kegiatan tidak bermoral itu bagaimanapun terbongkar apabila sepasukan polis daripada cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu premis itu pada pukul 8.45 malam kelmarin.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Read more...

Piala FA kekal milik Kelantan

KUALA LUMPUR: Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Pemain tengah Mohd Norfarhan Muhammad meleburkan impian pasukan berstatus bintang dengan jolokan 'Harimau Selatan' apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-15, hasil hantaran kapten Mohd Badhri Mohd Radzi.
Kelantan memulakan permainan dengan tenang tetapi berbisa dengan gerakan kemas sehingga pasukan lawan terpaksa memperketatkan benteng pertahanan selepas asakan bertali arus dilancarkan oleh skuad 'The Red Warriors'.

Jurulatih Kelantan Bojan Hodak mempertaruhkan gandingan Mohd Norfarhan, Mohd Badhri dan pemain import Dickson Nwakaeme untuk memburu gol.
Foto
Juara Piala FA 2013. FOTO Goh Thean Howe
Bagaimanapun, Johor DT bangkit seketika untuk membalas dan hampir menyamakan kedudukan apabila sepakan deras pemain import Leonel George Nunez, yang menggantikan Mohd Safee Mohd Sali, berjaya ditepis oleh penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-22.
Pada babak kedua, Kelantan kembali dengan semangat untuk merobek gawang gol lawan dan percubaan bahaya oleh Nwakaeme pada minit ke-54 berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Johor DT, Muhammad Al-Hafiz Hamzah.

Usaha penyerang berbisa Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-63 tidak dikira apabila berlaku kekasaran sebelum jaringan gol.

Johor DT yang semakin tertekan dengan ketinggalan 1-0 memperkemaskan jentera serangan namun cubaan yang dilakukan oleh Nunez pada minit ke-80 sedikit tersasar melepasi gawang gol.

Terdahulu sebelum perlawanan, kira-kira 90,000 penonton dengan kebanyakan berpakaian warna biru dan merah dihiburkan dengan nyayian lagu Negaraku oleh penyanyi terkenal Jaclyn Victor. - Bernama

Barisan Pemain:

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Mat Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim Abd Halim, Mohd Daudsu Jamaludin (Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Norfarhan Muhammad, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Zairul Fitree Ishak (Indra Putra Mahayuddin), Dickson Nwakaeme, Ahmad Fakri Saarani (Zairo Anuar Zailani).

JOHOR DT: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Kamarul Afiq Kamarudin (kapten), Ahmad Tharmini Saiban, Muhd Nazri Ahmad, Andrezinho (K. Thanaraj), Mohd Nurul Azwan Roya, Mohd Nazri Ahmad, Safiq Rahim (Ahmad Ezrie Shafizie), Jasazrin Jamaluddin, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali (Leonel George Nunez).

Pengadil: Syed Azhar Syed Kamar
* Sumber myMetro

Read more...

Sabtu, 29 Jun 2013

SPRM Panggil 20 Individu, Teliti 400 Fail Berkaitan Dakwaan Rasuah Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Taib Mahmud
PUTRAJAYA: Lebih 20 individu telah dipanggil manakala 400 fail diteliti berhubung dakwaan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kata Penolong Pesuruhjaya, Urusetia Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lim Bee Kean.
Lim berkata 20 individu terbabit dipercayai terlibat dan disebut dalam sebuah video yang dimuat naik di dalam 'YouTube' serta dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan Taib.
"Bagaimanapun siasatan telah bermula sebelum video tersebut didedahkan iaitu sejak Jun 2011," katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, Sabtu.
Mac lepas sebuah video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' didedahkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, Global Witness (GW) yang merakam perbualan antara penyiasat persendirian GW dengan dua sepupu Taib.
Lim berkata bagi mempercepatkan proses siasatan kes berkenaan, sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai 10 pegawai SPRM, Jabatan Peguam Negara dan agensi lain telah ditubuhkan dan laporan siasatan akan dikemukakan kepada Peguan Negara bagi tindakan susulan.
Katanya apabila siasatan selesai dan keputusan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Panel Penilaian Operasi (PPO) akan dimaklumkan tentang status kes.
"PPO adalah panel bebas yang berperanan melihat aspek ketelusan dan kebebasan SPRM dalam setiap tindakan siasatan yang dijalankan.
"Panel ini dianggotai individu daripada pelbagai latar belakang profesional dan mereka dilantik mewakili masyarakat atas kepakaran dan mewakili badan profesional yang bersesuaian bagi membolehkan mereka memainkan peranan dengan berkesan," katanya.
Lim berkata SPRM juga dipantau Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang diwujudkan secara perundangan mengikut Seksyen 12 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 bagi memastikan perjalanan dan fungsi SPRM mengikut peruntukan yang ditetapkan.
JKMR dianggotai wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada pelbagai parti politik seperti Barisan Nasional, DAP, PAS dan PKR, katanya.
Justeru, beliau menjelaskan SPRM tidak pernah berhenti daripada menjalankan siasatan berkaitan kes itu.
Katanya siasatan kes itu dijalankan tanpa gentar atau pilih kasih, secara bebas, telus serta profesional malah SPRM mendapat kerjasama daripada semua individu termasuk Taib.
Beliau berkata pendirian SPRM adalah konsisten sepanjang masa tanpa mengira latar belakang dan pangkat individu yang disiasat.
"Sebagaimana kes-kes sebelum ini, SPRM tidak akan mendedahkan apa-apa butiran siasatan dan ia selaras dengan Seksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan bahawa kandungan setiap aduan hendaklah dirahsiakan dan hanya boleh didedahkan di mahkamah," katanya.
Namun, katanya, memandangkan kes ini melibatkan banyak dokumen dan pihak, kemungkinan siasatan akan mengambil masa dan siasatan akan berterusan bagi mengumpul bukti serta keterangan dengan perkembangan terbaru. 
BERNAMA

Read more...

Foto : Pasangan B0g3l Mati Jatuh Dari Flat Ketika Asyik Berasmara Tepi Tingkap

WUHAN (China) – Sepasang kekasih ditemui mati dalam keadaan bogel setelah dikatakan terjatuh daripada pangsapuri rumah mereka kerana terlalu asyik berasmara di sini baru-baru ini.
Menurut sumber, pasangan itu dikatakan sedang ‘bergurau-senda’ di tepi tingkap rumah mereka sebelum si wanita gagal mengimbangi badannya.
Pihak polis percaya, berdasarkan siasatan awal, tingkap rumah berkenaan didapati rosak dan ia mungkin ‘menyumbang’ kepada kejadian ngeri tersebut.
Kedua-dua mayat mengalami keceraan parah di bahagian kepala dan seluruh badan.
Bagaimanapun sehingga kini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca SEBENAR kejadian sama ada disebabkan mereka terlalu asyik mengadakan hubungan seks di tepi tingkap ataupun disebabkan ada unsur-unsur jenayah yang lain.
Yang pasti menurut penduduk setempat, cuaca panas di daerah itu sejak akhir-akhir ini MUNGKIN menjadi penyebab mengapa pasangan itu memilih tingkap sebagai tempat melampiaskan keinginan batiniah mereka.
Sumber - Mynewshub.my
wuhan-chinese-couple-fall-to-deaths-after-having-sex-by-window
GAMBAR: Pasangan Bogel Mati Jatuh Dari Flat Ketika Asyik Berasmara Tepi Tingkap!

Read more...

Topi Keledar Kelapa lebih kukuh


Topi keledar yang diubah suai menggunakan tempurung sedia untuk dijual di Purwokerto, Jawa Tengah. - AGENSI


PURWOKERTO, Jawa Tengah - Seorang belia di sini menemukan cara untuk menghasilkan topi keledar yang lebih kuat berbanding produk sama di pasaran.

Pemuda tersebut, Kartam, 30, yang dibantu sekumpulan belia, hanya menggunakan serpihan tempurung kelapa untuk ditampal pada bahagian luar topi keledar lama.

Kartam berkata, proses menghasilkan topi keledar itu melibatkan penggunaan bahan kayu, cat dan serpihan tempurung kelapa yang halus.

"Tempoh menghasilkan sebuah topi keledar mengambil masa dua hari dan memberi pulangan sehingga 300,000 rupiah (RM96.00) sebuah.

"Topi keledar yang telah diubahsuai ini lebih kuat berbanding produk keluaran tempatan," jelasnya kepada detik.com.

Hasil kreativiti Kartam itu mendapat sambutan meluas sehingga di wilayah Jakarta, Bandung, Kudus, Bali dan beberapa daerah lain di Jawa Tengah.

Selain memperbaiki dan menghasilkan topi keledar yang diperbuat daripada kelapa, Kartam turut menghasilkan meja, gelas, kotak pensil, kotak tisu dan beberapa produk lain daripada bahan yang sama dan dijual pada harga antara 5,000 rupiah (RM1.60) sehingga sejuta rupiah (RM320).

Kartam kini giat mempromosikan produknya melalui pameran dan mengedar risalah di beberapa bandar tumpuan.

 - AGENSI (Utusan)


Read more...

4 murid dakwa dicabul guru

BESUT - Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di sini, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan.

Kisah itu terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan lucah terhadapnya dan dua lagi rakannya.
Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu.
Ketiga-tiga murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi mangsa guru tersebut.
Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.
Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
* Sumber


Read more...

Pembunuh Dirang dihukum mati

Muidin (tengah) dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
JOHOR BAHRU: Pembunuh Nurul Nadirah Abdullah, 4, atau Dirang iaitu Muidin Maidin, 25, yang akan ke tali gantung disifatkan sebagai penjenayah paling kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati-perut.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman sebelum menjatuhkan hukuman terbabit berkata, manusia seperti tertuduh adalah amat bahaya berada di kelompok masyarakat. 
Beliau berkata, tertuduh juga memiliki nafsu umpama binatang dan sanggup melakukan apa saja bagi memuaskan nafsunya. 

"DNA kamu berada dalam anus (dubur) dan vagina (kemaluan) si mati.
"Si mati adalah insan kerdil yang tidak mengerti apa-apa namun kami menekup mulut dan tekak hingga dia lemas dan tidak bernyawa.
"Kamu cuba melupuskan mayat dengan cara membakarnya di rumah terbengkalai dan kami menjangka kamu bijak," katanya. 

Abdul Halim berkata, sebelum perlakukan demikian, Muidin mengumpan mangsa dengan gula-gula strawberi dan membawa mangsa ke arah kebun kelapa sawit. 

Beliau berkata, pihaknya berasa mustahil kerana tiada penduduk yang tampil menyata mereka melihat tindakan Muidin sedangkan flat itu memiliki ramai penghuni. 

Menurutnya, bagaimana pun sikap tidak berani, takut dan tidak mahu bercampur tangan dengan hal orang lain kerana bukan keluarga mendorong penduduk di situ (saksi) mendiamkan diri.
* Sumber myMetro

Read more...

Raja Lawak Musim Ke 7 akhir,Kumpulan Wala Juara

Kumpulan Wala
SHAH ALAM: Kumpulan yang berasal dari Sabah iaitu Wala membuat kejutan apabila dinobatkan sebagai juara program Raja Lawak musim ketujuh pada pertandingan akhir yang diadakan malam Jumaat.
Dianggotai oleh Walawd Parman dan Wan Mustafa Muntek, mereka berjaya menewaskan peserta lain dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor sekadar berpuas hati berada ditempat kedua.
Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat.
Kumpulan Sakan, Bora dan Gamat tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000, RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.
Pada pertandingan itu, para peserta diberikan dua tugasan iaitu bebas dan komedi muzikal.
Seorang artis jemputan juga turut dijemput untuk membantu mereka dalam persembahan yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.
Antara pelawak yang dijemput untuk membantu peserta adalah Shahrul dan Ajak dari kumpulan Shiro, Rahim dan Yassin.
Raja Lawak ketujuh dihoskan oleh Johan dan Zizan.
Sementara itu, kumpulan Wala ketika ditemui melahirkan rasa terkejut dengan kemenangan mereka dan menganggap semua peserta hebat-hebat belaka.
"Kami masih tergaman sehingga tidak tahu apa ingin diucapkan namun kemenangan ini adalah bukti kesungguhan dan pengorbanan kami yang merantau dari jauh," kata Walawd mewakili Wala.
Pertandingan akhir itu diadili oleh tiga orang juri tetap iaitu Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Alif.
Keputusan penuh pula ditentukan oleh penonton seratus peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
* Sumber mStar Online

Read more...

Jumaat, 28 Jun 2013

Gadis ini menangis air mata darah


Yaritza Oliva mengejutkan doktor apabila menangis air mata darah. - AGENSI


PURRANQUE, Chile 27 Jun - Seorang gadis di Chile mengejutkan doktor perubatan apabila dia dilaporkan menangis air mata darah.

Yaritza Oliva, 20, memberitahu, keadaan pelik tersebut mula berlaku pada awal bulan ini dan sejak itu matanya boleh mengeluarkan darah beberapa kali dalam tempoh sehari.

Jelasnya, dia cuba mendapatkan rawatan daripada doktor, namun hanya dibekalkan ubat titis mata selepas matanya didapati tidak menghadapi jangkitan.

"Doktor hanya memberi saya ubat mata untuk mengurangkan kesakitan," katanya.

Oliva berkata, setiap kali menangis air mata darah, dia akan merasa terlalu sakit.

Ibu dan bapa gadis itu yang muncul dalam rancangan berita televisyen tempatan, memohon jasa baik orang ramai untuk menderma kepada mereka bagi menampung kos rawatan Oliva.

Berdasarkan keadaannya, Oliva dikatakan mengidap penyakit yang jarang berlaku iaitu haemolacria yang menyebabkan pesakit mengeluarkan air mata darah.

Buat masa ini, hanya ada tiga kes sama dilaporkan, berpunca daripada paras tinggi hormon kesuburan wanita atau mungkin merupakan tanda-tanda penyakit serius dan barah.

 - AGENSI


Read more...

Pelakon Baharu Rasa Lega 'Pengarah Cabul' Ditahan

Ffarrah menunjukkan dua salinan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes cabul.
PETALING JAYA: Seorang pelakon baharu yang mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama pada minggu lalu berasa lega apabila individu itu ditahan polis pada Rabu lalu bagi membantu siasatan.
Pelakon yang mahu dikenali sebagai Ffarrah Ismail, 23, berkata, dia menganggap maruahnya terbela dengan penahanan itu dan berharap kes cabul tersebut dapat dilaksanakan seadil mungkin agar menjadi pengajaran kepada semua pihak.
"Apabila mendapat tahu dia ditahan, saya rasa maruah saya akhirnya terbela selepas beberapa bulan saya simpan rahsia ini kerana terlalu takut. Sekarang ini ia sudah pun menjadi kes polis dan kita tunggu sahaja apa akan berlaku," katanya.
Ffarrah ditemui pada sidang media khas anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang ingin membela nasib pelakon baharu itu di Plaza Damansara, di sini, Khamis.
Bagaimanapun wanita ini memohon agar wajahnya dikaburkan semata-mata ingin mengelak daripada menjadi perhatian ramai.
Turut hadir Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.
Pada 17 Jun dan 23 Jun lalu, Ffarrah telah membuat laporan masing-masing di Balai Polis Mutiara Damansara di sini dan Tampin, Negeri Sembilan dengan mendakwa seorang pengarah drama berusia 60-an yang memegang jawatan dalam sebuah persatuan seni telah mencabulnya ketika di lokasi penggambaran.
Freddie (kiri) mengambil tanggungjawab untuk membantu Ffarrah.
Dalam penggambaran yang dijalankan awal bulan Januari lalu di Tampin itu, Ffarrah mendakwa telah dicabul beberapa kali dan turut dipaksa menjadi pembantu peribadi pengarah itu bagi memudahkan dia mengambil kesempatan.
Tambah Ffarrah, dia tidak menyangka banyak cabaran yang perlu dilaluinya untuk bergelar seorang pelakon.
Sementara Freddie berkata, pihaknya akan membantu Ffarah dalam memastikan dia tidak membuat sebarang tindakan melulu selain akan memberi pandangan daripada aspek perundangan untuk kes tersebut.
"Sebagai persatuan yang membantu artis-artis negara ini, pihak kami ingin menolong Ffarrah dalam menyelesaikan masalahnya dengan menghulurkan bantuan guaman selain memberikan khidmat nasihat kepadanya," kata Freddie.
Terdahulu akhbar pada Khamis melaporkan seorang pengarah drama telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes cabul selepas mendapat laporan daripada pelakon baharu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, pengarah tersebut ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah itu bagi membantu siasatan berhubung laporan berkenaan.
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
* Sumber mStar Online


Read more...

Rumah penuh Sampah

KEADAAN rumah yang dibeli Mehmet penuh dengan sampah-sarap.
London: Seorang tuan rumah terkejut mendapati rumah yang dibelinya dengan harga £450,000 (RM2.25 juta) menerusi satu lelongan berisi sampah sarap setinggi lebih satu meter setengah yang berlonggok selama bertahun-tahun.
Pemaju hartanah Mehmet Koch, 33, membeli rumah teres empat tingkat itu di utara London untuk dijadikan pelaburan bersama adiknya, Abbas.
Pasangan tua yang tinggal di situ sebelum ini tidak membenarkan Mehmet memasuki rumah itu sebelum dia membelinya. Apabila dia memperoleh kunci baru-baru ini, Mehmet terkejut mendapati rumah itu begitu semak sehingga dia tidak boleh menaiki tangga ke tingkat atas.
Mehmet yang syarikatnya, Kaya Properties memiliki 10 rumah di sekitar London, terkejut apabila membuka pintu rumah yang terletak di Finsbury Park itu.
“Saya sangka saya bermimpi. Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini sebelum ini. Kami berkata sesama sendiri, Bagaimana kami hendak membersihkannya,” kata Mehmet.
Setiap bilik penuh dengan baju lama, beg beli-belah, pembungkus yang terbiar dan surat khabar lama setinggi paras bahu.
BAHAGIAN luar rumah Mehmet.
Mehmet tidak dapat menaiki tangga ke tingkat atas kerana ia juga penuh dengan sampah.
Lebih buruk lagi, rumah empat tingkat berkenaan tidak mempunyai bekalan air, elektrik atau gas dan berbau busuk.
“Kami simpati kepada mereka yang menetap di rumah ini sebelum ini. Bagaimana mereka boleh tinggal dengan keadaan seperti ini dalam abad ke-21?” kata Mehmet.
Menurut jiran, sepasang suami isteri berusia 70-an yang tidak bergaul dengan orang ramai menetap di rumah itu sejak 1960-an.
“Kami menjenguk rumah itu dari luar tetapi pasangan berkenaan yang tinggal di dalam tidak membenarkan kami masuk. Mereka hanya mengguna satu atau dua bilik rumah itu. Taman di luar dah macam hutan,” katanya. 
- Dailymail (myMetro)

Read more...

Payudara Implan Wanita ini pecah ketika tertunduk

BEIJING - Seorang wanita yang tinggal di Beijing, China, dilarikan ke rumah sakit, lantaran payudara implannya meletup masa telungkup ketika bermain telefon bimbitnya.

Doktor yang merawatnya mengatakan, kualiti bahan yang digunakan dalam implan payudara, digabungkan dengan tekanan yang berlebihan, menjadi dalang meledaknya payudara wanita itu.

Tidak diketahui kapan tepatnya insiden itu berlaku, namun itu diberitakan oleh Upi.com, Kamis (27/6/2013).

Maraknya operasi plastik telah menimbulkan banyak persoalan di China. Tahun lalu, seorang lelaki menggugat isterinya, lantaran melahirkan seorang bayi yang wajahnya buruk rupa.

Ternyata, lelaki itu tidak menyedari bahawa wajah cantik isterinya merupakan hasil operasi plastik.

Menurut catatan, terdapat 20 ribu kes kegagalan operasi bedah plastik di China, setiap tahun. Sebuah laporan mengatakan, kerana banyaknya permintaan operasi plastik di China, mengakibatkan menjamurnya klinik kecantikan haram di China.

Rendahnya kualiti implan wanita itu menunjukkan, bahawa ia mungkin melawat salah satu klinik haram tersebut.

* Sumber tribunnews.com


Read more...

Khamis, 27 Jun 2013

Akibat Kencing dihadapan rumah Jiran,tukang Pos dipecat

imej

EXETER - Seorang tukang pos ketangkap basah buang air kecil berulang kali di depan pintu sebuah rumah di Exeter, Inggeris. Kejadian itu membuat tukang pos tersebut diberhentikan.

Tukang pos yang tidak diketahui identitinya ini telah beberapa kali buang air kecil di luar rumah milik Lukas Osborne dan Keyleigh Rawlings.

Pada awalnya Lukas berfikir seorang pemabuk yang sering buang air kecil di depan pintu rumahnya. Tapi, ia mulai curiga kerana kejadian itu sering terjadi dan akhirnya Lukas memutuskan untuk bersembunyi dan menangkap basah pelakunya.

"Selama berbulan-bulan saya harus berjalan melalui air kencing yang ada di depan rumah saya. Saya fikir pada awalnya mungkin seorang pemabuk, tapi akhirnya saya menangkap basah pelakunya. Ini tidak boleh dipercayai. Dia seorang tukang pos," kata Lukas. Demikian dikutip dari Mirror , Rabu (26/6/2013).

Juru bicara dari Royal Mail, Val Bodden mengatakan bahawa tukang pos yang melakukan pelanggaran itu akan mendapatkan disiplin dalaman.

"Royal Mail selalu melakukan perkhidmatan dengan standard tinggi untuk para pelanggan kami. Pegawai kami yang melakukan hal tidak pantas itu akan menghadapi tindakan disiplin dalaman," ujar Bodden.

* Sumber okezone.com


Read more...

Benjy ditahan lagi,Positif Dadah jenis Syabu

Benjy pernah ditahan atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di rumahnya pada tahun 2010.
PETALING JAYA: Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa dekat sini.
Utusan Online melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Pihak polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu pada Khamis di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," kata sumber polis.
* Sumber mStar Online

Read more...

Polis trafik gemuk sertai program kurus

Seorang anggota polis trafik Thailand berbadan besar mengawal lalu lintas. - Foto AFP

Bangkok: Sekumpulan anggota polis trafik Thailand kini menyertai latihan senaman mengikut rentak lagu pop Thailand, sebahagian program untuk mengurangkan bilangan polis yang mempunyai masalah lebihan berat badan di Bangkok.
Diet yang tidak seimbang dan menghabiskan masa yang panjang melakukan tugas tidak aktif di jalanan menyebabkan kebanyakan anggota polis trafik di ibu negaraitu terdedah kepada kenaikan berat badan. 


Perbaiki imej polis 

Keadaan kesihatan mereka dan imej umum yang menyaksikan ramai polis berperut buncit menjadi kebimbangan kepada ketua polis yang meletakkan mereka dalam kelas pembuangan berat badan percuma dengan menyenaraikan hampir 60 sukarelawan untuk program Fit and Firm selama dua bulan itu.

Selepas dua minggu menyertai kursus terbabit, Sarjan Mejar Kanan, Nitas Saidaards, berkata beliau kini mempunyai berat badan 138 kilogram tetapi berjaya mengurangkan sebanyak enam kilogram dan mengurangkan saiz pinggang tiga inci.

Agak sukar ketika mengendalikan lalu lintas di persimpangan jalan antara kereta kerana kadang kala boleh terlanggar cermin sisi, kata anggota yang berusia 48 tahun itu.

Sesi selama dua kali seminggu itu termasuk kelas yoga dan aerobik, amat berguna kepada Nitas selain diet baru seperti buah-buahan dan sup sekaligus mengetepikan makanan bergoreng kegemaran beliau serta nasi. 


Makan lewat malam


Nitas (bawah) bersama rakannya melakukan senaman di sebuah hospital di Bangkok. - Foto AFP

Saya mengalami kenaikan berat badan kerana makan terlalu banyak pada lewat malam. Kami (polis trafik) mempunyai jadual kerja tidak menentu, katanya.
Nitas berkata, beliau pernah menyertai program yang sama sebelum ini, tetapi tidak pernah berjaya mengurangkan berat badannya.

Biro polis Metropolitan Bangkok mahu anggota polis mereka mempunyai ukuran pinggang yang melebihi 36 inci menyertai kursus terbabit dengan menggalakkan mereka mengurangkan berat sehingga 10 kilogram dengan menawarkan hadiah hampir AS$160 (RM512).

Pegawai kanan polis melihat anggota kami terlalu montel, gemuk, jadi mereka memutuskan perlu untuk mengurangkan berat badan, katanya.


-AFP


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP